Showing posts with label Pizza. Show all posts
Showing posts with label Pizza. Show all posts

Friday, April 12, 2013

Resepi Banana Kaya Pizza Ala Domino..

Assalamualaikum..
Update lagi di ptg arini..Banana Kaya Dessert ala domino nih dah 2kali wat n menu yg tah bape bln dah,baru arini nk update rcpnya..Hehe..Anak2 mmg suka pizza pisang nih,diorang panggei pizza hijau,hehe..

Wat sendri mmg lebih berbaloi2 n lebih sdap sbb leh letak cheese ke pisang ke byk2 kan..Aritu prnh wat juga pizza nih kat kg utk mak n ank2 sedara..

K lah jom zasss tgk rcp lah eh..B4 tuh tq utk CMG n ros utk rcp doh pizza n serikaya tuh ya..

Sumber Resepi:-Cik Mat Gebu
BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)

300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur




Cara Membuatnya:-
 UNTUK DOH PIZZA :-
  Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.


Resepi Serikaya Pandan
Sumber Resepi:- Rosmarlina

350ml santan pekat
3/4 cawan gla (Aku kurng kan lgi)
1 1/2 sudu besar tepung kastard ( boleh ganti dengan tepung gandum)(Aku letak 1sdb jer)
3 biji kuning telur ( ros guna saiz telur saiz M)
1 helai daun pandan di simpul
beberapa titik esen pandan ( nak guna pandan emulco pun boleh)
beberapa titik pewarna hijau
Cara-caranya
1. Campurkan santan, kuning telur, gula, esen pandan dan pewarna hijau di dalam bekas, kacau sebati menggunakan whisker.
2. Kemudian ambil tepung kastard dan bancuh dengan 2 sudu besar air, selepas itu curahkan bancuhan tepung kastard di dalam bekas berisi adunan santan tadi, kacau lagi, kemudian tapis adunan ke dalam periuk dan masukkan daun pandan yang disimpul.
3. Masak dengan api perlahan, dan perlu di ingat, perlu kacau selalu jangan ditinggalkan, kacau sehingga kaya pandan menjadi pekat dan berkilat, masa mengacau lebih kurang 20-25 minit, setelah pekat, angkat dan sejukkan, barulah boleh di simpan di dalam bekas kaca dan di letakkan di dalam peti ais.  Selamat Mencuba.
- Walaupun tepung kastard boleh diganti dengan tepung gandum namun disarankan supaya menggunakan tepung kastard kerana tekstur kaya akan lebih licin dan elok pekatnya, ini berdasarkan pengalaman ros lah : )



*Utk buat pizza banana Kaya:---

Serikaya Pandan Secukupnya
Pisang berangan/Emas secukupnya dihiris nipis
Gula Aising secukupnya utk ditabur diatas pizza
Mozarella cheese secukupnya..

Cara Membuat:-

Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal .
Ratakan sebahagian serikaya pandan tadi dan susun hirisan pisang yg dihiris di atasnya dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan Taburkan dgn gula aising. Buat kaedah sama juga untuk yang sebiji lagi.Sedia utk dihidang n dingap..

Thursday, July 21, 2011

Upside-Down Pizza

Assalamualaikum n salam sayang semua,erm dah bf ke belum nih..Alhamdulillah aku dah kenyang makan pizza tunggang terbalik nih,sikbek aku n laki aku xtunggang terbalik pas melantak nih,hehe..Sodap weh,aku gatal2 wat 2layer,konon2 nak ala2 lasagna la,tapi bila potong comot n mmg tunggang langgang,yerla,aku baru wak klq oven jer.tuan besar dah duk tunggu kat meja mkn,xkan lah aku terhegeh2 nak biar sejuk n pastu baru nak potong,pastu baru nak snap bagai kan..
Aku kalo boleh,biar hubby balik santapan dah terhidang atas meja,yerla laki blk kja penat2 kan,xkan lah bila nak tonggang terbalik amik pic bagai lagi kan,jgn kira lagi si nana yg duk manjat lutut abah dia,mcm xjumpa si abah bapa ari,padahal baru bapa jam ja..Huhu..
So piza aku nih mmg cis tgh mencair time aku potong tuh,smp kan laki aku mkn kena tiup cikit,panas gile ngan cis mncair,mak aii sodap sgt wehh..
Terus terang ckp,ala2 lasagna nih,cuma xda white sos jer kan..
Cam biasalah aku copy jer resepi dari Mek Tun yg jauh di bintulu nun,,Tengs dear,Terpikir gak,apalah nama si tun telani yg sebenaq nya nih,hehe..

Sumber Resepi:-Tun Telani
Upside-Down Pizza
loyang 9x9 inch

Dough

2 bj telur
1 cawan susu segar/sejat(Kalau sejat campur air sedikit)
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar minyak
1/2 sudu kecil garam

- gaul sebati (me guna mixer) semua bahan.Aku blend ajer
- sedia utk diguna

Filling
*Aku wat filling sendiri ajer,campur ayam yg aku kisar halus+daging cincang+sosej ayam.Masak lbh kurang filling pizza biasa,kemudian add cajun n cayenne.

1 keping dada ayam- kerat2
3 sosej/hotdog- kerat2
1/2 tin cendawan butang- hiris
1/2 bawang besar- dadu
3 ulas bawang putih- hiris halus
2 sudu besar tomato puree
1 sudu besar oregano
garam

- tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
- masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
- masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
- gaulkan oregano dan perasakan garam

Keju secukupnya

Cara2:

  • Panaskan oven 180 degree
  • Letakkan filling dlm loyang
  • tabur cheese atas filling.
  • cuahkan adunan 'dough' kat atas.
  • Bakar selama 25 minit, hingga keperangan.
  • Biarkan selama 5 minit sblm potong dan hidang.

Monday, June 27, 2011

Turkish Pide Again ^_^

Assalam semua,bertemu lagi di minggu yg baru ni kan.Hehe kjab jer masa berlalu kan..Xlama lagi dah nak berpuasa kan..pastu nak raya lak,ngee..Turkish pide nih menu dinner semalam,merangkap bf pagi nih juga la..Sja wat lagi coz mozarela da lagi cikit..Gpun hubby suke,aku pon suke,Hehe..Resepi leh tgk kat sini yer..
Kejadian t/pide yg ritu rasanya lbh cun dari yg ini,tapi xkisahlah kan,janji boleh melantak dengan kenyangnya udah lah kan..Ptg kelmarin time tgh wat t/pide nih Chik mimi msg tanya da umah x.Kalo dah tanya gitu,aku dah agak dah,mesti kak mimi nak mai umah bagi papa lah kan,So nak dijadikan rezeki,time kak mimi datang aku bru jer klqkan t/pide dari oven,so bgilah 2ketui utk dia merasa..Hrp kena ngan selera akak n family ya..Sbb inti aku hentam stail sendrik jer klmarin,hehe..

T/pide nih best buat sbb xyah nak tggu lama utk doh naik..Hehe,

Dah kena potong,hubby dah xsabaq nakk ngap dahni,hehe..

Wednesday, June 15, 2011

Turkish Pide,Memang Sedapppp Sangattt.

Assalam semua,Maaf buat semua pengunjung,4ari xbersiaran..Cam biasa lah bz ngan anak yg makin lasak skang nih,pastu mak aku lak da sini,insyaAllah ari ahad nih baru dia balik..Mggu nih hubby blk lewat ajer,klmarin jer balik awai cikit,kira bila dia sampai umah ajer turkish pide/pizza turki nih pong baru klq dari En oben,So pa lagi,teruih ngap ler..Actually,hari tu nmpk kak ayu wat t/pide nih,mmg dah teringin cikit,pastu nmpak lak kak nor wat,huhu lagi lah teringin sbb time tgk tuh puasa..Pastu nak dijadikan rezeki,hubby da kata nak beli pizza kat giant,utk dinner ari jumaat,aku pon terus ckp eh xyah lah,nnti esok kita g beli brg ckit, wat sendrik ajer pizza ,dalam kpla otak dh pikir nak wat t/pide,coz nak menerai kesedapan turkish pide,hubby pong setuju,Pastu virus M melanda diriku,so klmarin baru lah jalankan projek nih..Hehe..Tengs utk kak nor,sbb telah berjaya bagi aku terliur,tuan punya resepi asal,kak ayu yg memperkenalkan t/pide nih n ika,sbb kak nor copy dari dia rcp ni..
Mkan sorang 1kpng jer ptg klmarin,pagi tadi bf ngan pizza nih ajer..Mmg sedappp yg amat..Pasni mmg akan di ulang n ulang lagi..Hubby pong ckp sedap n sedap lagi dari pizza hat..Ngee best2..
Walaupong rupa xcun,yg penting rasanya yg sedappp yg amat,ok..Mmg xsia2 ok wat sbb sgt sedap,inti juga mmg memainkan peranan utama kan,Inti tuh aku letak hot cayenne byk2,haha baru masyukkkk..

TURKISH PIDE
resipi: KAK DIANA
sumber : Kak Ayu, Ika & K.Nor

Bahan Doh pide
480 g tepung roti
375 ml air suam ~ k.nor guna 300ml jer (just nice)Aku pon letak 300ml sma kak nor
60 ml minyak zaitun
1 sudu besar yis
1 sudu teh garam,
secubit gula kastor ~ k.nor letak 2 sudu besar gula castor














Bahan Inti pide:

250 g daging cincang
250 g cheese mozarella, dipotong nipis
150 g cheese cheddar, dipotong dadu
2 biji tomato, dipotong dadu
1 biji bawang dpong dadu
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk hot cayenne
1/2 sudu teh serbuk cajun
1 sudu besar minyak zaitun
3 biji telur(Aku guna 2biji ajer trmasuk utk sapuan)
daun sup secukupnya, dipotong halus
garam secukup rasa, serbuk perasa jika suka
*Aku add capsicum merah n hijau,button mushroom

Bahan sapuan pide
50ml susu segar
1 biji telur

Cara membuat pide
Larutkan yis dan gula dengan 125ml air suam dan ketepikan pada suhu bilik selama 10 minit sehingga berbuih.
.Menggunakan tangan masukkan 90g tepung roti kedalam aduan yis yang telah berbuih tadi dan gaul rata sehingga adunan menjadi adunan yang lembik.Taburkan atas permukaan adunan sengan sedikit tepung roti dan tutup dengan tuala dan biarkan pada suhu bilik selama 30 minit untuk menjadi 'sponge'
Letakkan lebihan tepung(390g) kedalam mangkuk yang besar. Buatkan lubang ditengah dan masukkan adunan'sponge' yang telah diperap tadi, minyak dan juga lebihan air suam(250ml).(D ambil langkah senang masukkan semua dalam breadmachine dan masukkan adunan "sponge'.) Kalau gunakan tangan adunan memang melekit, tapi jangan panik.
.Selepas diuli sehingga menjadi doh yang sebati, alihkan adunan roti pide kedalam mangkuk yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun dan tutup dengan tuala dan biarkan ia naik dua kali ganda selama 1 jam.
(*Adunannya memang lembik, uli sampai tak melekat ditangan, dengan adding minyak zaitun and tepung sedikit demi sedikit).

Cara Inti Pide
Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, cayenne,hot cajun, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
Masukkan daging cincang. masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat dan ketepikan
Didalam mangkuk yang besar,campurkan tomato, daun sup, cheese mozarella dan cheddar dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata. Inti pide pun telah siap untuk digunakan.

Cara membuat pide
Bahagi adunan doh pide kepada 6 bahagian(Boleh adjust nak berapa keping). Canai doh berbentuk lonjong memanjang 35cm x10cm.
Angkat doh pide yang telah dicanaikan dan letakkan diatas loyang yang telah disapukan dengan minyak zaitun atau taburkan tepung.
Taburkan inti pide dibahagian tengah tinggalkan 2cm pada bahagian tepi.Inti pide yang telah ditabur dibahagian tengah dilekukkan sedikit(jadi mudah untuk letak telurnya nanti).
Tepi pide dilipat keatas inti pide sedikit dan tepinya dipusing(twist) sedikit jadi bentuknya macam sampan gitu
.Campurkan bahan untuk sapuan pide dan sapu tepi pide.Bakar pide dalam oven pada suhu 180C selama 5-7 minit sehingga doh masak.
Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk dan pecahkan kuningnya.Bila waktu membakar 5-7 minit telah tamat. Keluarkan pide,tuangkan telur yang telah disediakan diatas pide pada bahagian tengah inti dan bakar selama 2-3 minit sehingga telur masak.
Pide pun siap untuk dihidangkan.Enak dimakan panas.

Wednesday, April 27, 2011

Quick AND Easy Pizza Crust


Pizza nih menu minum ptg merangkap dinner kami disamping kek besday tuh..Eh Lupa lak,merangkap bf tadi juga..Yerla 1adunan tuh dpat 2biji saiz 10in,utk family kecik cam kami mmg byk lah kan..Pasnih kalo nak wat pizza lagi mmg aku akan guna resepi nih ajer,cepat n mudah jer..Mkn time bf tadi pong ok jer lagi masih lembut..Kak Hasue pong dah wat pizza nih..Sapa2 yg nak wat pizza xrugi kalo try resepi nih..Mmg rekomended lah..


Aku bakaq dulu base ngan toping sampai masak,pastu cheese,tggu hubby balik baru aku tabur n bakar sekejab jer,utk cairkan cheese,barula sedap jer n nmpak bertali jer cheese tuh time nak mkn..
QUICK AND EASY PIZZA CRUST
source: allrecipes
2nd Source:-Kak Izah

7 gm yis segera
1 sudu kecil gula
1 cawan air suam
2 1/2 cawan tepung roti
2 sudu makan minyak zaitun *Aku n kak izah guna minyak masak je
1 sudu kecil garam


Cheese sampai meleleh,sbb nak perabis stok mozarela yg dah lama sangat tuh..


Caranya:
1. Dalam mangkuk sederhana, satukan yis dan gula dengan air suam dan biar yis berbuih lebih kurang 10 minit.
2. Kemudian masukkan tepung, minyak dan garam. Pukul hingga licin dan lembut. Biarkan 5 minit.
3. Bentukkan doh ke dalam pizza tray dan taburkan dengan topping kesukaan.
4. Bakor hingga pizza kekuningan. * Saya bakor pada suhu 180 selama 30 minit.Aku letak suhu 170..

Tuesday, March 22, 2011

Pizza Tembam


Assalam semua,mesti dah kenyang kan,wat pe utk minum ptg..Aku wat pizza jer rini,request dari En Sazali..Kali nih utk base guna resepi ros lak..Sepatutnya doh tu kena bahagi 2,tapi oleh sbb puteri2 tersayang mood xbape ok,n time aku nak buat tu lak syifa lak duk merap jer,maybe xsedap perut kut,rini cirit jer dia,mak aku kata baby kalo cirit tu,mmg normal coz nak blh nerap,merangkak n etc..Tahla aku pong xtau la sejauh mana kebenaran tuh..Eh berbalik pasai pizza nih,hubby aku yg letak nama pizza tembam,coz pas bakar tu pizza tuh nmpak punya la tembam,dia yg suggest kata letak nama pizza tembam lam blog,muehehe..Kami melantak sorang sekeping jer,mmg dah kenyang,mlm nih continue mkn lagi n aku dah gtau hubby tadi,kalo xabis suh dia bf ngan pizza nih aje esok,dasr bini pemalaskan,bkn malas tapi nak jimat masa,tenaga,letrik,air n duit ok,ngee..Kan ayam dah nek rega,Weekend bbaru ni aku beli,punya la terkejut rm9 utk 1kg,tapi beli la gak sekoq,hehe..K la dak kecik nih dah continue melalak,xleh dahla nak taip panjang lebor lagi,daa..Ros mekasih utk resepi yer..



*Nak tengok versi cantik n kemas tgk kat dapur ros yer..
Pizza
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

*Untuk Doh*
250gram tepung roti
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar skim milk@susu tepung
1 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 sudu besar marjerin ( boleh ganti denga butter atau shortening)
110ml susu segar ( atau air suam)
1 1/2 sudu kecil yis


*untuk filling*Aku men letak pa yg da jer,sosej,crabstick,lada benggala ijo n merah,nenas,ciken ham,daging cincang n tomato.
sosej yang telah direbus dan dihiris nipis
sedikit lada benggala, nenas dan tomato yang dihiris dadu
sedikit taburan oregano@ dry pasley

* Untuk Toping* - mix cheese@mayonis+sos cili@tomato

Caranya.

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada dua bahagian dan bentukkan bulat seperti base pizza, cucukkan dengan garpu dan biarkan naik sedikit, masa yang diperlukan lebih kurang 30 minit.

5. Sapukan setiap base pizza dengan sos tomato, ratakan ke seluruh doh, tabur kan lada benggala hijau, nenas, tomato dan sosej serta toppingkan dengan mozarela cheese.

6. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan pizza perang., sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, Sesuai untuk sarapan dan hidangan minum petang. Selamat Mencuba.
*AMIK GAMBOR PONG KALUT2,SEPATUTNYA KENA LETAK NAMA PIZZA KALUT VERSI TEMBAM KUT,ngee..

Nak selit gak muka dak kecik yg tgh melalak nih,ngee..


Pas dah balun nenen tuh,nila kja dia,ngee..

Monday, March 7, 2011

Roti Yogurt


Roti nih aku buat utk bawa blk kg ari jumaat tu,Aku buat 11/2 adunan n buat pizza 1 biji menggunakan adunan roti nih,ni kes mls nak sukat adunan lain ler,ngee..Lagi pong mmg bz ckit aritu,coz nak mengemas pa yg ptut ler b4 blk kg tu..Resepi aku cilok dari umah kak ijah,aku wat roti nih coz yogurt aku dah nak expired.Mehla kita tgk resepi eh,b4 ank2 dara aku bgn..Tuan umah nak cepat nih,daaa.


Aku letak kismis jer kat dlm nih n lbhkan gula ckit dlm adunan..Aku tgk roti kak izah punya la lawo,roti alu xbapo lawo la..

ROTI YOGURT
sumber resepi: Kak Izah

Bahan-bahan ( 1 )

250g tepung roti
100g yogurt * saya guna yogurt perisa buah
60g susu * susu segar
25g telur * 1/2 biji telur
20g gula * saya letak 30gram
3g garam
30g marjerin
2.5g dry yeast * saya letak 3 gram (lebih kurang 1 1/2 sudu kecil)


pizza yg adunannya sama ngan roti yogurt..

Cara-cara

Masukkan semua bahan ke dalam home bakery. On kan. Biar sampai masak.
* saya guna BM dan ikut saja arahan penggunaannya. Jika uli dengan tangan campurkan semua bahan dan uli hingga doh licin. Perap doh hingga 2 kali ganda kembang. Tumbuk doh untuk keluarkan angin. Kemudian bentukkan doh ke beberapa bahagian. Tunggu hingga doh kembang lagi dan bakar pada suhu 170 C selama 25 minit atau perang.

jika membakar dlm loaf, disyorkan bakar pada suhu 160 C selama 30 minit atau perang.
rujuk sini: Pure enjoyment

Saturday, February 26, 2011

Pizza Sedap n Mewah


As'salam n morning semua..Dah bf ker..?Hehhe..Rini aku gantung kuali jer,coz tghri nanti nak kuar g jln2 n shoping2 ckit,mggu nih xjdi lak blk kg,coz hubby da kja ckit,next week la plak..Erm pizza nih aku nmakan pizza sedap n mewah sbb,pizza nih mmg sedap n toping lak mmg mewah ler,dah segala mcm aku taruk hehehe..Hubby pong bla aku tya sedap ke x,dia kata mmg sedap,eh dia mna berani kata xsedap takut bini dia xmo masak dah,wakaka.Xda la laling aku ckp sedap n lagi sedap dari pizza hu* tu sebab yg bini dia wat nih mmg lagi sedap,eh berapa byk sedap daa.Meh kita zass layan resepi lah eh,resepi utk doh aku angkut kat umah kak ummi kuantan,sekali lagi tengs yer kak ummi..Utk topping semua aku wat campak2 semua bhn yg da stok jer

Time nih blm bako yer..

PIZZA DAGING KARI
Sumber resepi:Kak Ummi

Bahan (Doh Pizza):-
* 2 cawan tepung (*akak guna tepung high protein)
* 1 sudu besar yis kering (mauripan)
* 1/8 sudu kecil garam
* 1 sudu besar gula kastor
* 1/2 cawan air suam
* 2 sudu besar minyak zaitun

Bahan2 nyer yer puan2..Psstt lupa nak snap daging kisar kari tuh..

Bahan Inti:-
* 100 gm daging kisar (*akak letak 200 gm)
* 1 sudu besar bawang cincang (*akak guna 1 biji bawang besar)
* 1 sudu besar serbuk kari daging (*akak guna 2 sudu besar )
* 1/4 sudu kecil serbuk jintan manis
* 1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
* 2 sudu besar minyak (*akak guna minyak zaitun)(Aku guna butter cair jer)

Bahan Lain:-
* 1/2 cawan sos pasta (akak marinate jek sos tomato, sos cili, puri tomato dan tomato cincang - ikut citarasa sendiri)
~*Aku marinate ngan sos kimball tradisional+soso cili+ dry oregano cikt,pastu aku add nenas,sosej,crab stick,button mushroom,cili merah+hijau n bawang besar dadu)
* 1/2 cawan parutan mozarella cheese (*akak guna lebih)(Aku pun guna lebih,siap tmbah cheddar lagi,muahaha)

Cara Membuat:-

1. UNTUK DOH: (*akak masukkan kesemua bahan dalam Bread Maker mengikut turutan, bahan cecair dahulu, baru diletakkan bahan-bahan kering. Jauhkan garam dengan yis sebelum mula mengadun, nnt terbantut yis nak kembang) Tekan ON dan biar doh diuli, dan bila siap uli akak hanya biarkan doh naik lebih kurang 20 minit sahaja. Keluarkan dari BM dan letakkan di atas papan pencanai yang ditabur sedikit tepung. Canai dengan rolling pin biar jadi bulat dan rata. Letakkan di atas loyang pizza ukuran 10 in.
2. UNTUK INTI: Panaskan minyak, tumiskan bawang hingga kekuningan, masukkan rempah kari, kacau sebentar dan masukkan daging kisar. Masukkan garam dan kacau hingga daging masak dan sedikit kering. Angkat dan sejukkan.
3. Ratakan sos pizza di atas doh, kemudian letakkan inti daging tadi dan ratakan.
4. Kemudian taburkan parutan mozarella cheese dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 190C selama 10 minit. Hidangkan panas2 suam dan drizzle dengan sos cili kegemaran.

Keratan rentas nih balance2 pas kami dah ngap,hubby dah lapo bebenor dah tu yg xsmpat snap pic dah,laling aku duk p mai p mai kat dapo tggu pizza nih,ni sume sbb aku duk gentel2 yg bulat2 tula,yerla nak msuk cheese lagi,kunun2 ala pizza hut la,tapi hmpeh xjadi pong,wakaka..Xpala jnji sedap wlpun rupa xcntik,ayat pujuk diri lanih.

Saturday, March 27, 2010

Mkn D Pantai Seagate,Resepi Donut+Pizza

N3 kali nih panjng ckit,coz aku update sekali harung jer..Yerla kan nih utk 1ari..Hari ni time lunch aku xmasak,Hubby ajk klq p pantai C-gate n mkn mee mamak kat tepi laut..Blh hirup udara segar tepi laut sama kan..Aku makan bihun+koey teow goreng,hubby lak mkn mee rebus..Minum ayaq nyoq sorang sebiji(fuhh nyaman n lega jer rasa tekak,minum ayaq nyoq time panas2 nih..Kul2 lbh camtu la kami p mkn..B4 mkn n pas makn tu smpat la sesi brgambaq sat,ahaks..

Gaya Baby Syazana yg abah tangkap b4 klq mkn












Gaya ummi n abah b4 nak mkn















Pic ni pas ummi n abah kekenyangan































Time ptg tadi plk,tgh rilex2 tu abah gitaw nak makan donut,b4 tu aku da tnya hubby nak mkn donut x(dah byk ari tnya,tapi xwat2 gak)..He he he,kan byk resepi duk da dlm waiting list...Kul 5lbh aku start uli doh,alang2 dah wat donut,aku bancuh teruih la 2 adunan(Aku pandai jer wat pizza gak ngan adunan donut,ahaks..Ahaks,pnyakit "M" pun da gak)Maka dgn sbb tu la kami mkn pizza n donut(lgpun bhn2 utk adunan pizza lbh kurang jer ngan adunan donut)..Pizza nih ,saja la aku canai nipis2 ckit..Dapat la 3kping pizza,10biji donut dari 2adunan yg aku wat..Pizza nih 1 keping jer yg aku tabur toping n kami mkn tadi,lagi 2 keping xtabur toping lagih,Aku wat frozen jer..Senang cikit kalu da sapa mai kira rezeki la, blh la jamu(sbb hubby duk rasa2 mcm abah usop(bapa sedara hubby) kat kl nak mai)..Taun lpas bln6 dia n family da mai gak,kbtln aku wat gak pizza frozen,so rezeki depa la..Baru2 ni kan ank dia da khwn,kut2 la nak mai tunjuk mnantu kat adik beradik kan..2 3 ari ni kalu da yg mai umah tu da byk la hidangan boleh jamu,time aku tgh rajin ni kan,ahaks..Kat bwh ni aku copy n paste jer resepi dri fp kak ida n umieaisyah..Senang ckit da resepi,nanti blh wat rujukan masa depan aku n anak2(ceh mcm byk ank la plk)..Tapi pas mkn tadi da asa trharu la ckit,nak tau naper..??Hubby pas kenyang mkn tu,(aku tgh nak basuh pinggan n segala mcm benda yg aku guna nak wat pizza n donut ni la kan)dia terus cium pi2 aku n ucap tima kasih sgt sbb aku penat msk kat dia n mcm besa la kan,dia puji kata sedap(terus hilang asa penat tu bila hubby puji,he he)..Aku asa trharu la sbb asa di hargai oleh hubby(pandai gak hubby aku nih nak bodek no,papun aku tau,tu mmg pujian ikhlas dari dia)..Donut kat bawah tu aku gatai2 letak coklat ganache n stoberi n bluberi filling..Esok pagi bekfes mkn pizza n donut xabih la..Tadi pizza kami mkn half jer,donut lak.aku 2biji,hubby 1 biji jer..


DONUT MINI

Bahan:- (15 biji donut mini)
·200 gm tepung roti
·20 gm gula
·1/2 tsp garam
·1 tsp yis kering
·140 ml susu segar- ibu kurangkan kpd 120 ml sbb ada tambah telur
·20 gm butter - ibu tukar guna shortening Crisco
*1 biji telor- ini ibu tambah

·minyak masak untuk menggoreng
·powder sugar/gula aising - untuk tabur

Cara Membuat:-
1.Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2.Buat lubang di tengah dan masukkan susu dan yis. Gaul lagi menggunakan sudip plastik.
3.Masukkan pula butter, gaul dengan tangan hingga sebati.
4.Keluarkan dari mangkuk dan letakkan di atas papan canai dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan. (Sesekali bolehlah ditabur sedikit tepung jika terlalu lembik)
5.Buatkan bentuk bulat. Masukkan ke dalam mangkuk adunan semula dan tutup dengan plastic wrap atau kain lembab. Biarkan doh naik 2 kali ganda.
6.Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
7.Canai doh setebal 15 cm di atas papan canai dengan penggelek dan terap dengan terapan donut kecil (mini)
8.Susun di atas dulang dan rehatkan doh sebentar hingga naik 1 1/2 kali ganda lagi.
9.Panaskan minyak, goreng di atas api sederhana hingga keperangan kedua-dua bahagian.
10.Angkat dan toskan di atas kitchen towel. Biarkan donut betul2 sejuk sebelum di salut gula aising. Boleh juga dibuat aising donut seperti di bawah


Lengkali aku nak try resepi utk doh pizza yg kat bawak nih..Ni baru la adunan yg betoi utk pizza..Aku copipes dri fp umieaisyah


Doh Pizza

Doh pizza (sama ngan doh roti biasa)
400 gm tepung roti
100 gm tepung gandum biasa
200 ml air
1 bj telur
6 sd bsr gula
1 sd bsr yis kering
2 sd bsr majerin
1 sd bsr shortening
1 sdk garam
1 sdb bsr susu tepung


Cara nak wat adunan doh sama jer mcm kat atas,Cuma utk toping,ikut suka ati ler nak letak apa..Aku letak daging cincang(yg aku dah siap msk tu),sosej,udang,capsicum,button mushroom,mozarella,oregano..Sos guna tradisional yg kimball+cili life..Pas tabur toping tu,bakar jerla..Aku men hentam jer suhu n time tu(janji masak)..

Masa nih pizza tgh nak tabuq bahan,Donut lak xmake up lagih..Abaikan latar yg serabut tu no..


Pizza yg dah siap di potong oleh abah..Tgu masa nak ngap jer..

Duk taip2 xsedaq,lani dah 12lbh tgh mln,kira dah msk pagi ahd la..K la aku pun dah nak tiduq(tgk 2 beranak nih tiduq syok jer) he he he.. jmp lagi d lain N3..

Thursday, March 25, 2010

Nasi Minyak n Pizza Segera(homemade)

Pikiaq pya pkiaq xtau la nak masak pe,yg da dlm esbox cuma ayam n daging jer..Yerla dah 2mggu xdan nak p mrket kan 2 mnggu ni weekend jer blk kg..Time weekend ni la nak p market,sbb hubby ada blh p skli ngan dia(wlpun dia xmasuk pun,duk lam keta jga baby Syazana jer)..Last2 aku wat nasi minyak(nak boh wrna wrni,xda,so boh wrna kuning jer),ayam msk ros,n daging beriani(sebetulnyer nak wat daging msk kurma,rmpah kurma abih,xprsan plk)ishk mcm2 la aku nih kan..
Time ptg plk,duk pkiaq lagi nak wat pe lak..Resepi utk doh pizza da dlm waiting list,igt nak wat,tapi bhn plk xckup..Tapi last2 dpt idea nak wat pizza segera yg senang sgt..Aku guna roti gardenia jer,ahaks hak..Toping letak daging cincang (Aku beli jenama Pak Ramlee,aku masak siap2,letak bwng putih n merah n lada sulah, boh lam tpware smpan peti ais senang ckit,nak masak bhun ke,karipap ke,murtabak ke,sume blh guna daging nih)..jimat masa..Kita layan pic n resepi kat bwh yer..


Pizza Segera
Kulit:-

Roti gardenia(ikut suka la byk mana pun)

Sos:-Aku guna kimball yg tradisional+sos cili life

Toping:-Daging cincang+sosej+bawang besar+keju+oregano+mix herb

Cara:-Sapu sos,then tabur semua bahan toping..Pastu blh la dbakar *xyah lama sgt la,agk keju cair n roti garing rapuh dah la..Pastu blh la ngap..

Hubby aku pun kata sedap..Hubby aku nih janji kenyang jer,semua dia belasah,He he tu yg aku syg tu(sng nak jaga)