Followers

Showing posts with label Muffin. Show all posts
Showing posts with label Muffin. Show all posts

Monday, March 01, 2010

Muffin Coklat Kukus


Salam...

Tak hingat le... biler tah aku buat muffin coklat kukus ni... tapi dalam minggu lepas le... kalau tak silapnye hari Khamis... erh, bukan... hari Jumaat... erh... emp lantok le... betui2 tak hingat hari ape tapi dalam minggu lepas le... dan kalau udah buatnye minggu lepas tu... pepaham ajelah yek... udah abish lorrrrr... hisk!!!

Resipinya aku dapat hasil jalan2 cyber ke umah Kak Rinn Chan... resipi asal daripada Chef Zubaidah Che Pa. Tapi hasilnya tak secantik kembang mekar macam Kak Rinn punye lor... tak tahulah di mana salah dan silapnye mase aku menggodek bahan2 tu... nak kate pepandai otter resipi pun idak juga... ikut je bebolat... hukhukhukkkk

Tak apalah... sekurang2nya aku mencuba,kan...? Ape kate kowang plak cube... so aku tepekkan resipinya kat sini untuk panduan kowang. Jangan risau... resipi ni aku kopipes dari fp Kak Rinn (minta izin & terima kasih ye kak...). Jadi tak mungkinlah ada sebarang kesilapan salin resipi daripada aku...

Bahan-bahan:-

250gm tepung superfine/ tepung halus
75gm serbuk koko
1 tsp soda bicarbonate
Secubit garam
350gm gula icing
250gm mentega
3 butir telur
1 cup air panas

Cara-cara:-

1. Ayak tepung, soda bicarbonate, serbuk koko dan garam. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula icing hingga kembang.
3. Masukkan telur satu persatu.
4. Masukkan tepung yg telah diayak tadi berselang-seli dengan air panas.
5. Isikan adunan ke dalam papercups dan kukus selama 15 minit.

Sebelum dikukus...

Tuesday, October 20, 2009

Muffin Coklat


Salam...

Buat muffin coklat ni masa Mak Ina & familynya datang ke rumah aku hujung minggu lepas. Seronoklah membaking kalau ada orang yang makan...

Tapi aku tak puas hati dengan rupa parasnya. Bagi akulah... kalau namenye muffin, permukaannya tu mestilah merekah. Tapi korang tengoklah permukaannya muffin aku ni... kembang jek... mcm cupcakes le pulak.
No, no, no... i tak puas hati!!!

Kenape jadik camtu? Sebab aku terlupa nak naikkan suhu oven daaaa....
haish!

Thursday, June 18, 2009

Choc Chip Fruitty Muffin


Boleh tak aku bagi name Muffin ni cemni? Bolehla kan... sebab kat dalam muffin ni ada buah2an (hirisan pisang & strawberi) dan choc chip... Heheheee

Ni gara-gara tergoda dengan muffin Kak Nor. Jadinya aku membaking hari ni. Tapi aku tak ikut resepi dari Kak Nor yang diambil dari MyR oleh tokeynye sebab aku terlalu malas hendak mengeluarkan mixer. Malas nak duduk tunggu butter kembang bagai. Jadi aku buat dari resepi yang mudah, senang dan cepat.

Bahan-bahan

1 3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula kastor
1/4 cawan gula perang
1 bj telur - dipukul sikit dgn garfu
1 1/2 sk baking powder
1 sk soda bikabonat
1 sk garam
1 cwn susu segar
3/4 cwn minyak

Bahan sampingan
Hirisan pisang
Hirisan strawberi
Choc Chip

Cara-cara
Campurkan semua bahan dan kacaukan sebati. Biarkan 15 minit dan sudukan ke dalam paper cup. Bakar 200c selama 20 minit atau sehingga masak.

Kan dah cakap senang je...
:D

Sunday, June 14, 2009

Brownies Muffin


Ini n3 tertunda ye kengkawan. Sebenarnya aku tak buat brownies muffin ni hari ini, semalam mahu pun kelmarin. Tetapi aku buat ni minggu lepas.

Sangat kecewa kerana ianya tidak kena dengan selera tekak aku dan anak2 aku. Tapi mujur jugaklah anak2 buah aku - anak Mak Ina dan suaminya suka. Jadi dia oranglah yang banyak makan. Tapi pun ada beberapa ketul yang terbuang. Yang membuatkan aku tak berminat tu apabila bahagian bawahnya sangatlah berminyaknya. Kembang tekak aku nak menelan...

Monday, March 02, 2009

Muffin Pisang Coklat Cip


Satu hari kalau masuk dapur setakat buat susu Mierza, masak air dan bancuh air teh saja memanglah rasa tak lengkap hidup aku. Ada je bende yang terlintas dalam kepale hotak aku nak buat sesuatu kat dapo tuh. Lainlah kalau tak ada kat rumah sendiri, kan...

Jadi aku buatlah something - muffin. Resepi ni aku amik kat salah satu web omputih. Tak ingat kat mane tapi aku ada edit sikit. Tambah tolak bahan-bahan mengikut selera sendiri dan mengikut bahan-bahan yang ada dalam gobok.

Pada tekak aku memang sedap dan gebu saja isi dalam muffin ni. Teksturnye lembut... kalau tak caye, cubelah...


Bahan-bahan
245g Tepung gandum
100g gula kastor
50g gula perang
1sk baking powder
1sk soda bikabonat
1/4 sk garam
65g coklat cip
2bj telur - dipukul sedikit
100g marjerin - dicairkan
454g pisang - dilenyek
1sk esen vanila

Cara-cara
- Panaskan oven 200c.
- Dalam satu bekas, campurkan tepung gandum, 2 jenis gula, baking powder, soda bikabonat, garam dan coklat cip. Gaul bercampur dan ketepikan seketika.
- Dalam satu bekas lain, campurkan pisang, telur, marjerin cair dan esen vanila. Gaul sebati.
- Tuangkan pula bahan-bahan tepung. Gaul sekadar untuk disebatikan saja.
- Sudukan ke dalam bekas muffin paras 3/4 acuan.

Adunan ni kalau disudukan ke dalam mangkuk muffin dapat +-12 ketul. Kalau dalam bekas cupcakes macam aku punye ni dapat 15 ketul.

Sunday, February 15, 2009

Choc Chip Muffin -vs- Cup Cakes


Hehehe... ape sudah jadi ni? Ha, inilah hakikat yang terjadi. Untuk adunan tu adalah resepi dari Kak Ummi. Choc Chip Muffin ni aku pernah buat sebelum ni. Klik kat sini untuk tengok resepinya. Sangat senang dan mudah sebab tak payah nak ber'mixer' segala. Kacau je pakai sudu atau spatula & dah boleh bakar.
Buat ni untuk hadiahkan pada sahabat baikku sejak aku zaman kanak2 lagi - Anne kerana berpindah ke rumah baru di Klang. Sat lagi nak g umah dia...

Sunday, January 25, 2009

Choc Chip Muffin


Baru beberapa hari lepas aku buat Choc Chip Muffin ni kan...?? Tup tup hari ni dah masuk n3 lagi hehehe... ape nak buat? Dah sangat puas hati dengan hasilnya sampai sanggup buat lagi. Terima kasihlah pada kak Ummi sebab berkongsi resepi ni. Muffin ni tak manis sangat. Rasanya sedang2 eloknya. Cara nak membuatnya pun senang. Kalau malas nak basuh besi mixer, elok sgtlah buat muffin ni sebab resepinya main godek dgn spatula je...

Kali ni aku buat kecik-kecik sikit. Buat ni atas permintaan Cikgu Noriah (cikgu sekolah tadika Baby) sebab malam 24/1 tu dia buat makan-makan kat rumah dia. Resepi Choc Chip Muffin boleh klik kat name resipi sini ye...

Tuesday, January 20, 2009

Choc Chip Muffin


Ape ke hallah dengan tuan rumah ni kan... tak cukup siang, malam2 pun baking. Eh, suke hati mak la nyah! Hahaha!!!
Ni kes nak mengisi kebohsanan sambil melayari internet yg asyik padam. Tapi alhamdullillah malam ni tak susah sangat nak reconnect balik. Jadi bolehlah masukkan n3 ni terus malam ini juga.
Amacam? Menggiurkan tak biji mate korang tengok choc chip muffin aku ni? No No... ini bukan kes nak menunjuk ke hape. Resepi pun resipi cilok kat umah kak Ummi... thanks ye kak ummi sebab resepi muffin ni memang sedap. Buat bebanyak ni (tak la banyak sangat... ada la dlm 25 ketul) sebab esok cadangnye nak bawak pergi sekolah Boy. Saje nak menjamu mak2 orang yang sama menunggu anak2 dia orang macam aku tu la... menjamu sambil marketing (sambil menyelam minum air... pe salahkan???) hehehe. Tapi apa2 pun yang penting IKHLAS...

Bahan:-

* 1 3/4 cawan tepung gandum
* 1/4 cawan serbuk koko
* 1 cawan gula kastor
* 1 sk baking powder
* 1 sk soda bikarbonat
* 1/2 sk garam
* 1 cawan fresh milk
* 1 biji telor - pukul sikit
* 1/3 cawan minyak
* 1 sk esen vanila
* 3/4 cawan choc chips

Cara Membuat:-

1.Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
2.Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
3.Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
4.Masukkan choc chips.
5.Sudukan ke dalam muffin cup dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)