Followers

Showing posts with label kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label kuih-muih. Show all posts

Wednesday, September 09, 2015

Pulut Mangga


#throwback

Terliur punya pasal... bila tengok kawan2 upload gambar di fb, maka kita pun merajinkan diri buat sendiri. Sungguh pun sedap di tekak... tapi hakikatnya sedap di tekak sendiri je. Huhuuu Encik suami dan anak2 tak pandang pun. Mereka lebih suka makan mangga tu begitu2 saja. Haiiii lah!

Pulut Mangga ni pada saya simple2 saja. Kalau tengokkan resipinya di google pun, alahai sangat nak menyediakan. Kot kalau bab yang payah sikit tu masa nak mengukus/menanak pulut tu saja. Kuahnya hanya santan + garam saja. Kot kalau takut sakit perut makan santan mentah, masaklah sekejap atas api perlahan dan sentiasalah dikacau. Agar santan tak meruap dan pecah lemak.

Saya menggunakan mangga chukanon (eh betui ka eja ni??) Mangga ni cepat lebam tapi murah. Takat nak makan2 sendiri, okla kan.... Tapi kot nak sedap sangat, p la rembat mangga mahai sikit macam golden lily tu. 

Allrite... itu sajalah nak membebel dan berkongsi sedikit cerita utk hari ini.
Hingga jumpa lagi di lain n3... insya Allah :)

Monday, September 07, 2015

Popia Bersira Cili


#throwback

Assalam... x ingat sangat2 entah bila buat Popia Bersira Cili ni. Tapi yang pasti, masa ni memang tengah ketagih kudap2. Nak yang rangup, manis2 tapi pedas. Maka terhasillah ini...

Resepi yang akan sy kongsikan di bawah sebenarnya bukan seperti mana yang sy telah buat seperti dalam gambar. Hakikat sebenar, sy hanya campak2 saja. Ikut akal logik hahahaa

Harap tuan resepi - Kak Suhella dr blog nshafea, izinkan copy paste. Resepi asal dari Mas - blog Mas Duniaku. Alhamdulillah, mungkin boleh jadi rujukan untuk kawan2 lain. Mungkin juga untuk sy sendiri di kemudian hari, mana tahu... :)

Bahan :
1 bungkus besar kulit popia 
1 biji telur - pukul sikit / bancuhan tepung gandum pun boleh

Bahan untuk cili :
4 sudu besar cili kisar
1 biji sederhana bawang besar - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
sedikit udang kering - tak nak letak pun tak pe
garam secukup rasa
sedikit kiub ikan bilis
5 sudu besar gula 

Bahan sampingan :
ikan bilis - basuh, toskan dan goreng garing
kacang tanah - goreng tanpa minyak
bijan - goreng sikit tanpa minyak - sy letak bijan je

Cara membuatnya :
Ambik sehelai kulit popia dan gulung, kemudian lekatkan dengan telur / bancuhan tepung gandum.
Kemudian gunting serong - serong hingga habis dan goreng dalam minyak penuh hingga warna keperang - perangan.
Angkat dan toskan sebentar. Jangan biarkan terlalu lama diluar. Sesudah habis goreng semua popia terus buat sambal.
Tumis semua bahan2 kisar dan masukkan garam secukup rasa dan kiub ikan bilis, kacau, masukkan gula dan kacau lagi, biar hingga pekat dan gula hancur, tutup api dan terus tuang popia yang digoreng tadi, kacau sebati...masukkkan juga ikan bilis, kacang tanah dan tabur bijan jika suka. 
Biarkan sejuk sebentar dan terus simpan dalam bekas bertutup rapat.

Selamat mencuba :)

Thursday, September 03, 2015

Talam Suji


Assalam, ello jumpa lagi :)

Minggu2 kelmarin buat Talam Suji ni untuk beri pada jiran depan rumah yang buat kenduri arwah untuk isterinya. Begitulah ajal... dalam usia muda (28 tahun) dan meninggalkan suami, anak2 yang masih kecil dan dunia. Segalanya aturan dariNYA jua. Siapalah kita hendak menolak ketentuan Ilahi.

Kalau tengokkan gambar, perasan tak bahagian atas talam ni nampak macam lembik? Berkilat lain macam, kan.... tapi kata orang yang makan, tak lembik. Masa dia makan,elok saja. Wallahualam.... mungkin masa beliau makan, kuih ini sudah sejuk betul dan terangin. Sedangkan semasa sy tangkap gambar, kuih ini masih ada sedikit suamnya.

Kalau ikutkan resipi di bawah, tepung semolina perlu direndam selama 1/2 jam. Tapi dek kerana kesuntukan masa, sy terus campurkan air dan kukus. Dan barangkali kerana itu, setelah dikukus selama 30 minit, sebelum sy nak curahkan bahagian atasnya, permukaan lapisan bawah seperti berair atau lebih tepat lagi nak cakap, terdapat takungan air bancuhan di atas bancuhan adunan yg dah membeku tu. Terpaksalah sy cedok menggunakan sudu hingga air takungan itu habis. Kemudiannya barulah sy curahkan adunan atas (coklat) dan kukus lagi 30 minit.

Sy memang jarang2 sekali membuat talam suji. Kalau tak silap, ini merupakan kali kedua membuatnya. Kali pertama dulu semasa kami tinggal di Aprtm Angsana, Bukit Puchong. Itupun bukan buat utk makan sendiri. Berani2nya menerima tempahan daripada seorang pelanggan. Masa tu pun permukaan atasnya mcm lembik sedikit. Hempppp

Nampaknya kena try n error lagi.........
Jom kita tengok resipi. Sumber dari blog Kak Yatie @Yatiememories. Resepi asal dr Chef Asma.
Terima kasih kepada keduanya. Izinkan sy kongsikan resipinya di sini ye :)

 BAHAN2 UTK LAPISAN BAWAH

Bahan (A)
  • 180gm tepung suji @ semolina
  • 450gm air
Bahan (B)
  • 220gm gula castor
  • 2 biji telur
  • 200ml santan (saya guna santan kotak Kara)
  • 250ml air
  • pewarna kuning
Cara-caranya:-
  1. Rendam bahan-bahan A selama 30 minit. rendam dalam periuk.
  2. Satukan semua bahan-bahan B dalam bekas, kacau rata dan tapis masukkan dalam periuk yang mengandungi bahan A.
  3. Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu. Kacau biar keras sedikit (adunan akan nampak seperti terangkat sedikit dari periuk)
  4. Guna loyang 10 x 10 x 2 @ 3. sapukan sedikit minyak dan lapik plastik diatas loyang supaya senang untuk mengeluarkan kuih talam. Kukus selama 25 minit.
BAHAN2 UTK LAPISAN ATAS

Bahan (A)
  • 300gm gula merah
  • 50gm gula castor
  • 500ml air
Bahan (B)
  • 150gm tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 250ml santan (saya guna santan kotal Kara)
  • 1/2 tsp garam
Cara-caranya:-
  1. Rendam bahan-bahan A sekejap untuk hancurkan gula atau anda boleh masak sehingga gula merah hancur dan sejukkan.
  2. Satukan semua bahan-bahan B, kacau sehingga rata
  3. Masukkan bahan B kedalam bahan A dan tapis.
  4. Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu. jangan pekat dan jangan cair sangat. Tutup api dan guna pemukul telur untuk ratakan adunan.
  5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
*** selamat mencuba ***

Tuesday, March 03, 2015

Puding Roti Berkuah Kastad

Holla...!

Yump yump! Ini throwback ye sayang2 sekalian. Buat Puding Roti Berkuah Kastad ni minggu pertama tahun 2015. Sedap nauzubillah. Kalau tak kenang susahnya nak kurus aritu, mau makan bertambah2. Tapi cukuplah sepotong di atas ni. Alhamdulillah, hilang tekak yg gatal nak makan manis2, lemak2 berkrim.

Sumber resipi sy ambil dari video yg disharekan di fb oleh 'Kerja Dari Rumah'. Video kepunyaan 'Try Masak'. Rajin2, bolehlah try ye...

Bahan A:
10 keping roti
3 cawan susu rendah lemak
4 biji telur ayam
4sb gula pasir
1st esen vanila
sedikit kismis - sy ganti coklat chip
sedikit marjerin - dilengser pd loyang

 Bahan B:
2 cawan susu rendah lemak
3 sb gula pasir
1st esen vanila
2sb tepung kastad

 Ni buat sekali 2 adunan untuk jamuan bual mesra bersama jiran2 lorong 15/3.
- sebelum bakar -

Cara membuat:
1) Sapu loyang rata2 dengan marjerin.
2) Carikkan roti kasar. Susun dalam loyang sambil selang-seli taburkan dengan kismis. Ketepikan.
3) Dalam mangkuk lain, dr bahan A: masukkan susu, gula, esen vanila dan telur. Sebatikan.
4) Tuang dalam loyang berisi roti n kismis. Tekan2 sikit supaya roti terendam dan lembut. 
5) Masukkan loyang ke dalam oven. Bakar pd suhu 200c selama 30-40 minit.

Sos Kastad:
1) Dalam periuk, campurkan susu, gula, esen vanila n tepung kastad. Sebatikan.
2) Masak atas dapur dgn api kecil. Kacau selalu hingga kuah agak pekat. Tutup api dan sejukkan.

Selamat mencuba :)

Thursday, September 11, 2014

Resipi Talam Durian


Yump yump.... sedap! Bau semerbak!

Assalamualaikum n selamat sejahtera pengunjung :)

Jom, takyah celoteh panjang lebaq. 
Saya kongsikan resepi Talam Durian resipi dr Chef Asma.
Resepi ni dimuatkan dlm majalah 'Nourish!' yg sy dapat masa beli Steamer Trio dr beliau.
Tapi masa buat Talam Durian, takle pulak sy guna steamer tu sbb masa tu tgh kukus talam serimuka n lain2 tempahan customer. Sekali jalanla mengukus. Malas nak keluarkan steamer dr kotak.

Aishhhh tadi kate xnak celoteh panjang lebaq kan...???
Hihiii jom3 layan resipi :)

Bahan2 utk bawah:
500g beras pulut - rendam 4 jam
300ml santan
300ml air
2tsp garam

Cara2:
Tapis beras pulut dan tuang ratakan dlm loyang 10x10x3" bentuk 4 segi.
Lapik loyang dengan plastik saiz 16x16"
Tuang santan yg dah dah digaul dengan garam. 
Kukus 30 minit.

Bahan2 utk atas:
(A)
140g tepung beras
60g tepung ubi
60g tepung gandum
140g gula halus
270ml santan
470ml air
1/4 tsp garam
1/4 tsp alkaline water
2 biji telur

(B)
100g isi durian diblend dgn 100ml air

(C)
1tsp kuning telur
1/2 tsp kuning lemon
1/8tsp pewarna hijau

Cara2:
Campur semua bahan2 A dan tapis.
Campurkan bahan2 A dengan bahan2 B.
Letak kedua2 pewarna kuning.
Kacau rata.
Masak dalam kuali dgn api perlahan hingga naik wap.
selalu dikacau.

Bahagi 3 bahagian. Ambil 3 sudu besar dari setiap bahagian dan warnakan dgn pewarna hijau.

Tuang 1 bahagian di atas pulut yg sudah dikukus. Titiskan adunan 3 sudu yg diwarnakan pewarna hijau tadi. Lorekkan dengan lidi.

Ulang utk langkah kedua bg adunan kedua n ketiga (habis).
15 minit utk setiap lapisan dan 20 minit utk lapisan terakhir.

Tunggu sejuk betul baru potong utk dapatkan potongan kuih yg cantik.

Nota:
Sy terus letak pewarna kuning lemon saja. Kukus sekali saja 30 minit.

Rajin, silalah buat. 
Tak rajin kalu boleh order je dr sy hihiiii
rm32 seloyang
call/whatsapp 017-3113 226


Monday, October 29, 2012

Murtabak Sardine Cheese Cracker


As salam... 
Selamat Hari Isnin untuk semua... ade yang masih bercuti mungkin bg sambutan Eid Ul Adha... selamat bercuti dan kepada yang sudah bekerja, selamat menjalankan tugas. 

Dah lama tengok resipi ni... kalau tak silap dari tahun2 lepas lagi. Tapi macam tak teringin nak buat. Baru2 ni ntah kenapa, terasa nak buat pulak. Hasilnya, not bad. Mierza suka. Ulang2 dia datang ambil dan makan. Suka hati mama tengok anakanda suke :D

Resipinya di bawah ni ye... Tq Noorsha. Minta izin ye kopipes resipi dan kongsikan di sini.

Bahan² Untuk Inti
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar -didadu
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 sudu besar cili kisar
1sb serbuk kari + sedikit air (jadikan pes)
garam &; gula secukup rasa
2 biji telur


Bahan² Untuk Topping
Biskut Cream Crackers secukupnya
1 cawan susu UHT
1 biji telur (untuk lapisan terakhir)


Cara² Untuk Inti
1. tumis seketika bawang putih dan halia yang ditumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar & pes serbuk kari. Kacau hingga naik bau.
2. masukkan bawang besar yang didadu...kacau hingga wangi.
3. masukkan sardin, hancur2kan sardin dengan menggunakan sudip.
4. perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.


Cara² Untuk Melapis Murtabak
1. alas loaf pan @ apa² loyang yang digemari (seelok²nya loyang segiempat) dengan aluminium foil.
2. sapu nipis permukaan dan sisi foil dengan butter @ minyak.
2. Celup sekeping biskut ke dalam susu (SUSU SAJA YA).Tak perlu sampai kembang.. Cukup terendam saja dan susun dalam loyang. Susun bersebelahan antara satu sama lain hingga memenuhi permukaan loyang.
3. Didalam satu mangkuk, satukan inti sardin tadi dengan dua biji telur. Kacau rata. Ambil sesenduk adunan inti tersebut dan ratakan atas biskut yang telah disusun tadi.
4. Celup sekeping demi sekeping biskut cream crackers dengan susu dan susun atas inti sardin yang diratakan tadi.. Buat macam mula2 tadi. susun berebelahan hingga menutupi permukaan inti. Jangan risau kalau biskut pecah² sket, cover dengan kepingan kecil biskut pada permukaan yang 'rompong' tu..
5. lapis sampai inti yang terakhir.
6. Pada lapisan biskut yang terakhir, satukan baki susu yang tinggal dengan sebiji telur, kacau sedikit. Susun kepingan biskut di permukaan inti (TAK PERLU CELUP UNTUK STEP TERAKHIR NI)...lepas tu tuang adunan susu + telur tadi atas permukaan biskut tadi.
7. Bakar pada suhu 150 C selama 30 - 45 minit atau hingga perang... Selamat Mencuba :)

*UNTUK SETIAP LAPISAN LEPAS TUANG SARDIN, AKU TABUR DENGAN MOZARELA CHEESE*




Thursday, October 25, 2012

Popia Bersira Sambal



As salam...

Lame sangat rasenya dah tak buat popia bersira. Kalau tak silap last buat masa dok kat umah lame - Pangsapuri Angsana, Puchong. Lepas dari tu dok memerati je orang lain buat sambil telan2 air lio hihihii kesian! Ape kan daye...bukan salah orang lain, salah sendiri sebab terlebih 'rajin'. Popia ni boleh dikatekan salah 1 makanan kuih-muih kegemaran aku jugaklah. Suke dengan rangup2 pedasnya. 

Takyah celoteh bebanyak.. kat bawah ni aku tepek resipi hasil skodeng umah Ina Hana. Minta ampun mek, aku kopipes resipi yek... minta halal dunia akhirat. Moga perkongsian ini dapat dimanfaatkan teman2 yg memerlukan... amin!


Bahan-bahan

kulit popia secukupnya
Utk Inti
1 batang carrot - dihiris halus
1 biji sengkuang kecil - hana gune lobak putih
satu mangkuk kubis yg di racik halus
taugeh - jika suka (hana x ltk)
1 biji bawang besar - potong dadu
1-2 sudu makan udang kering - rendam,toskan n blend
1 sudu mkn sos tiram
garam
perisa@gula sedikit

Utk Sambal Sira
2 sudu besar cili kisar
1 sudu makan bawang merah n putih kisar
2 sudu besar sos chili - hana gune sos cili thai jerk!
sedikit belacan - jika suka
sedikit air asam jawa@cuka
gula melaka@gula putih
garam
bijan sangai


Cara-cara

  • Utk Inti - tumis bawang besar hingga naik bau. masukkan udang kering. kacau rata. masukkan sengkuang, carrot, kubis dan taugeh jika suka. perasakan dengan garam dan juga perisa@gula (jika suka). tutup api dan sejukkan. Isi ke dalam kulit popia tadi dan goreng hingga kekuningan.
  • Utk Sambal Sira - panaskan minyak, tumis bahan2 tadi hingga agak2 pekat dan kering. masukkan popia yg dh digoreng tadi. kacau rata. matikan api dan taburkan bijan. siap utk dhidang!

Wednesday, October 03, 2012

Donut Lembut


As salam... mendonut pulak hihihiii
Tapi ni bukan buat semalam ke, hari ni ke... ni buat sehari lepas buat pau goreng. Actually memang buat untuk tempahan tapi saje lebihkan 1 adunan untuk makan sendiri. Anak2 memang penggemar donut. Telahkan mamanya dah lame tak mendonut, permintaan adalah amat menggalakkan.


Resipi boleh tgk SINI atau boleh skroll bawah2 sikit. Tak jauh sangat. Selang 2/3 entry ke bawah je...

Untuk sementara ni, memang akan stick dengan resipi ni. Puas hati dengan hasilnya. Bahan2 pun tak leceh. Tepungnya guna tepung gandum saja sebab tepung roti bukan selalu ada dalam gobok tu. Kalau dibeli kang tiba2 M plak, bekulah tepung tu dalam gobok.


Pau salut coklat semate permintaan anak2 xmo letak/tabur ape2...

Ok, bye2...!

Tuesday, October 02, 2012

Talam Berlauk

As salam... selamat hari Selasa untuk semua... moga sihat dan gembira2 ye...
Hari ni nak tayang gambar kuih Talam Berlauk godekkan resipi dari blog Kak Ilahjy. Tq akak :D Sekaligus nak share resipinya. Minta izin ye kak Ilahjy... 

Tapi aku ubah beberapa bahan mengikut stok yg ada. Di bawah ni aku edit...

Bahan:
2 cawan tepung beras
½ cawan tepung jagung
¼ cawan tepung gandum
1 biji kelapa jadikan 5 cawan santan - ganti guna susu segar

Bancuh kesemua bahan ini.

250 gram udang basah goreng sehingga masak - ganti ayam kisar
1 camca besar udang kering rendam tumbuk dan goreng sehingga garing - ganti ayam kisar
Daun bawang daun sup di potong bulat
Cili merah di dadukan halus
3 ulas bawang merah dimayang dan dijadikan bawang goreng - guna yg readymade je

Campurkan kesemua bahan ini dan bahagi dua bahagian

1 bahagian dicampurkan kedlm bahan tepung dan kacau sebati .
Kukus sehingga ¾ masak taburkan lagi sebahagian bahan2 udang tadi kukus lagi sehingga masak.
Sejukkan baru dipotong makan dgn sos cilinya.

Sos cili resipi Kak Ilahjy aku x buat tapi aku kongsikan kat bawah ni. Kalau rajin, bolehlah buat. Aku makan dengan cili sos je...

Cili kering dan bawang putih dimesin halus panaskan dgn air, sos cili sedikit kicap garam gula dan panaskan sehingga pekat. (Masukan sedikit tepung gandum. )

Friday, September 28, 2012

Pau Goreng Lembut


As salam... 

Beberapa hari lepas terpesona dengan donut cekelet Izahdaut... pastu tengok Ijah Bangkok pula buat tayangan amal. Dari 1 adunan yang sama beliau buat donut dan pau goreng. Dan lepas itu aku dapat tempahan mendadak dari cafe TM, Cyberjaya yang mana rumah pekerjanya di sebelah rumah aku ni... rezeki2... terus teringat nak buat pau ni. Memang izinNya betul sebab semua bahan adalam gobok. Terus keluarkan en bm yang telah lama berselimut tu. Setialah dia menguli sampai 2 kali hihihiii

Sangat2lah berpuas hati dengan kejadian pau goreng ni. Memang lembut sungguhla... bahan2 yang nak digunakan pun simple2 belaka. Ini yang aku suke sangat ni!

Minta izin Izah Daud untuk kongsikan resipinya kat sini. Dan minta izin dan terima kasih pada Ijah pula untuk kopipes resipinya dikongsikan kat sini.

Pada yang nak try, dialu-alukan. Memang tak menghampakan! 


Bahan2:
  • 2 sk yis mauripan
  • 1/4 cawan air suam
  • 1sk gula 
  •  **satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.
  • 3 cwn Tepung gandum
  • 4 sb gula
  • 1/2 sk garam
  • 2 sb susu tepung>>takde stok jadinya tak masukkan
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan air - kurang lebih>> yg ni guna fresh milk sbb tak masukkan susu tepung n air kita lebihkan
  • 2- 21/2 sb butter / marjerin>>kita gantikan shortening n separuh mentega

Cara2: 
  • Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
  • Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
  • Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
  • Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
  • Sedia dinikmati.

#setiap sebiji seberat 25g

penggunaan BM:
Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.

Sunday, September 23, 2012

Seri Muka Pelangi


As salam... selamat berhujung minggu untuk semua :D

Seri Muka Pelangi buat untuk minum petang semalam. Resipi ambil dr blog Che Siti. Tq.
Takde benda nak celoteh... jom layan resipinya. Yang nak cuba silekan... 

Kepada Che Siti, terima kasih dan minta izin sharekan resipinya di sini.

Bahan lapisan bawah:
2 cawan santan cair
1 1/2 cawan beras pulut - cuci dan rendamkan 3 jam
1 sudu teh garam

Bahan lapisan pelangi:
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula pasir (boleh tambah lagi jika suka lebih manis)
3 1/2 cawan santan (boleh tambah lagi jika perlu)
1 camca teh garam
Pewarna  Merah, Oren dan kuning.

Cara-cara :
1. Panaskan periuk kukus hingga air mendidih.
2. Satukan bahan lapisan bawah dan masukkan semua dalam loyang dan kukuskan.
3. Apabila pulut telah masak tekankan dalam loyang sehingga mampat - boleh juga alas loyang dengan plastik, agar senang nak keluarkan kuih nanti.
4. Satukan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna, blender halus dan tapiskan.
5. Bahagikan adunan lapisan pelangi kepada 3 bahagian sama banyak.
6. Masukkan setiap bahagian dengan satu warna kacau rata.
7. Kukus semula pulut yang telah dimampatkan.
8. Tuangkan lapisan dengan warna merah dan kukus selama 8 minit. Buat lapisan kedua kukus lagi dan seterusnya hingga habis.
9. Apabila telah habis semua lapisan, kukus semula selama 20-25 minit dan tutup dengan  tuala bersih pada tutup kukusan agar tiada air menitis atas kuih nanti. Sejukkan betul-betul baru dipotong kuih dengan pisau plastik.
10. Sesuai untuk minum pagi atau petang.

Monday, September 03, 2012

Kuih Bakar Pandan


Morning, Assalamualaikum...
Masih belum terlambat rasanye nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin kepada pengunjung blog ni...
Alasan biasa, kebizian melanda membuatkan blog tak terlayan.
Kuih Bakar Pandan, aku buat semalam untuk jamuan minum petang. Panggil kawan2 dari rumah lama, kawan2 alam maya, saudara mara dan teman2 yang berdekatan. Yang hadir semalam diucapkan ribuan terima kasih. Yang tak dapat datang, tak apelah. Mungkin ade hal lain dan kepada yang tidak terjemput, maaf diminta. Mungkin lain kali, Insya Allah. Doa2kan semakin murah rezeki, dapatlah buat lebih besar dan boleh dengan senang hati menjemput semua kenalan. Alhamdulillah....
Selain kuih bakar pandan dibuat semalam, juadah yang aku sediakan adalah cheese tart dan kek coklat. Sementara juadah utama seperti mee kari dan kuah lontong minta tolong kakak sulong yg duduk di Tmn Sri Bayu, Sepang buatkan. Aku rebuskan nasi impit. Nasi impit tu ade dua pilihan nak makan dengan kuah lontong atau kuah kacang dari satay yang en suami tempah dari Satay Kajang Hj Samuri. 
Alhamdulillah, jamuan berjalan lancar. Kepada yang hadir, harap segala kekurangan dapat dimaafkan. 
Ok, aku sharekan resipi kuih bakar pandan yang dah lame aku simpan resipinya. Hasil kongsian resipi Joayee @myresipi. Terima kasih banyak2. Bahan2 simple dan cara penyediaan yang ringkas. Itu yang aku suka sangat. Pernah buat sekali lama dulu dan puas hati dengan hasilnya. Hanya guna blender untuk satukan semua adunan tapi sebab aku buat sekali dua adunan, banyak, aku guna mixer. Rata juga dia....

Bahan2
2 cwn tepung gandum
3 bj telur
1 cwn gula
1 cwn jus pandan - aku guna 1sb pandan emulco + secawan air
2 1/4 cwn (450ml) santan - aku guna 200ml santan kotak + 250ml air
2sb butter
1/2 sk garam
pewarna hijau - tak letak sbb guna emulco
bijan - taburan

Cara2
> campurkan semua bahan. blend hingga sebati.
> panaskan oven. 
> sapu minyak/marjerin pada loyang.
> panaskan loyang dlm oven untuk seketika. keluarkan loyang sapu minyak/marjerin sekali lagi pada loyang. 
> tuang adunan dalam loyang. tabur bijan di permukaan adunan.
> bakar 180c - garing, masak dan kecoklatan.

Selamat mencuba dan bertemu lagi di lain n3
;) 

  

Tuesday, October 18, 2011

Makaroni Bakar


As salam...
Selamat pagi Isnin... ada yang blues monday hari ni??? Cool down babe... ;D

Haritu, dalam minggu lepas... masa 'berlegar-legar' kat fb, adalah ternampak seorang hamba Allah sharekan resipi makaroni bakar. Adoiii, sedap sungguh. Bila teringat2 semua bahan2 yang dituliskan kat situ ada dalam gobok. Kita pun apa lagilah, kan... terus selongkar2... godek2 dan..... tara!!!

Ayok, makan! Resipinya kita ambil kat SINI... Dan kita sharekan juga kat bawah ni ye...


Bahan2

300gm macaroni
250 gm daging cincang - ( kite gantikan dgn hirisan sosej)
4 biji telor (pukul kembang)
3 sudu rempah kari
2 labu bawang besar
1 tin susu cair
1 cawan air
sedikit keju parut
minyak utk menumis & garam 
 
Cara2

> rebus makaroni hingga empuk & toskan
> kemudian panaskan minyak & tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau.
> Kemudian masukan daging & kacau rata hingga daging masak
> Selepas itu masukkan susu garam dan gula. Kacau rata
> Masukan makaroni, air dan kacau hingga mendidih.
> Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak.
> Tuangkan telor dan taburkan keju. Bakar selama 180 C (45 minit}

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)