Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...
Showing posts with label Japanese Food. Show all posts
Showing posts with label Japanese Food. Show all posts

Monday, February 22, 2016

Japanese Korokke (Croquette)

Assalamualaikum w.b.t
'SubhaanAllahi wabihamdihi subhaanAllah hil'azim' (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung), 2 kalimah yg ringan dilidah, berat ditimbangan Al Mizan (Bukhari & Muslim), sama2 kita amal baca selalu sebagai zikir harian..semoga Allah SWT make us among those who remember Him much, Ameen.
apa kbar semua, semoga sentiasa dlm rahmatNya..sebenarnya jarang buat kue guna breadcrumbs ni sbb anak xberapa minat, pernah skli dulu buat sosej roll yg guna roti keping tu..tpi anak xsuka, pastu klu buat maz cuma celup telur je..pastu goreng, baru anak mkn, tpi kli ni anak mkn la plak..boleh buat korokke atau begedel jepun ni sbb dtg mood nk buat bento anak..selalunya klu bawa bekal, noodle goreng atau yg simple2 je, korokke ni lebih kurang je mcm begedil..cuma salut breadcrumbs, klu nak letak sayur kobis cincang pon bleh..penyediannya mudah sangat, anak2 pun suka ni, mak budak pun bleh habis 2-3 bijik! Inysaa Allah jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan..

JAPANESE KOROKKE (CROQUETTE) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 biji ubi kentang
  • 6-7 biji meatballs lembut/suhu bilik (maz defrost dalam microwave) - tumbuk biar hancur
  • 1/2 labu bawang besar - cincang
  • 1/4 cawan sayur campur (mixed vege) @ kobis cincang
  • 1 biji telur - kocok dengan garfu
  • sedikit garam atau serbuk pati dan lada sulah - jika perlu
  • allpurpose flour/tepung gandum secukupnya
  • breadcrumbs secukupnya
Cara

1. Kupas kentang, potong saiz kecil dan rebus hingga lembut dengan sedikit garam, toskan kemudian tumbuk lumat atau lenyek biar hancur.
2. Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang besar dan masak sekejap biar layu, toskan.
3. Dalam mangkuk sebatikan kentang, meatballs, mixed vege dan bawang besar, boleh tambah sedikit serbuk lada sulah, garam atau serbuk pati untuk suaikan rasanya.
4. Ambil segembal, leperkan atas tapak tangan dan buat bentuk oval atau bulat, ikut citarasa.
5. Celup korokke dalam tepung, kemudian celup dalam telur dan dengan breadcrumbs.
6. Panaskan minyak secukupnya untuk mengoreng, goreng biar perang dikedua bahagian, angkat dan toskan, boleh la dihidang bersama sos pilihan.

Nota ilhamdapur : boleh jgk guna daging kisar (ground beef) atau isi ayam kisar, masak bersama bawang besar sekejap, kalau guna kobis masak sekali juga, kemudian sebatikan dengan bahan lain, boleh disejuk beku jika tak habis goreng.

time xberapa rajin nk pegang kamera, snap yg frozen dari peti..buat utk bekal anak sebagai lauk tambahan kalau bawa nasi, jdi skli goreng tu tak banyak sbb dh ada lauk lain..bleh jgk buat sbgai snack anak2 utk kunyah ptg2 deh..

Monday, February 15, 2016

Takoyaki..Setelah Sekian Lama

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma ajirni minan nar' (Ya Allah pelihara aku dari api neraka), sama2 kita amal baca 7x selepas solat subuh sebaik saja bagi salam..semoga Allah swt tunjuk apa yang terbaik buat kita dan sentiasa teguh di atas jalanNya yang lurus, Ameen..
dri itali ke jepun la plak, setelah sekian lama xbertakoyaki..sebenarnya masa balik msia tahun lepas memang beli barang2 utk buat tako ni kat jusco, tpi tu la duk peram sampai dekat setengah tahun baru dtg rasa nk buat..cuma bila dh start buat tu, mungkin sbb dh lama xmkn..tak ckup! 1 adunan tu bleh dpt dlm 15 biji sbb acuan ni besar sikit, pastu duk ulang buat sampai 3-4x dh la..tinggal separuh dh sos dgn boneto flakes, suami memang suka..abangngah pun sama, cuma yg bongsu je xmkn..dedula acap jgk dh duk buat tako ni, kat sini pun ada, memang sedap takoyaki ni..lembut2 gitu pastu penuh dgn rasa, Inyaa Allah jumpa lagi dan maaf atas segala yg tidak sempurna..

tako yg dh siap dan ready utk di make up..ni ler acuan takoyaki kali ni, beli kat pasaraya Lulu..klu sblum ni guna yg letrik, ni pakai acuan biasa je..acuan utk kuih india kut sbb dri india, senang nak cuci guna yg ni, pastu xlekat langsung dan tebal..

TAKOYAKI (OCTOPUS BALL) by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Tokayaki Batter
  • 1 biji telur sejuk dari petiais
  • 340ml air sejuk dari petiais
  • 100g tepung gandum
  • 1/8 sudu kecil sos ikan/nampla @ sedikit garam 
Inti
  • 4-5 ekor sotong - potong dan toskan, kemudian gaulkan sotong dengan 1 sudu besar sos tiram dan beberapa titik pewarna merah, masak sekejap, jangan letak air ye (masak dalam 3-4 minit je), kemudian titiskan 2-3 titik minyak bijan.
  • 1 mangkuk kobis yang dicincang halus
  • 1 sudu besar okonomiyaki sos - bancuh dengan sedikit air (untuk sapu pada bebola tako yang telah masak nanti)
  • 1/2 mangkuk kecil minyak sayur/masak - untuk sapu pada acuan dan selalu curah sikit-sikit pada bebola tako semasa memasaknya
  • dried bonito flakes secukupnya
  • mayonis secukupnya
  • sedikit aonori  - utk tabur 
Cara-cara

1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga berbuih dengan wisk atau garfu, masukkan air sejuk dari peti dan kacau sebati.
2. Masukkan tepung  dan sos ikan/nampla, pukul biar sebati atau berbuih sikit.
3. Panaskan acuan tako, sapu minyak pada lubang tako, tuang adunan, tapi jangan penuh sangat dan masak sekejap dulu agar lapisan bawah tu nampak sedikit berkerak, kemudian masukkan 1 potong sotong dan sedikit kobis cincang.
4. Kikis lebihan adunan dan masukkan ke dalam adunan dalam lubang-lubang tako.
5. Terbalikkan tako menggunakan lidi sate, tuang sikit lagi adunan agar penuh dalam acuan untuk membentuk bulat dan curah minyak masak sikit.
6. Terbalikkan beberapa kali sehingga bahagian luar tako sedikit garing sambil letak minyak sayur sikit sekiranya minyak dah kering.
7. Bila dah masak, angkat susun dalam pinggan, sapu semua bebola tako dengan okonomiyaki sos, kemudian taburkan dried bonito flakes secukupnya dan picitkan mayonis, akhir sekali tabur sedikit aonori. 

snack mudah yg memang sedap, cuma kena ada bahan2 dan acuannya..dri dulu maz guna sotong je, dh try dgn udg..tpi rsanya kurang sikit, kena stun jgk bru sedap bagi tekak ni..cuba tiru mcm yg juco jual, stun tu dimasak dgn sedikit sos tiram dan pewarna merah, dulu masa memula beli maz tgk stun dlm tako jusco tu warna merah, jdi dri situ la cuba rungkai rasa dan buat ejus buat sdrik..

Saturday, October 24, 2015

Sushi

Assalamualaikum w.b.t..'La ḥawla wa laquwwata illa billah' (tiada daya upaya melainkan padaNya jua la tempat berserah), dri smlm sbuk skit dgn aktvti jln2..minggu ni cuti 4 hari sempena assyura, tpi setakat duk ronda sni je la..pergi situ, pastu masuk sna plak..mana lagi nk pergi, bahrain ni kecik je negaranya..sdpp jgk skli sekala mkn sushi ni kan, kat rumah ni abangngah dgn babanya memang peminat setia sushi..bleh kenyang jgk ni, nak buat pun mudah sangat..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

main isi je apa yg terlintas, yg kuning tu maz buat telur dadar nipis, pastu letak je atas nasi, isi tuna dan timun..pastu gulung je la..crab stick, jagung semua main hentam je apa stok yg ada...

SUSHI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan beras sushi @ beras wangi 
  • 1/2 sudu besar cuka epal/cider apple bancuh dengan 1/2 sudu kecil gula
  • seaweed sheets secukupnya/kulit sushi
  • crab stick (jejari ketam), timun jepun, jagung manis tin, tuna & telur dadar, buat nipis je
  • wasabi, kicap sushi dan halia jeruk pink tu jika suka
Cara

1. Cuci beras sushi, masuk air ikut sukatan beras dan masak seperti biasa hingga masak.
2. Bila nasi dah masak, terus masukkan cuka epal dan gemburkan nasi dengan garfu biar sekata.
3. Masukkan nasi dalam mangkuk dan tutup, biar nasi suam sikit.
4. Letak sekeping kulit sushi atas bamboo mat (yg utk gulung sushi tu), ratakan nasi separuh dari kulit sushi biar nipis dan susun bahan inti ditengahnya, kemudian gulung biar kemas.
5. Potong dan boleh la dihidang bersama wasabi, kicap sushi dan halia jeruk.

kat sni rega sushi ni punya la mahalnya, blik msia hritu sempat jgk la layan selera dgn menda ni..terasa betapa murah sangat sushi kat Msia, 3-4x ganda harga kat sni..

Tuesday, May 26, 2015

Sushi

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa'nik mal wakil'..sushi ni pun dah berbulan jgk peram, bila rsa teringin nk mkn tu biasanya memang akan buat sdrik, klu beli pun xpuas mkn..mahal la plak sushi kat sni..5-6 ketoi yg biasa je pun dh 3 dinar atau dkat 3o henggit..cuma beras sushi la yg mahal skit..500g dekat 2 dinar atau 18 henggit..dah acap kli jgk sblum ni update sushi ni, mudah saja nk sedia pun dan boleh pelbagaikan sushi apa..abangngah dgn babanya la peminat sushi ni...Inysaa Allah semoga ketemu lgi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

biasa buat dengan beras wangi je..kli ni guna beras sushi plak..guna beras sushi ni mkn bnyk pun rasa mcm xkenyang..takpe la deh roll tu xcentre atau cantik mcm kedai punya, janji semua filling lekat kat dlm tu..kihkihh..

Sushi by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan beras sushi @ beras wangi 
  • 1/2 sudu besar cuka epal/cider apple bancuh dengan 1/2 sudu kecil gula
  • seaweed sheets secukupnya/kulit sushi
  • ikan salmon segar, jejari ketam, buah avocado,lobak merah, timun jepun
  • wasabi, kicap sushi dan halia jeruk pink tu jika suka
Cara

1. Cuci beras sushi, masuk air ikut sukatan beras dan masak seperti biasa hingga masak.
2. Bila nasi dah masak, terus masukkan cuka epal dan gemburkan nasi dengan garfu biar sekata.
3. Masukkan nasi dalam bekas dan tutup, biar nasi suam sikit.
4. Letak sekeping kulit sushi atas bamboo mat (yg utk gulung sushi tu), ratakan nasi separuh dari kulit sushi biar nipis dan susun bahan inti ditengahnya, kemudian gulung biar kemas.
5. Potong dan boleh la dihidang bersama wasabi, kicap sushi atau jeruk halia.

buat sdrik ni memang jimat benar la..puas mkn..tpi semua kena ckup syarat la wpun buat sdrik..org yg nk mkn tu nk mcm sushi beli..selain wasabi menyengat idung tu, kicap sushi dan halia jeruk kena ada...

1 cawan beras tu bleh dpt 4-5 roll, bleh letak makcik salamon banyk2 atau apa yg kita suka..maz suka sushi yg ada avocado...

Monday, September 1, 2014

Shrimp Nigiri Sushi

Assalamualaikum w.b.t...apa kbar semua...bertemu sekali lagi...cuaca pun best je kat luar tu...musim panas pun dah nk mkin sampai penghjungnya...Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah atas segala rahmat dan nikmatNya...kat rumah ni semua minat sushi...kli ni guna udang sekor2 plak...apa lgi tukang masak pun laju la mkn...klu raw salmon tu xleh nk masuk la plak tekak ni...cuma abangngah dengan babanya je yg bleh terima salmon mentah gituw...yg buat sebelum ni ada kat  sini...Insyaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Shrimp Nigiri Sushi by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan beras sushi @ beras wangi - maz guna beras wangi
  • 15 ekor udang segar saiz sederhana besar
  • 1/2 sudu besar cuka epal/cider apple bancuh dengan 1/2 sudu kecil gula
  • seaweed sheets secukupnya/kulit sushi
  • lidi pencungkil/lidi satay secukupnya
  • wasabi & kicap sushi
Cara

1. Cuci beras dan masak seperti biasa.
2. Sementara nasi masak sediakan udang. Buang kepala dan tarik keluar urat belakang. Kemudian cucuk dengan lidi pencungkil/lidi satay dari hujung hingga ke ekornya (tujuannya supaya bila rebus nati udang jadi lurus).
3. Didikkan air, masukkan udang dan rebus biar masak (jangan masak lama ye). Kemudian keluarkan air rebus dan gantikan dengan air baru/air sejuk.
4. Kupas kulit udang dan tinggalkan sikit bahagian ekornya. Tarik keluar lidi dan belah dari hujung kepala hingga ekor dibahagian bawah perut.
5. Kemudian buka udang yang dibelah tadi biar jadi lurus, buat sampai habis.
6. Bila nasi dah masak, terus masukkan cuka epal dan gemburkan nasi biar sekata.
7. Ambil segempal nasi, bentuk bujur atau boleh guna acuan sushi. Kemudian letakkan udang diatasnya dan lilit dengan kulit sushi.
8. Boleh la dihidang bersama wasabi dan kicap sushi.

klu buat sdri ni puas mkn dan berbaloi la kan...sni sushi memang mahal...internasional food la kan...yg letak timun je pun 4 ketoi dh dkat 2 dinar...klu yg udang mcm ni mau la berdinar2 lgi...

Monday, May 26, 2014

Sushi

Assalamualaikum w.b.t...Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...bertemu skli lgi...klu boleh nk update hri2 nk hbiskan gambar yg berderet2 dlm folder tu...tpi apa nk buat xde kelapangan dan keadaan yg mengizinkan...sushi ni pun dah lama...smpai 2-3x dh buat sbb suami dgn aiman suka...maz boleh mkn yg crab stik je...salmon mentah tekak ni xleh terima...tpi suami nga aiman bleh hbis 5-7 ketol sorang...akhir kata smoga jumpa lgi...Insyaa Allah dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...
Bahan-bahan
  • 1 cawan beras wangi/beras sushi
  • 2-3 sudu besar cuka epal/cidar apple+1 sudu kecil gula
  • kulit sushi/seaweed sheets secukupnya
  • ikan salmon segar - hiris nipis
  • crab stik @ apa saja ikut citarasa
Cara

1. Masak nasi seprti biasa ikut sukatan beras masing-masing. Bila nasi dah masak masukkan cuka yang telah dibancuh dengan gula tadi dan gaul dengan garfu biar sebati.

2. Ambil sehelai kulit sushi, ratakan 2-3 sudu besar nasi dibahagian hujung kulit, letak crab stik diatas nasi dan gulung biar kemas. Kemudian potong saiz 2 inci.

3. Untuk sushi salmon. Ambil sejemput nasi dan kepal biar kemas dan buat bentuk bujur. Kemudian letakkan 1 hiris ikan salmon dan lilit dengan kulit sushi seperti dalam gambar tu.

4. Boleh dihidang dengan wasbi dan halia muda jeruk/pickle ginger atau jepun panggil gari.

sushi kat sni agak mahal jgk...6 ketol yg isi timun je dekat 2 dinar/rm18...klu yg ada salmon lgi la...jdi klu buat sdri ni lgi jimat dan puas mkn... 

Thursday, March 8, 2012

Lamanya Tak Buat..

Assalamualaikum..pic2 lama msih brderet lgi tngu Q..tpi tkpe la hari ni nk tepek mnu yg msih panas la dlu..kang nti tako ni plak jdi basi..lama snguh dh rsanya xbuat tako ni..sbbnya anak2 dh tak minat..kita sdri pun mkn 2 bjik je..msa memula dlu ye la..5 bjik bleh hbis skli mkn..ni pun buat utk seseorang..sptutnya 2 mngu lepas lgi janji nk buat tako ni utknya..tpi tu la klu mood xde..asik brtngguh2 je..ptg tdi la bru p antar tako ni..sori ye dear..aunty maz xtahu pun yg Fatin blik..tkpe nti aunty buat lgi ye..yg buat dedulu bleh tgk kat sini..atau klu nk tgk yg lelama selak je kat label varieties..rspi asalnya dri Kak Rinn FP..tpi maz dh ubah skit bhn2nya dan buat cara sdri..

tako sblum dimake up dan yg ready to eat..yg sbjik ni kita yg ngapppp laa..

Takoyaki by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Tokayaki Batter
  • 1 biji telur sejuk dari petiais
  • 340ml air sejuk dari petiais
  • beberapa titik sos ikan
  • 100g tepung gandum 
Inti
  • 4-5 ekor sotong saiz kecik - potong dan toskan, kemudian gaulkan sotong dengan 1 sudu besar sos tiram, 1 sudu besar okonomiyaki sos dan beberapa titik pewarna merah. Masak sehingga sotong lembut, jangan letak air ye (masak dalam 3-4 minit), kemudian titiskan sedikit minyak bijan dan gaul sebati. Padamkan api dan ketepikan.
  • 1 mangkuk kobis yang dicincang halus
  • 2-3 sudu besar okonomiyaki sos - bancuh dengan 3-4 sudu besar air (untuk sapu pada bebola tako yang telah masak nanti)
  • 1/2 mangkuk kecil minyak masak - untuk sapu pada acuan dan selalu curah sikit-sikit pada bebola tako semasa memasaknya
  • Dried bonito flakes secukupnya
  • Mayonis secukupnya
  • sedikit aonori  - utk tabur
Cara-cara

1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga berbuih dengan wisk atau garfu

2. Masukkan air sejuk dari peti dan kacau sebati.

3. Kemudian masukkan tepung  dan sedikit sos ikan/nampla (secukup rasa). Kacau sebati.

4. Panaskan tako maker. Sapu minyak pada lubang tako - maz guna sunflower oil

5. Tuang adunan dan masukkan 1 potong sotong dan sedikit kobis cincang.

6. Tuangkan sedikit lagi adunan untuk menutup semuanya.

8. Kikis lebihan adunan dan masukkan ke dalam adunan dalam lubang-lubang tako maker.

9. Terbalikkan tako menggunakan lidi sate atau tooth pick dan curah minyak masak sikit.

10. Terbalikkan beberapa kali sehingga bahagian luar takoyaki garing sambil letak minyak sayur sikit sekiranya minyak dah kering.

11. Bila dah masak, angkat susun dalam pinggan. Sapu semua bebola tako dengan okonomiyaki sos yang telah dibancuh dengan sedikit air pada keseluruhannya. Kemudian taburkan dried bonito flakes dan picitkan mayonis secukupnya. Akhir sekali tabur sedikit aonori. Siap..

bila dh lama xmain bulat2 ni..terasa kekok jgk la nk terbalikkan tako ni..

Monday, March 21, 2011

Takoyaki Seterusnya..

Assalamualaikum..pas main gulung2 kek..tkar skil buat bulat2 plak..tpi yg glung pun dah buat lgik..hehe..ni kjadian hari jumaat 3 hri lepas..mcm slalu la klu mntako ni msti la smpai ke rmah sini..muahhh..mksih ye Mama bagi bonito flakes dan okonomiyaki sos tu..rspi sprti yg duk buat sblum2 ni yg kita dah ejus dan tukar bahan skit2 dari rspi Kak Rinn..klu nk tgk cra2 brgmbar buat tako ni leh tgk kat rspi asal ni..kita buat ni lebih kurang mcm jusco pnyee..yg dlu2 leh tgk kat sini..ok smga jpa lgi..kita ni brsiaran guna tnet toyata smbil tngu kreta siap srvis..huhu..
buat sdri ni memang jimatt! klu bli 3 bjik dah rm4.50 jusco jual..mahal laaa..dah bleh wak sdri leh la ckp mcm tu kan..klu dak mahel pun bli jgk..hahaa..
pic atas skli tu stelah proses membulat dan trbalikkan tako brlaku...pastu tako yg dah masak sblum letak sos dan bhn2 lain..yg last skli tu rupa dlm bebola tako..yg merah tu stun yg dimsak trlebih dahulu..cdppp..
ni la pnyedap takoyaki ni selain dri sosnya..mesti ada dried bonito flakes ni..kat jusco je yg ada jual bhn2 utk buat takoyaki ni..cri kat bhgian japanes food..klu xde tu maknanya dah khabisan stok la..
Takoyaki by ilhamdapur.blogspotBahan-bahan

Tokayaki Batter
  • 1 biji telur sejuk dari petiais
  • 340ml air sejuk berais @ dari petiais
  • beberapa titik fish sos
  • 100g tepung gandum ( diayak )
Inti
  • 4-5 ekor sotong saiz kecik - potong dan toskan, kemudian gaulkan sotong dengan 1 sudu besar penuh sos tiram, 1 sudu besar okonomiyaki sos dan beberapa titik pewarna merah. Masak sehingga sotong lembut, jangan letak air ye (masak dalam 3-4 minit), kemudian titiskan sedikit minyak bijan dan gaul sebati. Padamkan api dan ketepikan.
  • 1 mangkuk kobis yang dicincang halus
  • 2-3 sudu besar okonomiyaki sos - bancuh dengan 3-4 sudu besar air (untuk sapu pada bebola tako yang telah masak nanti)
  • 1/2 angkuk kecil minyak sayur - untuk sapu pada acuan dan selalu curah sikit-sikit pada bebola tako semasa memasaknya
  • Dried bonito flakes secukupnya
  • Mayonis secukupnya
  • aonori (green seaweed powder) secukupnya
Cara-cara

1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga berbuih dengan wisk atau hand mixer

2. Masukkan air sejuk dari peti dan terus putar.kacau sebati.
3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dan sedikit fish sos/nampla (dalam 1/4 sudu kecil). Putar sebati.

4. Panaskan tako maker. Sapu minyak pada lubang tako -maz guna minyak sayur

5. Tuang adunan dan masukkan 1 potong sotong dan sedikit kobis cincang.

6. Tuangkan sedikit lagi adunan untuk menutup semuanya.

8. Kikis lebihan adunan dan masukkan ke dalam adunan dalam lubang-lubang tako maker.

9. Terbalikkan tako menggunakan lidi sate atau tooth pick dan curah minyak masak sikit (maz guna sudu).

10. Terbalikkan beberapa kali sehingga bahagian luar takoyaki garing sambil letak minyak sayur sikit sekiranya minyak dah kering.

11. Bila dah masak, angkat susun dalam pinggan. Sapu semua bebola takoyaki dengan okonomiyaki sos yang telah dibancuh dengan sedikit air pada keseluruhannya. Kemudian taburkan dried bonito flakes dan picitkan mayonis secukupnya. Akhir sekali tabur sedikit aonori. Siap..
jamu mata je la ye..Kak Ummi maap la ye nk antor ke kuantan jauh bnor..hehe..sbnarnya dlm thun ni dah 4-5x buat tkyaki ni..cma xsnap gmbar je..lgipun dh bnyk jgk n3 tako yg buat sblum2 ni..

Friday, October 8, 2010

Menu Masa Gathering Minggu Lepas..

Assalamualaikum..layan kuih jpun plak..sbnranya tkyaki ni kita buat msa gader2 minggu lepas jgk..pastu smlm pun buat lgi khas utk Mama sbb kita memang splier tetap tako utk Mama..kan Ma..muahhh..sblum ni pun dh buat 3-4x..kita buat stail kita je..jnji sdp ditekak ni..leh tgk kat SINI ye..SINUN pun ada jgk..hehe..


smua ckp cdpppp..memang cdppp kan Mama..Kak Wan yg ni xnk tmbah ke..kihkih..

Sunday, July 4, 2010

Takoyaki Lagiii..

Assalamualaikum...slmat brhjung mggu buat smua...main nga kuih bolat2 plak..ni mnu ulangan yg dah bnyk kli jgk ye..kita buat msa Ma kita ada kat umah hri tu..nk sruh Ma rasa kuih jepung ni...xsngka plak Ma kita sukeeee!! bnyk bijik dia mkn...msa makcik2 kita yg duk ampang mai umah hri tu pun kita buat menda ni jgk sbgai kuih mkn ptg2...smua ckp sdp la weiii...rspi utk bncuhan tkyki ni kita msih gna rspi dri Kak Rinn @ Rinnchan FP...tpi flling tkyki dan sos utk sapu pda tako ni kita buat stail sdri..mcm yg duk buat sblumnya..ala2 mcm yg jusco jual gtuw..kita suka rspi batter Kak Rinn ni lembut aje..sbjik mcm yg jusco jual...sdpppp sngat!! mksih Kak Rinn..mtak ijin nk letak rspi kat ni plak ye...

bila dah slalu buat skjap je siap...bgi kita ni la kuih pling cpat nk sdiakan klu ada tetamu mngejutt!! hehe..asalkan bhn2 utamanya dah sdia ada kat dpur...

Sumber Resipi : Ilhamdapur.blogspot & Kak Rinn @ Rinnchan FP Bahan-bahan
Tokayaki Batter
  • 1 biji telur
  • 340ml air sejuk berais
  • 1 tsp kicap soya cair - maz ganti dgn beberapa titik fish sos & 1/4 tsp okonomiyaki sos
  • secubit garam - tak buh
  • 1/2 tsp granulated DASHI - tak letak
  • 100g tepung gandum ( diayak ) - maz guna allpurpose flour
Filling & Cara Ilham Dapur
  • 4-5 ekor sotong saiz kecik - potong dan toskan, kemudian gaulkan sotong dengan 1 sudu besar penuh sos tiram, 1 sudu besar okonomiyaki sos dan beberapa titik minyak bijan serta sedikit pewarna merah (lebih kurang mcm yg jusco buat la ni..hehe (jangan letak air ye). Kemudian masak sekejap (dalam 6-8 min)
  • 1 mangkuk kobis yang dicincang halus
  • 2 sudu besar okonomiyaki sos - bancuh dengan 3-4 sudu besar air (untuk sapu pada bebola tako yang telah masak nanti)
  • 1/2 angkuk kecil minyak sayur - untuk sapu pada acuan dan selalu curah sikit-sikit pada bebola tako semasa memasaknya
  • Dried bonito fish flakes secukupnya
  • Mayonis secukupnya
  • Sedikit serbuk hijau

Cara-cara

1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga kembang - kita guna hand mixer.
2. Masukkan air sejuk dari peti yang telah dicampur dengan 2 titik fish sos dan 1/2 sudu kecik okonomiyaki sos. Putar lagi
3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak. Putar sebati


4. Panaskan Tako Maker. Sapu minyak masak - kita guna minyak sayur

5. Tuang adunan hingga penuh. Masukkan sotong 1 potong dan sedikit kobis cincang.

6.
Tuangkan sedikit lagi adunan untuk menutup semuanya.
8. Kikis lebihan2 adunan dan masukkan ke dalam adunan dalam lubang-lubang tako maker.

9. Terbalikkan tako menggunakan lidi sate atau tooth pick dan letakk minyak masak lagi agar bebola tkayki ni jadi garing elok

10. Terbalikkan beberapa kali sehingga bahagian luar takoyaki garing dan dalamnya masak sambil letak minyak sayur sikit sekiranya minyak dah kering.

11. Bila dah masak, angkat susun dalam pinggan. Sapu semua bebola takoyaki dengan okonomiyaki sos yang telah dibancuh dengan sedikit air pada keseluruhannya. Kemudian taburkan bonito flake dan picitkan mayonis. Akhir sekali tabur sedikit serbuk hijau...Siappp Sedap weiii....hehe...



Filling (Resipi Dari Kak Rinn)
  • 150gm octopus, direbus 1/2 cup cebisan tepung goreng tempura
  • Pickled ginger secukupnya
  • Pink shrimp secukupnya, digoreng tanpa minyak dan diramas halus
  • Daun bawang secukupnya, dihiris halus
  • Hanakatsuo (Dried bonito fish flakes)
  • Wochestershire Sos Lea & Perrin
  • Mayonnaise secukupnnya
Cara-cara



1. Di dalam magkuk, pukul telur hingga kembang

2. Tuangkan air sejuk, dashi, kicap soya cair, dan garam. Kacau sebati.

3. Masukkan tepung yg telah diayak terlebih dahulu dan kacau sebati.

4. Panaskan Tako Maker. Sapu minyak masak.

5. Tuang adunan hingga penuh. Melimpah pun tak mengapa.




6. Isikan tako, cebisan tepung goreng tepung tempura, pickled ginger, dried pink shrimp dan daun bawang.


7. Tuangkan sedikit lagi adunan untuk menutup semuanya.




8. Kikis lebihan2 adunan dan masukkan ke dalam adunan dalam lubang-lubang tako maker.


9. Terbalikkan tako menggunakan lidi sate atau tooth pick.




10. Terbalikkan beberapa kali sehingga bahagian luar takoyaki garing dan dalamnya masak.


11. Angkat dan taburkan fish flake, renjiskan Wochestershire sos dan drizzle dengan mayonnaise.




12. Masa nak makan, cicahlah dengan kicap cair..kalu suka laaa



ni utk Chik Mimi yg bertnyakan pasal sos okonomiyaki yg kita gna tu..sos ni ada jual kat jusco dibhgian japanes food...Chik Mi tgk kat label2 barang yg ada kat situ..klu ada nama sos okonomiyaki tu..tu le sosnya...sos ni la yg beri rasa sdp pada tkyki tu...sos ni kita bncuh dgn sdikit air..sbb terlalu pekat..kita beli kat jusco sunway piramid...jusco lain tak tahu le ada ke tak..mesti ada kut..

Saturday, May 15, 2010

Takoyaki

Assalamualaikum...buat kuih jepung lgiii!! kita buat ni utk Cik Abang kita..dia suke mkn menda ni...sbnarnya tetamu istemewa dari bahrain tu suami kita leee...hehe..Cik Abang kita blik brcuti 2 mgu..tu yg kita sbuk skit ni..p ziarah sdara mara...p stu sni..jjcm lum start lgi ni..hehe..ni pun blum blik rumah mertua kita lgi..tkayki ni rspi masih lgi gna rspi dri Kak Rinn utk batter dan dlmnya kita buat stail sdri..buat mcm yg jusco jual tu...sedap kan Mama...mksih skli lgi pada kwn yg sdi singgah dpur kita ni..ni pun bru blik dri ziarah pakcik kat kajang...esk mcm2 prgram yg dah dlm list..hehe..happy wken buat smua...

pic kecik tu tkyaki yg bru msk...blum dibubuh pnyedapnya lgi...bhn2 yg atasnya tu...
semua bahan2 utk buat tkyki ni ada jual di jusco kat bahagian japanese food....
Sumber Resipi : Kak Rinn @ Rinnchan FP
Bahan-bahan

Tokayaki Batter
  • 1 biji telur
  • 340ml air sejuk berais
  • 1 tsp kicap soya cair - maz guna fish sos
  • secubit garam - tak buh
  • 1/2 tsp granulated DASHI - tak letak
  • 100g tepung gandum ( diayak ) - maz guna allpurpose flour
Filling
  • 150gm octopus, direbus - maz guna sotong biasa je, hiris kecik2 pastu masak sekejap bersama dgn sedikit sos tiram dan beberapa titik minyak bijan dan sdkit pwrna merah
  • 1/2 cup cebisan tepung goreng tempura - tak buh
  • Pickled ginger secukupnya - tak buh
  • Pink shrimp secukupnya, digoreng tanpa minyak dan diramas halus - tak buh, xsuke
  • Daun bawang secukupnya, dihiris halus - maz ganti dgn kobis dicincang halus
  • Hanakatsuo (Dried bonito fish flakes)
  • Wochestershire Sos Lea & Perrin - maz guna okonomiyaki sos
  • Mayonnaise secukupnya
  • minyak sayur secukupnya dalam 1/2 mangkuk - untuk sapu pada acuan - ni maz tambah sdri

CARA-CARA:

1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga kembang.
2. Tuangkan air sejuk, dashi, kicap soya cair, dan garam. Kacau sebati.
3. Masukkan tepung yg telah diayak terlebih dahulu dan kacau sebati. - maz guna hand mixer
4. Panaskan Tako Maker. Sapu minyak masak.
5. Tuang adunan hingga penuh. Melimpah pun tak mengapa.
6. Isikan tako, cebisan tepung goreng tepung tempura, pickled ginger, dried pink shrimp dan daun bawang.
7. Tuangkan sedikit lagi adunan untuk menutup semuanya.
8. Kikis lebihan2 adunan dan masukkan ke dalam adunan dalam lubang-lubang tako maker.
9. Terbalikkan tako menggunakan lidi sate atau tooth pick. - letakkan minyak masak lagi agar bebola tkayki ni jadi garing elok
10. Terbalikkan beberapa kali sehingga bahagian luar takoyaki garing dan dalamnya masak. - maz selalu tuang minyak masak secara sedikit-sedikit
11. Angkat dan taburkan fish flake, renjiskan Wochestershire sos dan drizzle dengan mayonnaise. - maz sapukan sos okonomiyaki dulu pada seluruh bebola tkayi baru taburkan fish flakes dan kemudian picitkan mayonis
12. Masa nak makan, cicahlah dengan kicap cair..kalu suka laaa - maz guna sos okonomiyaki dan tak perlu kicap lagi sbb rasanya dah sedap...

Monday, April 26, 2010

Okonomiyaki @ Pizza Jepun

Assalamualaikum...pada yg sdang brsrapan tu..slmat mnjamu slera ye!! menu apa la agaknya bkpes pgi ni...kita milo cicah rti jee!! ok la okonomiyaki atau pza jepun ni kita buat ptg jumaat lgi...adoiiii trbelit2 lidah ni nk nyebutnya tu!! hihi...kuih ptg utk anak2...tpi yg mkn cma aiman dan alisa je...adik afiq ni masih susah lagi bab mkn2 ni..memilih sngat!! pza ni rasanya seakan2 takoyaki jgk...sedapppp!! cma bntuk je lain..dri sgi bhn2 yg digunakan pun lebih kurang sma je...rspi dari dpur Ros Jintanmanis..mksih ye ros..mtak izin nk letak rspi kat sni plak...ok insyaallah jmpa lgi tghri nti..kita nk bwa adik afiq p klnik dlu..dia batuk..
utk adunan ni dpt la 2 bjik...kita buat bsr2...nak cpat siap!! dpur ros memang bnyk menu jepun ni..klu ada kwn2 yg nak cuba msk mskan jepun bleh la slongkar umah ros ye..
Sumber Resipi : Ros (Jintanmanis)Bahan-bahanya

Untuk bancuhan tepung okonomiyaki ( menghasilkan 4 ke 5 okonomiyaki saiz sederhana)

  • 120gram tepung gandum+1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 150ml air
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil serbuk dashi ( ni kalau takde pun takpe ) - xbuh sbb xde
Bahan Campuran
  • 150gram kobis yang dicincang halus
  • 3 sudu besar sakura ebi ( udang geragau) - xletak
  • sedikit hirisan daun bawang
  • 1batang chikua ( ala-ala fish cake), dihiris halus -xletak
  • 1/2 cawan tenkasu ( adunan tempura digoreng kosong) -kita buh udang segar
    ( boleh juga tambah hirisan sotong atau udang basah)
  • sedikit minyak masak dan beberapa titik minyak bijan
Untuk topping
  • Aosa ( serbuk daun hijau)
  • Bonito Flakes
  • Sos Okonomiyaki
  • Mayonis
Cara-caranya

1. Campurkan tepung gandum, garam, serbuk dashi dan baking powder, kemudian bancuh bersama air dan telur, kacau sebati.

2. Kemudian masukkan kobis, hirisan daun bawang, tenkasu, udang geragau dan chikua, kacau dan pastikan semua nya digaul mesra.

3. Ambil fry pan dan letakkan sedikit minyak masak dan masukkan beberapa titik minyak bijan, ( kuantiti minyak ni sikit je guna, macam kita nak goreng telur dadar tu), setelah minyak dan fry pan panas cedokkan 1 1\2 senduk adunan dan letakkan di tengah-tengah fry pan, jika fry pan besar boleh buat dua okonomiyaki sekali gus.

4. Biarkan seketika, bila pemukaan bawah agak perang, terbalikkan perlahan-lahan dan biarkan masak sekata, Ulang langkah tadi sehingga adunan habis.

5. Toppingkan okonomiyaki dengan sos okonomiyaki, sapukan rata dan tabur dengan aosa, paipkan moyonis dan tabur dengan bonito flakes, sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.

- Boleh lihat gambar di bawah sebagai rujukan cara-cara masak okonomiyaki ni : )

Friday, April 23, 2010

Sushi

Assalamualaikum...hri ni dah pnghujung mgu ni ye...terlalu pntasnye masa brlalu kan! rasa mcm bru je msuk bln April...tup2 dah nak hbsi pun bln ni...huhuhu...pgi ni tepek menu jepong la plak..tpi ni bkn bkpes kita ye!! sushi simple ni kita buat mlm klmarin...dner utk aiman...dia memang suke sngat sushi ni...kdang2 kita sdiakan bkal sushi ni utk dia bwa p skolah...anak kita ni xbwa duit g skolah...sbbnya menu yg ada kat kantin tu smua dia xmkn..jdi hari2 memang dia akan bwa bkal dri rmah...cma mlm tdi je kita smpat snap gmbor sushi ni..sblum ni buat utk aiman bwa p skolah jdi xdan la nk snappp...cra2 buat sushi ni kita ikut rspi yg ada pada plastik beg beras sushi tu...mcm cuka utk buh dalam nasi sushi ni kita beli kat jusco...kat tghnya kita buh crab stik je..

sushi yg mcm ni je anak kita mkn..klu buh menda2 lain kat tghnya tu xreti nk mkn la plak..takpe lgi senang keje kita kan...

Saturday, April 10, 2010

Takoyaki

Assalamualaikum...pepagi lgi dah kluar kuih jepung ye..tapi ni bkn bkpes kita pgi ni...kuih ni kita buat ptg khamis lgi...sbnarnya xde plan langsung nk buat menda ni...cma pgi khmis tu lepas je buat n3 btol sos...kita trus p rmah Mamafami...pastu ckp2 sat dgn Mama pasal nk msk itu dan ini...dri rmah Mama kita trus p jusco sunway piramid...tjuan asalanya nk p cri bhn2 utk buat bnda lain...last2 tkar pkiran buat la tkayki atau octupus dumpling ball ni...tpi memang baik buat sdri dri beli...mahalll!! jusco jual 3 bji dah 4.50 sen...mkn pun xpuaskan! kita skeee..sdp la plak..bila dah buat sdri ni bleh la mkn lebih skit...cma nk mnjdikan kuih ni bulat tu mncabar jgk la bgi org yg pstime buat mcm kita ni...tpi klu dah 2-3x buat tngan tu akan lembut la kut...hihi..sib baik jdi bulat jgkkkk!! rspi tkayki ni Mama rekmen rspi Kak Rinn @ Rinnchan FP...memang sdp la rspi ni...btul kan Mama! hihi...sma je rasa dgn yg jusco jual tu...mksih ye Kak Rinn...mtak izin nk letak rspi kat sni ye...klu kwn2 yg nk tgk cara2 buat tkyaki ni bleh la ke FP Kak Rinn sbb Kak Rinn ada tnjukkan cara2 brgambar utk buat menda ni...pda kwn2 yg tngalkan komen tu..mksih bnyk2 ye..insyaallah nti kita buat knjungan bls..smlm bru abangngah hbis exam..mgu ni xde la sbuk sngat kut..
bila dah mula buat skli tu pasti akan buat slalu...sbb xde la susah mana...tpi kna ada bhn utamanya sprti fish flakes yg bleh dibeli dijucso bhgian japanes food..cuma bhn2 utk buh dlm tkayki ni kita buat cara kita..apa yg ada kat dpur je...takpe la ye asalkan rasanya tetap sedapppp...kan Mama..mksih ye Ma rekmen rspi Kak Rinn ni..
Sumber Resipi : Kak Rinn @ Rinnchan FPBAHAN-BAHAN:

Tokayaki Batter

  • 1 biji telur
  • 340ml air sejuk berais
  • 1 tsp kicap soya cair
  • Secubit garam
  • 1/2 tsp granulated DASHI ( Tak ada.... ) - kita pun xde jgk
  • 100g tepung gandum - diayak (Kalau ada tepung takoyaki lagi ummmpphhh) - kita pun guna tepung gandum je
Filling
  • 150gm octopus, direbus - kita guna sotong biasa je, hiris kecik2 pastu masak sekejap bersama dgn sedikit sos tiram dan beberapa titik minyak bijan dan sdkit pwrna merah
  • 1/2 cup cebisan tepung goreng tempura (Tak bubuh) - tak buh jgk
  • Pickled ginger secukupnya (Tak bubuh) - tak buh jgk
  • Pink shrimp secukupnya, digoreng tanpa minyak dan diramas halus - tak buh,sbb xjmpa cari
  • Daun bawang secukupnya, dihiris halus - kita ganti dgn kobis dicincang halus
  • Hanakatsuo (Dried bonito fish flakes)
  • Wochestershire Sos Lea & Perrin - kita guna sos okonomiyaki
  • Mayonnaise secukupnya

CARA-CARA:

1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga kembang.
2. Tuangkan air sejuk, dashi, kicap soya cair, dan garam. Kacau sebati.
3. Masukkan tepung yg telah diayak terlebih dahulu dan kacau sebati.
4. Panaskan Tako Maker. Sapu minyak masak.
5. Tuang adunan hingga penuh. Melimpah pun tak mengapa.
6. Isikan tako, cebisan tepung goreng tepung tempura, pickled ginger, dried pink shrimp dan daun bawang.
7. Tuangkan sedikit lagi adunan untuk menutup semuanya.
8. Kikis lebihan2 adunan dan masukkan ke dalam adunan dalam lubang-lubang tako maker.
9. Terbalikkan tako menggunakan lidi sate atau tooth pick.
10. Terbalikkan beberapa kali sehingga bahagian luar takoyaki garing dan dalamnya masak.
11. Angkat dan taburkan fish flake, renjiskan Wochestershire sos dan drizzle dengan mayonnaise.
12. Masa nak makan, cicahlah dengan kicap cair..kalu suka laaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...