Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Sunday, April 16, 2017

Rumahku Syurgaku - Part 2 (Survey?)

Assalamualaikum!

Nampaknya ini tempoh paling lama blog ni tak dikemaskini. Dah 7 bulan!

Dan, masih menyambung cerita pasal rumah. Masa ditawarkan harga rumah tu, kami sebenarnya dah riki dan survey harga market menerusi beberapa laman seperti iproperty, ibilik, mudah, lelong dan macam - macam lagi. Rata-rata harga lebih kurang.

Rumah ni basic je. Kipas ada tapi dah uzur. Bilik air bocor teruk, dua-dua pula tu. Dengan pintu sopak lagi, dinding usah cakap la, berwarna warni dah macam taska aku tengok.

Sebenarnya nak kata lama ambil keputusan tu tak la lama sangat. Memikirkan beberapa faktor seperti :
  • Lokasi- Blok ni betul2 berhadap dengan Pejabat JMB. Kira kawasan tumpuan orang. So takde la rasa keseraman kalau encik suami lambat balik.
  • Keadaan rumah - macam aku cakap sebelum ni, basic unit & banyak defect. Disebabkan defect tu agen kasi diskaun 2k dari harga asal. Menengokkan grill tingkap dan grill beranda dah ada, ada la sikit penjimatan di situ.
Maka dengan pantasnya, esoknya terus setuju. Cuma beberapa perkara aku rasa ralat disitu :

  • Sepatutnya aku nego harga lagi murah sebab bila dah cakap setuju tu, aku baru nak kira kos pembaikan rumah tu. Paling busuk, bilik air yang bocor tu dah makan RM5 ribu jugak la. RM2 ribu diskaun tu hanya lepas untuk repair satu bilik air sahaja. Bila tanya nak nego, agen tu kata tak boleh dah sebab kami dah setuju dekat harga asal. Nak taknak terpaksa la redha (pengajaran)

Dan, aku mula bayar 3 peratus deposit booking rumah dahulu untuk sahkan bahawa aku ni pembeli yang betul-betul berminat. Masa tu dah mula cari bank untuk buat pinjaman perumahan. Agen tu siap nak bagi nombor pegawai bank lagi, tapi aku tolak sebab aku nak usaha cari sendiri & survey mana bank yang bagi tawaran yang menarik.

Antara bank yang aku pergi adalah :
  • CIMB
  • Maybank
  • Bank Islam
Kenapa tiga je? Sebab ketiga-tiga bank ni paling dekat dengan pejabat, jadi urusan jadi mudah kalau ada apa-apa perkara mustahak. Riki punya riki punya riki, akhirnya Bank Islam menjadi pilihan. Kenapa?

  • CIMB - Diorang tak terima rumah Subsale yang tiada hakmilik strata. Rumah aku nak beli ni masih lagi belum keluar title. Jadi agak susah di situ. Kemudian peratusan dia agak tinggi.
  • Maybank - Sama seperti CIMB. Rate pun tinggi.
  • Bank Islam - Pilihan. Kebetulan Bank Islam ada promosi Rumah Pertamaku. Jadi boleh buat 100% loan. Yang paling best, walaupun harga rumah ni xgah (yela bawah 200k) tapi pegawai dia melayan dengan sangat baik. Tak pilih bulu macam 2 bank di atas ni. Sangat helpful dan boleh tanya macam-macam sampai puas hati. Korang kalau nak cari pegawai bank untuk loan rumah nanti, cari Encik Shamsul Fahzill di Bank Islam Cawangan Kompleks MARA. Terbaik.



Tips untuk buat pinjaman perumahan

  • Survey semua Bank. 
  • Cari Bank dekat dengan lokasi rumah / tempat kerja anda.
  • Pastikan anda dapat pegawai yang bukan setakat nak kejar sales, tapi bantu anda bagaimana nak beli rumah tanpa masalah (akan ku coret di next entry)
  • Pastikan pinjaman anda islamik, bukan konvensional.
Rasanya cukup sampai sini dulu aku coretkan pasal bank ni. Nantikan entri seterusnya tak lama lagi. Hihi.

Till then, Assalamualaikum~

Wednesday, June 17, 2015

Me'nate Steak Hub Belanja Kami Makan Signature Steak - Wagyu Tenderloin!


Me'nate Steak Hub. Ada sesiapa pernah dengar? Familiar tak?

Me'nate Steak Hub ni pernah popular dengan cerita kontroversi yang tidak diundang - mengenai bil nya yang bernilai RM9,388.50 (link)

Punyalah viral kes ni dan berbagai - bagai respon dari pelbagai peringkat & lapisan masyarakat masa tu. Dan sudahnya, Me'nate semakin terkenal secara tidak langsung!

Tempohari, instagram @menatesteakhub ada buat contest follow, tag & win. Terus terang aku xpernah pergi me'nate. Faktornya adalah lokasi. Sebab aku duduk kat kawasan Puchong, jadi bagi aku agak jauh nak ke sana. Kecuali korang penggemar daging tegar!

Tapiiii, encik suami ada bagitahu hasrat nak ke sana - belanja kami sekeluarga makan kat me'nate. Itupun sebab kawan baik dia dah pergi & melambung - lambung jugalah pujian dari member dia tu. Apelagi, berkobar-kobar la nak pi!

Dan kebetulan contest tu dah tamat, dan tup-tup nama aku terpilih! Alhamdulillah.. Tak sempat suami nak belanja, dah terpilih (tapi encik suami kena belanja juga, tak kira haha)

Pemenang akan dapat menikmati signature steak yang dimasak khas oleh pemilik me'nate tu sendiri. Wow, kalau nak tahu, pemiliknya Haji Mustaffa ni pernah bekerja di Istana Buckingham okeh! Bukan senang nak merasa air tangan pemilik sendiri yang masak. Nak-nak dah ada 3 cawangan.

Seperti yang dijanjikan, masa yang ditetapkan ialah pada hari Selasa, 16 June 2015 di Me'nate cawangan Setapak. So far, cawangan Setapak merupakan cawangan yang terbesar setakat ni.

Punyalah kami laki bini teruja, siap minta half day, pulang awal sebab nak bertolak dari Puchong, pada hari bekerja pula tu. Memang mencabar!

Gerak dari pukul 6.30 petang, acara start 8.30 malam. Nampak tak kegigihan di situ? Sebab nak elak jem punya pasal.

Tup-tup, sampai dalam pukul 8.00 malam. Sempat la juga solat dalam restoran ni. Surau besar, tandas pun bersih :)






Mula-mula, kami sangka mungkin setakat makan - makan biasa je. Sampai encik suami cakap, mungkin makan steak biasa je kut. yela taknak menaruh harapan sangat. Lagipun kami tahu daging wagyu tu bukan murah tau.

Macam tak sangka siap ada banner ni. Besar kot banner ni. Wah, terasa istimewa sangat. Kuikui.



Sementara menunggu pemenang yang lain. Ingatkan kami yang lambat, rupanya kami terdatang awal!
Lepak-lepak di meja dulu. Safiyah Sofia ni pantang tengok tempat luas semacam, tak boleh duduk diam!

Pemenang seramai 7 orang. Dan dibenarkan bawa bersama 1 rakan. Jadi encik suami lah peneman pada hari itu. Agak dalam 10 minit kemudian, datang yang lain.



Entree - dihidangkan creamy mushroom soup. 1st time hirup sup cendawan selepas 1 tahun 2 bulan melahirkan. Rasa dia.. memang sedap & lemak berkrim. Garlic bread tu kalau makan saja pun dah enak!

Kebetulan ada pemenang yang lain masih belum tiba sebab terperangkap dalam kesesakan, sempat la bersembang dengan pekerja menate yang peramah amat tu. Dan salah seorangnya adalah anak Haji Mustaffa tu sendiri.

 

Makanan anak jangan dilupa. 

Bubur stok ayam + bone broth stock. Campak-campak dalam slow cooker, siap!

Tengah enak bersembang, tiba-tiba datang kelibat seseorang yang kami kenal. Haji Mustaffa tu sendiri yang datang ke arah kami! Punya la peramah, siap datang bersalaman (patutnya kitorang yang pi kat dia). Memang merendah diri sungguh. Tak nampak macam dia ni orang ada-ada. Sempoi je.



Rupa-rupanya dia datang sebab nak ucap tahniah kat kami. Dan sambil tu dia bagitahu yang Signature Steak tu dia yang masak sendiri khas untuk kami.

Guess what??


Wagyu Tenderloin.

Sekeping tu je dah RM250. Steak paling mahal aku pernah rasa.

Paling mahal pun Tony Ramas Romas. Tu pun tak mencecah harga Wagyu ni tau!



 Tadaaaaaaaa..!!



Kasi close up sikit. Tengok merah-merah tu. Jus wagyu tu. Dimasak medium rare. (Sila lap air liur anda ye)

Aku masukkan sepotong ke dalam mulut. Pergh... rasa dia.. bak kata Haji Mustaffa, cara makan wagyu ni, masuk je dalam mulut, gigit, kemam dalam mulut kejap. Terasa jus-jus wagyu tu melalui celah-celah gigi lalu masuk ke dalam tekak. Daging dia.. lembutnya.. siapa yang biasa makan steak memang dapat rasa beza dia. 

So far, daging ni memang dimasak to perfectionist. Bak kata chef Manu & Pete dari My Kitchen Rule, cook perfectly. Kacang buncis tu memang manis.. terasa kesegaran dia. Mash potato memang sedap. Gravy dia a bit masin tapi masih kena dengan tekakku ini. 

Kalau bagi markah ala-ala My Kitchen Rules, aku bagi 9.5 out of 10.



Sambil makan tu sambil dengar Haji Mustaffa bercerita. Dari awal pembabitan kerjaya, keluarga, jenis daging dan macam-macam lah! 

Yang paling best, dia cakap masakan mak adalah terbaik. Disebabkan dia teringin nak makan telur goreng yang dimasak oleh maknya, dia sanggup terbang dari UK ke Malaysia. So imagine... T__T


Disebabkan si kecik bucuk Safiyah Sofia tidak dapat duduk diam walau sesaat pun, maka kami telah berkeputusan minta diri dulu. Rasa bersalah giler sebab minta diri tapi anakku tidak betah duduk diam.

Kesian encik suami kena makan stik sambil pangku anak. Haha daddy's little gelpren katakannn. Tapi sebelum ni ok ok je dia duduk kat kerusi baby. Harini je tantrum semacam. Mungkin dia saja nak suruh abi dia belanja kat sini lagi? Hint barangkali? Wakakaka~



lihat betapa stressnya si bapa memangku anak. Nak makan pun xsenang katanya -_-


Sebelum minta diri, ambil gambar kenangan bersama banner dulu >.<


Masa kami turun nak pulang tu, sempat la juga usya dedaging di bawah tu. Oh ya, daging matsuzaka adalah daging yang paling bagus dan lebih lebih bagus dari Wagyu. Dan harga dia minimum je dah RM1k++. (Sila nanges)

Yang merah2 tu daging biasa. Yang putih banyak lemak tu daging matsuzaka.

Nama daging ni matsuzaka bukan sebab dia adalah brand jepun ye, tapi daging ni adalah lembu yang dikacuk (aku lupa lembu apa) & lembu ni disembelih tanpa rasa stress. Dan yang mencipta resipi daging kacuk tersedap ni adalah Dr. Matsuzaka. Haaaa lebih kurang tulah yang diceritakan kepada kami. Boleh kata lembu-lembu ni manja la! Sebelum mati pun dia kasi manja dulu. Wahahaha~


sementara tu mak & anak posing dulu~ kasi chan aaaaa~




Suasana di kedai tersebut..



Maka.. berakhirlah sesi makan kami di Me'nate Steak Hub!

Aku & suami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tenaga kerja Me'nate Steak Hub Setapak terutamanya Haji Mustaffa kerana berhempas pulas menjayakan sesi makan bersama pemenang contest ini pada haritu. Terima kasih belanja kami.. Lain kali nak lagi. Hihihi :P

Sangat berpuas hati dengan layanan yang mesra & best itu. Air minuman pun free flow & boleh tambah sesuka hati. Semoga Allah pertambahkan & limpahkan rezeki yang banyak kepada restoran Me'nate.

Oh ya, sebelum menutup tirai, Me'nate ada buat promo untuk buffet & hidangan berbuka serendah RM75.00. Boleh check instagram & facebook Me'nate dengan lebih lanjut!


Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam esok..



Yeay~ Balik kerja awal!! =D =D

Tuesday, March 17, 2015

Biskut Teething Homemade Untuk Baby - Mari Membiskut!

Assalamualaikum!

Korang pernah tak suatu masa dahulu tak reti buat sebilangan tugas, tup tup belajar sendiri eh aku berjaya buat sambil puji diri hebat? Aku pun macam tu.

Bayangkanlah dari tak pernah buat biskut raya boleh reti buat biskut bayi. Ok, biskut anak. Tsk

Ikutkan aku ni bukanlah baking person, malah sedari kecil memang oven kat rumah sekadar perhiasan sebab dah lama rosak. Jadi masa kenduri kahwin dapat pula hadiah oven pembakar, teruja jugak. Tapi tak tahu nak bakar apa masa tu. Paling hebat pun buat cheesekut. Itupun xperlu beroven bagai.

Jadi bila dah pegang takhta mak - mak ni, belajar itu ini, mula lah meluap2 nak buat sesuatu untuk si kecik ni. Sofia dah 11 bulan dan tiba masanya untuk dia makan benda selain bubur. Jadi aku cuba jaya la membuat biskut gigit untuk dia. Padahal gigi pun tarak. 





Maka berbekalkan oven hadiah kahwin jenama Pensonic aku pun mulalah mengorak langkah menjadi pembakar biskut yang berjaya. Kelasss kan. 

Mula-mula cari bahan asas. Since mak Safiyah Sofia ni jenis poyo / paranoid tak bagi anak makan makanan bergaram bergula buat masa ni, maka tepung atta yang dikira selamat menjadi pilihan. Oh ya, tepung atta ni anda boleh cari di mana-mana supermarket ya. Brand baba's pun ada. 



Percubaan pertama aku mulakan dengan buat roti keras. Sapu unsalted butter kemudian bakar. FAILED. Roti hangus keras kejung. Fine, mak dia memang tak reti baking. Tapi itu tidak bermakna aku akan menggantung apron aku sebegitu sahaja ya. Muahahahaa. Kucuba pula dengan pembuatan biskut.

ni rupa biskut selepas diacu. gigih beli cookie cutter kat Daiso bentuk gingerbread. Yang memanjang ada garis2 tu guna garfu jer.


Hasilnya. Nampak ada yang hitam? 


Sebenarnya percubaan pertama aku lupa nak snap. Hitam legam hoi. Dah macam biskut arang aku tengok. Kesian pulak aku nak bagi anak aku makan biskut legam gitu. 


Sebelum Safiyah Sofia rasa, memang aku la yang rasa dulu. Agak ketepungan & kurang manis. So aku agak perisa kurang banyak aku sumbangkan ke dalam acuan.



Minggu berikutnya, aku cuba jaya lagi. Dan Alhamdulillah menjadi!

Nampak tak ada pembaharuan? Siap ada bentuk dan lubang - lubang okeh!

Aku buat uji rasa. YES!! ada peningkatan. Dan aku bagi encik suami rasa, dia pun suka.


#babySS pun suka. Ummi laaaaagi berganda suka. Ngeeeeee





Tengok. Muka budak kecik makan pastu nak sedekah sikit kat ummi dia. Dasar pemurah hati macam ummi kan kan kan?


Nak resipi?


Biskut teething homemade perisa kurma & kismis

Bahan - bahan

Tepung Atta - 2 cawan
Tepung Jagung - 1 cawan
Tepung Kastard - 1 sudu
Cream Cheese
1 cawan unsalted butter
Esen vanilla
Puree buah 1 cawan - aku amik puree kurma & kismis sebab manis semulajadi


Pukul butter sampai kembang sekembang alam. Masukkan cream cheese, pukul sampai sebati jugak.

Kemudian masukkan esen vanilla, puree buah , tepung jagung & tepung kastard & gaul hingga sebati. 

Masukkan tepung atta ke dalam adunan, uli & gaul sampai padat & kenyal

Bentukkan acuan mengikut suka anda. pakai cookie cutter pun bole. Garfu pon boleh. Ikot daya kreativiti anda.

Preheat oven 150 darjah (kepanasan atas bawah). Masukkan selama 20 minit. Adjust takut terlebih bakar.



Biskut ni tak mudah pecah kalau pandai ejas sukatan. So far biskut Sofia xsenang pecah =)



Kalau dah cuba bagitahu la ye apa rasa dia!

Friday, February 28, 2014

27 weeks : 90 hari lagi wey!!


Pehhh, macam tak percaya je dah 90 hari je tinggal untuk jumpa dengan baby. 

Perasaan????

Takut - sebab takut sakit nak bersalin (duhhh opkos la sakit siapa kata sedap tu memang rezeki dia la kan?)

Nervous - Sebab tak sabar nak jumpa anak LIVE. Haha selama ni tgk scan 2d/4d jer.

Gembira - sebab tak lama lagi ada famili member baru. Nak belajar parenting skills, breastfeeding skills, housechore skills & macam-macam lagi!


Progress semasa :

  • Perut masih bergelora macam biasa. Pernah ada satu tu macam rasa gegaran yang senada. Macam beat lagu pun ada. Rasa-rasa baby hiccup kot? Amboiiii~
  • Jalan dah macam penguin mutant. Nak jalan kepit2 memang kekadang je. Lebih kepada jalan lemah longlai. Kadang2 je jalan biasa. 
  • Tidur ku tidak lena seperti dulu. Sekejap mengiring ke kiri, sekejap mengiring ke kanan. Kadang - kadang terjaga malam. Nak tido melentang takut sesak nafas pulak.
  • Badan makin berat. Pinggang lenguh & sengal-sengal. Kerja rumah memang tak buat la kan. Nasib baik duduk rumah mentua :p
  • Masak? Dah lama tak masak. Banyak cengkelat. Kadang2 mak mertua yang masak. Nak bedrestt je since tak sure uri dah naik ke belum.
  • Mula prektis sujud lama-lama, amalkan surah tertentu ikut kerajinan. Kadang-kadang datang malas semua hapa xbuat. T__T


Oh ya, daku ada buat maternity shoot minggu lepas. Itu habaq mai kat entry lain nohh. Bagi teaser sat :p



Till then, Assalamualaikum! 

Wednesday, February 12, 2014

Rumusan 24 minggu : 106 hari lagi!!


Progress semasa : 24 weeks



  • Mood dah bekerja makin malas dah. Bukan bermaksud nak curi tulang keting ke hapa, tapi bila tengah print surat ke, dokumen ke, aduhyai.. malas bebenau! Nak berjalan rasa berat je badan :(


  • Pinggang dah mula lenguh. Sekarang dah duduk dengan MIL, bilik dah kena naik tangga, kalau naik tu terkedek-kedek naik. Macam kingkong pun ade haa.

  • Tak rajin. Serius memang malas sangat. Kalau dulu masak tu gagah la jugak. Sekarang kerja mengelattt jer. Bila MIL ajak masak tu kena la gagahkan diri, tapi minta excuse masak benda-benda senang. Tak suka menghadap dapur panas lama-lama (bajet puteri lilin)

  • Nafsu makan. Rasanya kalah masa bujang-bujang dulu. Masa zaman anak dara pun kuat makan, tapi masih di fasa kontrol cun la jugak kan, nak merasa pun ala calit-calit jer, sekarang nahhh kau, apa yang teringin, semua dirembat beli. Paling suka makan benda manis macam kek, air ice blended, coklat, cheese choc meleleh la, habis la berat badan melambunggg!

  • Tidur. Haha, yang ni masa awal - awal preggie dulu, memang kerja tidur awal. Kepala sakit katekan, memang xmampu nak buat apa. Baring kat kerusi sofa sambil mengeluh2 pening kat suami. Pastu tengok tv dalam 20 minit camtu sedar-sedar dah terlena. 

  • Dari segi fizikal, rasa memang gemuk nau ah. Nak - nak bila tengah tukar baju, tengok diri kat cermin macam orang sakit busung. Eh, tapi kan sakit busung badan kurus perut buncit. Ni dah macam badan sama naik busung dengan perut. Baju jangan cakap la, nasib baik baju yang ai pakai selama ni memang besar gedabak. So takdela rasa sesak napas ke hapa kan.

  • Kulit muka dok lagu ni je lah. Jerawat kadang naik kadang tak. Bila naik mula mengganas macam esok takde lagi. Kulit menggelupas, sekarang tak pakai dah pencuci muka. Bukan sebab malas, sebab pernah baca kata tak elok pakai produk kecantikan masa tengah mengandung.

  • Okay yang ni rasa ralat sangat. Baru semalam tahu teh tak boleh minum masa preggie. Sebabnya ada kafein. Aku yang sengal malah bimbo boleh pula layankan teh kalau makan kat luar. Ice lemon tea la, Teh ais la, Teh O ais la. Nangessssss. Terus sekarang pangkah teh besar-besar! 

  • Buah feberet sekarang Tembikai. Walaupun orang kata tembikai tak elok sebab takut baby kena jaundis, tapi aku telah mengcounterback  kan dengan mengorder susu kambing untuk diamalkan bermula minggu hadapan. Lagipun buah tembikai merupakan makanan kegemaran Rasullullah s.a.w, dan kalau rajin makan buah tembikai akan dapat anak yang elok paras rupanya (selain membaca surah Yusuf la kan?)

  • Ubat-ubatan, zincofer yang Klinik Kesihatan bagi, aku dah tolak tepi sebab setiap kali makan, for sure muntah lepas 10 minit. Baru nak mula makan obimin start this week, sebab ingatkan makan zincofer leh overlap obimin, cuma aku gantikan nutrisi untuk baby dengan makan sayur banyak-banyak, minum susu yogurt dan banyakkan minum air masak. Susu ibu mengandung aku pernah minum 4 kali je selama ni sebab susu tu kandungan gulanya amat-lah tinggi.

  • Tengah prektis melunjur kaki kat siling & sujud lama-lama sebab doc kata uri di bawah. Memang berdoa sangat-sangat-sangat dapat deliver normal. Permudahkanlah Ya Allah. Kawan-kawan tolong doakan ye =')

  • Last but not least, baru nak mula puasa ganti/ puasa sunat sebab aku rasa aku gemuk sangat dan asyik makan nasi 3 kali sehari. Doktor dah nasihat 3 minggu lepas kurangkan nasi, baru harini nasihat tu masuk dalam telinga. Esok nak inject kancing gigi pulak. Adoi! 

Semoga perjalanan bakal anak baik-baik sahaja. Aaaaaamin =)

Tuesday, February 4, 2014

Ke Tanjung La Kita :D

Assalamualaikum semua! See, bila dah ada mood menghapdet belog kembali, memang nak updateeee je memanjang kan?

Sekarang ni office pon dah tukar operation hours kepada 8.30 pagi, so sempat la luang masa kat belog buchuk ni untuk update pape yang patut :D

Dalam tempoh cuti CNY baru-baru ni, korang ada gi memana x?

Mcm aku, YES, aku balik kampung. 

Kampung suami aku. Hahaha. 1st time okeh!

Ni actually kampung bapa mertua ku, bukan di Pulau ye, di seberang je (:

Kiranya pemergian aku ke Penang ni untuk memperkenalkan aku sebagai ahli keluarga baru di sana, bermesra-mesra dengan sedara mara di sebelah suami.

Kalau diikutkan, Penang aku agak biasa juga sebab aku memang ada saudara - mara kat sana, pernah juga pergi Pesta Pulau Pinang suatu masa dahulu.

So, xde la kekoks sangat :D


haaa. Ni la rupa kampung ku. Memang suasana kampung habis, lupa nak ambil laman belakang, luas kemain mcm padang bola. Siap ada macam-macam jenis pokok, pokok Durian, pokok Daun inai, pokok Mahkota Dewa malahan pokok Durian Belanda pun ada!


Pagi-pagi memang panas membahang sikit lah. Tapi kalau dah masuk malam, sejuk kemain! Tidur tak payah ON switch kipas, memang sejuk!



Jadi.. masa ke Penang ni lah bermulanya jalan-jalan cari makan lepas pergi kenduri sedara - mara kat sana!

Kitorang memulakan pencarian makanan di Padang Kota, so antara makanan yang sempat dijamah ialah ;


rojak


Pasemboq Tersemboq :P


Kerang rebus


Sotong Kangkung


Sotong Bakar


Fuhhhh! Puas hati dapat merasa. Aku makan bukan banyak pun, setakat rasa sampai ke tekak pun jadi la. Dolu-dolu pernah gak singgah di Padang Kota masa habis matrikulasi, tapi xsempat nak merasa sebab dah nak malam masa tu, dan dah lewat sangat :(

p/s: kat Medan Selera Padang Kota memang tersangatlahhh ramai peminta sedekah. So sesiapa yang nak ke sana, bersiap-siap la duit pecah RM10 dalam RM1 sekeping. Kalau tak, naya jer takde duit pecah. Ahaks!

Pastuh kitorang ambil angin jap di Padang Kota. Seronok tengok ramai orang bersantai kat sini.


Bersama mak mertua. Gemuk seyh! Memang kena diet 100 hari la pasnih :(


Incik suami pun tak kurang gemuknye :P

Ni pulak masa ke kenduri sedara di Kampung Tobiar ;


yang takde dalam pic : adik Ipar Adam & Amin. 


Sebelah aku tu pon mak buyong gak. Sama due dalam bulan May ni Insya Allah :) 

GEMUKKKKKKKKKKK!! (ilusi optik je tu korang, sila jangan percaya :P)


Dalam banyak-banyak makanan, ada dua makanan dalam list yang tak sempat dijamah :( balik-balik je nanges2 leleh dah kat rumah. Woi tak pernah oke sedih tak dapat makan. Selalunye kalau tak dapat makan, aku akan cari je kt KL. Ni dah sampai murung seharian. Incik suami dah pening.


Nasi Kandaq Deen & Mee Udang Sg Dua. Ni semua pic instarepost. Leleh2 tgk gambo ni. 

Terus incik suami ajak gi minggu depan naik bas. Bahahaha teruk betul penangan jadi mak-mak ni! Layankan jela ye binikmu nih :P Bila lagi nak mengada kan? Nasib baik binikmu ni tak mengidam Rantai Emas Habib Jewels ke, Galaxy Tab ke kan? Kan?



Bersyukurlahhhh~~ :P

Tuesday, October 8, 2013

Menjemput, Mengumpul Alamat Jemputan Secara Sistematik!

Assalamualaikum!

Ada kawan Hani tanya, bagaimana nak menjemput menggunakan google docs tu?
Begini rupa google docs ni
Memandangkan kebanyakan member2 Hani sememangnya pengguna Facebook, even saudara mara, Hani guna medium ni untuk menjemput di samping meminta Alamat mereka untuk poskan kad jemputan.

Ok, step 1
Daftar diri sebagai pengguna gmail dahulu (tak boleh yahoo mail ke, hotmail ok? nama pun google docs kan?)

Step 2
Dah sudah daftar, buka emel tu. bila da buka inbox emel tu. bawa mouse ke kanan, tekan petak empatsegi macam dalam gambar tu. Akan keluar pilihan. Klik DRIVE
(sila abaikan emel disebalik tu hehe)


Step 3
Dah tekan DRIVE, nanti keluar 1 tab baru. Bawa mouse ke kiri sekali.

Memula klik CREATE.
Pilih FORM.


Step 4
Lepas klik FORM tu, akan keluar tab baru beserta gambarajah macam di bawah.

So, isikan Title tu sebagai contoh ; Alamat Jemputan
Kemudian, Pilih Theme. Contohnya; Cherry Blossom
Dah siap pilih apa semua, klik OK


Step 5

Ha, proses ni rumit sikit. Bila da select OK tadi,akan keluar form ni untuk diisi. 
1 - Isi tajuk (ikut contoh Hani tulis tu)
2 - Isi deskripsi apa yang korang nak bagitahu. Majlis bila ke, bla bla bla..
3 - Question Title tu macam apa maklumat korang nak? Sbg contoh Nama jemputan. Kemudian pergi kat Question Type tu, select jenis jawapan. Kalau nama Jemputan, mesti jawapan dalam bentuk Text. So, pilih text. Pastu tekan DONE (kotak biru tu)


Perasan ada box Add Item paling bawah tu? Kiranya korang nak menambah soalan seperti alamat ke, Tekan je Add Item kemudian akan keluar benda sama macam tadi nak diisi tu.. so korang edit/adjust sampai puas hati ye..

Step 6

Dah siapa apa semua, korang klik SEND FORM. Kiranya submission la tu.


Step 7

Dah klik SEND FORM tu, akan keluar popup ni. Korang copy link tu, kemudian klik DONE. link tu leh la paste kat tab baru, dan tengok hasil form korang.
Step 8

Tapiii tunggu dulu. Jangan paste dulu link tu sebab akan keluar popup ni plak.
Choose Response Destination tu bermakna bila kawan-kawan korang isi, maklumat tu akan simpan ke mana?
Pilih New Spreadsheet, isikan nama kat Untitled Form tu sebagai contoh Alamat Jemputan
Pastu tekan CREATE

Step 9

Lepas dah tekan create tu, korang pi kat View Live Form tu,klik & korang dah leh tgk form korang camner rupa dia. Kalau nak tengok alamat2 yang kawan2 korang dah isi, pergi kat View Responses sebelah kiri View Live Form tu. Memang akan keluar bentuk spreadsheet. Kreativiti ikot korang yek!

Kalau macam rasa nak improve, nak edit bagi lagi cantik, korang edit je kat situ, ulangi step 5 sampai step 7 balik. Contohnye tertinggal ayat best nak taip, tambah je balik then ulang balik step tu. Tak payah buat form baru ye, buang masa hehe..



Hope tutorial simple mimple ni dapat bantu korang eh? Kalau tak paham drop comment kat sini, insya Allah Hani leh bantu semampu yang boleh :)

Oh ya, jangan risau, form ni korang bukan setakat jemputan kenduri je, nak kumpul alamat member skolah lama, nak jemput ke majlis hari jadi, buat survey pun boleh. Normally student suka pakai form ini untuk survey selain dari guna surveymonkey :)

Wassalam (:

Thursday, September 12, 2013

Belum masanya lagi~

Alhamdulillah, majlis dah pun selesai 31 Ogos haritu..

Now tengah menghitung hari untuk majlis bertandang 15 September ni..

Pengantin basi? Makanan je yang basi, manusia takde tarikh luput kecuali dijemput oleh-Nya =)

So, just nak share gambar masa wedding belah perempuan haritu



Terima kasih pada yang hadir. Sorry tak sempat nak jumpa semua =(

Tungga habis majlis bertandang + honeymoon, nanti Hani share k?

Ada banyak story nak share, tapi story tu sedih. Perlu ke x nak bagitahu??


Till then, wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails