Showing posts with label review movie. Show all posts
Showing posts with label review movie. Show all posts

Tuesday, March 26, 2013

Tubuh Sejuk Hati Berbunga



Assalamualaikum kawan-kawan!

Hihi, blog bersawang kembali dikemaskini. Almaklumlah busy bebenor sekarang. Audit sana sinun,esok pun nak kena pergi audit lagi. So, update kejap la bagi melepas rindu korang semua :P (kononnnnn)

Hari Ahad yang lepas merupakan girlsss day out. Jadi kami ghadies ghadies bersepakat nak menonton wayang. Jadi ni la bahan tontonan kami pada hari kejadian:

WARM BODIES


Memula macam pelik je dengar tajuk. Sebab bila ditranslatekan, Tubuh Suam? Tubuh Hangat? Ahhhhhhh tolong jangan membirukan otakku yang murni ni :p

Bila tengok poster rupanya, genre Komedi Romantik Seram. Agak marvellous la style poster ni. Kebetulan daku memang suka warna merah :p

Baju pun ikot merah ok?
Sinopsis citer ni :

Seorang mamat zombie, R yang sudah tangkap leleh sama gadis manusia, Julie. Kebetulan gadis tu dah berpunya, dan otak boifrennya tak sengaja dimakan oleh mamat zombie ni masa nak melindungi diri dari dibunuh. Adakah Julie itu tawu mamat zombie ni yang merobek otak pakwe nya? Sama sama kita nantikan jeng jeng jenggggg..


Masa jadi zombie. Bajet kool konon!
Dah jadi manusia. Tetiba drooling! @_@

aweks ni iras Kristen Stewart kan?
Tapi cantik lagi Kristen Stewart!

Korang tengoklah sendiri!


Komen aku :

  • Julie tu ada iras-iras Kristen Stewart. Cuma muka dia ada ekspresi berbanding awek Robert Pattinson tu. LOL
  • Korang kena fikir xlogik sebab citer ni serius memang xmasuk dek akal. Tp besttT!
  • Hero ni memula tengok tak hensem,lama2 not baddd. Macam Tom Welling Smallville pon ada gak. Tapi versi kurus la.
  • Part kelakar masa si heroin ni pura-pura jadi zomba,eh zombie! Lawak gilersssss 
  • 4 bintang aku bagi. 
  • Kebetulan filem ni terbitan Summit Entertainment. So pelakon & lakonan mesti ada kaitan2 sikit dengan Twilight (drakula,hantu) n pelakon mesti ada iras-iras lebih kurang.
  • Filem ni tak seram,so jangan gedik2 nak menjerit2 pulak.
So,secara tak langsungnya aku dah terminat dengan produksi/filem keluaran Summit Entertainment! Ngeeee. Ok bai!

Monday, January 21, 2013

Fefeeling Korea & Jepun Jap!

Assalamualaikum! 

Tutup buku pasal MEFA,dah pun tamat dengan jayanya.. Almaklumlah rumah dah siap kekadang pahat ada yang berbunyi.. Tapi pahat untuk kebaikan pe salahnye kan?? (Apekah peribahasa haku neh..)

Dan dalam 2 minggu lepas actually kami kena pergi Kursus Pra Perkahwinan di Masjid Negara.. Tapi disebabkan adanya KL112 a.k.a Himpunan Kebangkitan Rakyat ni bertempat di Stadium Merdeka,mak terjejaslah program pada hari tersebut.. 

p/s: Nak berdemo tu pergi kat area hujung2 bandar boleh x? Tak kesian ke kat orang2 yang ade majlis kenduri dan lain-lain? Cadangan tempat yang sesuai berdemo ialah Bukit Beruntung ke,Bukit Jalil ke,asalkan bukan kawasan Pusat Bandar boleh? Opsss.. saya bukan peminat fanatik politik ye? (tetibe berbau politik plak,busukkkk.. nak spray jap :P)

Maka dengan itulah kebetulan bertolak dari Puchong,terus la tak jadi masuk KL lepas diberitahu orang kursus tu ditunda pada esok hari,FULL DAY.. 7.30 Pagi - 7.30 Ptg.. Tahniah!! So,kami pergi la One Utama.. Sesajer je nak berjalan-jalan kat sana.. Teringat zaman muda mudi kat UM dulu.. Dekat kot! Ngeee~

Masa tu Hencek Tunang ajak tengok movie.. ON jer,sebab dah lama xtengok.. Tup-tup terlalu kat satu kedai ni.

Gosok mata jap.. Eh?? Ingatkan ada kat Mid Valley jer..
Dubu-Dubu! Kedai Makanan Korea bagi penggemar rancangan tv Korea macam kitorang nih.. Especially Running Man! Selalu lapo kalo tengok cabaran makan diorg tuh!

Hape lagik.. Masuk ar.. Tapi before this ceq tanya "Halal dak?"

Alhamdulillah pekerja kat situ Melayu Islam & cakap memang HALAL.. Masih dalam pemprosesan..

Info: Kebanyakan restoran sekarang dilarang menggunakan sijil HALAL selain JAKIM & akan didenda jika menggunakan logo selain daripada tu.. Nak xnak,kena apply sijil HALAL la.. Hampir kesemua kedai yang pernah tempek logo HALAL Research pekebenda tu sume dah dicabut~


Papepon rancangan nak menonton movie tetap berjalan.. makanya kami bookla satu citer ni dulu;


Boleh consider pergi Kursus Pra Perkahwinan gak la kan? =p

Memula takder idea nak tengok cerita apa. Sudahnya gadis ticketing tu rekemen cerita ni. Komedi ringan & bermesej. BEST!!

Nak tau pasal apa? Meh bagi sinopsis sikit. Sikit jer!

Movie ni pasal sebuah keluarga moden dimana mak ayah 3 beradik ni perlu outstation & meninggalkan anak diorang kepada nenek&atuk yang xpernah  rapat dengan diorang sebelum ni. Alaaaaa dengar pon boleh tawu ending dia kan? Tapi tetap best! Ngeee~


----------------------------------

Ok,back to Dubu-Dubu!

Masuk-masuk je dah pening2 tengok menu!


Korang telenglar pala korang tu eh? Dah tension nak rotate xnak jugak dia tegak!
Daku macam berkenan dengan Soondubu ni. Ala-ala tomyam la tengokkan pic tu. Cuma kelebihan dia,ada telur ala-ala telur mata dalam tu. So aku amik soondobu seafood kimchi set! 

Hencek tunang pulak amik Bulgogi Beef set. Nama nak gempakkk jer! Hewhewhew~



Outcomenya:-

Ni Hencek Syaaquan yang punye! Meriah giler dgn sayur. Makan ker sayur tu? =P
  Sos dia yang merah tu rasa pelik!


Daku punya. Indah khabar dari rupa. Telur ntah kemana T_____T
Muka teruja makan. Lalalala =p
So far, menu-menu makanan Korea ni memang sesuai untuk orang yang berdiet,rasa sup soondubu ni macam takde rasa pun ada. Telur mata dia tengok dah masak da,macam tak boleh nak kacau je dengan kuah dia :(

Tapi kimchi dia sedap! =)


Menu Hencek Tunang pulak, dia memang penggemar makan daging,sedap je dia kata. Bak kata maknya, tolak batu kayu jalan je =p

Cuma nasi dia macam kepulut-pulutan sikit,melekit2 & pelik.


Next time nak beli dish yang ada ciken wing tu lah! Tengok hakak depan meja kami ratah macam kelaparan. Kitorang makan tak habes langsung. Daku lagi la. Nasi xhabis separuh pun. Seoul Garden jela pasni ye cik abang? Ngeeeeehh..

Total cost = Hencek Syaaquan belanja. So xingat. Kalo haku bayar memang ingat sungguh. Mekaseh awak =P



Eh.. Tak habis lagi tau! Disebabkan kami masih lapar lepas menonton Parental Guidance tu (gelak sakan xhengat),kami merayau-rayau la kat AEON, owhhh teringat masa jadi cashier helper rujuk entri ni, memori mengundang sungguh!

Kami makan ni.


Daku makan sikit je =P

Siapa punya la ni... Kuat makan betei!

Ni pon dia balun!
Muka teruja makan buat kali ke-2. Kuat makanlah katekan =P
Bukti si dia kuat makan. Hmmmm habis dibalunnya =P


Kesudahannya,kami menghabiskan hari Sabtu kami yang berharga ni dengan membalun makanan-makanan Asia. Sekali sekala makan selain dari makanan rutin best jugak. Tapi pastikan ianya sedap k! =D

Next entry bakal di up ---> Tanjung Harapan Yang Punah Harapan (soon!)

Wednesday, April 4, 2012

Khas Untuk Yang Setia: The Vow

BH: Vow tu apa eh?

Haku: Vow? Tunduk hormat kot? Macam bagi penghormatan @ pengiktirafan gitu la kot.

BH: Ooooh.

Sekali tengok sarikata tulis 'Ikrar'. Adeh, kantoi sudah bagi ajaran sesat. Tah mane dapat jawapan tu pon aku xpasti. Yang penting kondifen, eh konfiden tu wajib ada, so aku ada skill meyakinkan orang. Muahahaha.






Sinopsisnya begini;

Kisah si suami yang tak kenal erti jenuh atau serik nak buat isteri dia jatuh cinta kembali kat dia disebabkan isteri dia hilang ingatan akibat satu kemalangan. Si isteri ni memang payah sangat nak ingat kenangan manis diorang bersama, dan konflik bermula apabila bekas tunang si isteri ni datang kembali. Ok, stop setakat ni, nak tahu lebih-lebih, tengok kat wayang berhampiran ye? 

Oh ya, filem ini diinspirasikan dari kisah benar

-------------------------------------

Aku tak berapa kenal Rachel McAdams ni, nama biasa dengar tapi tak pernah tengok satu filem yang dia berlakon yang wat aku ingat. Tapi bila tengok dia dalam layar filem ni, air muka dia ada la sikit iras Jennifer Garner. Ke mata aku kero? Ok abaikan.



Macam sama kan? Cuma J.Garner ni nampak dah berusia sikit. Hihi


Ha, Channing Tatum ni aku ingat sebab dua je; nama dia yang pelik lagi lain dari yang lain (hoho) dan dia ada berlakon filem G.I Joe : Rise Of Cobra. Sebab tu memang ingat. Cuma bila tengok dia berlakon movie lovey dovey agak janggal sebab tengok dia sebelum ni dalam filem aksi kan? Heh :p


Nampak macho bukan ? heh :p


Sedikit spoiler untuk anda,kalau beriya nak tengok sila jangan baca;

  1. Nampak sempoi mereka berkahwin kat tempat (aku pasti bukan di gereja) Muzium/Institut Arts, lepas tuh kawan mereka sendiri yang jadi 'tok paderi' yang me'legal'kan perkahwinan mereka. Pelik tetapi benar
  2. Ex-tunang si Paige ni sanggup lepaskan tunang baru dia semata-mata nak kat Paige ni balik. Omputih ni kalo dah suka sangat susah nak lupa kan?
  3. Jangan berasmara dono di dalam kereta yang diletak di tengah jalan. Sangat bahaya. Lebih-lebih lagi bagi pasangan kekasih yang belum nikah. Take note!
  4. Kagum dengan kesetiaan sang suami yang masih tak cari pengganti si isteri setelah 6 bulan 'legally divorced' . Begitu juga si isteri yang masih mencari-cari siapa dirinya pada si suami tu. Like!
Jadi kalau anda merupakan seorang yang mementingkan kesetiaan dalam perhubungan dan bukan cinta satu malam atau cinta pakai buang, disaran penuh tonton filem ni. gerenti tak mengantuk! =D

Bintang? 3 bintang per 5 keseluruhan =)

Sunday, March 11, 2012

Siapa berminat nak join Kelab Isteri-Isteri Pertama?



Ok. Aku tahu tajuk takde kena mengena pun. :p

Sekarang demam Korea menjadi jadi, kalau zaman sekolah dulu sibuk dengan demam Bollywood,kini demam Korea, Xcukup dengan drama, lagu K-Pop dan group2 K-Pop pun dah jadi kegilaan bebudak zaman sekarang ni walaupun hakikatnya mereka xtahu apa yang mereka nyanyikan kan? Opsss..

Aku pun tak terkecuali, minat jugak kat Korean Drama ni, kalau sesiapa ada Astro Beyond, mesti ada channel 393 ni,iaitu ONE HD. Terbaik wok! Tengok drama puas hati beb! 

Minat,minat jugak, dan ada satu drama yang betul-betul menarik minat aku iaitu drama 104 episod ; First Wives Club atau dibahasamelayukan menjadi Kelab Isteri-Isteri Pertama. Dan bila aku tonton drama ni,sedikit sebanyak aku dah paham budaya orang Korea ni macam mana. 

Oh ya,meh aku menyinopsiskan cerita ini sebelum kita berpindah ke hujah pasal budaya mereka =) Zasss~
-------------------------------------------------------------------------
Versi BM:
Bok Soo menyara kehidupan suami dia utk sambung pelajaran dalam peringkat kedoktoran dengan menjadi penjual ikan. Tapi suami dia xbersyukur malah memandang rendah kat si Bok Soo ni. Dia membacking abangnya yang berkahwin dengan bff nya, Hwa Sin dimana abangnya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain tetapi bffnya cuba berpura-pura bahagia. Apabila dia dpt tahu yang suaminya rupa2nya ada affair dengan ex-gf nya,barulah dia sedar betapa peritnya dicurangi. Dan mak Bok Soo juga menjalani perkahwinan yang xbahagia disebabkan ditipu dek kecurangan suami,dan berkomplot untuk mengajar suami mereka yang curang ittew. 

Versi BI:
Bok-soo (actress Kim Hye-sun) put her husband through medical school by earning a living as a fish seller but her husband does not feel grateful about it and looks down on her instead. She learns that her brother, who is married to her best friend Hwa-shin (actress Oh Hyun-gyung), is having an affair with another woman but she tries to cover it up. When she learns that her husband, Ki-jeok (actor Oh Dae-gyu) is having an affair with a former girlfriend, she finally empathizes with her friend's plight. Her mother, who had to endure an unhappy marriage due to a cheating husband, joins Bok-soo's and Hwa-shin's plan to get revenge on their unfaithful husbands. 
-------------------------------------------------------------

Budaya orang Korea berdasarkan pemerhatian Drama FWC:-

1. Curang
Orang Korea ni kalau salah seorang pasangan berlaku curang, pasangan yang setia ni boleh heret pasangan dia yang curang ni masuk mahkamah dan dipenjarakan. Hebat x? Jadi kemungkinan kalau diorang nak berlaku sumbang/curang pun,buat senyap-senyap. Cuma dalam FWC ni,sang isteri sayang bangat dengan laki dia, laki dia curang depan mata pun dia terima je walaupun dalam hati dia pedih teramat. 

2. Kahwin
Ha, yang ni memang normal kat seluruh dunia kot. Suami kalau dah kahwin, akan bawa isteri pindah rumah keluarga si suami tu. Kemudian, kebanyakan cerita Korea ni kan,ibarat masuk umah mertua ni macam masuk neraka pulak. Asyik kena buli tak pun jadi hamba sahaya kat dalam rumah tu. So,mesej yang nak disampaikan kat dalam FWC ni once ko dah masuk alam perkahwinan,bersiap sedialah jadi hamba. Salah tu!

 

3. Perempuan Simpanan
Menurut hasil tontonan aku dalam FWC ni, kalau dah curang, si lelaki ni leh bawa makwe baru pindah bersekedudukan bersama-sama. Ala-ala suami isteri gittew(sakit hati aku tengok). Dan sang isteri yang dicurangi ni kena la halau merempat la ko di mana-mana. Ini tidak adil! =( Dan si makwe tu pun ambil la alih tugas macam point no.2 ni, jadi la 'isteri' dan hamba kat rumah tu. Yang sadisnya lagi,bapa si lelaki tu pun curang gak,juga ada perempuan simpanan. Maknanya anak dah besar sampai dh berkahwin pun kalau masih berstatus 'perempuan simpanan' ni pun diorang xkisah. Sebab orang Korea ni tak boleh poligami. So,ber'madu' tanpa ikatan sah. What deeee~~.......

4. Penceraian
Hah,yang ni haku konfius sesangat. Orang Korea ni bila dah cerai, dan dah dapat surat pengesahan penceraian/pembatalan perkahwinan, boleh batalkan balik penceraian tuh. Dalam FWC ni, si suami yang curang tu dah bercerai dengan isteri dia, kemudian tetiba dia gila talak nak balik kat ex wife dia padahal ex wife dia dah xnak dia, dia pun pergila ke mahkamah batalkan penceraian tuh tanpa pengetahuan ex wife dia,padahal ex wife dia dah jumpa orang lain dan nak kahwin dah. Habis tu susah la ex wife dia nak kahwin sebab status isteri tu dah 'melekat' balik setelah penceraian tu dibatalkan. Aiyooo~ soooo complicateddd!

hensem kan? Auwww~ :p


love the moustache! droool~ *_*


Dan kebanyakan Korean Drama yang aku tonton banyak berkisar pasal kisah kecurangan dan penceraian. Hubungan luar nikah tu jangan cakap lah,dah macam budaya mereka je tu. Nak tengok boleh,ikut jangan. =)

P/s: Perkara yang tak boleh dimaafkan dalam sesuatu perhubungan ialah kecurangan & penipuan. Curang ni ibarat rumah yang dah tak de tiang. Sekali ko cantas tiang tu, robohlah rumah tersebut,dan bila rumah tu dibina kembali,takkan sama macam rumah dulu tu. =)

 

Oh ya, tengah sibuk nak menggoreng telur, terjumpa ini. Telur kembar namanya. =) Teringin nak anak kembar, Opsss =P #gatal

Tuesday, December 7, 2010

Review: The Social Network.




Siapa pakai facebook? Aku rasa,semua yang membaca entry ni confirm pakai,kalau tidak pun,mungkin ada di kalangan saudara-mara korang yang ada akaun menatang ni.


Aku? Mestilah ada. See? Sampai begitu fenomena facebook ni sampai ayat 'mesti' tu ibarat sejenis rutin harian yang memang tak sah la kalau takde. Kalau takde, korang akan dianggap ketinggalan zaman.. atau kolot.... di KL. sebab kalau aku generalised semua,macam xadil sebab nenek aku pon takde. Kiranya generasi kini memang ada la. Adik sedara aku yang baru darjah 3 pun ada tau,itupun kena kelentong tahun dia lahir. heh.

kredit to Google search engine.

Ok,back to basic. Movie yang berdurasi dalam 2 jam lebih (tak silap aku la) baru je aku tonton tadi. Pada permulaan kelihatan macam menarik, dan bila di tengah2 cerita,agak serabut sebab aku bukan budak yang belajar networking, atau di fakulti kat tempat aku belajar dulu orang panggil Sains Komputer, so frasa-frasa format C++ ni aku tengok dengan Blank(kosong).

Cuma,filem ni aku nikmati macam tengok cerita perang,tapi perang zaman moden atau kita panggil perang siber antara pengasas Facebook terhadap kawan baik dan 'business partner'nya sehinggalah terciptanya Facebook sekarang ni.

Dan selebihnya,korang tengok la sendiri. Download je kat mana-mana xpun tunggu je lah keluar CD kat mana-mana kedai. Cuma aku nak ulas sikit;

  1. Dia xboleh jadi role model,sebab karakter dia sangat selfish. Dia rasa hanya dia sorang je bagus, orang lain xbagus. Tu pendapat aku la, korang mungkin lain kot.
  2. Orang kata dia genius, bagi aku dia seorang nerd. Sebab tu awek dia dump dia.
  3. Tujuan utama facebook ni pada asalnya untuk mendapatkan kenalan sosial untuk s***. Merujuk pada movie tersebut.
  4. Aku lebih kagum kat Eduardo,co-founder Facebook sebab dia seorang yang pentingkan semangat setiakawan.(bagi aku la)
  5. Mereka ni Yahudi a.k.a Jewish,sebab tu masing-masing sikap macam tutttt. Kawan baik pun boleh tikam belakang. =_=''
  6. Senang kata,punca facebook ni tercipta disebabkan awek dia tinggalkan dia,dia macam nak balas dendam dan hack semua server untuk buat perbandingan tahap keHOTan aweks di Harvard sampaila dia terkantoi.
Nak senaraikan PRO dan KONTRA Facebook ni banyak sangat. So,bergantung pada niat masing menggunakan menatang ni. Disebabkan facebook la suami-isteri cerai berai,disebabkan menatang ni la orang mati kena bunuh sebab sewenang2nya letak information kat situ.

Bintang aku kasi 4/5 la.


Dan paling penting,jangan add orang sebarangan.

Dan,aku suka quote ni;

Double meaning.

Last but not least, sokonglah millatfacebook. orang Islam yang buat. Hampir menyamai facebook. aku pun dah ada akaun da. Meh daftar ramai-ramai!


p.s: kadang-kadang wat status kat facebook pun boleh jadi isu. Kesian kat Maizawati.

Thursday, April 8, 2010

Mari Review: Perihal Drift di KL





Salam semua (:

Cerita dah nak basi,baru nak pergi tengok,heh c(:

Tapi xpe,nak kasi review ini muvie jugak. Baru je lepas melayan wayang ni kat Pavilion. Honestly,kerusi GSC di Pavilion lebih empuk dan sedap dihenyak berbanding kerusi GSC kat One Utama yang keras kematu tuh. Eh,ni nak cerita pasal kerusi ke pasal movie ni? heh.

Xberniat mahu 'poyo',tapi aku bukan peminat setia filem tempatan lebih2 lagi filem yang bertujuan nak kaut keuntungan dengan mempamerkan kebodohan orang lain. Ala pengarah yang suka buat cerita yang mengarut tuh,korang mesti kenal kan? Xnak sebut,nanti kena saman :p

Tiba2 terasa nak melayan movie camni sebab ;
1. Aku xpernah tengok Evolusi KL Drift 1
2. First time nak tengok filem arahan anak Yusof Haslam

Kesimpulannya;
1. Kemana tumpahnya kuah kalo x ke nasi kan? Style pengarahan Shamsul sememangnya terikut2 gaya bapanya, lebih-lebih lagi tang dialog,nampak skema je tengok.Cuba tengok Adnan Sempit,memang berbeza!
2. Babak percintaan Scha dan Shamsul menjadi bahan gelak penonton kat dalam wayang tuh. Wah, dah penat2 kena kejar dek samseng,pas2 maki hamun Scha sedas dua,leh berjiwang. Kalo haku la kan,dah kena cop 'kawan sial' dek hero mampuih xlayan dah.



3. Sememangnya pendekatan Shamsul dalam watak samseng Cina menjadi. Aku tak sangka ada jugak orang Cina layan cerita Melayu. Maknanya filem ni dah global! Dialek mandarin Shaheizy Sam macam real!
4.Pendapat ikhlas aku; kenapa Farid Kamil xjadi hero? mungkin lebih ummph berbanding dia jadi hero samseng v3 jalanan tuh. :)

Bintang;
3.5 out of 5.00 star
not bad!

Tuesday, April 6, 2010

Muvee Marathon- Charlie & The Choco Factory

Nini cokolat celup,(celup celup!)
Nini cokolat celup,(celup celup!)
Rasa kacang strawberry,
Sungguh Enak Sekali,
Nini.... Nini!

Eh silap lagu! Tetiba la pulak nyanyi lagu Nini. =D



Oh ya,disebabkan aku keboringan dan takde
Mood nak mengadap buku buat masa ni, aku pun layan la muvie ni. Ketinggalan zaman gila kan? Muvie tahun 2005, pastuh layan pada tahun 2010. Takpe takpe. Ni namanya peram dahulu, tengok kemudian.=D

Lepas aku tengok muvie ni,terus aku rasa aku ni macam kanak-kanak. Mengidam coklat. Eh perlu ke bila mengidam coklat pastuh terus CLAIM diri ni macam kanak -kanak? Pastuh kan,baru aku perasan kenapa sorang kawan baik aku ni obses sangat dengan Willy Wonka;



Jambu gila kot! Jambu air pun kalah!(mati2 aku ingat pondan mana)

Setelah ketinggalan berzaman-zaman baru aku perasan Johnny Depp memang hensem dalam watak Willy Wonka ni. Siap jadi fans dalam FB hokay!



Ok pilih mana korang nak? Aku rela amik pondan bertopi tuh. Woops!

Cerita ni adaptasi dari novel Roald Dahl.Patutlah fantasi dia melampau2.Nak fikir logik? Naaah.. Pergi jauh2 tengok cerita CSI Miami kalau nak logik. :p

Dialog best dalam citer ni:

Willy Wonka
: You can't run a chocolate factory with a family hanging over you like an old, dead goose. No offense.
Grandpa George
: None taken. Jerk.

Wahh tiba-tiba terasa nak bukak kilang coklat dengan family aku lak. Eh hiperbola terlebih la aku ni. =D



yang ni pon belum tengok lagi. Tunggu lagi 5 tahun lah baru aku wat entry pasal citer ni pulak ye.=P

Wednesday, March 17, 2010

mini hapdet


salam semua!

uh uh, sungguh sadis pabila melihat belog sendiri tidak update.

masakan pula, laptopku masih di hospital. abang kedai laptop tu mahu buat tukun tiruan kot! ;(

*hasil google pakai woggle* 0_0

oh ya,disebabkan mahu mengubat hati yang lara tanpa perlu merindui gerangan si laptop,aku membuang masa yang patut distudy dengan menonton animasi ini. siapa2 minat Death Note boleh la layan anime ni.

cuma awek ni pulak yang karakter lebih kurang dengan L,tapi lagi ganas!

Yamato Nadeshiko Shichi Henge

best! siapa yang dah tengok?

kegilaan anime berulang kembali!
(update kejap sebab pakai lappy rumet,xleh lama2 nanti kena marah ;p)

Thursday, December 24, 2009

aku lihat engkau

Salam Semua!

hari ini aku telah bersepakat dan berkeputusan untuk berjalan jalan dan beronggeng sakan setelah hampir seminggu aku memerukkan diri seperti jeruk di dalam rumah. pendek kata, GIRLS DAY OUT!

pada awalnya, macam xjadi disebabkan ketidakpastian antara masing2 dan akhirnya jadi pada hari ini. dan akibat keterlewatan aku & Syimah tiba di Petak Masa, Fatin telah menggunakan masa beliau yang ada dengan menonton Chipmunk! dan aku mati matian ingat beliau punya henpon sudah dicuri! cis bedebah...:P :P

lupakan insiden itu! dan tajuk entry ini berkisar tentang TAGLINE sebuah filem yang telah aku tonton bersama Syima dan filem itu bertajuk AVATAR. Guess what? kami sanggup masuk Premiere Class semata mata mahu menonton filem itu memandangkan seat biasa sudah fullhouse!

sudah menjadi tabiat aku, tidak gemar membaca sinopsis filem mahupun poster wayang, dan mindsetting aku membayangkan filem ini mengenai...

dalam bentuk realiti! 0_o

sudahnya,sampai ke tengah cerita aku xnampak si botak comel ini dan rakan rakannya. aku mula menggaru kepala. bila budak ni nak muncul? comel ke x? apesal avatar ni kaler biru? diorang silap wat filem ke?

aku pun tanya la Syimah..

"Avatar ni bukan citer kartun yang airbender ke?"

Syimah jawab..

"Bukan la,ni Avatar laen la yang"

Laaaaaaaaa...*tepuk dahi kejap* 0_o''

tapi nasib baik aku mengembalikan tontonanku ke landasan yang betul dan aku paham cerita ni! kesimpulannya, teknik CGI nya memang super superb! best dan powah! dan penggunaan bahasa asing yang direka nampak sangat sangat real! namun avatar kelihatan sangat seksi walaupun berkulit biru.kenapa?tengooook sendiri..:P
berapa bintang ya??

9/10 bintang aku kasi! :D

dicadangkan anda melihat bersama sama rakan taulan mahupun keluarga handai.*apekah*

p/s:sempat pulak laaaa kapel Melayu wat 'onar' di depan seat kami.get a room larrr!=(

dan terima kasih kepada syimah & syaza kerana meluangkan masa bersama-sama! cuma xsempat shopping cuz malam ni jalan ditutup kerana sambutan malam Chritsmas Eve kat Jalan Persekutuan. dayum!

bestie since standard 4 SRK Puteri Pandan 1. we both loooooove Sailormoon! ^__^

dah lama xwat review kan?

"I see You"

synopsis: Jake Sully,lelaki yang kecacatan kaki merupakan bekas ahli marin dan ditugaskan untuk mengemudi tubuh alien iaitu 'avatar' untuk mengkaji kehidupan mereka sekaligus menjalankan misi yang diarahkan oleh majikannya. namun misi itu terbantut apabila Jake Sully telah jatuh cinta dengan Neytiri,anak puak Na'vi. apakah misi yang perlu dilakukan oleh Jake dan apakah nasib Puak Na'vi? tengooooook sendiri....=p

*sangat kelakar tengok trailer Legion, nenek mengganas di kafe sambil bergigi taring..NENEK ROCK! :D :P*
*Sherlock Holmes cambest jer.. ade sape2 da tengok? ;-)*

dan sudahpun menukar avatar di YM kepada ini..
avatar juga kan? *banyak maksud* ;-)

Thursday, December 4, 2008

nak TENGOK jugak!


aku nk tgk cter ni! demmmmm aku da lama giler xkua umah.. ikat perot for da opening sem..konpom2 duit JPA kuar lambat.. tape2... aku xpedulik! maw tgk ini citer! =D

*btw aku baru je tau kalo nak kulit putih melepak cm pic atas nih,jgn kua umah langsong .. sape2 follower pahaman ney? leh upload pic korang kat haku!=D*

Thursday, November 20, 2008

singa,badak,zirafah dan zebra adalah kawan baek!!


korang tgk poster ni sure2 ar dah tau aku g tgk wyg lg kan? hahaha..tepat skali!!
semalam aku g tgk cte MADAGASCAR 2, escape 2 africa.!
setau aku,citer Madagascar 1 ni kua da lame giler da,time aku bru pas SPM,xsilap aku ngah keje kat GSC time tuh. bila tgk tajuk citer ni (tanpa melihat poster ni) aku mula berpikir pasal Lipas Madagascar. nak tau nape? sbbnye aku ni dolu2 kaki menengok cite Fear Factor sampaikan la scene dimana melibatkan lipas yg berasal dr Madagascar.. maleh nk citer lelebey,kang korang xlalu! XD

ok2,balik ke tajuk asal! aku x plan pon nak tgk,tp tetbe bile dah diajak+diblanje,ceq pon ON ja laa kan(nape tetbe loghat utara lak neh?) =P
ktorang pon tgk laa kat GSC Times Square,tlupe la plak kat Pavilion ade gak GSC,tp disbbkan kaki ni sgt laaa malas nk bergerak,maka haku pon tgk jela kat tmpt yg ade ni haaa sambil membantai citer ini even dpt 2nd row seat di dpn(apakah?)

citer ni kesinambungan dr Mad 1 di mana dorang telah escape dr Zoo New York dan tlah g ke tempat..........(aku lupa) dan ikotkan pemahaman aku,dorang nak balik ke New York. tp disbbkan Penguin 4 ekor ni xprofesional dalam servis flight neh,terlanding laaa mereka di Africa - Alex si Lion macho,Marty si kuda zebra kepochi,Gloria badak yg mantapp dan Melman zirafah yg bendul. dan rupanya ni tmpt asal si Alex tuh...bermulalah babak jejak kasih dan bersamamu...
aku malas nak citer byk,korang tgk je la!

kesimpulannya,cter ni mmg BEST! 5 bintang aku bg. citer ni la MULIA dar citer mat jebon yg sukakan keganasan ittew.

ape yg menarik kat movie ni sampai korang kena tgk?:

1. kebanyakan kanak2 beserta mak bapak yg dtg tgk dimana xkan ada @ jarang pasangan kapel yg nak menggatal dlm wyg coz kanak2 ni akan mengganggu konsentrasi anda!=P
2. suara Alex dalam movie ni diterajui oleh Ben Stiller,mmg macho dan sgt2 bersesuaian ngan beliau. Jalan citer jgn ckpla best! sore lg laaa best!!
3. citer ni mmg Fun,mmg kelakar jgn ckp la.. dan ada gak part romantik yg sedikit sbyk wat aku touching (erkk..)
4. graphic & animasi dalam movie ni sgt superb,mmg chanteq gler! byk2 movie,ni la best bg aku! xtau la korang kan.. aku ni pencinta alam( sambil menekan2 tanduk kat kepala masuk dalam)
5. korang akan dapati bebudak kecik dalam wayang ni akan nyanyi -"i like to move it",aku pon ske gak!=P
6. pas korang tgk citer ni,korang akan rasa yg korang ni.... masih lg budak2!! nape? sbb korang tgk wayang ni,kan tok dak2.!! muahahaaha...=P

malas nk type byk,ape lg,tgk jgn x tgk. alaaaa donlod je la! =P
nota byk kaki: ske tgk penguin 4 ekor tuh,comel2!! nama pon aku igt,Kolwaski.. tol x? tol jelaaaaa...lalala~

Monday, November 17, 2008

jebon yg kureng menyengat. >.<

*korang jgn tertipu, babak dalam pic no 3 tu xkan ada,so xpyh la bersusah2 nk tgk citer ni,donlod je laaaa=P*
cam biase aku akan wat review sal movie yang aku da nengok baru2 ni..
ari jumaat lepas,aku p tgk wayang kat Mid Valley yg bertajuk James Bond-Quantum of Solace.

aku ekceli mmg XPERNAH langsung tgk citer mat jebon ni,ni pon disebabkan kawan aku-ecah n farah beriye2 ajak aku konon2 nak celebrate merdeka pas exam.. aku pon ikot jela,lgpon rumet aku da fly ke Uk.. kesepian!!

aku dapat tau yg citer mat jebon ni adalah sambungan dari citer James Bond-Casino Royale. ish,tu pon aku xtgk,cmne nak paham sambungan nye lak? ahhh layan jerk!

citer ni seingat aku berdurasi 1jam 3o minit,dan komen aku? xbest!! nape xbest? aku dah tgk ke Casino Royale sampai leh komen yg citer tu xbest? ke disebabkan aku xtgk dr awal sbb tu jd xbest?

>.<

bukan-lah! sbb citer ni terlalu byk sgt tempat mat jebon ni g,sampai aku konfius ade satu babak ni dimana mat jebon ni nye kad kena block ngan M(bos die) sbb die langgar etika pembunuhan(ade ke etika cenggitu?) dan mat jebon tuh xleh nk swap kad die nk beli tket flight ke La Paz,Italy sbb da kne banned(cam banned fster lak). tup2,mat jebon ni leh naek boat mewah g kat satu kepulauan cantik(aku xbape igt). pelik gak.. duit da xde,mane die dpt duit sewa boat mahal tuh? jual diri ke? ahaks!

seriusly,sgt xrealistik.. pas2 mat jebon ni aku rasa bela jin la,xpon antu raya.. kebal semacam je.. peluru menghujani die pon xkena even sedas pon. hebat2.. aku nak jadi cm die la.. xlekang dek panas,xlut dek hujan.. 0_o

pas2,yg aku pelik ngan jebon ni,pantang sungguh ngan pompan. pompan jemput die balik pon die 'sapu'. tp kesian pompan tu last2 mati dalam keadaan berlumuran minyak itam satu badan. cam org minyak jerk. :D

dan,aku terskip satu babak penting jebon dalam iklan feymes die

Camille: U lost someone?

Jebon: Yup.

Camille: U didnt Catch her?

Jebon: No.

*seingat aku la*

da la aku ni kalo tgk teaser,pastu tgk wyg pon semata2 nak tgk sama x dalam citer yg aku tgh tengok,skali rase nk tkucil,maka tlepasla babak penting yg xbape nk penting tuh. hehe.

papepon,aku bg 3bintang per 5 bintang la tok jebon. dan lg 1,geram lak tgk mata mat jebon tu,biru jerk.. nk gak la mate cmtu leh x? >.<

aku suka tgk kete aston martin dalam babak awal2. sangat2 la smart!!

k la,aku nk berkemas balik umah lak. malam ni aku balik naik scoot. huuu rempit!! =P

*sorry aku xciter cter jebon ni sal ape,aku xpaham sbenonye!! hahahaha*

Monday, October 13, 2008

KAMI the Movie. Boleh la Tahan~






arini aku tulis sekali harung sume sbb malas kalo tenet xde.
tgk pic atas ni,msti korang ckp aku da tgk citer ni.
4 1/2 bintang tok korang! mmg btolpon!
aku baru jek tgk smlm ngan member aku. memula ktorang nk tgk citer lain selain citer ni - aku siap kutuk2 lg citer ni sbb rase2 cm x sesuwai tok tontonan aku jer,ahaks!

jalan citer,xpyhla aku citer...just a kesinambungan dr series dorg kat TV jekk..raya tahun dpn bakal tayang punye la,xkat tv3 mesty astro! haha =D

komen aku tok filem ni [support la local film,xpon tgk time raya haha] OK la..
aku bg 3bintang jela.. kurang asam pedas la bro. disbbkan aku penah tgk citer ni kt tv [drama series],so bile citer ni diFILEMkan,aku expect sesuatu yg gempak,tp aku rasa cm tgk kt tv jer[ke aku ni high taste sgt?=p].
ape2pon,jalan citer OK la,part ABU mati tu,aku sedih la. tp sedih kt situ la,xterkesan mane pon[hati kering neyh!] n naseb citer ni xsegampang citer disaster movie tuh.

tp papepon,aku menyesal tgk citer ni sbb majority yg tgk sume budak2 ingusan pas2 memekak2 kat dalam wayang. ni lah budak skolah, tgk movie pon nk excited. xpaham aku. huhu~

tp aku byk setuju kat film ni,dak2 zaman skang perangai cm dlm citer ni,g GIG la,isap DADAH la,join LOCAL BAND la.. aku malas nk kutuk lebey2,lu PK ar sdiri!

satu je aku xsetuju-tagline citer ni. "hidup ini mmg palat,tp esok masih ada" ayoooo xde yg sesuwai ke slain palat tu? sukar ke,payah ke..mcm menyalahkan takdir! btw,its a film dude =)

p/s= Nast - T(Abu) tuh pakai tatu ke? aku notice part dorang main sungai. ke mata aku rabun? doinks~



aku ske poster ni,semart giler!**

disaster movie - filem tong sampah.!



jumaat lepas,aku g laa tgk wayang [siyes lame giler aku xtgk wyg,last pon Hancock!] itupon aku g tgk atas pancingan sorang kawan aku bahawa beliau mahu membelanja aku makan,last2 die blanje wayang,aku lak yg blanje makan! hampeh ni!
citer yg ktorg tgk lak disaster movie. baru je tayang kt sini. aku pon budget cite ni ala2 meet the spartan ngan scary movie[american pie pon leh gak =P] sbb pelakon die ekceli diamik dr meet the spartan & director yg sama.
malangnye,seperti tagline kat poster ni - "your favourite movies are going to be destroyed" mmg btol.

cite ni ancus giler!
ok la,aku citer la sket pasal citer ni.
adela sorang mamat ni[hero] die ade awek tp die ego nk ngaku yg die syg kat awek die. ekceli plot die mmg cmni,tp kemerepekan die sgtla xleh diterima sampai aku yg tengah nengok tuh rasa nak balik slipper momoe aku kat skrin putih tu!
yg peliknye ramai lak 2 tgk.. terkena cam aku la tuh!
pas2 citer ni byk perli citer lain[cm bese la] cthnye high school musical,you dont mess with the zohan,sex and the city dan byk lg. ade gak selebrity jd mangsa cacian dlm film ni antaranya - jessica simpson,amy winehouse,miley cyrus,model spender CK & mcm2 la!

tp lawak lucah die xberagak! kalo stakat ala2 meet the spartan tu xpe! ni mengarut2 sampai aku nk muntah! ade ke pompan berbikini berlari2 sambil tercirit? yekk! geli siot! sampai ade satu babak tu mule2 aku gelak,dah lame2 rasa nak penampo kawan sebelah aku sbb die yg gatal ajak tgk citer hampeh ni! naseb bek ko blanje. kalo x,aku tutuh2 ko! =P

kesimpulannye,korang jgn la tgk citer ni. lawak merapu dan jalan cite mmg sampah giler. ade babak yg xde kaitan ngan plot citer dijadikan citer. kdg2 aku xpaham citer mane 1 yg die kutuk ni? ke kutuk film sdiri?

sekian sahaja review filem dari aku.

sekian!

p/s= naseb bek ade kim kardashian ngan carmen electra ade,xdela aku HOT sgt sbb body korang HOT! meawwwww~!=D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails