Showing posts with label minyak. Show all posts
Showing posts with label minyak. Show all posts

Sunday, February 20, 2011

Wajah Baru Jalan-Jalan Cari Makan

Kalau korang perasan kat TV3 tadi, pengacara JJCM bukan lagi Serina anak Chef Wan. Kalau dulunya asyik perempuan je memonopoli rancangan makan free masuk tv ni, sekarang dah bertukar pengacara kepada ;

Qi Qushairi

Siapa tak kenal meh? Blogger Boy atau tak keterlaluan kalo aku nak cakap, dia faymous disebabkan hubungan baik dia dengan Yuna. Bf kan? Ngeeee~

Dan agak meleleh la air liur aku dibuatnya tengok mamat ni berselera makan. Sebelum ni aku tengok Serina mengacara, boleh la tahan. Tapi kurang umph, mungkin sebab ayah dia tukang masak terkenal, so dia leh beza makanan mana yang betul2 sedap.

Tapi kalo bagi kat lelaki, diorang Bedal je. Tu pasal aku tengok ape die bedal tu sedaaaaap je rasa.

Restoran yang mendapat tempat dalam JJCM minggu ini ialah;

  1. Restoran Wau Bulan - Lupa, tau2 da nak habis
  2. Las Vacas Meat House - Petaling Jaya
  3. Kedai Murtabak Singapura - Bandar Baru Bangi
Restoran yang paling menambat hati aku ialah restoran no. 2 tu, Las Vacas. Dah lah semua daging import,pastu segar lak tu. Korang pilih je daging mana korang suka, pastu suh diorang masak!

Yang pasti, HALALAN TOYYIBAN ;)

Salah satu menu restoran mereka. gambar diambil dari facebook mereka. Harga makanan memang meletop!


Jika nak datang, sila sediakan minimum RM200.00 dalam poket anda!

Ok Qi, minggu depan nak terpacak siap-siap depan TV. Sambil keluarkan saputangan lap air liur :p

p.s: kan bagus kalo dapat suami yang juz bedaaal je ape aku masak. no complaint2. ngaaaa~

Thursday, June 5, 2008

larangan jual minyak kepada rakyat asing dimansuhkan!

haaaa...pasal isu ni pon aku pening gak... aritu kerajaan xbagi rakyat asing atau senang kata pendatang la mengisi minyak kita kat dalam keta diorang. sejurus selepas harga minyak naik melonjak kepada rm2.70,secepat kilat kerajaan memansuhkan larangan tu,tp ada2 la hadnya kalau nak isi.
haishh,yang aku peliknye,perkara (rakyat asing isi minyak kt negara kita) ni dah lama dah,tp apesal laaaa bijak sangat kerajaan ni baru nk detect benda ni?pastu barulah terhegeh2 nak wat larangan... lepas tu,bila harga minyak da naik,baru la nak mansuhkan larangan tu.. efisien ke x? nampak sangat la orang atasan ni tutup mata dari turun padang.. macam pahat dengan penukul betul!


haaaa,sambung balik pasal cons dari posting aku yang lepas tu,aku da fikir2 sejenak...


cons2:

1. harga barang naik -  bohongla kalo kerajaan kata harga barang xnaik kan? memangla Pak Lah kate,kita kena membendung kenaikan harga barang. tapi apa plak kata rakyat2 cm kita ni?tambah2 mek nah jual nasi lemak takpon ah toi jual sayur kat pasar pagi. mesti naaaiiik punye. xpcaya? kelmarin aku pergi UM(ada program menyambut student dari Hong Kong),aku pon saje2 la lepak jap kat kedai makan kat fakulti aku,order teh o ais limau..slalunye harga biasa rm1.00,aritu aku kene cas rm1.10! mak aih..tekexot aku time tu! nak je aku g kat dapur tu aku g bancuh sdiri air tu,mana xnye,minyak naik esok arini gak die naikkan harga(aii,cam nak cover harga barang modal besokk je?) ..panas2... tp nk wat cmne,dah xde kedai lain sbb die monopoli kat fak aku,tpksa la aku dgn x rela hatinye..isk2.. dan aku mula berfikir2,adakah aku ptot merombak kembali jadual belanjawan aku? jawapannya ya!

2.wujud anasir luar- maksud aku,anasir luar tu adalah pihak2 luar yang akan mengambil kesempatan terhadap isu2 ni..almaklumlah tengah hot2 goreng pisang,la ni la diorang amik kesempatan dengan seludup minyak,petrol,beras siam tp elektrik aku xtau la leh seludup ke x,kalo leh korang memang x g sekolah!

3. mood pon naik hot sama - ko kalo xcaya ko g kat bapak korang,pastu pi ajak die jalan2 g KLCC ke, blanja KFC ke,konfem dpt penampo free punye. yela! bapak ko punye la pening nak pikir samada nak naikkan ke tak duit belanja sayur kt mak korang,korang leh lak ajak g berjoli2 sakan kat luar.. xpon korang sdiri pon naik hot macam aku! sbbnye aku pon tgh runsing dok pikir yuran kolej kediaman aku ni makin naik ke,aduhai,,alamat makin sikit la duit poket JPA aku..isk3...

p/s: byk tu jela aku leh gtau,bapak aku tetbe naik hot lak kat adik aku pasal pc die lingkup,,bek aku off jap..chow!

minyakk 00 minyak!! nape xpakai air je?

pergh...
berhabuk giler blog aku ni rasanyer...
join da lama da...tang nak menaip tu yang malas..
papepon,aku telah mendapat hidayah menulis blog ni setelah aku die dikejutkan dengan berita bahawa minyak naik kpd rm2.70 seliter...
mak aih...
aku yg pakai skuter kecik kemetot ni pon terasa perit..
mane xnye..
sejurus selepas kenaikan harga minyak yg giler babeng tuh,elektrik pon nak join sekaki naik sama..
hadush..
ape la nak jadi..
ekonomi xjgk2 meningkat...
rakyat makin lama makin ramai yg hidup susah..
pasni makin ramai la yang join program Bersamamu kat Tv3 tu..

papepon,de pro n cons dari isu kenaikan harga minyak dan beras ni...dari pandangan aku la...xtau la plak korang kan?

pro:
1.inspirasi untuk menguruskan badan - nape aku ckp cm2? sbb dulu kan penah masuk berita yang di Malaysia ni kan hampir sejuta gadis2 ayu(termasuk aku ke?) mengalami obesiti..aku xla kata aku ni obes..tp kadang2 ada gak lemak2 yang xperlu ada kt tubuh badan ni..so dengan berlakunya kenaikan harga minyak yang diibaratkan jualan murah makin mendadak2,sesape yg terasa diri korang tu gemok ke,terberisi ke,diet2 la ek..
kesan dari minyak naik ni,korang akan lebih bermotivasi dengan mengelakkan penggunaan motor/kereta yg berasaskan minyak kepada berjalan kaki,menaiki bas yg mungkin tambang juga akan naik kepada mengayuh basikal...jadi secara tidak langsung lemak2 korang akan terbakar secara sedar/separa sedar.

2.berjimat cermat - ya! memandangkan pakar2 di Msia menyarankan makan segenggam beras sahaja berbanding berpinggan2 nasi cam slalu korang lantak dulu2,maka amalkanlah ape yang pakar sarankan. caranya,setiap ahli keluarga disarankan menggenggam setiap sorg beras disebabkan tangan masing2 kan lain,maka kadar pembaziran beras tu makin berkurangan dan korang akan rasa betapa pentingnya beras tu kalo korang bazir. bak kata raja farah,sebiji beras itu ibarat setitik peluh petani. untuk minyak pulak,korang jimat2 la mcm beras ni,kalo nak g kelas,xpyh la malas2 menggunakan kaki yg tuhan dah bagi tu. dan sesape yg rajin g Mid Valley tgk wayang setiap ari rabu tu,kurang2kan la yek! daripada g tgk wyg de pekdahnye gak korang g library.muahahahaa!!

3.buka mata rakyat betapa alpanya kita tentang kerajaan masakini - aha! mungkin kedengaran agak kontroversi di sini,tapi aku xpeduli la,sebagai manusia yg mempunyai mulut,kaki,tangan dan yang penting otak,maka rakyat2 sekarang dah mula berfikir setelah PRU lepas,apakah ekonomi Msia makin trun atau naik? apa tindakan kerajaan nk membendung masalah kenaikan harga bermacam2 brg secara sukaria ni? adakah corak pemerintahan harus diubah atau pucuk pimpinan perlu dicantas?fikir2kanlah......

renung2kan dan selamat beramal!

p/s: next time aku wat lak cons...idea sedang dikerah memandangkan otak aku blank kejap sbb berendam dlm minyak lama sgt..wahahah!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails