Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Wednesday, April 3, 2019

Resepi Roti Jala Sedap Yang Kekal Lembut Seharian & Tak Mudah Basi


Assalamualaikum n selamat pagi hampaa semua yg sudi singgah Ke DZ ni..Adess punya la baloq n bz xdan nk update resepi2 kat sini..Padahal kat utube channel  aku di sinun YouTube Channel Aku ada ja aku upload video  baru salu..
Kalo la hampa nk resepi apa2 boleh ja ke utube channel  aku tu.Senang video  masak step by step gituu.Walaupon aku xla pndai mana nak buat video  n edit video bagai..Tapi boley laa janji tujuan asal nak berkongsi resepi tu sampai kann..



Actually  masa hari akad nikah ank sedara aku baru2 ni aku ada la masak kari ayam , kari daging n Roti Jala..
Apa yg buatkan aku trkejut tu xdan 10 minit kari aku buat dah licin.Yg tinggal cuma serai ja weh,tu pon sbb xleh ngap.Kalo blh ngap ngan serai pon licin dah, wakakkaaa ..
Wokey arini aku nk share rcp roti jala yg kekal lembut seharian,yg tak mudah basi..Rasa pon sedap tau,wahh gitchuuu


Resepi Roti Jala Yang Lembut Seharian Dan Tak Mudah Basi

Link rcp roti jala ke utube aku

3 Cawan Tepung Gandum
2 Biji Telur
5 Sudu Besar Minyak Masak
21/4 - 21/2 Cawan Air (blh letak santan dan juga susu..Tapi kalo letak air lebih tahan lama tak Mudah basi)
Serbuk Kunyit @ Pewarna Kuning Secukupnya
Garam Secukup Rasa
Gula 1 sudu Teh

Cara2
Satukan semua bahan dalam blender,blend sampai sebati dan adunan tak berketul..
Masukkan adunan ke dalam acuan botol yg hampa nak menjala tu..
Pastu hampa boleh la menjala ikut suka hampa la nak jala camna..
Lipat atau guling roti yg dah masak..
Makan ngan kari pekat yg aku buat plak,pergh nalarekkek la weh..
Nanti aku bagi rcp kari plak na..

Friday, October 18, 2013

Resepi Pretzel &Caramel Sauce ^____^

Assalamualaikum..Salam Jumaat penghulu hari..
Masih lagi dlm mood raya ke,raya aji sbulan juga cam rya puasa ekks,hehhee..Pas raya nih lemau jerk kan,yerlah byk mkn yg berlemak n berkolestrol bagai,aku lah ittew,hihi..Pas2 raya nih msk sardin,telor ,ikn bilis pula ler,ke wat menu ala kg sambal belacan n ulam2 gittew,sure sodap kan..

Aku yg nak mengarang nih pon dah xde idea,huhu..Dah trsumbat ngan lemak2 daging korban jerk rsa otak aku nih,hahha..mls nak naip pong ya juga,huhuhu..tapi ngenangkan rmaiiiiii sgt mnta rcp pretzel n caramel sos nih,aku gagahkan jugalah nk wat n3 nih..
Yg plgggg aku bengang tuh bila mnta rcp kat FB nun,bila aku lmbt nk ltak rcp mulalah ade yg kta kedekut rcp la n trgedik2 nk rcp dan2 tu juga,mcm la nk wat la tu juga.Adehh igt aku nih di bayar GAJI ke utk letak rcp n wat n3 nih,Suka hati aku la nk letak bila ka xnak share ka woii..
Igt aku nih xde kja lain ka,duk ngadap nset n lappy ja ka..Nih pon bila nk wat n3 kna buka lappy,klo ltak pic ja kat fb guna nset pon xper,SO kpda sesiapa yg berkenaan yg Kalut sgt nk rcp cuba faham ok..Geram lah juga Aku nih bila da yg duk kalutt sgt,dah la siap kta aku nih xmo share rcp n kedekut rcp,huh..

Oklah xmo naip pnjng2 lagi,kang ade lak yg terasa,walaupong aku dah unfren jerk kat fb nun,hahhah..
Pretzel n caramel sauce nih mmg kna ngan tekak kmi seisi family,tmbh2 caramel sos tuh mmg sedap bangat..aku dah 2kli dah wat ..Kalo ade yg nk try ,Jommm zasss tgk rcp jom..

 PRETZEL
by: Beldandy
Sumber Rcp:- Kak Azlita

1 1/2 cawan air suam
1 1/8 sudu teh  yeast (Aku ltak 11/2Sdt)
2 sudu besar gula perang
1/4 sudu teh garam
1 cawan tepung roti(Aku letak Tepung SRF)
3 cawan tepung gandum

Penyediaan
2 cawan air suam
2 sudu besar soda bikarbonate (Aku ltak 1sdu besar soda n 1cwn air suam jerk)
secubit garam
4 sudu besar mentega - di cairkan
Badam cincang - jika suka
sebutir telur - dipukul jika suka



Campurkan yeast dengan 1 1/2 cawan air suam.
Tambahkan gula dan garam. Kacau sehingga larut dan biarkan sehingga yeast mengembang.
Campurkan tepung gandum dan tepung roti dan uli sehingga adunan menjadi doh yg lembut dan kenyal.
Rehatkan doh selama 1/2 jam.

Bila doh telah mengembang, sediakan bahan penyediaan.
Sediakan dulang pembakar dan oleskan dgn butter
Panaskan oven pada suhu 180C
Larutkan soda bikarbonate bersama 2 cawan air suam dan kacau.
Ambil sedikit doh dan roll panjang seperti tali setebal 1/2 inc.
Pintalkan doh dan bentukkan seperti pretzel.
Celupkan pretzel kedalam air soda dan susun atas dulang pembakar
Sapukan telur diatas pretzel dan taburkan badam jika suka.
Biarkan ia naik sekejap dalam 30 minit
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu, suhu dalam 180°C, selama 15-20min.
Selepas siap bakar, sapukan atasnya dgn sedikit butter supaya kelihatan berkilat
Pretzel sedap di makan bersama caremel
Simpan dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembapan.




BUTTERSCOTCH SAUSE

2/3 cawan gula perang
6 sudu besar mentega ~ potong kecil
1/2 cawan corn syrup
secubit garam
1/2 cawan heavy cream / thick cream / whipping cream
Aku Add sedikit asen Butterscoth


Masukkan gula perang, mentega, corn syrup dan garam ke dalam periuk dan masak atas api yang sederhana sehingga gula melarut.
tambahkan thick cream / whipping cream / heavy cream
masak hingga pekat
Sejukkan


Friday, January 20, 2012

Basic Bread ,Mmg Berbaloi2..

Assalamualaikum n selamat pagi jumaat wat semua,semoga hari ini lebih baik dari hari2 sebelumnya n moga anda sentiasa dibawah Rahmat n Lindungan Nya..
Akceli roti nih menu 3ari lpas eks,so mmg dah licin lah eks..Rini baru berkesempatan nak tayang n tempek resepi..
Sebenarnya dgn pic aku yg xmemuaskan,sukar aku nak gambarkan betapa lembut n gebunya roti nih,kalo hampa xcaya,sila2 lah cuba try test eks,hehe..


Roti nih kira antara yg terbaiklah..Mmg sgt2 lembut n best sgt..Suka nyer,mmg esk lusa akan wat lagi..Tima kasih byk ya Tun,sbb promot baik pnyer..Jutaan tima kasih juga utk Puan punya resepi n mamafami..Tun Kak Ct kopipes ya..Tq..Muahhhhsss...

Roti sosej,dah xnmpak rupa lilit dah,adeii..


Basic Bread Recipe
Resepi: Puan Roshayati Johari (no link)
Sumber: Mamafami Tun Telani


Bahan2:


Bahan A
  • 500g tepung roti
  • 100g gula
  • 1 sk garam
  • 30g susu tepung
  • 1 sk bread softener- optional
  • 1 sk bread improver- optional - tun x letak
  • 4 sk yis


Bahan B
  • 250ml air
  • 1 bj telur- pukul sedikit


Bahan C
  • 80g margerine


Bahan D
  • Gula kasar utk tabur- tun x letak
Versi inti kentang..Terus terang cakap,roti nih mmg lembut jer..

Cara2:

1. Gaul sebati bahan A
2. masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
3. masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
4. biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
5. tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
6. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
7. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

atau

1. Masukkan semua bahan kecuali Bahan D dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).
2. bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia,
3. bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
4. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
5. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

* Psttt rasa2 nya nih n3 terakhir aku sebelum nak stop kejab,sbb nak g cti2 mesia..Daa sampai ketemu lagi eks..

Friday, December 9, 2011

Garlic Roll&Creamy Chicken Soup^_^

Assalamualaikum..
Pagi jumaat yg penuh keberkatan,diharap dapat memberi manfaat buat kita semua n Kita semua sentiasa dibawah lindungaNya..
Pagi nih meh kita layan menu ala western lak eks..Roti bawang putih dlm bahasa kite nih sangat2 lembut,gebu jer..
Aku kalo order pizza hut,mmg wajib order sekali garlic bread ni,mmg suka sgt..Wat sendri mmg lagi puas hati n berbaloi2..Amik dah resepi kat umh kak Madihaa,tapi bila nak amik resepi soup kat umah Tun,Aku copy jerla terus dari umh tun,senang cite,hehe..
Tima kasih utk kak madihaa,tun n juga owner rcp ya,aku kongsi dkt sini utk rujukan akan datang n rujukan bersama pula.


Garlic Rolls (without egg)
Recipe : Suhaina
Source : Umm Mymoonah, Kak Madihaa,Tun Telani

Ingredients: (makes 8 rolls)

3 cups Plain Flour (Aku guna tpng Roti)
1 cup Warm Water
1 tbsp Yeast
1 tsp Salt
2 tbsp Sugar
2-3 tbsp Extra Virgin Olive Oil
Garlic Spread (refer below)

Method:

* Mix everything together except oil with warm water and knead until you get a smooth dough.
* Add oil and knead until the dough springs back when you press with your finger.
* Apply oil and allow to rise for 40-45 minutes. By this time it will be double its initial size.
* Make the garlic spread.
* Knock down the air in the dough and divide the dough into two equal portions.
* Grease a baking pan or loaf tin with butter.
* Roll the dough using a rolling pin. Apply flour to prevent sticking.
* The rolled out dough must be at least half inch thick.
* Try to make it more like a rectangle. Apply one tablespoon of the garlic spread on it.
* Roll it and cut it into two equal parts and further cut the two parts into two, so that you get 4 equal rolls.
* Now place the rolls with the cut side up in the greased pan.
* Repeat the same procedure for the remaining dough.
* Apply the balance garlic spread on top and apply milk or egg wash which ever you prefer.
* Sprinkle sesame seeds (optional)
* Allow to proof for another 20 minutes.
* In the mean time preheat the oven to 180 degree C. (MaDiHaA N Aku guna suhu 170C)
* Bake for 20-25 minutes until the house is filled with the aroma of roasted garlic and bread..
* Take a bite into this lovely soft and flavourful rolls. You will surely fall in love with it.
* The quantity of water depends on the brand of flour used. I sometimes use less than a cup, sometimes more than a cup for the same 3 cups of flour.
# I add 1 tablespoon yeast for a quick rise. You can reduce the quantity of yeast(say 1tsp) and let it rise slowly too.

*Aku wat 2/3 dari resepi,air aku letak 3/4cup,mmg dah ok sgt dah doh tu..

Siyes weh,mmg gebu gebas,lembut jer,ai LIKEEEEE.Sampai bf jab tadi pon stilll lembut juga lagi.Mmg ok sgt,xtipu nih,hihi..

GARLIC SPREAD
Used for making garlic buns, rolls and even can be spreaded on breads before toasting it.

Ingredients:
50 g Salted Butter
3 Garlic- grated
2 tbsp Coriander leaves (chopped) - tun letak oregano(Aku ganti ngan oregano+dry parsley)

Method:
Bring butter to room temperature.
Mix everything together.
Can be stored in the chill tray for up to one week.

Mmg kena sgtlah kan mkn garlic bread ngan sup ayam@cendawan gini,aku igt nk wat sup cendawan,tapi cendawan xde,so wat jerla sup ayam..
Xsangka nana n syifa pon suka sgt supn roti ni..Nana smp jilat kat remekin ni,hihi..

Creamy Chicken Soup
adapted from: mohd roslan
sumber: tun telani

Bahan2:


  • 50 g butter/margerine(Aku guna butter)
  • 1 bj bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 keping dada ayam- hiris nipis(Aku blend guna blender kering,jg(n hancur sgt)
  • 2 kiub ayam
  • 1 liter air
  • 1/2 tin susu sejat
  • 1 sk dried oregano(Aku add juga dry parsley)
  • garam

Cara2:
  • Cairkan butter/margerin dan tumis bawang besar sampai layu.
  • masukkan bawang putih dan tumis lagi.(Pas msk bwng putih,aku terus msk tpng gndum,utk mengelkkan dari berketul)
  • masukkan ayam dan masak sampai ayam betul2 masak. masukkan sedikit air dan kuib ayam. masak sampai kuib ayam larut.
  • kecilkan api dan masukkan tepung gandum. kacau sampai rata.
  • masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tiada ketul2. gunakan whisker jika perlu.
  • masukkan susu dan masak dgn api sederhana sampai sup mendidih.
  • perasakan garam dan masukkan oregano.
  • siap! sgt sedap dimakan bersama garlic bread..
Meh sapa nak merasa,aku suap cikit,kalo nak byk wat sendri eks,hihi..

Tuesday, October 18, 2011

Roti Arab Versi Org Malaysia

Assalamualaikum,lewat lagi n3 arini,pagi tadi igt nak post dah n3 nih,tapi syifa lak wat hal,nangis sampai xhenti,dah tuh tido lak nak atas lengan ummi dia nih,huhu punya lenguh lengan,smp xmsk lunch tadi,haha..Tahla nape mek nih,dah lama xwat perangai,sekali menangis,xhengat donia..
Roti arab nih aku wat ptg klmarin,merangkap juga menu dinner eks..Cam ala2 donut lak rasanya,tapi rapuh sedikit..Hubby kata agak muak,maybe sbb aku guna mentega,xguna marjerin kut,muak2 pon sekali hentam 2biji juga,hihi..Jom la usha resepi eks,xleh nak BW n bebel panjang lebar,puteri2 tersayang xtido lagi,huhu..K daaa..
Utk tontonan,letak ajer sebiji,padahal,laki bini ngap 2biji sorang..Aku wat half adunan,dapat 6biji roti ni..Roti nih mmg naik menggelembung sungguh,tapi kena rajin menyimbah mnyak la kat atas tuh..

Sambal sardin hancur ngan kentang nih khas utk siputera tunggal kat dlm umah nih,utk ai,ai cicah ngan dalca daging cincang yg xabis duk bertapa lam freezer,hihi...
Tq bebanyak utk tuan punya resepi n sumber2 yg terlibat yer..Ai kopipes kat sini lak yer..


ROTI ARAB
resepi: Sofinar@myR


Bahan-bahan ( 10 org makan )
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar gula
300 ml air suam
6 g yis
500g tpg gandum

Cara-cara
mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
tepung di gaul dengan yis
Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji
Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging

Thursday, August 4, 2011

Menu Iftar Day 3:-Keema&Menu Ulang Tayang

Assalam semua,masing2 tgh bz kat dapo ke,aku curi time anak2 tido nak update blog jab,klmarin wat lagi roti naan n geng,cuma da penambahan kuah keema,mls nak mkn nasi,kami melantak roti naan smp sahur.Gpun kuih lopes n pulut panggang pon da juga..Aku mmg suke mkn jns2 roti time berbuka nih,hubby lbh suke nasi,tapi disebabkan roti naa n ayam tandoori punya psal,ok ajer dia..Mmg dah jadi menu feberet lah..K utk resepi ayam tandoori n roti naa leh tgk di sini ya..

Set roti naan yg lengkap,time nih mmg nak berbuka sgt dah,snap lam pinggan sendiri jer,siap da buah kurma lagi,ngee..

Sos pudina n sos manis nih balance aritu aku simpan frezer,sos2 nih mmg sedap sgt,mmg ngam mkn ngan roti naan..

Utk resepi keema,leh tgk disini ya,cuma aku xwat rempah keema,tapi aku letak rempah kabsa yg homemade,sbb bhn mmg lbh kurang sama jer..

Ayam tandoori lagi,mmg xjemu2 mkn ayam nih..

Friday, July 29, 2011

Ayam Tandoori&Roti Naan,Memang Terbaik^_^

Assalamualaikum semua,dah bf ke wahai sahabat2 ku sekalian,Aku dah 2 kali bf nih,mula mula bf ngan roti naan,pastu bf lagi,bf kan syifa,haha..Da yg nak join bf ala kedai nasi kandaq x,nih bkn ala2 lagi,tapi mmg cam kedai KAPITAN yg selalu kami duk p pekena roti naan n ayam tandoori dia tuh dah rasanya nih..
Hubby puji sakan ok..Suke sgt aku mendengarnya..Mmg kami suke sgt mkn menu gini,bila mkn air tangan bini dia,rasa2 ajer dia ckp,uish sedap,semua sedap,haha..
Akceli nih nk bgtau lah,wat pe nak tipu kan,utk sos pudina n sos manis tuh aku suh hubby beli jer tapau dari kedai nasi kandaq makbul,beli sehinggit 1jenis,mmg byk betoi,rasanya leh smpn frezer utk tahan lama,leh wat 2 3kali lagi punya ayam tandoori n roti naan kut..Mula tuh hubby kata lah eh depa nak ke juai sos ajer,aku kta la,ala try jerla tya,kut2 depa juai,Hehe tgk2 mmg depa juai wlaupon xbeli benda lain pon,haha save bajet..

Roti naan nih mmg best,sgtlah sedap bila dimakan bersama ayam tandoori,selamat tinggal ayam tandoori n roti naan Kapitan,pasnih kalo ai nak mkn lagi,mmg wat sendri ajer,lbh sedap n puas mkn..Yg penting kebersihan terjamin n lebih murah..

Terus terang cakap,ayam tandoori nih,tersangat lah SEDAPnya..Mmg MELETUP,KEDEBOM Sedap lagi dari kedai nasi kandaq wokey..

Tengs bebanyak utk ros atas resepi roti ni n juga tips2 yg diberi..
Fry Pan Naan Bread

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
300gram tepung roti(Tpng aku cuma ada 220gm jer,so aku tambah tpng gandum jerla)
50gram tepung gandum
4 sudu besar plain yogurt
3 sudu besar gula(Aku letak 2sdb jer)
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar minyak masak
190ml air suam (Aku letak 16oml jer,mmg dah ok,sbb aku punyer tpng gandum lbh)
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil baking powder

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 7 bahagian, dan bulat-bulatkan kemudian ambil sedikit marjerin atau minyak masak, dan lumur pada doh tadi, tutup bekas adunan, perap sekali lagi lebih kurang setengah jam.(Aku bhgi 6bhgian jer)

5. Setelah di perap, ambil satu bahagian doh dan terap memanjang menggunakan penggelek roti, ketebalan agak-agak lah ye, lebih kurang 2cm, jangan tebal sangat, jangan nipis sangat. Ulang langkah tadi sehingga doh habis. ( masa ni pastikan papan canai dan penggelek di tabur dengan sedikit tepung bagi mengelakkan doh melekat).

6. Panaskan Fry pan, setelah fry pan betul-betul panas baru letakkan doh roti naan yang telah diterap tadi, renjiskan atau spray dengan sedikit air, dan tutup fry pan, setelah, nampak roti naan kembung sedikit di permukaaanya, terbalikkan roti naan dan tunggu sehinga kedua-dua belah roti naan tadi masak, masa yang di perlukan tak lama, lebih kurang 5-6 minit sahaja.

7. Setelah masak, sapukan roti naan tadi dengan butter atau marjein, sedap dimakan panas-panas bersama keeema daging, kuah kari atau ayam tandori, sedap juga dimakan begitu sahaja. Selamat Mencuba.

Tips-tips Membuat roti naan - by rosmarlina @ jintanmanis.com

1. Pastikan anda menggunakan tepung roti yang berkualiti.

2. Sukat bahan dengan betul, dan doh roti naan ini agak lembik sedikit, tapi masih boleh dicanai dengan baik, pastikan papan canai dan penggelek roti di tabur dengan sedikit tepung apabila ingin membentuk roti naan ni nanti.

3. Proses perapan digandakan bagi memastikan bahan-bahan dalam doh lebih mesra.

4. Gunakan api sederhana apabila memasak roti naan ini nanti.

5. Jangan gliss fry pan dengan minyak masak, cukup hanya merenjiskan atau spray air didalam fry pan dan pastikan fry pan ditutup kemas apabila memasak roti naan. apabila nampak fry pan kering boleh direnjis lagi dengan sedikit air.

6. Setelah roti naan perang di kedua-dua permukaanya terus angkat, jangan over cook, nanti roti naan akan menjadi keras dan tidak lembut.

7. Jangan terap doh roti naan terlalu tebal, nanti lambat masak ataupun bahagian dalamnye kurang masak.

8. Gliss terus permukaan roti naan sejurus diangkat dari fry pan, supaya permukaan nye cantik berkilat dan tidak terlalu kering.

9. Simpan roti Naan di dalam berkas bertutup bagi mengekalkan kelembutannya.

Sos yg ijo tuh sos pudina,yg merah tuh sos apa tah,rasa dia manis2 n pekat ajer..Kalo nak mkn campur2 sos n ayam,mmg lah sgt sedap...

Sumber Resepi,disini,tengs bebanyak ya chef nizam yg baik ati yg sudi berkongsi resepi yg amat sedap nih..Aku cuma tgk bhn2 ajer,sukatan,men taram sesedap tekak ajer,yg pnting bhn semua da,ok..

Ayam Tandoori

+ 2 ekor ayam – belah 4

Rempah ratusnya:
+ 3 biji bawang besar
+ 13 ulas bawang putih
+ 2 inci halia
+ 2 sudu teh garam
+ 1 sudu serbuk kunyit
+ 1 sudu serbuk cili
+ 1 sudu serbuk lada sulah
+ 1 sudu serbuk jintan manis
+ 1 sudu serbuk jintan putih
+ 1 sudu serbuk ketumbar
+ 1 sudu serbuk kulit kayu manis
+ 3 biji buah pelaga
+ 1 cawan susu cair
+ 2 biji buah lemon
+ 2 ikat daun ketumbar
+ 2 ikat daun pudina
+ 2 sudu marjerin
+ 2 sudu sos tiram
+ pewarna merah

Cara2:-

Langkah pertama sekali untuk membuat ayam tandoori ini, kita buat tairu. Perahkan ½ biji buah lemon ke dalam 1 cawan susu cair dan kacau. Sekarang anda akan melihat perubahan susu cair tadi menjadi tairu. Kalau nak gunakan plain yogurt pun boleh menggantikan tairu ini.

Lepas itu, masukkan kesemua bahan-bahan rempah ratus tadi ke dalam pengisar. Jangan lupa perahkan 1 biji buah lemon ke dalam pengisar.

Kemudian, masukkan tairu ke dalam pengisar. Kisarkan bahan-bahan ini sehingga halus dan sebati.

Bila sudah selesai mengisar bahan-bahan tadi, lumurkan ke atas ayam-ayam ini. Pastikan kesemua ayam ini dilumur sehingga sebati dengan rempah ratus ini.

Ok, sekarang masukkan ayam-ayam yang telah diperap dengan rempah ratus tadi ke dalam beg plastik kedap udara. Beg plastik kedap udara boleh dibeli di pasaraya berdekatan. Jikalau takde, pakai aje bekas-bekas plastik yang kedap udara. Ini penting supaya tiada bau-bau wap asing di dalam peti ais masuk kedalam ayam yang diperap tadi. Untuk pengetahuan semua, saya perap ayam ini selama 5 jam sahaja.

*Cara aku,aku kisar guna blender kering bawang2,daun pudina,halia bagai,pastu kat mangkuk yg lain aku satu kan semua rempah2 yg jnis serbuk n bhn2 lain,pastu msukkan juga yogurt,gaul2 sebati,baru campur ngan bhn kisar,pastu aku baru lumur atas ayam,Aku bakar 170 c .


Monday, July 25, 2011

Calzone Ala Turki

Assalamualaikum n selamat ari isnin semua..Jumpa lagi di minggu yg baru,semoga semuanya ceria2 n sihat selalu..Klmarin seharian xbuka lappy,dek kebizian yg agak melampau,muahaha..G spital melawat member baik zaman sek form 6 yg kena denggi kat balik pulau,pastu dah alang2 ke blk pulau,singgah juga umah mak sedara hubby,B4 tuh g queensbay dulu,sbb ari sabtu tuh xsempat nak ngukur abis keluasannya,so cantinue la ari ahad lak,camtu lah kalo weekend,aku rsa lagi bertambah sibuk,mmg xsmpat nak pgang lappy pon,dah mlm nak seterika kemeja hubby lak..Klmarin 1ari xmsk pon,hubby kata mkn kat luaq lah,dah alang2 dah xlekat umah,horeyyyy..
K lah calzone@roti turki nih aku wat ari jumaat juga,smbil uli2 calzone,sambil sukat2 bhn n bakar mapin coklat kat bwh nun,geram toi ngan si nana,xbape nak mkn,agaknya dia xsuke kut bila campur ceklat+oren+nescafe,tapi aku n hubby sukeeeee sgt,sedap..
Calzone nih nmpak kat umah n00rsha,mmg dah terus jatuh hati pandang pertama,nak2 stekmen dia yg aku xleh blah n duk igt2,dia kata sedap melantun2 ,haha,sbbkan aku mmg suke jns savoury2 nih,so mmg terus buat ajerlah..Betoi noorsha,mmg sedap bangat,tengs ya n00rsha,sbb promot baik punyer..Xrugi wat..K lah jom tgk resepi ya,aku nak qada BW jab,hehe..










RESIPI CALZONE ALA TURKI
Resipi Asal : Chef Wan
Sumber & Olahan : Mat Gebu
Sumber Resepi:-N00rsha


BAHAN UNTUK DOH (KULIT) :-)
300 g tepung gandum

6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air1 sb mayonis - Noorsha tambahSedikit tepung untuk ditabur

BAHAN INTI AYAM :-)
1 cawan isi ayam yang dicencang halus - Noorsha guna 3 keping daging burger Ramly (Aku guna daging
1 biji bawang besar, didadu halus
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
1 inci halia, tumbuk halus
1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar rempah kari daging
1/2 camca besar sos tomato
2 pokok daun bawang, hiris halus
Aku add juga daun sup
Garam dan gula secukup rasa
5 batang cili padi - diketuk (Noorsha tambah)Aku xletak
1/4 batang carrot - hiris halus (Noorsha tambah)Aku xletak
Daun salad secukupnya (Noorsha tambah)Aku xletak
Cheddar cheese @ slice Cheese secukupnya (Noorsha tambah)Aku guna Mozarella
Sedikit air


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH (KULIT) :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  2. UNTUK INTI AYAM :-Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, sos tomato dan cili kisar hingga garing. Masuk rempah kari daging dan kacau rata. Tambah daging ayam @ daging burger cincang dan cili padi yang diketuk, kacau dan tuang air.Masak hingga pekat. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Masak hingga kering. Matikan api, masukkan hirisan daun bawang, kacau rata dan sejukkan.
  3. UNTUK CALZONE ALA TURKI :- Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara. bagi pada 4 bahagian sama besar, bulat2kan. Ambil 1 bahagian, canai hingga leper. Sapukan permukaan doh yang dicanai dengan kuning telur agar mudah lekat bila di klim nanti. Letak daun salad, 1/4 bahagian inti ayam, dan cheese, kemudian lipat dua dan tekan2 hujungnya biar bercantum. Kemudian kelim seperti membuat karipap ... Buat hingga siap pada baki adunan.
  4. Susun dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit minyak masak, biarkan doh mengembang sedikit kemudian sapu kuning telur pada setiap permukaan calzone dan cucuk2 sedikit dengan garfu (Noorsha gunting sket permukaan calzone). Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan..

Saturday, July 16, 2011

Baked Sandwich

Assalamualaikum semua,selamat berhujung minggu bersama family terchenta ya..Baked sandwich nih menu minum ptg klmarin,Walaupon stok cis xda,ku gagahkan utk buat juga,memandangkan roti da,inti daging yg siap msk pon da ja lam esbok..Nmpak kak nieza,kak hasue pon dah try,semua xikut resepi asal utk intinya..Aku pon sama gak,inti wat versi sendri ja,inti daging n tmbah sosej..Sedap mkn time panas2,rangup ajer..Teng ya utk kak nor n kak ratna/madihaa,kak nor siap wat the making lagi,hehe..Utk step by step tu leh tgk disini ya..K lah puan umah nak klq g pasar lak,daa..

Aku wat besar,ngap sorang 3ketui ngan hubby,kenyang weyyy..Kira 1biji=1 keping roti,lebihan roti lak,tgk lah esk2 kalo rajin leh wat apa2 lak..
BAKED SANDWICH
sumber: Madiha & K.Nor

Bahan Kulit/Casing
Roti gardenia secukupnya

Bahan-bahan Inti
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 camca serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
200gm - 300gm isi ayam, dicincang
5 biji cendawan butang (dlm tin) , dipotong halus
1 biji telur
Garam & gula secukup rasa
Cheese secukupnya (MaDiHaA guna mozarella cheese) ~ k.nor guna slice cheese

Kaedah penyediaan
1. Lenyek atau gelek roti hingga nipis masukkan dlm acuan dan buangkan tepi lalu dibakar 7 – 8 minit.
2. Tumiskan bawang-bawang. Masukkan sos tiram. Kacau sebentar dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan ayam & cendawan. Tumis sehingga masak. (jika perlu tambahkan sikit air untuk bagi ayam betul2 masak)
4. Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga rata dengan ayam dan cendawan.
5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan sehingga kering.
6. Isikan dalam kulit roti dan taburkan cheese secukupnya. Bakar sebentar sekadar mencairkan cheese.
7. Sedia dihidangkan.. lebih enak dimakan waktu panas2 kerana roti rangup.. jika dibiarkan lama roti sedikit lemau.. tetapi masih enak dimakan

Friday, July 15, 2011

Roti Puri Kentang Again^_^

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,buatyg berpuasa tuh,selamat berpuasa ya,sebelum nak puasa minta izin hubby dulu ya,hehe.Sekejab jer dah ari jumaat lagi kan,eh ari jumaat,opss semalam mlm jumaat eks.ala lupa lah plak,ekeke..Tuhla duk layan fb smp tgh mlm,yerla time anak2 tido lah time tg sesuai n aman kan..Klmarin seharian xupdate blog,eh da yg kisah ke..Xperla kalo xkisah pon kan,blog xglemer pon..Kebizian duk melayan anak2 yg mkin membesar,syifa skang suke sgt kita main2 n gomoi2 dia,pastu xsmpt kita nak gomoi,dia dulu yg gomoi n tarik rmbut kita..1momen yg akan ummi kenang hingga akhir hayat,n xdpt di jual beli ngan apa pon,hanya ibu yg telah melahirkan n membesarkan sendri zuriatnyer ajer yg tahu,opss tmbah lagi 1,ibu yg mnyusukan anaknyer sendiri juga,hehe..Rasa puas sgt dpt bf kan syifa hingga skang,InsyaAllah hingga 2taun,moga Allah permudahkan niatku,Amin..
Oklah dah melalut panjang,meh jamu mata ngan menu yg dah licin nih,kali nih,aku da add yis cikit,hasilnya,bertmbh bes bgi tekak aku n memenuhi piawaian sirim..Hehe..Tengs utk tuan resepi kak fida..Utk versi yg asal disini ya..


Resepi Roti Puri Kentang

125 g kentang - rebus empuk dan lecek halus
120 g tepung gandum (1 cawan rata)
1 sk garam
50 ml air hangat (10 sb)
secukup minyak masak untuk goreng terendam

Cara-cara

Kentang lecek dicampur dgn tepung dan garam dan digaul rata.
Tuang air hangat sedikit2 ke dlm adunan kentang dan uli hingga tak lekat ditangan.Tambah tepung jika adunan terlembik.Tutup dgn plastik atau kain lembap dan perap 30 min.
Doh di bahagi 8 dan dibulat2kan menjadi bebola kecil.
Canai bebola doh tadi sebesar tapak tangan,buat hingga habis dan dibiarkan 10 min. sementara minyak dipanaskan di dalam kuali.
Goreng doh yg dicanai sekeping2 dlm minyak terendam.Sambil dibalik2kan dan disiram2kan minyak pd kedua2 belah puri.
Goreng puri hingga kecoklatan,angkat dan toskan minyaknya.
Siap untuk disajikan


Cicah ngan sambal bilis n daging,pergh sedap bangat..

Wednesday, July 6, 2011

Roti Mayonis ^_^

Assalamualaikum semua..Sekejabnya masa berlalu kan,dah ari rabu lagi..Uii xsabarnya nak tggu ari jumaat,hehe..Dah bf ke sahabat2 ku sekalian..Roti mayonis nih aku buat ptg klmarin,Smpai ke mlm lah melantak roti nih..Yg versi bulat,da inti kentang n ayam,yg 2biji tuh sengaja wat bun kosong utk mkn ngan daging oblong pada mlmnya..Da juga ya letak sosej n mayonis kat atas tuh,hehe..Pa pon roti nih mmg dah licin semalam lagi ya..Syazana suka mkn yg inti kentang tuh..
Nak dijadikan rezeki,weekend baru ni aku p giant,mayonis yg botol besar ladys choise,940ml tuh da ofer half dri rega asai.Dari 16++,tinggai 7++ ja,pasnih byk g menu dari mayonis akn menyusul,muahaha..Ramai yg dah buat roti mayonis nih,antaranya,kak mas,kak anna,kak anim n yg latest,kak nieza..Tengs utk kak yani atas resepi nih..Sedap n lembut..

Yg versi nih pon sedap,sbb wangi cajun yg ditabur,hehe..

Roti Mayonis

Sumber Resepi :- Kak Yani

Bahan-bahan:
  • 300g tepung roti
  • 110g air
  • 50g water roux
  • 50g mayonis
  • 45g gula
  • 45g marjerin/butter
  • 1 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung
Inti kentang+Ayam,ala2 inti karipap..


Cara-cara:-
  1. Masuk semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. Pilih setting doh dan ON.
  2. Keluarkan doh... tumbuk2 utk keluarkan angin.
  3. Bahagikan doh kepada bentuk-bentuk kecik
  4. Biar naik 2 kali ganda sebelum dibakar
  5. Bakar dgn suhu 180 degree selama 12-15 minit

Monday, June 27, 2011

Rich Banana Bread

Assalamualaikum semua..Dah mkn ke,mesti mkn sempoi2 time lunch tadi kan..Meh la tgk menu yg dah sebulan lbh rasanya aku wat nih,Mula tuh xnak tayang,sbb bila tgk nama bread kan,tapi texture dia lbh kpd kek,so aku rasa cam xjadi jer,nanti da palk yg tanya mcm2,hehe..Pastu bebaru nih aku tgk kak izahdaut manja tuh tayang roti nih kat blog dia,aku usha texture pic roti dia pon sama cam aku juga,wlapong dia guna kamera mahai n aku punya cap ayam,tapi leh juga la nmpak texture roti aku nih kan,hehe..Pastu,sbb nak cepat nih n senang kja,sbb dah siap translate,aku copy ajer dri umah kak izah,tengs ya kak..

Mmg sedaplah sbb da pisang,pastu biar esok lagi lah bertambah moist..

RICH BANANA BREAD
source: allrecipes
Copy dari Kak Izah


1/2 cwn butter cair
1 cwn gula * izah letak 1/2 cawan 1 sbI(Aku letak 1/2 cawan sbb pisang mmg dah ranum)
2 biji telur
1 sk vanilla essence
1 1/2 cwn tepung
1 sk baking soda
1/4 sk baking powder *izah tambah(aku xletak)
1/2 sk garam
1/2 cwn yogurt plain
1/2 cwn chopped walnuts *izah tak letak,aku pon xletak
1 cawan pisang lecek


Directions


Panaskan oven 175 C. *izah guna suhu 180 C.
Dalam mangkuk yang besar, satukan gula, butter cair, telur dan vanilla, yogurt dan pisang lecek. Sebatikan.
Dalam mangkuk yang lain ayak tepung bersama baking powder, soda dan garam. Gaul rata.
Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering.
Gaul sekadar rata.
Bakar selama 45-50 minit.
Sejukkan di atas rak. Sedap dimakan suam2.