Showing posts with label career. Show all posts
Showing posts with label career. Show all posts

Thursday, January 3, 2013

Dah Setahun Rupanya Ku Disini!

Assalamualaikum korang! 

Harini merupakan ulang tahun yang pertama diriku sebagai kakitangan di syarikat terkini. Wah,macam pantas je masa berlalu kan? Macam baru je masuk ofis ni, baru je kenal semua kakitangan.

Happy Annivessary! *tepuk tangan sorang-sorang* =p

Tepat 3 Januari 2011 di mana aku melangkah sebagai kakitangan baru, berkenalan dengan staff-staff di sini, dan terima kasih banyak-banyak yang tak terhingga kepada boss ku, Encik Tuan Haji Sazali merangkap mantan Penolong Pengurus Besar Unit Audit Dalam yang terdahulu kerana membawa daku ke sini. 

Dan 31 haribulan tahun lepas, pada hari Isnin lalu merupakan hari terakhir beliau. Dan sebelum tu kami ada buat makan-makan pada 14 Disember 2012,alang-alang menyambut harijadi kakitangan Jabatan Audit pada Sep-Dis 2012.

Cekidaud!

kek ni dipilih oleh Kak Ned & me. Sedap! Nama kek ni Hazel Cheese. Nyummeh!


 Kenangan bergambar bersama buat kali terakhir.

 meeting terakhir bersama beliau. Masa ni nampak Tn Hj macam sebak & nak nangis. Suasana muram seketika.

tekun mendengar perutusan terakhir bos. *konon*

pose tetap pose ok!

pose menarik masa nak memotong kek. 

Kemudian... ape lagi? Makan laaaaaaaaa. Ngap!







Inilah kenangan yang sempat dicapture. Dan sekarang bilik besar tu dah kosong. Dan sunyi. 


Tuan Hj, Terima kasih kerana :-
  • Memberi peluang untuk berada di sini
  • Memberi sokongan dalam meneruskan minatku dalam audit
  • Memberi teguran atas kelalaianku selama berkhidmat di sini
  • Memberi galakan & sokongan untuk maju lebih jauh dalam bidang ini juga

*Lagu Teman Pengganti ON tetbe* 

Apa-apapun,jasamu tetap dikenang. Setahun bersama tetapi banyak jasamu pada seluruh warga Unit Audit Dalaman. Semoga Tn Hj sentiasa sukses ya. 

Masih segar di ingatan Trip ke Jerejak. Best memang best. :) Tapi apa nak buat, yang pergi tetap pergi. Kami disini meneruskan legasi di sini. Insya Allah =)

Monday, July 23, 2012

It Happens Only In Jay Bee! :D - Part 1

Tajuk nak omputih je kan? Tapi intinye berbahasa Melayu? Sangat Urban bukan? Puihhh :P

Kita kembalikan semula kisah semasa di Jay Bee, ah, terlalu banyak makan kenangan manis di sini,kena tulis satu persatu dan susun baru paham =)

Memandangkan aku outstation di JB, aku harus bekerja 24-7 tanpa rehat (ok ni tipu sikit) di sana. Paling AWAL pulang pun pada pukul 8 malam,itu pun pada hari pertama tiba di sana disebabkan kena check-in hotel di sana. Selebihnya pada pukul 10 dan ke atas. Normal katanya =_=''



Tapi,itu tidak bermakna pada hari AHAD aku PERLU bekerja. Sebab mana ada pejabat buka pada hari minggu kan? Jadi kebetulan aku mempunyai kenalan di JB, aku merancang untuk jalan-jalan pusing-pusing satu JB memandangkan aku takde masa nak lakukan itu semua semasa bekerja di Jusco. Paling kuat pun jalan kat tepi Laut Stulang sambil dilimpahi cahaya dari Pulau Singa. Puitis bukan? =P

Seperti yang dijanjikan dengan kenalan aku iaitu Ayie,hari Ahad yang dinanti telah tiba. Macam-macam dia janji dalam mesej, nak bawak pusing Danga Bay la,jalan-jalan pusing JB la,makan Mee Rebus JB la, ke Hutan Bandar la, mesti jeles tak terkira encik Buah Hati sebab aku bersuka ria dengan kawan baik dia,ahaks :P

Ayie sampai kat lobi hotel tepat pukul 9. (Oh ya,aku menginap di Hotel Grand Blue Wave sepanjang berada di sana) Macam dia kata, "kita pergi sarapan dulu,ko tak payah pakai baju lawa-lawa". Ok la,aku pakai baju biasa je,malas nak overdressed karang dia kata aku nak mengorat dia plak,ahaks :P

Sampai-sampai je,tengok muka si Ayie ni rileks je,pastu dia kata;

"On Bluetooth"

Aku pun pelik la. Aik? Kenapa sampai-sampai je kena on gigibiru? Oh,mentang-mentang baru sambar Galaxy Note, dan-dan nak menunjuk animasi/pic terbaru/mp3 terbaru la tu? Ok la,aku pun on jer.

"One picture Received"

Aku tengok tarikh file tu, tarikh harini. Aik? Dia bagi gambar dia baru snap sendiri ke? Aku dah pelik. Ok,aku pun tekan la,open file tersebut.

Tiba-tiba berderau darah aku. Kenapa aku macam kenal orang dalam gambar ni? Kenapa logo kat Van tu macam Logo hotel aku menginap??



Terbeliak biji mata aku. Terus aku toleh kat Ayie.

"Dia ada kat sini ke?? Dia dah sampai kat sini ke?" Macam peluru berpandu aku tanya si Ayie.

Dengan tenang Ayie menjawab,

"Kau ada masa 5 minit untuk cari dia,sekitar dua bangunan sini je,5 minit dari sekarang!"

Pergh! Dah la xsempat aku nak tarik nafas terkejut sebab tengok pic ni,lagi terkejut kena cari si dia dalam masa 5 minit. Kalau orang lemah jantung,mau kojol terus!

Tetiba aku teringat kata-kata Encik Buah Hati beberapa hari malam sebelum kejadian yang berbau mencurigakan;

"Kalau rindu sebut je nama, insyAllah ada kat depan mata"

"Tak percaya? Doa saja,Insya Allah akan termakbul doa tu"

"Nanti Ayie akan bagi task berbentuk Running Man"

"Kalau ada kat depan mata nak buat apa?"


OK,aku dah paham sekarang!! Dia memang ada kat sini! Maka dengan adrenalin yang bergerak pantas aku mencari-cari si dia.

Di pendekkan cerita, di kala tengah payah mencari, ternampak seseorang lalu lalang buat gaya ala-ala PAPARAZZI tak jadi sambil memakai topi. Sah!! Memang dia... Terus aku.... Korang isi tempat kosong dengan jawapan yang senonoh ye :P


Apa yang terjadi seterusnya? Next entry k! Panjang sangat la plak entry harini. To be continued yeeee.. da da da~  .... 
(macam ada je yg baca entry ni :P)


Monday, July 16, 2012

What i ate last 2 weeks at Jay Bee? (Part 1)

Lets put aside about work & talk about food.. Yeah,Jay Bee is heaven of food if you can find the right place..

I'm so lucky by having a clix& friends at Jay Bee & take me around Jay Bee just to recommend what's special here..

As a beginning, i will upload part by part progressively..

Cekidaud!






Mee Rebus Ayam.



Mee Rebus Tulang.

See the straw? Just insert the straw into the bone's hole then take a sip! My other half says, "yummmeh!"  ^^,

Feel the thickness & darkness of the Mee Rebus's sauce, and you will feel addicted forever and ever.. Believe me! :D






Where's the place????

Jeng... Jeng.... Jengggg!!





here. find it if you can, seriously,delicious!

Thanks to Ayie, my friend for taking us there. =D






and not forget to this person too! =P

Oh,how come he's at Jay Bee? Will be explained in another entry..jeng! :D



Part 2? I'll update soon,very soon! =]

Wednesday, May 30, 2012

120 Minit Bersama Ustaz Don

Assalamualaikum semua!

Pada hari yang seronok dan menceriakan harini, seorang ustaz selebriti yang tidak asing lagi datang memberikan ceramah di tempat saya! Saya sangat gembira dan teruja kerana saya sememangnya mahu melihatnya secara dekat. Bukan dekat rapat-rapat ok, dekat depan mata =)

(Nota:Entry ini sedikit skema ok :D)


Sehari sebelum. Poster beliau sudah ditampal betul2 depan lif nak masuk ofis.

Berdasarkan poster,majlis bermula 11.30 tengahari. Aku saje datang awal 15 minit,sekali ade yang lagi awal dari aku daaaaa =,='' (betapa hebatnya fenomena ustaz bujang kita ni )




Ok,takpe janji boleh dengar dan dapat tempat duduk =)



 Ustaz Don dah mula membuka bicara.

Thanks akak Assistant Manager yang sudi mengorbankan hp beliau menjadi kamera tak rasmi bagi majlis hari ini =)

Tajuk ceramah beliau hari ini ialah Muslim's Idol. Beliau banyak menceritakan mengenai bagaimana hendak khusyuk dalam solat, cara-cara mudah/sempoi untuk berbuat baik untuk masuk Syurga dan macam-macam lagi. Pengisian yang berasas lagi bernas.=)

Antara beberapa informasi yang nak dikongsi mengenai ahli syurga pada zaman Rasulullah s.a.w & amalan terpuji orang alim pada zaman kita ialah:
  • Bersangka baik dengan semua orang
  • Sentiasa menjaga wudu' (tidak pernah memutuskan wuduk)
  •  Sentiasa membawa Al-Quran di mana saja (membacanya)
  • Membela nasib ibu tunggal & dll..
Usai ceramah. Semua menyerbu nak snap gambar + minta autograph. Ingat ladies je yang minat?

Tengok,pakcik  gentlemans pun tak terkecuali meminati Ustaz Don kita ni ok! :D

Menurut akak ofis yang terlibat dalam mendapatkan Ustaz Don ni, 2 bulan masa diambil untuk mengesahkan kehadiran beliau dalam Majlis Ilmu ni sebab Ustaz Don ni sentiasa sibuk lebih-lebih lagi sejak kemunculan beliau dalam 30 minit Ustaz Don kat TV Al Hijrah (promote jap) :p

Dan aku pun tak nak terlepas peluang bergambar dengan Ustaz Don,bukan senang dapat jumpa depan-depan kan? Siti Nurhaliza pon xpernah-pernah jumpa lepas snap pic bersama di Jusco suatu ketika dulu tau #tetiba. :p


Ni beramai-ramai punya sesi..

hehe.. Close up bagi tiga orang plaks..


Jap nak bagi korang jeles jap..

Ni bukan sebarang Notebook tau. Terima kasih LHDN sebab bagi buku free ni sebab....

 sebab saya dapat autograph Ustaz Don! Weeeeee~

Sila jeles sekarang :P

Harap-harap pasni ajak la Ustaz Kazim, Ustaz Zahazan xpun Ustaz Sharhan datang buat ceramah lagi kat sini dan perbanyakkan Majlis Ilmu2 camni, best! :)

P/s: Saya nakal orangnya tapi saya nak bakal suami ustaz.. Boleh tak? Berangan tol :P .. =)

Monday, May 7, 2012

Menyingkirkan Lemak Degil di Elements Gym

Assalamualaikum semua!

2 bulan yang lalu aku telah membeli kupon promosi di laman ini;

Pernah dengar? Groupon [link] ini merupakan website yang memberi tawaran menarik pada harga yang rendah. Ni adalah tawaran PERTAMA yang aku beli melalui Groupon ni iaitu :-

[Up to 72% Off] Unlimited Access to Elements Gym at GTower for 1 month. For 1 (RM38) / 2 People (RM68). Spacious 32,000 Sq Ft Gym with 100ft Heated Infinity Pool & KL Skyline View

Diskaun sebanyak 72% untuk memasuki gym ni,so kira la sendiri harga asal dia berapa kan? (aku malas nk kira :P)

 Jadi,semalam (Ahad) aku bersama cik fatin telah mendaftarkan diri ke Gym ni;


Gym ni terletak betul2 di sebelah Menara Tabung Haji, yeah, G Tower uols, haruslah workout kat tempat kelas kan? :P

Jom lihat ke-awesome-an gym tersebut. Almaklumlah orang perak,tak pernah pergi tempat mewah,mulalah tangan meliar snap sana sini,kehkeh


 teruja snap gambar diri sendiri di cermin,nyohoho~

 laluan masuk je dah jauh, kena jalan amik mood dulu katakan

 senarai wajah personal trainer yang ganteng dan mantop mantop belaka

maafkan saya kerana kualiti gambar amat hodoh ketika ini

 Let's do some fat burnin' workout bebeh!

berjalan atas treadmill sambil menikmati flora,fauna je xde =D

teruja tahap max sebab kat mesin ni ada mini tv sendiri. Cuma cucuk je earphone dan dengarlah pape rancangan dalam mini tv ni. Wow!

 pemandangan di dalam gym. Spacious! 

depan ni Tabung Haji. Pas eksesais leh terus pergi daftar haji kat sini :P
p/s: Lady Gaga beraksi di tv. Po Po Poker Faaaaace ;D

Pic ini ditangkap semasa menggunakan treadmill

Pic ini juga tidak terkecuali

 Ada Swimming Pool,tak sempat nak merasa.swimming pool ini transparent view,cantik!! =D

Dah lah unlimited access,ada aktiviti yang ahli Groupon leh join sepanjang tempoh penggunaan gim ni,antaranya :

  • ABT (abs, butt, thighs)
  • Body combat
  • Body pump (pam pakai pam tayarkah?)
  • Dance (joget dangdut?)
  • Latin dance (lentik cam JLo la kalo join pasni?)
  • Steps (Macam filem Step Up tak?)
  • Hi-Lo (nak join yang ni!)
  • Capoeira
  • Yoga
  • Pilates (ni jugak)
  • Aqua aerobics (ok yang ni tak boleh sebab tak reti berenang T__T)
  • Spinning (Gasing?)
  • Tai Chi (nak nak!)
Malangnya semua aktiviti ni available weekdays je T__________T

Yang bestnya, ada sauna kat dalam gim ni (Haruslah ada kan?).Dulu kat California Fitness pon aku join mendalah kupon murah ni, tapi CF lagi best sebab ada steam room, terbaik!


Dah habis workout,haruslah timbang berat tengok berapa hilang kan? :p

Jangan terkejut kalau tetiba ada kembar Neelofa berada di area Bukit Bintang pasni ye :p *perasan*

agak-agak leh jadi cam dia x dalam sebulan penggunaan?



(pic paling sopan aku google)

Jawapannya: Harapan lah kan! =P

Sunday, March 4, 2012

Jerejak Outing

Sape tau Pulau Jerejak kat mana sila angkat keyboard! 

Mostly kalau aku tanya, semua akan jawab "Pulau Jerejak? Katner tu?"

T___T

Pulau Jerejak ni lokasinya kat Pulau Pinang, kecil je pulau ni, dulu dikatakan tempat 'brainwash' orang-orang 'wanted',ala-ala ISA gitu.. xtau ISA tu ape? g Google sendiri!

Ini Outing bersama kakitangan department aku,baru tiga minggu lepas sudah,harini baru rajin nak update,hehe. Jadi mari nikmati gambar-gambar yang sempat aku capture ni. Oh ya, outing ni 4 hari 3 malam. Phew!









permandangan dari feri. dekat je pulau ni. seploh minit sampei la.

Keadaan Executive Chalet kami. Jeng jeng jeng!

King Sized Bed. aku tido kat katil ni,heh.

Ruang santai menonton TV

bilik lagi satu, dua single bed


Kemudahan yang terdapat di Jerejak Rainforest Resort & Hotels

Kancil modify jadi xde pintu. Sekali tengok macam caddy car untuk pelanggan golf. Cuma downgraded version la. Kehkeh

  Swimming pool. Xberani cuba sebab banyak makhluk tuhan paling tak seksi berendam.



dalam training room. saja mencapab :p


Eh, tersesat pulak Mee Udang Mak Jah kat entry ni. Saja singgah dalam perjalanan balik ke PD. Balik je dari Jerejak, straight ke PD. Non stop journey.

 To be continued *kalau aku rajin*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails