Showing posts with label Pecal dan Rojak. Show all posts
Showing posts with label Pecal dan Rojak. Show all posts
Thursday, November 14, 2013
Pecal Jawa
PECAL JAWA
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Sumber : MAT GEBU
Bahan-bahanuntuk kuah :
150 gm kacang tanah
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 in cekur*
1 in belacan*
1 1/2 sudu besar udang kering*
15 biji ciliapi* - semua bahan*dikisar
Jus asam jawa secukupnya
Garam dan gula
Cara-cara:
Kacang tanah disangai hingga masak sejukkan dan dikisar.
Bawang merah, bawang putih, cekur, belacan, udang kering dan ciliapi dimasak bersama sedikit minyak. Angkat dan dikisar halus.
Masukkan semua bahan kedalam mangkuk dan kacau.
Perasakan jus asam, garam dan gula secukupnya.
Sedia dihidang.
Bahan-bahan lain:
1 ikat kangkung - dicelur
10 batang kacang panjang - dicelur
1 mangkuk taugeh - dicelur
3 keping tauhu - digoreng
1 keping tempe - digoreng
Susun semua bahan didalam pinggan dan tuang kuah pecal. Sedia dihidang.
Friday, July 26, 2013
Gado - Gado
GADO - GADO
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan : ( 8 0rang)
2 bungkus tempe - digoreng
3 keping tauhu - digoreng
4 biji kentang - direbus
5 biji telur - direbus
6 batang kacang panjang - dicelur
3 kelopak kobis - dicelur
3 bungkus ketupat segera - direbus
Keropok ikan atau udang
Semua bahan yang telah dicelur dan direbus dipotong atau dihiris.
Masukkan kedalam mangkuk.
Bahan untuk kuah :
500 gm kacang tanah - digoreng dan dikisar
2 sudu besar pes asam jawa - ADABI
2 sudu besar bawang goreng
4 batang serai - dititik
Santan secukupnya - ikut kepekatan
Garam dan gula secukupnya
1/2 cawan cili kisar
10 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*
4 biji cekur*
10 biji ciliapi* - semua* bahan digoreng dengan sedikit minyak
Cara-cara :
Satukan bahan yang digoreng dan dikisar hingga halus.
Masukkan kedalam periuk dan satukan bersama kacang tanah kisar, serai dan cili kisar.
Tuang santan secukupnya kemudian kacau dan masak hingga mendidih
Perasakan garam, gula dan asam jawa secukupnya.
Kepekatan kuah ikut citarasa sendiri.
Masukkan bawang goreng dan gaul sebati.
Sedia dihidang.
Penyediaannya :
Masukkan nasi empit dan semua bahan sayuran yang telah dipotong kedalam mangkuk.
Tuang kuah dan ramaskan keropok.
Sedia dimakan.
Thursday, November 17, 2011
Gado-Gado Peranakan
Assalamualaikum..
Gado-gado.. lama juga saya tidak membuatnya.. terus menjengah di dapur DTS yang banyak resepi pecal atau rojak yang sedap-sedap.. saya memiih untuk membuat gado-gado kerana bahan-bahannya pun dah sedia ada.. makanan ini juga mengenyangkan.. yang mana kawan kita ingin berdiet bagus juga memcubanya..
Terimakasih Cik Mat @ Dapur Tanpa Sempadan kerana berkongsi resepi gado-gado yang sedap ini.. Jom lihat resepinya..
Bahan untuk kuah:
250 kacang tanah dipanggang / sangai
200 ml pati santan
350 ml air
1/3 cawan jus asam jawa
5 sudu besar gula
Garam secukupnya
15 tangkai cili kering*
10 biji bawang merah*
2 batang serai*
1/2 in kunyit*
1 in lengkuas*
1 camcabesar udang kering dicuci dan ditos* (Semua bahan* dikisar)
Tumis semua bahan yang dikisar hingga naik minyak.
Masukkan air dan kacang yang dikisar.
Masukkan air asam, garam dan gula. Kacau rata.
Masukkan pati santan dan kacau hingga pekat.
Rasa garam dan gula secukupnya.
Boleh dihidang.
Bahan-bahan sayuran:
100 gm kacang panjang dipotong dan dicelur
250 gm kobis dihiris dan dicelur
3 biji kentang direbus dan buang kulitnya
1 biji timun
2 keping tempe digoreng
3 keping tauhu digoreng
5 biji telur direbus
Selamat mencuba...
Wednesday, June 22, 2011
Pecal
Selamat tengahari semua..
Tengahari ni saya ratah pecal je.. tak mau makan nasi.. bukan diet.. tapi mmg terlalu suka ratah sayur2an spt ni.. mmg layannn..
Pecal ni adalah makan orang Jawa tapi skrg berbagai2 bangsa dah tau makan pecal.. di restoran2 masakan kampung pun banyak menjualnya.. tapi kalau buat sendiri lebih sedap.. terasa kuah pecalnya dgn cekur yg membuatkan kuahnya sedap.. sayur2an ikut citarasa sendiri..
Jom kita semak resepi dari saya ni..
Sayur-sayuran:
Kangkung
Kacang panjang
Timun
Sengkuang
Taugeh
Tauhu digoreng
Tempe digoreng
Bahan-bahan utk kuah:
1 1/2 cawan kacang tanah
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
15 biji cili api* ( Semua bahan* digoreng dahulu)
1 inci belacan - dibakar
2 inci cekur
2 sudu makan cili kisar
Jus asam jawa
Garam & gula secukupnya
Cara-cara:
Kacang tanah digoreng hingga masak kemudian dikisar kering atau ditumbuk.
Satukan bahan yang digoreng, belacan, cekur dan cili kisar kedalam blender. Blend hingga halus.
Masukkan kedalam periuk dan masakkkan bahan2 semua dan kacang hingga mendidih.
Masukkan jus asam, garam dan gula. Kacau hingga masak. Tuang air jika terlalu pekat.
Sedia dihidang.
Friday, May 20, 2011
Rojak Sotong
Bahan-bahan-
2 ekor sotong - dicelur
300 gm kangkung - dicelur
100 gm taugeh - dicelur
3 keping tauhu - digoreng
Bahan untuk kuah rojak-
1 inci belacan
1 1/2 cawan cili kisar
1 cawan gula
1/2 cawan gula melaka
3/4 cawan kicap manis
1 sudu makan cuka
1 cawan kacang tanah yang telah digoreng
Cara-cara-
Masukkan semua bahan kecuali kacang tanah di dalam periuk. Masak diatas api kecil dan gaul hingga kuah menjadi pekat dan likat.
Tumbuk kacang tanah dan masukkan kedalam kuah rojak.
Sedia dihidang.
Subscribe to:
Comments (Atom)