Followers

Showing posts with label TAG. Show all posts
Showing posts with label TAG. Show all posts

Sunday, March 21, 2010

Award Dari Che Kuna


Salam...

Terima kasih kepada yang sudi bagi award ni... Chekuna. Rase macam lame dah tak dapat award, heheheee...

Sebelum benar2 menerima award daripada Chekuna ni, ade syarat2 yang disertakan dan perlulah dipatuhi. Barulah betul, kan... jom tengok...

1. Thank & link the person that gave you the award.
>> Dah, dah... kat atas tu...

2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recentlydiscovered and think are fantastic.
>> hana@hanamemories, aizahkaman@aizahkaman, CI@manzlie-makkah, Ros@jintanmanis, cmg@tiffinbiru, ijah@kurniaanmu, kak gerau@mamapanda, kak ina KL@tertunailahhasratdihati, kak rinnchan@rinnchan, kak vimmy@vimmiyasmin2u, nina@sweetlillikitchen, cik min@cikmin, alongroz@homekreation-kitchen corner, kak ummi@ummizaihadi-homesweethome, kak zila@hazila.....

yang takde dalam senarai di atas tu bukanlah tak fantastik yek...fantastik jugek... tapi yg di atas ni sekadar menyenaraikan 15 name je...

3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award
Tengoklah kalau ada masa... pada yang datang menjengah ke sini, kalau perasan ada name & blog anda tersenarai...janganlah segan silu bawak balik sekali yek... walau aku tak tak p tegoq kat blog korang...

4. State 7 things about yourself.
>> seorang isteri, seorang mama kpd 3 anakanda yg terlebih gula (aktif uuuu!), suka masak, suker blogging, mengambil tempahan aneka kek, biskut, muffin & kuih-muih, nak kurus tapi tak berdisiplin.

Arghhhh... done!

Wednesday, March 17, 2010

Kene TAG dari Love pulok.....


Salam...

Nak kene rotan Love neh... mandai2 jek TAG2 orang... piat tinge nak???

Ekekeee... tapi tapelahh... dalam marah2 ni pun akak wat jugok le ye Love...

Jom layan TAG daripada Love ni hoh!

This tag is about 'Sepuluh' (ten). There are 10 questions, and I gotto answer them all honestly in Malay! (not English!)

* Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya.
=>> mmg selalu pun aku gune bahase melayu aje...

* Sila jawab dengan jujur..
=>> Ok....

[#1] Siapakah diri anda di rumah?
=>> segala yg bermula dengan 'tukang...' ... contohnya, tukang basuh pinggan, tukang sapu, tukang kemas rumah, tukang segala tukanglah!

[#2] Siapakah diri anda disamping rakan?
=>> yg tu kene tanya rakan2 tu la... xtau nak describe diri sendiri sbb takut tersilap mendescribekan diri sendiri.

[#3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai...
=>> dslr
=>> umah banglo berdinding cermin (wauwiiiii)
=>> nak kuruskan badan
=>> nak naik ferrari
=>> nak tunggang motor kuasa besoooo

[#4] Siapakah nama pasangan anda?
=>> Sofie

[#5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
=>> sportrim
=>> makan tak cerewet. ikan bilis goreng pun dia bedal. ekekekeee
=>> encem (bininye mestilah nampak lakinye encem,kan... kan... kan...)
=>> suker wat kelako walaupun ramai kate muke lakiku bengis...
=>> suker ckp merepek meraban buat aku gelak...

[#6] Bila tarikh anda couple?
=>> tarikh tepat tak hingat... tapi kami dah bersama lebih 10 tahun le...

[#7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
=>> yg pahit2 tu aku takmo kenang2 le...

[#8] Lagu tema cinta anda?
=>> tadek la lagu tema cinta... tp mase tgh hangat bercintun tu, kami same2 suker layan lagu2 Mariah Carey & lagu Jon Bon Jovi

[#9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
=>> dah bersyukur dengan apa yg dia ada sekarang. harap dikekalkan hingga hembusan nafas yang terakhir...

[#10] Tag 10 rakan ada yang lain
=>> Jujur, kan... aku takmo tag sesape pong. Jujur ni!

Sekian!

Tuesday, September 08, 2009

Award & TAG dari Miemiey

Salam...

Setelah sekian lama rasanya musim tag mengetag dan award mengeward menghilang... kini muncul kembali. Lepas ni agaknye berderet2lah TAG dan award yang muncul dari teman2 blogger. Kengkadang aku sengaja buat2 tak nampak. Dan kengkadang aku macam berharap name aku tersenarai dalam TAG & award di blog kawan2. Heheheee...

Tapi yang ni, masa Mimi tinggalkan kat ruangan komen, kata ada TAG untuk aku buat, rasa... macam rajin nak buat pun ada... malas pun ada. Jadi aku biarkan je... tak p pun jenguk ke blog Mimi, tengok TAG apa yang dia dok bagi kat aku. But then, aku rasa sgt rajin dan mata belum terasa nak mengantuk, aku lunaskan TAG dan kutiplah award penghargaan dari Mimi yang amat rajin mengunjungi blog aku setiap n3 terbaru lately. Harap2 Mimi tak bosan dan terus datang berkunjung ke blog aku lagi lepas ni...

1. Berikan 1 hobi yang paling anda gemari
>> Termenung...

2. Berikan 2 nama kawan anda yang paling rapat dengan anda..
>> Sekarang ni kawan rapat aku adalah juga suami aku... nama dia Sofie... eheheee... Seorang lagi, Anne. Kami berkawan sejak usia aku 10 tahun. Lepas kahwin, kami jarang jumpa walaupun dia duduk taklah jauh sangat, Klang je. Tapi kalau jumpa kami akan bercerita apa saja. Antara kami tak ada rahsia...

3. Berikan 3 jenis warna yang anda suka
>> Merah, Biru dan Hitam

4. Berikan 4 nama org yg paling anda sayang ..
>> Sofie, Syahmie, Batrisya dan Mierza... yang lain2 pun aku sayang juga... arwah emak, kak yong, mak ina, anak2 buah... dan mereka2 yang begitu dekat dengan kehidupan aku...

5. Berikan 5 jenis sifat manusia yg paling anda benci..
>> Penipu, tidak jujur, bermuka-muka, mengata orang, menikam orang dr belakang... dll

6. Berikan 6 benda yg mesti anda bawa sebelum keluar dr rumah
>> Duit, kunci rumah, hp, lesen memandu, ic, botol susu anak...

7. Berikan 7 destinasi percutian yg anda ingin/suka kunjungi..
>> Langkawi, Pulau Perhentian, Bali, Disneyland (mane2 disneylandlah...), Hawaii, Korea, Ostolia...

8.Berikan 8 kenangan yg paling anda tak dpt lupakan..
>> Perkenalan dengan hb (mase tu b/friend le...), pertama bergelar isteri..., bersalinkan anak sulong, rentetan arwah mak sakit sehinggalah arwah 'pergi' kepadaNYA...

9. Berikan 9 impian yg anda impikan..
>> kebahagian rumahtangga, anak2 yang soleh, rezeki yang melimpah ruah kurniaan NYA,tabahkan hati dan bersihkan jiwa, dapat jejakkan kaki di bumi Mekah, tidak menyusahkan anak2 bila dah tua, tunggu anak2 besar nak p honeymoon berdua balik ngan hubby...

10. Berikan award & tag ini kpd 10 org kenalan blog anda..
>> Sape ek...
Geng Bloggers :- Ijah, Cik Wan, Kak As, Kak Nur dan Kamria - salam perkenalan :)
Geng Mak Hayam :- Ila Debab, Sya Adik Cute, FaizAmy, Ai Besanku dan L Penang (Ko borink,kan L... ni ha aku bagi ko keje!)


Selesai sudah 1 TAG... layan lagi satu TAG. Juga dari Mimi yang memanglah amat slamber...

1. Bekas kekasih saya adalah :
>> Nama dia Imran... bila aku masuk blog Kak Ina KL, terbaca name Imran (anak bongsu Kak Ina) aku terus teringatkan kekasih lama aku. Boleh gitu??? Wakakaaa aloooo ingat jek... bukan nak jatuh cinta balik pun. Dia pun dah kahwin. Aku pun dah anak tige!!!! Kikikikkkkk

2. Saya sedang mendengar :
>> Dengar bunyi power dari komputer aku... zettttttttttttt

3. Mungkin saya patut :
>> zzzzzzzzzzzzz sebelah hb aku. Tapi aku tgh angkat bendera merah ni. Jadi alasan untuk tidur lewat adalah sangat munahsarawak!

4. Saya suka :
>> masak... menung dan cakap sorang2... berinternet... dll

5. Sahabat-sahabat baik saya :
>>suami akulah! Dan Anne...

6. Saya tak paham :
>> kenapa aku sangat susah nak berbaik dengan anak2 arwah mak dengan suami pertamanya...

7. Saya kehilangan :
>>ayah ketika berusia 9 tahun dan kehilangan ibu pada usia 31 tahun...

8. Ramai yang berkata :
>>aku ni menyombong... ye ke???

9. Makna nama saya :
>> takde maknenye...

10. Cinta itu adalah :
>> satu rasa yang amat sukar dimengertikan...

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
>> zzzzzzzzzzzzzzzzzz - hb aku le tu...

12. Saya akan cuba :
>> jadi manusia yang baik, tak tinggal solat, sentiasa mendoakan kesejahteraan arwah orang tua yg telah kembali kepadaNYA...

13. Ayat selamanya membawa maksud :
>>sampai bila2...

14. Telefon bimbit saya :
>> yang pertama adalah Ericsson T10... amat bangga dengannya...masa beli tu, itulah hp yang paling latest. La ni... orang tak pandang pun! Tapi aku dan hb, bila ternampak hp tu, mcm nostalgik sgt. Mane taknye, mase beli tu,almaklumle tgh bercinta. Beli 2 sekali, same kaler plak- purple.

15. Bila saya terjaga dari tidur :
>> Pandang cermin tingkap, dah pagi ke belum...

16. Saya paling meluat bila :
>> Anak dara aku buat perangai getek dia...

17. Pesta/Parti adalah :
>> Berseronok hingga lupa dunia...

18. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah :
>> Kucing le kot... aku tak suker binatang...

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
>> 7-9 tahun... aku kenal, siapa ayah aku...

20. Hari ni :
>> aku demam sikit... tapi alhamdulillah sekarang aku dah sihat...

21. Malam ini saya akan :
>>tidur lewat dari biase sbb menyiapkan TAG ni...

22. Esok pula saya akan :
>> duduk sepanjang hari di rumah... Boy tak sekolah. Jadi mama ada banyak masa di rumah, so mama akan buat biskut, buat biskut dan buat biskut!

23. Saya betul-betul inginkan :
>> holiday! tapi aku takde duit. Hb pun xde bajet nak bawa kami g holiday... sian kami kan...?

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
>> sambil berkata, "kasarnya kulit muka aku ni... kenapelah...?"

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
>> tempat yang harus dikunjungi bila tengah ada duit dalam beg duit!

26. Makanan Barat atau Jepun :
>> Barat adalah pilihanku!

27. Bilik yg terang atau gelap :
>>Dua2 pun takmo... aku suker yg samar2...

28. Ayat terakhir anda katakan pada seseorang?
>> "Boy, pakailah selimut tu same2..."

29. Siapa yang anda nak Tag?
>>Siapa2 yang nak buat... terutama sekali L Penang!

Saturday, June 27, 2009

TAG dari LindaFendi

Terima TAG ni daripada LindaFendi. TAG ni mengenai anak-anak aku dan bakal anak2 heheheee... oh tidak, aku dah tutup kilang! Apa-apa pun jom kite layanzzz..

1. Anda sudah mempunyai berapa org anak & nyatakan Girl Or Boy???
Sudah mempunyai 3 orang anak - 2 lelaki dan seorang perempuan.

2. Bila perancangan anda untuk menambah anak??
Tiada dalam perancangan untuk menambah anak... sorry!

3. Nyatakan nama anak anda & apa makna nama anak anda dlm Islam??
Mohamad (Nur) Syahmie (Mulia, Bijak, Berani) Isqandar (Nama Seorang Raja)

Auni (Lemah lembutku, ketenanganku) Batrisya (Batrisyia - Cerdik, Pintar)
Irdina
(Kehormatan kami)

Mohamad (Nur) Mierza (Anak baik) Isqandar (Nama Seorang Raja)

* cuma spellingnye berlainan. Aku tak sure boleh diikut maksudnya atau tidak...

4. Siapakah yg memberikan nama anak anda??
Kalau ikutkan perancangan semasa mengandung, seandainya aku melahirkan anak lelaki, aku yang akan bubuh nama dan seandainya aku melahirkan anak perempuan, hb yang bubuh nama. Tapi bila dah lahir anaknya dan aku nak bagi nama, hb macam tak berkenan. Contohnya, masa anak sulong sepatutnya aku nak bubuh Mohamad Syuqry Isqandar tapi hb tukarkan name Syuqry tu kepada Syahmie atas alasan, jiran sebelah umah, anaknya nama Syukri. Heheheee...

Untuk anak kedua pula, dari mengandung lagi aku dah terasa yang aku mengandungkan anak perempuan walaupun pergi scan, doktor siap tunjuk jantina anak aku lelaki. Aku tetap berkeras kata baby aku perempuan. Dah macam nak argue dengan doktor. Naluri keiibuan ni memang dah tahu dah. Jadi kami dah sediakan nama Qadrunnada Qurratu' Ain. Tapi bila baby dah lahir, hb kate takut pula nak letak name tu sebab bunyinya macam berat. Takut baby tak larat nak bawak jadi sakit atau menangis. So hb tak nak ambil risiko kami cari nama lain. Hubby cari dan cadangkan. Aku ikut saja... Isteri mithalilah katekan... kahhhh korang jangan muntah yek!

Untuk Mierza pulak, kami memang dah settkan klu anak lelaki nak kekalkan nama Isqandar di penghujungnya. Kalau anak perempuan pulak kekalkan Irdina.Memandangkan masa itu kedua2 anak kami yang ada ni sgt aktif, hb aku mencarilah nama baby yang berkaitan dengan sikap dan perangai anak. Dia memilih Mierza kerana membawa maksud - anak yang baik. Semoga Mierza menjadi anak yang baik dari semua segi, Insya Allah... Amin...!

5. Dari mana tercetusnya idea memberikan nama anak anda??
Nama Isqandar tu aku yang berikan. Pada aku nama Isqandar tu terlalu unik dan ada ciri2 kepahlawanan. Entahlah... tang mane pahlawannye tu tak tahulah pulak. Tapi untuk pengetahuan jugak ye... nama bos hb aku Rajaskandar... heheheee mcm nak ampu bos jekkan... name anak pun ambik sikit2 nama bos. Tapi hakikatnya bukan itu sebabnya tau!

6. Sekiranya anda dikurniakan seorg lagi cahaya mata...apakah nama yg akan anda beri...
Tak ada dah... habis! Tutup buku!

7. Berapakah perancangan anak yg anda mahu & nyatakan berapa girl & berapa boy??? Sebenarnya kami merancang dari masa baru2 kahwin dulu, kalau dah dapat sepasang, kami stop terus. Tapi entah macam manalah si Mierza ni muncul. Alhamdulillah, rezeki... kami terima dan sayangkannya... So lepas ni kami berjaga2lah...

8. Bagi yg mempunyai anak lebih dari seorg...nyatakan jaraknya beza umur anak anda??
Beza antara yang sulong dengan yang kedua - kurang seminggu 2 tahun Beza antara yang kedua dengan yang ketiga - lebih 9 hari 4 tahun Nak aku kongsikan di sini... aku beranak untuk ketiga3 anak2 aku semuanya di bulan Julai.Bulan depanlah... Jadi nampaknya bulan ni aku ada banyak n3 baking keklah yek... heheheee anak sulong - 11-7-2001 (BOY) anak kedua - 4-7-2003 (BABY) anak ketiga - 12-7-2007 (MIERZA) *sape2 yang rase2 nak bagi hadiah, sile sediakan untuk 3 hadiah sekaligus yek eheheeee

9. Untuk kelahiran anak anda yg akan datang..anda nak Girl @ Boy?? Nyatakan sebabnya?? No more beranak!

10. Apa ciri2 persamaan anda & anak anda??
Anak sulong - muka kami sama Anak kedua - muka kami sama, kalau kate nak, naklah! Anak ketiga - muka kami sama jugak

11. Upload gambar anak anda untuk tontonan semua rakan blogger...

12. Nak Tag???
> Love
> Kak Ayu - S'pore
>Noorma
>Kak Zana
>Kak Suzi
>Mak Ayam Irma
>Mak Ayam Ayu Arshad
>Mak Ayam Faizah
>Bio-Nik
>CT Temah


Kepada yang nama2nya di atas silelah buat TAG ni yek... kalau dah buat abaikan. Kalau sibuk aka bz, pun abaikan saja. Tiada paksaan. Just for fun!

Thursday, June 25, 2009

Award dari LOVE

LOVE IS ALL AROUND!
Heheheeee...

Terima Kasih Love di atas pemberian award ini. Sangat menghargainya tau...


Syarat untuk menerima award ini adalah seperti di bawah: -

1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.

> Award ini diterima daripada Love...

2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.

> 15 orang? Mak oiii ramai gak eh... semak gak otak nak fikir nih...

1)Eiba
2)Kak Asma
3)Emy-Jepun
4)Mak Ayam Ila
5)Mak Ayam Zura
6)Mak Ayam Aizah - Besan
7)CT - mama Aiman Totey
8)Noorma
9)Kak Maz - Bahrain
10)Kak Mimi
11)Nik - BIO Nik
12)Islindah - Kawan lama,lama,lama....
13)Kak Chik
14)Kak Maria - Sabah bah...
15)Jamie

Friday, June 19, 2009

TAG dari Cik Wan

Ahoi... daku di TAG oleh Cik Wan yang punye anak kembar dua yang cumey. Tak yah celoteh banyak-banyak. Jom kita layan...

NAMA-NAMA TIMANGAN ANDA:
Aku memang mempunyai nama timangan yang banyak. Tapi yang paling familiar ialah 'Jah' dan Pija. Bukan setakat kaum keluarga yang panggil dengan nama itu tetapi juga-juga kawan-kawan sekolah yang rapat. Then bila sekarang udah berblogging, Cik Puan Hana Jepun tu pulak panggil aku gitu. Macam dia tahu2 jek. So aku memanglah tak kisah heheheee

ANDA SEORANG YANG :
Suka berseronok. Lambat mesra tp klu kene dengan yang satu kepala memang tak hingat donia punye mesra alam. Cepat serik lagi-lagi kalau sesuatu perkara yang telah menyusahkan orang lain. Cepat mengaku salah silap sendiri. Yang lain-lain tu kenalah tanya orang yang rapat dengan aku. Kerana kadang2 kite tak kenal diri kite sendiri kan...

INSAN TERISTIMEWA?? DESCRIBE APA YANG MEMBUATKAN DIA TERLALU ISTIMEWA DIMATA ANDA

Paling istimewa tentulah my hb... dia menerima diri aku ni seadanya sebagaimana aku juga telah menerima dirinya seadanya. And dia juga telah banyak membentuk aku dari berperangai kebudak-budakkan hinggalah kadang2 aku tak terfikir aku boleh berfikiran matang begitu. Dia banyak mendewasakan diri ini. Tq abang cayang!

LAGU KESUKAAN ANDA:
Slow & Romantik...

MAKANAN KESUKAAN ANDA??
Aku ni pemakan orangnya. Suka mencuba apa2 juga jenis makanan... yang penting HALAL.

WARNA KESUKAAN ANDA :
Warna yang cerah. Tak pedulilah warna apa. Kalau Merah, mesti nak merah yang cerah, bukan yg malap. Kalau biru, nak biru yang cerah. Gitulah...

SIKAP YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS:

Tengok mood aku macam manalah masa tu. Aku boleh jadi manusia yang langsung tak kisah kalau mood aku tgh baik dan boleh juga jadi sebaliknya.

TIGA BENDA YANG MESTI ADA DALAM BEG ANDA:
- Beg duit
- Handphone
- Kunci

KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS DAN KENAPA??
Tadi... aku tgk SIARAN ULANGAN amazing race. Masa mak pasangan yg pekak & bisu tu pengsan. Aku kesian tgk si bisu tu cemas dan risau pasal mak dia pitam kepanasan kat Thailand. Wakaka.... siaran ulangan je tu...!

TAG 6 RAKAN ANDA:
1) Kak Asma
2) Atie Chumel
3) Kak Watie
4) Kak Maz
5) Mak Ayam Irma
6) Mak Ayam Ila

Buat jangan tak buat... Jangan buat2 tak nampaklah ye! heheheeee



Saturday, June 13, 2009

TAG dari Mak Hayam Eda

Tadi kite bagi dia kerja, malamnye aku tengok dia pulak bagi aku keje... apakah???

1) "5" nama timangan anda
- Jah - family terdekat panggil
- Fiza - kengkawan sekolah panggil
- Mak we Syesyi - Sepupu2 panggil
- Kak Pija - Jiran yang dah mcm sedara panggil
- ??? xdek dah kot...

2) "5" sifat or tabiat buruk
- Suker makan
- Pelupa
- Ngadap tenet sambil lupe nak buat kerje umah
- Suke bergolek2 atas tilam pastu ter'zzzzz'
- Gentel bucu bantal walaupun sudah beranak 3!
Uwaaaa pecah tembelang!

3) "5" makanan favourite
- western food
- yg nampak creamy
- cekelet

- bbq tak kirelah ayam ke, udang ke, sotong ke tp bukan kambing!
-buah2an


4) "5" subjek pelajaran paling suka
- lukisan
- Bahasa Malaysia
- Sejarah
- Muzik
- Senaman

5) "5" lima benda wajib dlm purse
- beg duit beso
- beg duit syiling
- handphone
- bedak
- lipstik

6) "5" topik yg biasa dibual bersama pasangan or teman
- pasal laki
- pasal anak
- pasal apa yang terjadi sebelumnya
- pasal apa yang nampak depan mata
- pasal isu semasa

7) "5" mangsa tag
Dipersilakan kepada yang sudi
Aku pasti tiada siapa yang sudi
wakaka

TAG dari Atie

TAG ni dapat semalam. Hari ni ada rajin nak buat. Jom layanzzzz!

1. who tag you?
Cik Puan Atie

2. do you like tags?
Sebeno-benonye tak bape suker tp layan gak le. Semua ni for fun jek kan...Memane yang interesting tu memanglah menggelejat aku nak membuatnya. Yang kureng tu, sengajelah aku lengah2kan. Dan yang aku tengok langsung tak besh, memang le aku tak buat. So, minta mahap le pada mereka2 yang terperasan aku tak buat TAG dari korang tu yek... Tapi selalunye aku buat...

3. If you can have a dream to come true,what would it be?

Aku nak buat rumah beso yang dindingnya sume daripada kaca.Aku nak melancong seluruh dunia. Aku nak sentiasa ada duit dalam handbag. Ada tak orang yang sudi nak merealisaikan impianku ini? Wakaka

4. What is your current mood?
biase2 aje tapi ade rase gerem sikit kat hb. orang ni nak g sale LQ kat Shah Alam dia tak kasik uwaaaaa

5. What will u do if your crush said he/she adores u to?
Terperasan sekejap... lepas tu sedar diri!

6. Will you fall in love with your bestfriend?
Entah... tak penah jadi lak...

7. Which will you prefer,loving someone or being loved by someone?
Both!

8. What is your favourite food?
Makanan yang bisa menambahkan berat badan, hahaha!!!

9. If the person you dislike is right infront of you,what will you do?
Diam jek...

10. What do you pray each day for your loved ones?
Selamat dan selalu ingat jalan pulang ke rumah kahhhhhhhh

11. How would you see yourself in ten years time?.
Bertudung & cool down...

12. What is the reason that could make you tensed up?
Banyaklah...

13. What kind of person do you think the person who tag u is?
Lorat kot... wakaka ampun! Entahla eh... kami tak pernah jumpe. Kawan blogging pun baru jek. Tapi boleh describe sesikit dia seorang yang okey...

14. Would you rather be a single and rich or married but poor?
Dua-dua pun daku tak sanggup!

15. Would you sacrifice for your loved ones?
Eh mesti le...everything i do i do it for u gitu...(leh caye ke statemen ni???)

16. What's the character must have in your partner?
Loving & romantik tp hb ku idak romantik beno pun but i still cayang banget same dia!

17. If you fall in love with to people simultaneusly,who would you like to pick?
Takmo arr... sudah cukup puas hati dengan apo yang ado...

18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing that someone has done?forget?
Tengok keadaan gak la... tengok apa yang dah dibuatnya...

19. Do you prefer being single or having a relationship?
Dah ade relationship pun...

20. What is your embrassing moment?
Terkentut depan hb! Kahhhhhhhhhhh

21. Who are the 5 person that you would like to tag?
- Mak Ayam Nas
- Mak Ayam Irma
- Ijah Bengkok
- Mak Ayam Eda
- Ayu Q8

Thursday, May 28, 2009

Award Diiringi TAG dari Mak Ayam Nasrah

Yang ini pun Award Diiringi TAG. Diterima daripada Nasrah. Terima kasih ye, Nas. Masa terima ni aku tengah dalam mood malas nak buat TAG jadi aku ignore jek la. Sekarang ni pun sebenonye malas tapi ade sikit rajin. Jadi lunaskan je la... jangan buang masa kan...


Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie :
1) Kenal dari kapet M.Com
2) Dia tinggal kat Ampang... huhuuuu ade kenangan kat situ.
3) Seorang yang sopan santun ala2 wanita melayu terakhir.
4) Anak dara dia sangat sweettttt...
5) Tak tau ape dah... wakaka!!!

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya :
1) Suka berangan, berkhayal dan termenung.
2) Suka memerhatikan telatah dan perlakuan orang lain.
3) Suka masak!!!
4) Suka makan!!!
5) Suka menconteng kertas dan tulis nama diri sendiri, suami dan anak2.
6) Jarang2 tengok tv kecuali cerita yang betul2 suka.
7) Tak suka tidur petang.
8) Selalu tidur lewat malam.
9) Suka berinternet.
10) Punya ramai kawan setelah berkecimpung dengan internet.

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnye dan describe ttg mereka :
Aku sangat baik hati...
Aku tutup TAG ini. Tetapi kepada sesiapa yang nak mengumpul AWARD, silelah ambil. Jangan segan2...
Ikhlas - :D

Award Diiringi TAG dari Ros aka Onigiri

Terima kasih terlebih dahulu diucapkan kepada Puan Ros yang berada di Tokyo. Sebenarnya dah lama gak dapat mende alah ni tapi sengaja aku pandang sebelah mate jek. Bukan tak sudi tapi bila tengok diiringi dengan TAG, itu yang buat aku... eheheeeeh... pepaham udahle ye. Jadi hari ni aku lunaskan ye...

1-copy babge"2009 CUTE'S BLOGGER AWARD"untuk letakkan diblog anda.

2-Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda?
Dapat award perempuan rugged naik vespa ni dari Ros aka Onigiri yang tinggal di Jepun. Aku pun tak tahu umur dia berapa. Tapi untuk menunjukkan hormat memula dulu aku panggil dia 'akok'. heheheee Pastu kene tego ngan Hana Kanazawa, katenye dak Ros ni cam budak sekolah menengah jek. Adik2 lagik. Aduiyaiiii malu seyhh... Ros ni juga dikenali sebagai tokey roti. Memacam resepi roti dia menggodek dan selalunya hasil resepinya tidak menghampakan. Terima kasih Ros. Ni bukan up tau... ikhlas dari hati.

3-Setiap blogger mesti menyatakan beberapa fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di tag).

Nama sebenar Rafizah Binti Nordin. Seorang surirumah dan sepenuh masanya menulis. Seorang isteri kepada suaminya bernama Mohamad Sofie Bin Daud. Mama kepada tiga orang cahayamata - Mohamad Syahmie Isqandar, Auni Batrisya Irdina dan Mohamad Mierza Isqandar. Suka menggunakan name SOFIEZA sebagai gabungan nama suami dan nama aku sendiri. Aku beranak hanya bulan 7 sahaja. Heheheeee Tetapi sekarang kilang beranak sudah tutup! Hahahaaaa

Anda perlu memilih 6 ( ros pilih 10) award seterusnya dan menyatakan pada mereka diblog anda....'The blogger Award Friendship goes to':

1) Eda Mama Dora - Melbern
2) Nas Ummi Inshe - Ampang
3) Wawa Ummi Umaira - Kuwait
4) Ayu - Kuwait

4 aje udah le...

TAG dari Mak Ayam Eda

Anda dikehendaki printscreen kan browser firefox skin yang anda gunakan.

Kat bawah ni yg aku cropkan...
Aku pilih skin:
Fireflies

Sebab:
Actuallykan... ini pertama kali aku mencuba mende alah ni. Aku tengok yg ni terus jek aku klik. Tapi belum ada masa dan kesempatan nak tukar yg lain dan usha mane2 yg lain. tengoklah kemudian2 nanti... Tapi yang ini pun nampak damai dan misteri. Pokok2 bersama kunang2... hiks!

Tag seterusnya:
Kepada sesiapa yang sudi buat, silekan. Sure ramai yg tak sudi Hahahahaaaaa

Thursday, May 14, 2009

Test Power, Wakaka!

52 perkataan

Speed test



Eda oo Eda!!!
Inilah hasilnya. Walaupun aku selalu menaip tapi aku rasa tak sama gayanya menaip sambil melihat perkataan yang tersedia dengan menaip melalui yg buah fikiran. Jadi, inilah saja kelajuan aku...

Monday, April 27, 2009

TAG dari Eda Melbon

Seperti biasa aku dah lama terima TAG ni tapi sengajalah aku melambat2kannye
hahaha, ampun Eda ye. Tapi yang penting aku tak lupa dan tetap kubuat juga biarpun lambat dan terlewat.

1)Anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang..jgn tipu2 ek..
Tidak, tidak... aku tak tipu...

2)Bagitau kenapa anda suka wallpaper anda..
Hitam... aku memang suker biase2 jek camni...

3)Tag 10 orang
- Ika -
- Hana -
- Noorma -
- Kak Anawahid -
- Kak Zana -
- Ayu S'pore -
- Aymy aka Ayu -
- Cik Manggis -
- Kak Dayang Jack -
- Kak Suzi -

Thursday, April 23, 2009

TAG - Masihkah Kau Ingat...

TAG ni dah lama terima dari Iera - Kulim.
Tengah2 kemalasan melanda jadi TAG ni terpaksa dipandang sepi buat seketika.
Sorry Iera. Tapi sekarang ni akan kutunaikan TAG dari kau ni ye...

1) Tempat pertemuan anda dan suami untuk pertama kalinya...
Dulu aku dan dia satu office tapi lain-lain company. Kebetulan meja dia dekat dengan toilet. So everytime aku nak g toilet aku kene lalu tempat dia dulu la. Tapi dia tak pandang aku dan aku pun tak pandang dia.
Kalau ikut2kan dari rumah aku ke office ni xde bas. Kalau nak naik bas kene naik 2 bas. Jadi aku kene naik teksi untuk terus sampai ke rumah. Selalunya aku balik ade yang jemput. X-boyfriend la...
One day tu xde yg jemput. Jadi aku tunggu kat hentian bas depan office tu jek. And ade la pulak orang 'suit' (betul ke ejaan ni) dari belakang. Aku toleh dan tengok dia lambai tangan kat aku.
Aku segan gak sebab sebelum ni bertegur sape pun tak penah. Cuma ade la dok cerite-ceriti dengan budak office dia. Aku tau dia dok Sunway. Jadi perjalanan dia tu memang lalulah tempat tinggal aku. Di situlah bermulanya perkenalan kami...

2) Pandangan peribadi anda terhadap sikap atau ciri2 pada dirinya ketika mula2 berkenalan...
Aku suka dia. Dia kelakar, suka buat joke. Jarak beza usia kami 10 tahun. Masa tu aku berusia 18 tahun dan dia 28 tahun. Dia ada banyak pengalaman dan selalu ceritakan pengalaman2 dulu dia dengan kawan2 dia. Aku pun suka dengar dia bercerita.

3) Tempat 'dating' di mana dia meluahkan perasaan pada anda...
Masa tu baru lepas makan malam kat 'Warung Saddam' Subang Jaya. Sekarang kedai tu dah tak ada. Tak tau pindah mana tah...
Lepas makan, duduk dalam kereta sekejap. Then dia cakap dia nak serius dengan aku. Tapi masa tu aku ada masalah sikit & aku tolaklah... "Habis tu takkan kita nak kawan macam ni je sampai bila-bila?" Itu soalan dia yang aku masih ingat sampai sekarang. hahaha!!!
Aku minta dia bagi aku masa...

4) Jika anda masih ingat, ayat yang dia gunakan ketika meluahkan perasaannya...
Huh, aku tak ingat dia cakap camne tapi lebih maksud kata-kata dia tu terus pada rumahtangga, ada anak, dapat simpan duit untuk saving kami kemudian hari. Umur dia kan dah banyak. So dia memang dah terfikir ke arah berumahtangga.

5) Berapa lama hubungan anda hingga ke jinjang pelamin?
Lebih kurang 4 tahun.
Berkawan, bercinta...
Bertunang 2 tahun lebih...
2/6/2000 kami bernikah
3/6/2000 kami naik pelamin

6) Berapa lama usia perkahwinan anda sekarang?
9 tahun...

7) Kejutan yang dia pernah buat pada anda...
Dia bukanlah seroang yang suka buat kejutan sangat. Tapi kalau masa bercinta, tiba-tiba aje dia terpacul depan rumah nak ajak aku keluar. Aku dengan belum mandinye... adeh!

8) Perancangan anda dan dia dalam rumahtangga...
Setakat ini alhamdulillah banyak perancangan kami yang dah tercapai. Yang still pending tu harap2 dapat dilunaskan segera, InsyaAllah...
Rezeki kami boleh dikatakan murah juga. Dulu2 dia naik proton saga biase tu saja. Anak pertama kami tukar Perdana. Lepas tu sekarang ni pakai Waja. Dulu tak da rumah tapi sekarang dah ada 2 biji rumah walaupun 1 darinya terbengkalai. Saving pun adalah sikit2 untuk diri sendiri dan anak2...
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

9) Bagaimana dia melayani karenah anak-anak?
Ada okey ada tak okey...
Bab basuh botol dan buat susu dia memang rajin sangat2. Mandikan anak2 dan basuhkan berak pun boleh diharap. Dia lebih rela duduk rumah jaga anak2 dari keluar ke shopping complex atau tengok wayang. Itu sebab kadang2 tu aku dok jalan bujang jek.
Dia selalu berharap anak2 dia behave depan orang ramai tp anak2 kami ni terlebih aktif. Lagi ditegur lagi menjadik. Tang tu dia jadi tension dan aku pun naik tension biler tengok dia tension.

10) Hubungan suami anda dengan keluarga sebelah anda?
Sangat baik. Suami aku ni jenis senang bergaul dan mesra alam. Boleh je sembang-sembang walaupun baru pertama kali jumpe. Tapi kalau ada yang dia tak boleh masuk pun dia tak jenis yang blah macam itu saja. Salam dulu. Sembang lebih kurang pastu baru dia blah. Taklah orang terasa hati...

Hua hua hua....
Lenguh aku menaip TAG ko ni Iera oiiii...
Ko bace tau... jangan tak bace....

Tuesday, April 14, 2009

TAG dari Mommi Ila

Rules: Here’s a chance to see how well you really know your husband. Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do.

The real challenge is to send it to your husband to see how right you really are.

He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
Sport, AXN

You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Ape2 jek...

What’s one food he doesn’t like?Doesn't like?
Makanan yang ber'cheese'... uiii banyak yang dia tak suker benonye...tak ter'list' aku...

You go out to eat and have a drink. What does he order?
Makan, burung puyuh goreng cili kering. Minum, nescafe tarik...

Where did he go to high school?
SMK Aminuddin Baki, Tjg Malim, Perak

What size shoes does he wear?
8/9

What is his favorite type of sandwich?
Tuna

What would this person eat every day if he could?
Nasi bersama masakan ala kampung

What is his favorite cereal?
Tak gemo...

What would he never wear?
Warna yang terang. Ohhh dia memang cerewet ttg bpakaian...

What is his favorite sports team?
Alamak... ape eh... aku tengok dia layan jek sume, hahaha!

Who did he vote for?
Dia tak suker ngabihkan kredit utk bende2 camtu...

Who is his best friend?
Abg Man - Kajang

What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
Ngadap pc setiap masa... kikikikkkkk

What is his heritage?
Aku dan anak-anaklah... ye tak bang??? Oh, kerje dia jugak...

What is his favorite colour?
Biru dan hitam

What is his habit?
Berak sambil hisap rokok! Eiiii, biler dia keluar bau asap jekkk

What is he proud off?
Kerja dia... ada anak dr benih sendiri... ada isteri yang boleh ke tengah ke tepi (bukan Up ye...tp dia yg ckp ngan aku gitu...)

Lastly, do you think he will read this?
Tak... klu aku paksa pun belum tentu dia nak bace...melainkan dia dgn rela hati nak mmbacanye...

I want to tag all the wifey below :

Pn. Hana isteri En. Hamzah

Pn. Farah isteri En. Eddy

Pn. Vimmi Yasmin isteri En. Chef Farid

Thursday, April 09, 2009

TAG dar Eda Melbourne

1. Letakkan gambar anak yg baru lahir..Gambar kalau boleh mestilah yg masih dalam wad maknanya gambar anak hari yg PERTAMA.
Ni gambo si Boy atau Syahmie. Anak sulong. Memang gambar ni di tangkap ketika di hospital. Anak sulong jadi sangatlah xcited mengabadikan gambonye hehehe
Aku tak payah sangat menjaga Boy ni sebab kakak2 aku ada. Dia orang yang banyak membantu menguruskan dia. Telahkan pulak Boy ni cucu lelaki pertama mak aku yang ketika itu mak aku dah ada 5 orang cucu yang semuanya perempuan. Jadi Boy memang menjadi idola mak dan kakak2 aku. Sume sibuk nak uruskan dia. Aku jaga diri aku sendiri je...

2.Letakkan butir ini:

Nama penuh: Mohamad Syahmie Isqandar
Nama Panggilan: Boy & Syahmie
Jantina: Lelaki
Tarikh Lahir: 11-07-2001 @ 07.11pg (Cantik tak combination nos ni?)
Tempat Lahir: Hospital Universiti Petaling Jaya
Berat Lahir: 3.18kg
Kelahiran: Vakum & epidhural

3. Harapan korang pada anak ni. Jadi ape besar nanti n KENAPA?

Sebagai orang yang menerankan dia keluar dari perut aku ni dan dapat melihat dunia, tentulah aku nak dia jadi manusia yang berguna. Berguna dari semua aspek. Tak perlu jadi yang terbaik (klu jadi alhamdulillah). Cukup kalau dia tidak terlibat dengan segala macam gejala tak elok dalam dunia ni.
Boy sekarang dah berusia 8 tahun. Dalam usia itu dia dah tahu berfikir dah besar nanti nak jadi apa. So, setakat ini cita-cita Boy hendak jadi ANGGOTA BOMBA. Aku sokong dia. Mungkin dia terinspirasi daripada abang ipar aku yang kat Penang tu sebab abang ipar aku tu Pegawai Bomba.
Dan apa yang aku nampak, boy ni suka dan teruja dengan pasukan berpakaian seragam. Dia suka tengok polis, askar, bomba dan lain-lain pekerjaan yang memakai pakaian seragam. Dedulu mase umur dia 3/4 tahun, pak guard tu pun dia panggil polis wakaka! Tapi sekarang dia dah kenal & dia tak mo jadi macam 'polis' yang tu...
:D

Aku nak TAG dia orang ni...

Ika - Bangkok
Wawa - Q8
Wilda Bibu

Tuesday, March 31, 2009

TAG dari Eda Aussie

Akhirnyaaa.... :) Orang yang kemudian dapat TAG ni pun dah settle keje.
Aku baru nak terkedek-kedek menyiapkan assignment yg ttunggak sekian lama ini
Sorry Eda cayang... bukan aku melupakan.
Tidak sesekali... tapi sejak pakai komputer aku jadi manusia yang
pemalas nak meng'upload' dan meng'download' gambo.
Kerana kelembapan sistem yang mengalahkan siput sedut dan
sang kura-kura yang sedang nazak nak goal!
Jom layan gambo aku dalam pantang... Ni masa dalam pantang melahirkan Boy. Masa ni kat kampung abg Sofie.
Sebenarnya aku taklah menghabiskan
tempoh berpantang kat kampung.
Tu aku balik kampung sebab ada
masalah kesihatan.
Emp, klu korang ingat, aku ada ceritakan...

masa berpantang tu aku dikirimkan pelesit melalui bidan yang
mengurut aku.
Jadi aku balik kampung utk berubat.

Alhamdulillah semua baik selepas itu.

Dalam gambo tu aku dah sihat. Tu yang tersenyum bukan main...
Kalau tak aku asyik menangis je Semua dah risau dan takut.
Seriau aku kene angin meroyanlah pulak.

Nauzubillah...


Okey... yang ni plak gambo aku masa berpantang melahirkan Baby.
Gambar atas tu baru seminggu melahirkan. Sambut kecil-kecillan je...
Jangan tak je lahkan... Beza Boy dan Baby seminggu je tapi tahun
yang berlainan (Boy - 11/07/2001) (Baby - 04/07/2003)
Last sekali gambo aku masa dalam pantang melahirkan Mierza.
Masa ni muka pun dah tak touch up dah. Jaga diri sendiri, gitulah... ala kadar jek...
Mak aku cakap, "tunggulah umur 40 thn nnt baru rase sakit sane sini..."
huhuhuuuuu


Aku tak de gambo sorang ah... alah... korang tahukan ruper aku sekarang camne...
aku kan selalu show off diriku yg semakin mengembang ini, wahaha...!

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)