Showing posts with label seram scream. Show all posts
Showing posts with label seram scream. Show all posts

Friday, May 23, 2014

Lahirnya Safiyah Sofia ke Dunia - Part 1

Assalamualaikum!

Masih ingat entry yang aku tulis di mana aku menyuarakan kebimbangan tentang kehamilan aku, di saat minggu kehamilan ke 31, uri masih di bawah. Ingat? Tak ingat boleh tengok ENTRI INI

Tarikh entry tersebut, 28 March, hari JUMAAT. Masa tu, checkup di KK(Klinik Kesihatan), aku diberi surat refer letter ke HOSPITAL AMPANG untuk SCAN DETAIL mengenai kedudukan URI aku. Jadi, aku dapat appointment pada HARI ISNIN, 31 MARCH. Masa tu, memang hati tak tenang, mengadu kat suami. Yelah, uri di bawah, siapa tak risau. Masalah aku cuma itu je, yang lain semua Alhamdulillah OK.

Pada keesokan harinya, macam biasa pada hujung minggu kami berdua suami isteri memang akan balik ke rumah famili aku, yelah dah tinggal di rumah mertua, hujung minggu jelah masa untuk bersama famili aku pula, barulah adil & saksama kan? 

Jumaat malam, sebelum berangkat, kami pergi UPTOWN SHAH ALAM, suami nak cari jersi tak silap. Jadi aku selaku isteri yang setia, mengikutlah suamiku bersama, jalan-jalan kat sana. Sampailah adik aku dapat tahu aku pergi UPTOWN, jadi janji kat bawa dia ke sana lagi (padahal tak sedar diri tu mak buyung kan?)

Esok, hari SABTU malam, pergi lagi. Teman adik cari jersi nak bercetakkan nama dia. Layankan jela. Padahal jalan dah makin lambat, masa tu rasa lenguh, mengah. 31 minggu kan, nak masuk 8 bulan lah kiranya. Peniaga kat situ pandang pelik dah, sarat pun sakan lagi jalan?

Ada aku kesah? Kehkeh.. 


Jadi Ahad kami pun balik lah ke rumah mertua balik. Yelah, Isnin nak kerja kan. Macam biasa, ibu mengandung tidur memang sangat tidak selesa. Baring kanan tak sedap, kiri tak sedap. Jadi memang aku suka tidur tak setempat.

ISNIN yang dijanjikan tu, aku pergi ke HOSPITAL AMPANG. Aku rasa keputusan refer ke HOSPITAL AMPANG adalah keputusan paling bodoh, sebab apa? Aku duduk di Shah Alam, kenapa tak minta rujuk Hospital Klang?? Aku pun blur..

Masa SCAN DETAIL, hati aku LULUH lagi. Doktor sahkan aku PP TYPE 4. 

Ye, TYPE 4! Rujuk entri sebelum ni apa dia PP TYPE 4.

Hati sedih. Balik menangis-nangis sambil memandu. Aku telefon suami, nangis-nangis. Masa tu macam menyesal, kenapa lah aku sakan berjalan kalau dah tahu URI BAWAH? BODOHNYA AKU masa tu :(

Dan paling ralat, aku teringat kelmarin aku ter-berlari ke dapur sebab panaskan lauk lama sangat sampai naik kering periuk. Mungkin sebab tu lah dari PP Type 2 terus jadi Type 4. Memang CONFIRM kena bedah!

Doktor bagi surat rujukan, beralamatkan ke Hospital Pusrawi (asalnya nak bersalin di PUSRAWI). Doktor pesan, kalau ada pendarahan, terus bawa surat ni ke hospital. Tapi masa tu, memang sepanjang kehamilan tak pernah ada pendarahan.

Balik dengan hati yang resah, lepak je kat katil, malas nak buat apa-apa. Aku fikir, "Kena rehat ni. Aku taknak buat apa-apa lagi. Aku taknak masak. Aku taknak buat kerja apa-apa," Masa tu, baru lah nak fikir nak rehat. Sebelum ni aktif bukan main.

Dan malam tu, tidolah kami seperti biasa..

Pukul 4 a.m..  aku terbangun dari tidur. Aku rasa basah. Dalam hati fikir, eh? Aku terkencing ke? Jangan- jangan, air ketuban?? Tapi kenapa tak panas?

Aku pergi kat suis, buka lampu...



Ya Allah, DARAH!!!



Sambung pada next entry ye? To be continued...

Tuesday, March 26, 2013

Tubuh Sejuk Hati Berbunga



Assalamualaikum kawan-kawan!

Hihi, blog bersawang kembali dikemaskini. Almaklumlah busy bebenor sekarang. Audit sana sinun,esok pun nak kena pergi audit lagi. So, update kejap la bagi melepas rindu korang semua :P (kononnnnn)

Hari Ahad yang lepas merupakan girlsss day out. Jadi kami ghadies ghadies bersepakat nak menonton wayang. Jadi ni la bahan tontonan kami pada hari kejadian:

WARM BODIES


Memula macam pelik je dengar tajuk. Sebab bila ditranslatekan, Tubuh Suam? Tubuh Hangat? Ahhhhhhh tolong jangan membirukan otakku yang murni ni :p

Bila tengok poster rupanya, genre Komedi Romantik Seram. Agak marvellous la style poster ni. Kebetulan daku memang suka warna merah :p

Baju pun ikot merah ok?
Sinopsis citer ni :

Seorang mamat zombie, R yang sudah tangkap leleh sama gadis manusia, Julie. Kebetulan gadis tu dah berpunya, dan otak boifrennya tak sengaja dimakan oleh mamat zombie ni masa nak melindungi diri dari dibunuh. Adakah Julie itu tawu mamat zombie ni yang merobek otak pakwe nya? Sama sama kita nantikan jeng jeng jenggggg..


Masa jadi zombie. Bajet kool konon!
Dah jadi manusia. Tetiba drooling! @_@

aweks ni iras Kristen Stewart kan?
Tapi cantik lagi Kristen Stewart!

Korang tengoklah sendiri!


Komen aku :

  • Julie tu ada iras-iras Kristen Stewart. Cuma muka dia ada ekspresi berbanding awek Robert Pattinson tu. LOL
  • Korang kena fikir xlogik sebab citer ni serius memang xmasuk dek akal. Tp besttT!
  • Hero ni memula tengok tak hensem,lama2 not baddd. Macam Tom Welling Smallville pon ada gak. Tapi versi kurus la.
  • Part kelakar masa si heroin ni pura-pura jadi zomba,eh zombie! Lawak gilersssss 
  • 4 bintang aku bagi. 
  • Kebetulan filem ni terbitan Summit Entertainment. So pelakon & lakonan mesti ada kaitan2 sikit dengan Twilight (drakula,hantu) n pelakon mesti ada iras-iras lebih kurang.
  • Filem ni tak seram,so jangan gedik2 nak menjerit2 pulak.
So,secara tak langsungnya aku dah terminat dengan produksi/filem keluaran Summit Entertainment! Ngeeee. Ok bai!

Thursday, January 12, 2012

Serik Dah Pasni!

Assalamualaikum,

cuma nk share story yang baru aku lalui tadi.

Berdebar2,dua kes in a row. 

Semalam, hampir-hampir langgar seorang pejalan kaki, tapi ITU MEMANG SALAH DIA sebab dia keluar dari celah kesesakan kereta sambil membelek henpon dan xtengok jalan. Memang PERCUMA dapat jeritan free dari aku. Nasib baik dia minta maaf. Bawak punya hemat pun masih ada yang nak mencalarkan rekod permotoran aku. huh!

Tapi yang ni lagi menakutkan. Habis je kerja, aku pergi Green Box sambil mereleasekan tension bersama kawan aku. Dan,pukul 6.45,parents dia call nak jemput dia kat Time Square. Ok la, normally kami selalu dinner sama-sama, dan kalini dia kena balik awal,jadi aku teman la dia turun ke Low Yat beli makanan dengan dia.

hiasan penyedap mata

Kami pun berpisah kat depan Low Yat dan aku balik sendirian menapak dalam bangunan Sungei Wang menuju ke parking motor aku. Memandangkan pejabat aku kat BB Plaza,aku memang park kat area pejabat aku (Nota: Office hour tamat 5.15, so korang bayangkan keadaan parking tu pada pukul 7 malam)

Dah sampai kat parking motor,aku bersiap2 pakai sweater, mask dan helmet. Tengah nak pakai helmet,aku tiba-tiba dapat hidayah nak toleh belakang. Dan YES! ada seorang lelaki berkulit gelap (muka macam bukan orang tempatan) datang macam menuju kat aku. Ya, siapa lagi sebab MEMANG aku seorang sahaja kat situ. Dan tiba-tiba langkah dia terhenti,dia pandang aku,dia patah balik. Alhamdulillah, ada motor lalu tiba-tiba.(pasal tu dia berhenti sebab ada orang lalu) Aku dah gabra. Kat satu sudut,ada kawan dia duk menunggu kat belakang sana. Memang dia tengah TENGOK aku. 

Cepat-cepat aku start motor, pecut!! 

Freaking SCARY! Bayangkan kalau aku tak toleh, apa yang akan berlaku?

Bayangkan kalau xde motor/orang lain lalu,apa akan berlaku?

Ok,aku taknak bayangkan benda buruk jadi kat aku. Cukuplah experience aku zaman Form 4 dulu. Aku ni memang xserik. Suka sangat buat semua benda sendiri. Konon tak nak menyusahkan orang, alih-alih kalo berlaku apa-apa,memang MENYUSAHKAN orang jugak. Huh!!


Serius taubat aku TAKNAK balik SORANG-SORANG tanpa TEMAN. Pasni aku akan PAKSA kawan aku tu teman sampai parking lot,WAJIB!!!!

Friday, April 30, 2010

Berpantang Maut Sebelum Ajal

pada satu tengahari yang hening.....



korang nampak tak ape yang aku nampak??


xnampak?

cuba tengok betul3....




ok3,aku bagi focus view jap...

nampak tak ni??




xnampak jugak??



ok3..mengalah ye! ;p




jeng..jeng..jeng.......!!




nampak x? opsss.. sory la,kamera henpon saya ni kurang power,xmacam kamera DSLR sbb xmampu lagi. kerjanya xlagi,mane leh berangan nak beli! ;p

Lokasi aku: Beranda bilik aku
Lokasi bendalah ni: depan bilik aku! Pembinaan yang dah dua sem yang menyebabkan aku sakit pala bila nak bukak buku.PungPang! Keting KetonG! *bengong tros~*

kejadian ni berlaku pada hari semalam.lagi 2 jam nak tunggu paper Organizational Behavior start.lebih kurang dalam pukul 1 tengahari. Kan ade orang kat kren tu.Pergh! Memang memperjudikan nyawa betul. Ni dinamakan BERANI! memang berani dengan ketinggian(aku dahla gayat weyh)

tengah2 aku SNAP pic dia ni,dia leh perasan,dengan selamba jalan tu lambai. aku pelik la,dia lambai kat sapa? Dua kali wei! Xkan dia perasan aku? DAHLA XTAKOT TINGGI PASTU SEMPAT PANDANG BAWAH LAMBAI AKU. ha kan dah kena CAPSLOCK dengan aku!
Aku rasa dia memang lambai aku la,sebab semalam semua sibuk g exam(yakin je budak ni) ;p

Teringat aku pepatah,Berpantang Maut Sebelum Ajal(kalo silap tolong betulkan ye)

Agak2 orang tempatan ke,orang asing?? ;p

(kuiz bagi korang berfikir jap)

Wednesday, February 24, 2010

asam jawa magik

Harini nak masak lauk ikan pari masak asam pedas Melaka lah!. emmm mesti sedap kan? Ramuan wajib mesti lah ada asam jawa,gaul dengan air pas2 masuk dalam bahan tumisan.

eh apa yang keras dalam plastik ni? (xtengok lagi isi kandungan plastik tersebut)

tengok ape benda yang keras tuh...

eyuuuuuuuuuwwwww!!

uwek! uwek! haccctuih! !


baca di sini

asam jawa ni keluaran Ipoh. jadi kepada ibu-ibu sekalian,sebelum nak beli sila cek packaging yer!

kepada rakan2, da jawab survey UMCTES blom?

Thursday, February 18, 2010

misteri kewujudan video ini di desktop

hari ini agak gempar sebab aku jumpa video ni kat desktop aku. ok sebenarnya aku jumpa video ni dalam minggu lepas. aku upload kasi korang sume tengok.



siyes aku xpenah nampak file video ni kat desktop aku. posing atas kubur lak tuh! meremang bulu seyyy nak nak pulak aku terjumpa file ni time tengah2 malam sorang2 kat kolej lak tuh. rumet pulak balik rumah. serammm!

sape pedajal aku?

::pi.es::

cuba dengar dengan teliti bunyi kat video tuh. siap gelak2 posing atas kubur. choyy! kubur pun leh jd tempat posing ka??
hingga kini siapa yang menge-POST video ni kat desktop haku masih menjadi MISTERI. SAPE WEYH CEPAT LAA MENGAKU TAKUT NI WEH!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails