Showing posts with label Special Day. Show all posts
Showing posts with label Special Day. Show all posts
Tuesday, April 02, 2013
Ulangtahun Perkahwinan
2 APRIL 2013.. hari ini genaplah usia ulangtahun perkahwinanku bersama suami tercinta AHMAD AZAN RIDZUAN yang ke 26 tahun.. dikurniakan anak seramai 5 orang sudah cukup membahagiakan sekali.. Amirul Afifi 25 thn, Akmal Zhafran 22 thn, Amirah Diyana 19 thn, Arinah Raidah 15 thn dan Aqilah Khalisah 13 thn..
Alhamdulillah dengan bahtera yang dibina selama ini dapat diatasi dengan memperbanyakkan berdoa untuk kesejahteraan dan banyak bersabar dalam menempuh segala liku alam rumahtangga dapat ditempuhi hingga sekarang.. Semoga perkahwinanku ini kekal hingga keakhir hayat.. Amin.
Monday, April 01, 2013
Selamat Hari Ulangtahun
1 APRIL 2013... genaplah usia suamiku AHMAD AZAN BIN RIDZUAN yang ke 52 tahun.. semoga dipanjangkan usia serta hidup sentiasa dirahmati Allah SWT.. Tiada apa yang dapat dihadiahkan cuma kasih dan sayang saja yang dapat dicurahkan bersama-sama anak-anak yang dikasihi..
Wednesday, January 11, 2012
Happy Birthday Raida
Selamat hari ulangtahun untuk anakku Arinah Raidah... hari ini 11 Jan 2012 genaplah Raida berumur 14 tahun... dilahirkan di Seremban.. seorang yang pendiam dan agak pemalu..
Mama doakan semoga menjadi anak yang soleha dan cemerlang dalam hidup.. menghormati kedua ibubapa dan berusaha hingga berjaya dalam pelajaran supaya tercapai cita-cita yang diingini.. Usaha itu tangga kejayaan... Sayang Raida selalu..
Monday, September 05, 2011
Salam Aidilfitri 1432H
Seminggu yang lalu kita telah meninggaklan 1 Syawal.. begitu cepat sekali masa berlalu.. tapi suasana berhariraya masih lagi terasa.. ramai yang akan membuat rumah terbuka dihujung minggu ini.. untuk meraikan saudara-mara dan sahabat handai..
Saya bersama keluarga beraya di Johor Bahru.. dirumah orangtua saya.. sempat juga beraya dirumah mak dan pak saudara yang terdekat.. mmg seronok sekali sekala berjumpa.. anak2 pula dapat mengenali lebih rapat lagi.. maklum la setahun sekali berjumpa tengok2 semua dah besar..
Setiap tahun akan bertukar tempat bila hariraya.. Johor dan Perak.. mmg seronok dapat beraya dikedua2 negeri.. tapi tahun ini saya dan keluarga hanya beraya di Johor Bahru saja kerana kedua mertua saya sudah tiada lagi..
Selamat hariraya utk semua.. maaf zahir & batin.. Semoga berjumpa ditahun hadapan...
Sunday, July 10, 2011
Happy Birthday Afifi
10 Julai 2011.. hari ulangtahun anak saya yang sulung.. Amirul Afifi.. ke 23 tahun.. besar dah anak mama erkk.. dulu duk timang2 skrg dah meningkat dewasa.. masa begitu pantas berlalu.. dilahirkan di Johor Bahru.. masih belajar lagi.. seorang yang agak pendiam dan pemalu tetapi suka mengusik saya serta adik2nya.. kadangkala begitu cerewet ttg masakan yang saya masak.. tapi tetap makan juga kalau perut dah terasa lapar.. hehe.. setiap anak2 mesti ada kelainan citarasa kan.. mcm2 kerenah dan ragam..
* Fi.. mama doakan semoga dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik dan hormatilah kedua ibubapa..
Berusaha hingga berjaya dalam pelajaran untuk mencapai cita2 yang diingini.. berdoa selalu untuk kebaikan didunia dan akhirat.. mama sebagai ibu senantiasa berdoa untuk kejayaan anak2 mama..*
Sunday, June 12, 2011
Happy Birthday Zhafran
Hari ini 12 June adalah harijadi anakku yang kedua Akmal Zhafran.. ke 20 tahun.. dah semakin nak dewasa anak mama yer.. dilahirkan di Johor Bahru.. seorang anak yang kirakan rajin menolong jugak la..huhu
Suka makanan masakanku dan suka memuji kalau masakan sedap.. suka berborak sambil buat kelakar.. haha..
Birthday zhafran hari ini sempena dgn Hari Bapa.. bertuah Zhafran yer..
Suka makanan masakanku dan suka memuji kalau masakan sedap.. suka berborak sambil buat kelakar.. haha..
Birthday zhafran hari ini sempena dgn Hari Bapa.. bertuah Zhafran yer..
* Mama doakan Zhafran semoga berjaya dlm pelajaran dan berjaya dalam kehidupan.. semoga dipanjangkan usia & menjadi anak yang soleh & taat terhadap kedua ibubapa.... mama selalu berdoa yang terbaik utk anak2 mama.*
Monday, May 16, 2011
Happy Birthday Lisa
Assalamualaikum..
Hari ini 16 Mei adalah harijadi anak saya yg bungsu.. Aqilah Khalisah yg ke 11 tahun.. semakin besar anakku semakin berusia lagi aku.. harijadi Lisa sama dgn Hari Guru.. bertuah betul Lisa menyambut harijadi bersama guru2 disekolahnya.. Selamat Hari Guru jugak ye!
* Mama ucapkan selamat hari ulangtahun.. semoga Lisa menjadi anak yang baik dan soleha.. berjaya dalam pelajaran.. mama selalu berdoa untuk anak mama semoga diberi perlindungan dan hidayah.. selalu ingat Allah dan kedua orangtua.. Dalam pelajaran Lisa teruslah berusaha untuk mencapai cita2 yg diingini.. Sayang anak mama Lisa.. *

Wednesday, May 11, 2011
Selamat Hari Ulangtahun Untukku
Assalamualaikum..
Pada 11hb may 1966 adalah hari kelahiranku yang penuh bermakna buat ibuku.. Hari ini pula saya menyambutnya hari kelahiran yang ke 45.. semakin meningkat usia.. Alhamdulillah Allah memberikan saya kesihatan yang baik dan hidup dalam kesejahteraan buat diri saya bersama keluarga tersayang.. Amin

Semasa umur 6 bulan..
Monday, April 04, 2011
Birthday Diyana
3 APRIL 2011.. birthday anak ketiga saya si manis AMIRAH DIYANA yang ke 17 tahun.
Mama selalu mendoakan anak mama yang terbaik. Untuk SPM yang akan datang ini berusahalah dengan lebih semoga Yana mendapat keputusan yang diinginkan. Jadilah anak yang baik, menghormati ibubapa dan jadikan diri anak yang solehah.Sempena birthday ini saya satu family bersama-sama meraikannya di Kenny Rogers, Mines saja. Alhamdulillah walaupun saya sekeluarga je tapi anak-anak tetap gembira. Sayang semua anak mama.....
Saturday, April 02, 2011
Ulangtahun Perkahwinan ke 24...
Syukur Alhamdulillah... hari ini 2 APRIL 2011 genaplah hari perkahwinanku yang ke 24 tahun bersama kekandaku yang tercinta AHMAD AZAN RIDZUAN.. pahit dan manis ditempuhi bersama.. rezeki yang Allah berikan dapat dinikmati bersama serta anak yang ramai dapat diberi perhatian bersama.. Berdoaku pada Allah SWT semoga perjalanan perkahwinanku sentiasa dirahmati di dunia dan di akhirat.. AMIN
Subscribe to:
Comments (Atom)