Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...
Showing posts with label Laksa. Show all posts
Showing posts with label Laksa. Show all posts

Saturday, October 31, 2015

Asam Laksa

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar' (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan selain Allah), bersua kembali..agak kebizian skit 2-3 hari yg lepas, xdan nk update dapur maya pun..ni pun bru blik kluar pergi mkn lepas maghrib tdi..setelah sekian lama, bru ada menu laksa kat dapur ni..jujurnya memang kerap sungguh duk buat laksa ni sbb suami sukaaa sangat! 2 mangkuk besar pun dia boleh habis skli mkn..sedap sangat katanya, cuma xpernah snap gambar..sebabnya kalau hidang untuk suami tu mesti kena kuah yang panas mendidih tu, jadi klu nk posing kang sejuk plak..anak2 xmkn laksa ni, tu posing yg sdrik nk makan..maz plak biasanya klu mkn tu buh sikit je..pastu kejap lgik mkn plak..utk kuah maz rebus ikan dengan beberapa bahan yg buat kuah laksa ni lagi ummpp! wpun masuk kunyit, serai tapi xterasa pun dlm kuah laksa tu..lagi sedappp kuah laksa tu..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

ASAM LAKSA by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
Bahan A
  • 500g ikan kembung/sardin/tongkol
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1 inci kunyit hidup - hiris nipis
  • 1 inci lengkuas - hiris nipis
  • 3-4 tangkai daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan - belah
  • 3-4 keping asam gelugur
  • 1 inci nisen/gula melaka
  • sedikit garam dan gula
Bahan B
  • 5-6 ulas bawang merah *
  • 1 inci belacan bakar *
  • 1/4 cawan cili kisar - rebus cili kering, kisar
  • 2-3 keping asam gelugur
  • 1-2 kuntum bunga kantan
  • 4-5 tangkai daun kesum
  • garam, gula secukup rasa dan sedikit aji
  • timun jepun, bawang besar, cili padi merah/hijau, telur rebus
  • laksa yang telah direbus secukupnya
Cara

1. Cuci ikan bersih-bersih, masukkan air secukupnya dan rebus bersama semua bahan A hingga ikan masak.
2. Asingkan isi ikan dengan tulang, simpan air rebusannya.
3. Dalam pengisar, masukkan isi ikan dan bahan B yang bertanda * serta sedikit air rebusan ikan, kisar hingga lumat.
4. Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama air rebusan ikan jika masih berbaki, daun kesum, bunga kantan, asam gelugur, cili kisar dan tambah air secukupnya.
5. Masukkan garam, gula, sedikit aji jika suka dan masak hingga mendidih lama sikit dengan api sederhana.
6. Perasa secukup rasa biar ada rasa masam yang seimbang.
7. Boleh la dihidang bersama hirisan timun, bawang besar, cili dan telur rebus.

stok bunga kantan frozen stakat ni xputus lgi..blik hritu tu bawa dlm 1kg bunga kantan ni..stok utk nasi kerabu dgn laksa la selalunya..nasi kerabu pun kerap sangat duk buat, cuma xrajin nk snap..

Monday, November 21, 2011

Laksa Penang

Assalamualikum..ni memang mnu pbret suami la..brmgkuk2 bleh dihbiskan skli mkn..sma la mcm petai kat bwah tu..daun ksum nga bunga kantan ni pun mai khas dri msia jgk..utk kuahnya kita gna ikan tnggri..sbb ikan tu yg ada lam pti..kbtulan msa p psar tu..kita bli ikan tnggri ni smpai 2 ekor..reganya 7 dinar..tamakknyeee..rspi sma je mcm yg duk buat sblum2 ni.. kat SINI pun ada..

Laksa Penang by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 1 bungkus laksa - rebus sehingga lembut, toskan (maz guna brand twinty)
  • 2 ekor ikan kembong/sardin saiz besar- cuci bersih-bersih (kali ni maz guna 4 keping ikan tenggiri)
  • 1 tin kecil sardin - buang sosnya
  • 3-4 ulas bawang merah
  • sedikit belacan
  • 1 senduk cili mesin @ 4-5 sudu besar (cili kering direbus dulu dan dikisar)
  • 2-3 kuntum bunga kantan - dibelah
  • 1 ikat kecik daun kesum - amik bahagian yang lembut
  • garam, gula dan pak aji secukup rasa
  • 3-4 keping asam keping
  • 4-5 cawan air
  • 4 biji telur rebus
  • 1 labu bawang besar - hiris nipis-nipis
  • 2 batang timun - dihiris nipis ( maz guna timun jepun)
  • 3 biji cili merah @ cili padi - dipotong nipis-nipis

Cara-cara

1. Masukkan ikan yang telah dicuci bersih tadi ke dalam periuk, rebus bersama 1 cawan air, 3 keping asam keping, 1 sudu besar gula, 1/2 sudu kecil garam, sedikit pak aji dan sedikit nesan sebesar ibu jari (gula melaka). Rebus sampai ikan masak, sejukkan dulu dan bolehkan dibuang tulangnya. Air rebusan ikan ni jangan dibuang, simpan. Ketepikan

2. Bland ikan rebus yang telah dibuang tulang tadi bersama dengan 1 cawan air, ikan sardin, bawang merah dan belacan sampai hancur .

3. Dalam periuk masukkan bahan yang telah dikisar tadi, asam keping, bunga kantan, daun kesum dan air rebusan ikan tadi serta 3-4 cawan air lagi. Masak sampai mendidih. Kemudian masukkan garam, gula, pak aji dan perasakan secukup rasa. Biar ada rasa masam yang sedikit menyerlah dan rasa masin yang seimbang dengan rasa manis. Masak dengan api perlahan buat seketika lagi agar kuah menjadi sedikit pekat. Padamkan api.

4. Masukkan laksa dalam mangkuk dan boleh lah dihidang bersama dengan timun, telur rebus, bawang besar dan cili padi.

mgkin sbb gna ikan tnggri kuahnya agak cerah skit..xkisah la ye tang wrna tu..janji sdppp..memang licinn..sbnarnya smjak mai ni dah 2x buat laksa penang ni..sbb suami memang suke sngattt..ooo nk tnya la klu sapa2 yg thu ye..apa beza laksa penang..laksa kedah..laksa utara ye..adakah sma je..cma pngil je lain2..atau memang brbeza..kita xthu la..

Tuesday, November 23, 2010

Asam Laksa

Assalamualaikum..brtmu skli lgi dipnghjung pgi hri rabu ni..sni msih pgi lgi..dh ada yg mula tarik bantal ke tu..al maklum la perut dh berisi..ptg2 mcm ni bleh lelapkan mata skojap pun jdi la kan..ni mnu tghri klmarin..sblum rosak bnga kntan dan daun ksum yg dibawa tu..cpat2 la kita buat laksa ni..asam laksa ke..laksa penang ke..xkisah la ye tang nama tu..kita pun main hentam je..tpi nk thu jgk apa beza kdua2 laksa ni ye..kat SINI pun ada yg buat sblum ni..

laksa2 ni memang pbret suami kita..kita mkn buat syarat je..

Asam Laksa
Bahan-bahan

  • 1 bungkus laksa - rendam dulu 10 min dan rebus sehingga lembut, toskan (maz guna brand twinty) - jgn guna brand IKA, laksanya kurang elok dan kena rebus berjam-jam
  • 5 ekor ikan sardin saiz sederhana - cuci bersih-bersih
  • 1 tin kecil sardin - buang sosnya
  • 3-4 ulas bawang merah
  • sedikit belacan
  • 1 senduk cili mesin @ 4-5 sudu besar (cili kering direbus dulu dan dibland)
  • 2-3 kuntum bunga kantan - dibelah
  • 1 ikat kecik daun kesum - amik bahagian yang lembut je
  • garam, gula dan pak aji - sebagai perasa
  • 3-4 keping asam keping
  • 3-4 cawan air
  • 4 biji telur rebus
  • 1 labu bawang besar - hiris nipis-nipis
  • 2 batang timun - dihiris nipis ( maz guna timun jepun yang hijau tu)
  • 3 biji cili merah @ cili padi - dipotong nipis-nipis

Cara-cara

1. Masukkan ikan yang telah dicuci bersih tadi ke dalam periuk, rebus bersama 1 cawan air, 3 keping asam keping, 1 sudu besar gula, 1/2 sudu kecil garam, sedikit pak aji dan sedikit nesan sebesar ibu kaki (gula melaka). Rebus sampai ikan masak, sejukkan dulu dan bolehkan dibuang tulangnya. Air rebusan ikan ni jangan dibuang, simpan. Ketepikan

2. Bland ikan rebus yang telah dibuang tulang tadi bersama dengan 1 cawan air, ikan sardin, bawang merah dan belacan sampai hancur .

3. Dalam periuk masukkan bahan yang telah dibland tadi, asam keping, bunga kantan, daun kesum dan air rebusan ikan tadi serta 3-4 cawan air lagi. Masak sampai mendidih. Kemudian masukkan garam, gula, pak aji dan perasakan secukup rasa. Biar ada rasa masam yang sedikit menyerlah dan rasa masin yang seimbang dengan rasa manis. Masak dengan api perlahan buat seketika lagi agar kuah menjadi sedikit pekat. Padamkan api.

4. Masukkan laksa dalam mangkuk dan boleh lah dihidang bersama dengan timun, telur rebus, bawang besar dan cili padi. Sedia untuk dinikmati..

Saturday, June 26, 2010

Laksa Kelantan

Assalamualaikum...mkn laksa la plak ye..kita sukeee!!..laksa ni kita buat hri rabu jgk...kbtulan Ma kita pun ada..jdi tu yg kita buat laksa ni...mkn ramai2 lgi sdp kan...laksa ni kita buat mcm yg prnah buat sblum2 ni...rspi dri Ma kita je...


Sumber Resipi : Ilham Dapur
Bahan-bahan
  • 1 bungkus laksa (kita guna brand twenty - ada dijual di TESCO) - rendam dulu 5 min dan rebus sehingga lembut, (kita rebus 20 min je) - jgn guna brand IKA, laksanya kurang elok dan kena rebus berjam-jam
  • 5-6 ekor ikan sardin @ nama lain ikan selayang, ikan kembung pun boleh saiz sederhana - cuci bersih-bersih
  • 3-4 cawan santan dari 1 biji kelapa
  • 4 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • garam, gula dan pak aji - sebagai perasa
  • 2-3 keping asam keping
  • ulaman seperti kubis, timun dan sebagainya, hiris nipis-nipis - kita guna daun kesum, kacang panjang dan taugeh
  • 15 biji cili padi merah + 1 inci belacan - dikisar kering (sambal untuk laksa) - kalau takde ni tak sedap la

Cara-cara

1. Masukkan ikan yang telah dicuci bersih tadi ke dalam periuk, rebus bersama 1 cawan air, 3 keping asam keping, 1/2 sudu besar gula, 1/2 sudu kecil garam, sedikit pak aji dan sedikit nesan sebesar ibu jari (gula melaka). Rebus sampai ikan masak, sejukkan dulu dan bolehkan dibuang tulangnya. Air rebusan ikan ni jangan dibuang, simpan. Ketepikan

2. Bland ikan rebus yang telah dibuang tulang tadi bersama dengan 2 cawan santan, bawang merah dan halia sampai hancur .

3. Dalam periuk masukkan bahan yang telah dibland tadi, asam keping dan air rebusan ikan tadi serta baki 2 cawan santan lagi. Masak sampai mendidih. Kemudian masukkan sedikit garam, gula, pak aji dan perasakan secukup rasa. Biar ada rasa masam yang sedikit menyerlah dan seimbang. Masak dengan api perlahan buat seketika lagi agar kuah menjadi sedikit pekat. Padamkan api.

4. Masukkan laksa dalam mangkuk beserta kuahnya dan boleh lah dihidang bersama dengan ulaman. Sedapppppp...

Tuesday, May 18, 2010

Laksa Penang

Assalamualaikum...duk tgk brsntai brsama klrga smbil tgk tv ke tu!! ni menu tghri smlm..belah mlmnya plak p layan menu kat pakcik kenny rogers..hehe...laksa penang ni memang kgemaran suami kita...smbil duk mkn laksa ni siap ckp dah kna buat skli lgi sblum dia terbang balik bahrain mgu dpn...ni pun kita msk cara kita je..ok kita dan taip rspinya...

Sumber Resipi : Ilhamdapur
Bahan-bahan

  • 1 bungkus laksa - rendam dulu 10 min dan rebus sehingga lembut, toskan (maz guna brand twinty) - jgn guna brand IKA, laksanya kurang elok dan kena rebus berjam-jam
  • 5 ekor ikan sardin saiz sederhana - cuci bersih-bersih
  • 1 tin kecil sardin - buang sosnya
  • 3-4 ulas bawang merah
  • sedikit belacan
  • 1 senduk cili mesin @ 4-5 sudu besar (cili kering direbus dulu dan dibland)
  • 2-3 kuntum bunga kantan - dibelah
  • 1 ikat kecik daun kesum - amik bahagian yang lembut je
  • garam, gula dan pak aji - sebagai perasa
  • 3-4 keping asam keping
  • 3-4 cawan air
  • 4 biji telur rebus
  • 1 labu bawang besar - hiris nipis-nipis
  • 2 batang timun - dihiris nipis ( maz guna timun jepun yang hijau tu)
  • 3 biji cili merah @ cili padi - dipotong nipis-nipis

Cara-cara

1. Masukkan ikan yang telah dicuci bersih tadi ke dalam periuk, rebus bersama 1 cawan air, 3 keping asam keping, 1 sudu besar gula, 1/2 sudu kecil garam, sedikit pak aji dan sedikit nesan sebesar ibu kaki (gula melaka). Rebus sampai ikan masak, sejukkan dulu dan bolehkan dibuang tulangnya. Air rebusan ikan ni jangan dibuang, simpan. Ketepikan

2. Bland ikan rebus yang telah dibuang tulang tadi bersama dengan 1 cawan air, ikan sardin, bawang merah dan belacan sampai hancur .

3. Dalam periuk masukkan bahan yang telah dibland tadi, asam keping, bunga kantan, daun kesum dan air rebusan ikan tadi serta 3-4 cawan air lagi. Masak sampai mendidih. Kemudian masukkan garam, gula, pak aji dan perasakan secukup rasa. Biar ada rasa masam yang sedikit menyerlah dan rasa masin yang seimbang dengan rasa manis. Masak dengan api perlahan buat seketika lagi agar kuah menjadi sedikit pekat. Padamkan api.

4. Masukkan laksa dalam mangkuk dan boleh lah dihidang bersama dengan timun, telur rebus, bawang besar dan cili padi. Sedapppppp...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...