Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...
Showing posts with label Pisang. Show all posts
Showing posts with label Pisang. Show all posts

Friday, April 19, 2019

Pisang Karamel Gula Melaka

Assalamualaikum w.b.t 
Dari Aisyah ra : 'Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan solat sunnat Fajr samada semasa di rumah atau ketika bermusafir' "Sabda Rasulullah saw, 2 rakaat sunnat Fajr (sebelum solat subuh) adalah lebih baik dari segala isi dunia, Sahih Muslim", semoga kita istiqomah dan Allah swt bless us, guide us to the right path dan grant us, all our parents ultimately Jannah, Ameen.
ilham dri keria gula melaka..kuih yg viral satu masa dlu, tidak salah mencari kelainan kan..ternyata tidak menghampakan, pasti xckup spingan tu nikmati bersama kopi O..pisang tu maz guna pisang dri india sperti rspi pisang goreng sblum ni, xthu la plak pisang apa..memang sesuai untuk di goreng, cuma utk pisang karamel ni guna pisang yg bru msak..maksudnya jgn yg ranum sbb nk gaul gula melaka plak kan, jdi xde la lembik sngat..Insha Allah bersama lgi dan maaf atas khilaf yg ada..

bgi yg suka mencuba bleh try dgn pisang gula melaka ni, biasanya goreng pisang bercheese kan..

Pisang Karamel Gula Melaka by https://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • pisang baru masak yang sesuai untuk digoreng, belah 2@3 - ni tak tahu nama pisang apa, memang sedap goreng dan buat pengat, pisang dari india, besar buahnya, 2 biji pun dah boleh dapat sepinggan
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/4 sudu kecil garam
  • air sejuk peti secukupnya
  • sedikit pewarna kuning/serbuk kunyit jika perlu
  • minyak untuk mengoreng secukupnya - maz guna minyak sayur
Cara

1. Dalam mangkuk sebatikan bahan kering, masukkan air secukupnya dan pewarna (air tu agak-agak la ye, jangan cair atau pekat sangat, kira letak bila celup pisang).
2. Panaskan minyak untuk menggoreng, masukkan pisang dalam adunan dan goreng hingga perang dan garing dikedua bahagian,  angkat dan toskan.

Karamel
  • 1/2 cawan gula melaka yang diracik 
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 3-4 sudu besar air @ anggaran
Cara

1. Satukan semua bahan, masak sambil dikacau hingga semua larut dan berbuih.
2. Masukkan pisang goreng, kacau balik biar bersalut semua dan kering, padamkan api.

klu ayah mak xgemar pisang goreng cheese, bleh try dgn versi ni..agak kena dan sinonim dgn selera orang tua kita gula melaka ni..

Monday, November 2, 2015

Goreng Pisang Cheese..Sekali Sekala Bila Teringin

Assalamualaikum w.b.t..'Astaghfirullah robbal baraya, Astaghfirullah minal khotoya' (Ampuni hambamu ya Allah, Tuhan sekalian makhluk, Ampuni hambamu ya Allah dari segala dosa), bertemu skli lgi..layan goreng pisang keju la plak..memang sedap klu dpt sepingan utk kunyak petang2 deh, sekali sekala kena buat bila rasa teringin tu..fenominanya hebat sungguh suatu waktu dlu, sampai kami kat sni yg xpernah rasa pun duk mengidamnya..tpi memang sedapp! dgn rasa lemak cheese, manisnya..rasa xnak stop bila mkn, masa kat Padang hritu pun xlepas peluang utk rasa pisang kejunya yg dh sekian lama wujud..kuliner mereka memang banyk guna keju, apam balik pun ada yg inti keju..kuih muih pun ada keju, dan yg hebat tu kejunya adalah buatan negera sendiri, xde import mcm kita..Inysaa Allah sampai jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

kebetulan ada beli mix cheese, cheddar dgn monterey jack cheese..parut je la deh..utk batter tu masih kekal dgn rspi yg sblum ni..batter yg bleh dipelbagaikan kegunaannya..

PISANG GORENG CHEESE RESIPI II by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • pisang yang sesuai secukupnya, hiris nipis - tak tahu nama pisang ni, memang sedap goreng dan buat pengat, hanya tulis india banana, 2 biji pun dah boleh dapat sepinggan
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan allpurpose flour @ tepung gandum berkualiti
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu kecil mauripan - larut dalam 1 sudu air suam
  • 50ml susu segar
  • sedikit pewarna kuning
  • air sejuk peti secukupnya
  • minyak untuk mengoreng secukupnya - maz guna minyak sayur
Cara

1. Dalam mangkuk sebatikan bahan kering, kemudian masukkan susu segar, yis, air secukupnya dan pewarna (air tu agak-agak la ye, jangan cair atau pekat sangat, kira lekat bila celup pisang).
2. Panaskan minyak secukupnya, masukkan pisang dalam adunan dan goreng hingga perang dan garing dikedua bahagian. Angkat dan toskan, buat sampai habis.

Untuk salut
  • 2 sudu besar mentega tanpa garam 
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar cheddar cheese - sagat
  • parutan cheedar cheese secukupnya - maz guna cheedar & monterey jack
Cara : Dalam mangkuk yang tahan panas, satukan mentega dan susu pekat, masukkan dalam microwave sekejap dalam 5 saat biar mentega cair atau boleh masak atas dapur. Keluarkan dari microwace, masukkan 2 sudu cheddar cheese dan sebatikan. Sedia untuk digaul dengan goreng pisang yang masih panas dan taburkan cheddar cheese secukupnya.

Nota ilhamdapur : kalau tak nak gaul susu dengan pisang pun boleh,  masukkan susu dalam paiping bag, kemudian picit atas pisang dan tabur cheese.

klu tak nak gaul susu dgn pisang pun bleh, tuang je susu atas pisang kemudian baru tabur cheese..yg mkn msa kat Padang dia buat gitu la..bleh jgk dijadikan sebagai dessert mewah, klu hidang kat org arab rasanya mereka suka kut, sbb manis..kuih dia orang ni memang jenis manis2..

Monday, June 29, 2015

Sira Pisang

Assalamualaikum w.b.t..Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni" (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yg Rasulullah saw ajar pada Aisyah r.a jika bertemu dengan malam Lailatulqadar...

antara kuih manis pabret klu time berbuka..masa kecik dulu bleh kata mesti ada selalu la sira pisang ni yg bonda buat utk berbuka, masa kat msia dlu beli je sbb anak2 xmkn..kat sni bleh la buat sbb suami pun suka jgk..memang sedapp la nikmat bersama air gulanya yg pekat tu...nak buat pun mudah sangat..selamat berbuka pada semua yg waktu berbukanya tidak lama lagi, jgn lupa perbanyakkan doa waktu berbuka..kat sni lagi 5 jam..maghrib pukul 6.34..InsyaaAllah semoga bersama lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

Bahan-bahan
  • 3-4 biji pisang yang sesuai - maz guna pisang india, jangan pisang terlalu masak ye 
  • 2 senduk kecil gula pasir (lebih kurang 3/4 cawan)
  • 1 cawan air 
  • 10 tangkai bunga cengkih
  • beberapa titik pewarna kuning
  • sedikit kapur makan - untuk rendam pisang (tujuannya nak bagi pisang kenyal) - kali ni tak rendam air kapur pun, takde stok
Cara-cara

1. Pisang dikupas kulit, belah dan direndam dengan air kapur sekejap (dalam 5-7 min), kemudian toskan (air jangan banyak sangat, cukup-cukup tengelam pisang je) jika guna la, kalau tak boleh terus je masuk pisang dalam air gula lepas kupas tu.
2. Dalam periuk, masukkan air (kira cukup untuk tenggelamkan pisang dan padan dengan gula, kalau banyak air sangat nati sirap tak jadi pekat), gula, pewarna dan bunga cengkih, tutup periuk dan masak dengan api sederhan sehingga mendidih. 
3. Masukkan pisang, tutup periuk dan masak sehingga air gula pekat dan tinggal sedikit (maksudnya tidak kering dan masih berkuah). Sekali-sekala goncang-goncangkan sikit periuk agar air gula menyaluti kesemua pisang. (kalau guna sudu takut mencalarkan pisang atau rupe pisang jadi tak cantik gtuw). Padamkan api dan boleh la dihidang bila dah sejuk sepenuhnya.

Alhamdulillah kat sni ada jual pisang india yg bleh dibuat sira ni, maz buat 3 biji je, tu pun dh dpt bnyk..sbjik kerat 2..pastu belah 4 lgik..mau xdpt 1 periuk kan...

Tuesday, March 31, 2015

Lagi Pisang Goreng Cheese Resipi II

Assalamualaikum w.b.t..'Allahuma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..klu ada yg belum try lgi pisang goreng versi lemak manis ni...memang maz rekmen utk merasanya...memang sedapp pisang goreng cheese ni...tambah klu dpt yg masih panas...aduhh! nikmat sungguh...tpi ni pun kejadian thun lepas lagik...masa tengah hangat dgn pisang goreng cheese ni...takpe la ye baru nk tepek...lgipun sblum ni dh updated skli...ada kat sini...stkat ni kekal dgn rspi ni lagi...memang puashati...terima kasih sekali lagi pada yg sudi singgah dpur kecik ni...semoga ada yg dpt dimanafaat bersama...Inysaa Allah ketemu lgi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

bleh kata memang kerap la duk buat sebab abangngah sukaa sangat...pastu masa kak long dtg hjung thun hritu buat jgk utk kak long rasa...

Pisang Goreng Cheese Resipi II by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • pisang yang sesuai secukupnya, hiris nipis - ni tak tahu nama pisang apa, memang sedap goreng dan buat pengat, pisang dari india, besar buahnya, 2 biji pun dah boleh dapat sepinggan
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan allpurpose flour @ tepung gandum berkualiti
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 50ml susu segar
  • sedikit pewarna kuning
  • air sejuk peti secukupnya
  • minyak untuk mengoreng secukupnya - maz guna minyak sayur
Cara

1. Dalam mangkuk sebatikan bahan kering, kemudian masukkan susu segar, air secukupnya dan pewarna (air tu agak-agak la ye, jangan cair atau pekat sangat, kira letak bila celup pisang).
2. Panaskan minyak secukupnya, masukkan pisang dalam adunan dan goreng hingga perang dan garing dikedua bahagian. Angakat dan toskan, buat sampai habis.

Untuk salut
  • 2 sudu besar mentega tanpa garam 
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar cheddar cheese - sagat
  • cheddar cheese secukupnya untuk tabur - sagat
Cara : Dalam mangkuk yang sesuai satukan mentega dan susu pekat, masukkan dalam microwave sekejap biar mentega cair atau boleh masak atas dapur. Keluarkan dari microwace, masukkan 2 sudu cheddar cheese dan sebatikan. Sedia untuk digaul dengan goreng pisang yang masih panas dan taburkan cheddar cheese secukupnya.

thun ni pun dh 2x rsanya buat goreng pisang ni...mujur ada jgk jual pisang yg bleh digoreng kat sni...tgk yg ni terasa nk mkn la plak...

Friday, January 23, 2015

Pisang Goreng Cheese Resipi II

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa ni'mal wakil'..pisang goreng yg pemes dan sememangnya enakk...ni pun buat bln 10 hritu lagi...masa tengah demam pisang goreng bercheese ni...memang kerap sngat la duk buatnya sebab abangngah sukaa...msa kat msia dlu xprnah rasa pun...xthu pun ada pisang goreng versi mewah ni...ingatkan kek je deh yg ada cheese...tapi memang sedapp la..lemak berkrim...kena plak dgn pisang gorengnya rangup...memang nikmat sungguh dpt yg panas-panas tu...utk greng pisang ni maz guna bancuhan yg buat fish n chips dulu...hasil ber eksperimen dgn rspi yg prnah dicuba...sukaa bancuhan ni...rangupnya menepati selera...sblum ni pun dah ada updated versi pisang goreng biasa guna rspi ni...cuma kli ni msuk susu segar skit...Inysaa Allah semoga jumpa lagi...salam jumaat yg barakah dan mohon maaf andai ada kekurangan dimana-mana...

Pisang Goreng Cheese Resipi II by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • pisang yang sesuai secukupnya, hiris nipis - ni tak tahu nama pisang apa, memang sedap goreng dan buat pengat, pisang dari india, besar buahnya, 2 biji pun dah boleh dapat sepinggan
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan allpurpose flour @ tepung gandum berkualiti
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 50ml susu segar
  • sedikit pewarna kuning
  • air sejuk peti secukupnya
  • minyak untuk mengoreng secukupnya - maz guna minyak sayur
Cara


1. Dalam mangkuk sebatikan bahan kering, kemudian masukkan susu segar, air secukupnya dan pewarna (air tu agak-agak la ye, jangan cair atau pekat sangat, kira letak bila celup pisang).
2. Panaskan minyak secukupnya, masukkan pisang dalam adunan dan goreng hingga perang dan garing dikedua bahagian. Angakat dan toskan, buat sampai habis.

Untuk salut
  • 2 sudu besar mentega tanpa garam 
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar cheddar cheese
  • cheddar cheese secukupnya untuk tabur
Cara : Dalam mangkuk yang sesuai satukan mentega dan susu pekat, masukkan dalam microwave sekejap biar mentega cair atau boleh masak atas dapur. Keluarkan dari microwace, masukkan 2 sudu cheddar cheese dan sebatikan. Sedia untuk digaul dengan goreng pisang yang masih panas. Kemudian taburkan cheddar cheese secukupnya.


jazakillahukhairan pada pencetus rspi pisang goreng bercheese ni...memula rsa pisng goreng cheese ni maz cuba rspi dri dapur Mamafami...ada kat sini...memang bleh dijadikan dessert plak yg versi cheese ni...

Sunday, November 16, 2014

Goreng Pisang

Assalamualaikum w.b.t...ada masa dan mood rajin ni update goreng pisang la plak...bnyk sungguh lgi gambar dalam folder tu...xsurut pun wpun updated hari2...ye la asik duk tambah je dgn yg baru mcmana nk hbis deh...Alhamdulillah atas segala nikmatNya...kat sni memang best masak2 ni...pastu tambah ada org yg mkn...goreng pisang ni pun dh 2-3 bulan rsanya...memang kerap sangt duk buat goreng pisang ni sbb senang dpt stok pisang yg sedapp sangat digoreng atau buat pengat...kat sni cuma panggil india banana...klu kat msia xthu la pisang apa...jenis isi kuning dan buahnya besar...semoga jumpa lagi...Insyaa Allahd an mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

ni aiman punya..dia memang sukaa sngat mkn apa2 dgn coklat...pastu saja letak aiskrim skit...rspi ni hasil duk berekspirem...rangupp dan butter ni jgk maz guna utk fish n chips...dah ada dlm folder tu...

Goreng Pisang by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2-3 biji pisang yang sesuai - hiris nipis
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan allpurpose flour
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • sedikit pewarna kuning
  • air sejuk peti secukupnya
  • minyak untuk mengoreng secukupnya - maz guna minyak sayur
Cara

1. Dalam mangkuk sebatikan bahan kering, kemudian masukkan air dan pewarna (air tu agak-agak la ye, jangan cair dan pekat sangat).
2. Panaskan minyak secukupnya, celupkan pisang dalam adunan dan goreng hingga perang dikedua bahagian. Angakt dan toskan, buat sampai habis.

sbjik pisang ni maz kerat 2, pastu setiap satu belah tu hiris 3 plak...memang ckup sorang mkn sbjik tu...besar dan sedapp goreng pisang ni...mlm ni pun nk goreng pisang lagi...aiman mtak...

Thursday, October 16, 2014

Cheesy Fried Bananas...Godaan Mamafami

Assalamualaikum w.b.t...memula nk mtak maaf sngat2...xthu la apa yg trjdi dgn blog ni smjak klmarin...bru tdi maz notice ada mcm2 gambar hantu raya yg duk promot kat sni...maz ni memang xreti sngat2 bab benda mcm ni...xthu nk tekan mna...mcmana gmbar2 hantu yg brbaju...xtrbaju tu muncul kat sni pun xthu...huhuu...klu ada yg dah trlihat gmbar2 yg xsepatutnya tu...maz mohon maaf sekali lgi...ok la berbalik pda gmbar ni plak...bleh kata terhangat dipasaran skarang ni...goreng pisang bercheese...maz pun xpernah mkn lgi sblum ni greng pisang mcm ni...tpi ramai kwn2 kat FB duk brcerita tentang greng pisang ni...ada yg sngup Q pnjang semata2 nk beli greng pisang cheese ni...jdi bila tgk yg Mamafami punye sbjik mcm Kak Zai tnjuk yg dia beli...ibarat rezki la...terus terpikat dgn goreng pisang Mama...tu yg terus buat...kira panas2 lgi la ni...maz memang suka greng pisang...memang sedapp la...aiman dgn babanya pun suka...bleh buat lgi pas ni...jazakillahukhairan Mama dan Azhafizah atas resipi yg dikongsi...semoga jumpa lagi...Insyaa Allah dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Cheesy Fried Bananas by http://ilhamdapur.blogspot.com
Sumber Resipi : Mamafami

Ingredients
 
A dozen of frying bananas - remove the skin and halved
Cheddar Cheese - I used Beqa brand
 
Batter : (maz buat 1/2 resipi)
  • 1 cup rice flour
  • 1/2 cup plain flour
  • 1/2 tablespoon baking powder
  • 1/4 teaspoon turmeric powder
  • salt to taste
  • 1/2 cup fresh milk
  • 1 medium sized egg
  • 1 tablespoon melted margarine
Coating sauce :
  • 1 tablespoon margarine - maz guna lebih
  • 1 tablespoon condensed milk - guna lebih
 
Method :
 
To prepare the batter.
1. Sift rice flour, plain flour and baking powder into a bowl. Add in the turmeric and salt.
2. In a small bowl, crack the egg and add the cooled melted margarine.
3. Pour into the flour and stir. At the same time, pour in the milk as well, a little at a time till you get the right consistency. It must not be too thick or too watery.
4. Heat oil in a wok. Dip the bananas into the batter and fry till golden brown. Set aside.
 
To prepare the coating sauce :
1. Melt margarine in a small pot. Remove from heat. (maz panas dalam microwave 6-8 saat)
2. Add in the condensed milk and a bit of grated cheese. Stir to mix.
3. Coat each piece of fried bananas with the sauce and arrange on your serving plate.
4. Grate some cheddar cheese on top. You can also sprinkle some chocolate vermicelli or grated cooking chocolate.
5. Enjoy.

goreng pisang ni memang bleh mkn slalu kan...klu kat msia dlu pun blik amik anak skloah slalu la beli yg adik tu jual...biasanya klu mkn greng pisang xrangup tak sedapp kan...tpi versi susu pekat dgn cheese ni sedapp la plak...bleh dibuat sebagai dessert yg menawan...

Tuesday, October 14, 2014

Banana Cheddar Fritters

Assalamualaikum w.b.t...update skli lgi...klu bleh nk cepat2 hbiskan pic dlm folder tu...ada dekat 70 gmabr lgi yg duk tnggu Q...banana fritter atau pisang goreng cara omputih...klu kita cekodok la kan...snak yg cepat dan pasti anak2 pun suka...ni pun lama bnar dh dalam folder...tkpe la kan lewat pun...hnya gmbar je...sblum ni pun dah pernah buat banana fritter ni...ada kat sini...kli ni tmbah cheedar cheese...memang sedapp layan panas2 tu...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Banana Cheddar Fritters by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 1/2 cawan allpurpose flour @ tepung gandum berkualiti
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1 sudu kecil mentega lembut @ cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/3 cawan parutan cheddar cheese
  • 1 biji pisang masak yang sesuai - dadu (maz guna pisang montel) kalau pisang berangan/emas lagi sedap)
Cara

1. Satukan semua bahan kecuali 3 bahan terakhir.

2. Kemudian masukkan pisang dan cheedar. Sebatikan - kalau rasa macam pekat sangat tambah susu 1-2 sudu lagi.

3. Panaskan minyak secukupnya, basahkan tangan dan jemput dengan hujung jari. Kalau nak guna sudu pun boleh.

4. Goreng hingga perang dikedua bahagian dengan api sederhana. Angkat dan toskan.

5. Boleh tabur sedikit gula aising/coklat sirap atau makan macam tu pun boleh.

kuih petang yg cepat dimasak sedapp dimakan...memang yummy la mkn yg panas2 tu...pas sbjik2 masuk mulut...aiman la yg suka sngat...

Tuesday, August 19, 2014

Goreng Pisang Rangup Bercheese

Assalamualaikum w.b.t...sapa yg xgemar dgn goreng pisang ni kan...rsanya smua suke...nk2 dpt yg bru angkat dri kuali...kat sni pun ada jual goreng pisang...ada rstoran depan rumah ni jual mknan siap goreng dlm puasa hritu...jdi bli la skli nk rsa...memang beza la dgn goreng pisang msia kita...tepungnya tebal dan xrangup...1 bancuhan tpung diguna utk goreng mcm2 jenis syur...kat sni slalu jgk duk buat goreng pisang ni sbb ada jual sjnis pisang yg memang sedapp digoreng atau buat pengat...nma btul pisang ni xthu la plak sbb kat kdai hnya tlis india banana je...buahnya besar dan wrna kuning...selama ni guna rspi sdrik ni je...ada kat sini...tpi dlm puasa hritu trpikat dgn goreng pisang izah daut kat fb...terus cuba...rspi asal dri saudara Hairul...jazakallahukhairan pada penyumbang resipi...memang rangup...tpi kena mkn yg pnas2 tu la kan...ok la nk kena msuk dpur dah ni...akhir kata semoga jumpa lgi...Insyaa Allah dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Goreng Pisang Bercheese by http://ilhamdapur.blogspot.com
Resipi : Hairul
Sumber : izahdaut

Bahan-bahan
  • 2 cwan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 5 sudu besar santan kotak  - izah guna susu cair (maz ikut resipi)
  • 1/2 sb baking powder
  • sedikit serbuk kunyit - izah tak letak (maz letak)
  • 1 biji telur - kali ke 2 buat izah tak letak. izah prefer tak letak (maz pun tak bubuh sebab bancuh 1/4 resipi saja, 1/2 cawan tepung beras & 1/4 cawan tepung gandum)
  • 2 sudu besar marjerin cair - izah guna butter. kali ke2 buat izah xcairkan terus je masuk ((maz ikut resipi dan guna unsalted butter)
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 1/2 sudu besar gula - ni maz tambah sendiri
Cara

1. Sebatikan semua bahan di atas kecuali marjerin cair. (marjerin yang dicairkan perlu benar-benar sejuk)
2. Di sarankan untuk menggunakan tangan supaya bahan sebati dengan sempurna dan dapat mengawal kepekatan adunan. Adunan perlulah pekat. Jangan cair. Setelah mendapat adunan yang elok kepekatannya, masukkan marjerin cair yang sudah disejukkan tadi.
Untuk keterangan lebih detail dan bergambar sila rujuk ke blog Hairul di link di atas.
 
klu nk tgk yg versi izah punya salut susu pekat manis dan grated cheddar cheese bleh la ke blog dia ye...aiman suka mkn dgn coklat...cheese tu maz gna slice cheese je...maz suka yg plain je...lgi sdpp...

Wednesday, February 26, 2014

Banana Fritters

Assalamualaikum w.b.t...Subhanallah...Subhanallah...Subhanallah...syukur atas rezkiMu Ya Allah...INNA HAA ZA LARIZKUNA MAA LAHUU MIN NAFAD (Surah Shad - 54)..."Sesungguhnya inilah rezeki Ku kepada kamu yang tidak habis-habisnya"...Allahuakhar...tidak terkira betapa besarnya nikmat Allah kepada setiap hamba...semoga kita sntiasa bersyukur kerana sesungguhnya rezki itu wpun banyak belum tentu ckup utk kita...mgkin duit tu diguna utk bayar rumah...duit kereta dan sbgainya utk hal2 lain...tpi wpun rm10 kita guna utk tabung masjid...sedekah keranaNya...amat besar ganjarannya...kerana inilah rezeki kita yg sebenar...apa yg maz tulis diblog ni sebagai melatih dan ingatan diri sendiri...sesunggunya maz sendiri banyak kekurangan...sama2 lah kita berusaha dlm mencari redhaNya...kalau ada yg bermanafaat pada yg lain..Allhamdulillah...tiada lebih niat ni semoga kita sama2 dpt mencri saham akhirat...akhir kata mohon maaf atas segala kelemahan yg dtg dri maz dan semoga jumpa lagi...in syaa Allah...salam ukhuwah dipagi rabu utk semua pengunjung ilham dapur yg xseberapa ni...

respi asal dri allrecipe...tpi maz tkar buat banana fritters...jemput2 epal ni tkut xreti nk mkn...sedapp jgk greng pisang mcm ni...mkn yg pnas2 tu...xsdar dah hbis 4 ketul...aiman pun sukaa...siap tuang cklat lebih2...hbis jgk la 5 bjik dia mkn...klu greng pisang biasa tu kna berpaksa2 suruh mkn...gaya mkn anak2 maz ni susah skit...memilih...kadang2 tu hangin jgk...klu kuih yg lembik2 lgi la...nk2 jenis agar2...xmkn terus...sbb tu maz jarang sngguh buat agar2 ni...tpi skrang ni dah mkin besar npak ada perubahan...ikan pun dah reti mkn...

Banana Fritters by http://ilhamdapur.blogspot.com
Resipi : Allrecipes
Ingredients - (maz buat 1/2 resipi, 3 biji pisang)

  • 1 quart vegetable oil for deep-frying                                                                      

Directions

1. Heat the oil in a deep-fryer or electric skillet to 375 degrees F (190 degrees C).

2. In a large bowl, stir together the flour, sugar, baking powder and salt. Pour in the milk, eggs and oil and stir until well blended. Mix in apples until they are evenly distributed.

3. Drop spoonfuls ( maz guna scoop ais krim) of the batter into the hot oil and fry until golden on both sides, about 5 minutes depending on the size. Fry in smaller batches so they are not crowded. Remove from the hot oil using a slotted spoon and drain briefly on paper towels. Toss with cinnamon sugar while still warm.

trjadinya goreng pisang versi mat saleh ni sbb tgk food network show...msa chef Andy Bates program street food...klu tgk org mkn smua npak sedapp je deh...nak2 mknan yg dijual dgn trak besar tu...tpi rsanya kat msia xpopular lgi kan brniaga gna trak ni...dah 2-3 jnis jgk dah try hasil dri tgk show kat tv tu...maz suka tgk dan amik idea2 dri cara masakan n makanan dia org ni...pelbagai dan cepat nk sdiakan...memang seswai sngat lah dgn tukang masak yg jenis nk cepat dan xberapa rjin ni...hehee...lgipun kat sni goreng pisang memang xde jual la kan tepi2 jln tu...

Monday, November 21, 2011

Cekodok Pisang Kembong

Assalamualikum..buat utk bkpes anak..sbnarnya msa duk mnyepi brbulan2 dlu dah 3-4x buat ckdok gna rspi dri  Kakbesah myr ni..cma xsnap gmbar je la..tpi yg ni buat gna 2 bjik psang je..xde la kita sukat..cma main agak2 gituw je..gula pun buh 2 sdu bsar je..buat skit je..

Cekodok Pisang Kembong by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan ( 2 piring penuh )

  • 2 cawan pisang lenyek
  • 1 cawan gula pasir @ gula castor
  • 1 penutup sodabikarbonat (1 sudu makan)
  • 1 sudu kecik baking powder
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu kecik garam
Cara-cara

1. Dlm mangkuk, campur pisang lenyek bersama gula & garam.gaul biar gula larut.

2. Ayak soda bicarbonate & baking powder dgn penapis teh ke dalam campuran pisang.gaul rata2.pastu masukkan susu & tepung.tambah sedikit lg tepung jika adunan masih lembik.

3.Panaskan minyak yg banyak, lalu jemput2kan adunan bulat2 kedalmnya. goreng dgn api sederhana supaya dlm nya masak.bila kulit luar nmpak garing bleh lah diangkat.

rspi ni memang sdppp..elok je membulatnya tu..

Sunday, August 22, 2010

Pengat Pisang

Assalamualaikum..slmat brhjung mngu buat smua..hemm!! mgkin ada yg dah plan nk brbuka kat luar hri ni tu kan! tpi kita klu pose2 ni xgmar sngat brbuka kat luar..rasa mcm kelam kabut gtuw..lebih slesa mkn kat umah je..tpi klu dh ada jmputan tu kna p la kan..xmanis plak kata org..pngat psang plak..kue ptg jumaat 2 hri lepas..buat pun xbnyk cma 6 bjik psang je..tu pun sbb nk hbiskan balen psang yg buat sira hri tu..tu pun xhbis jgk..

Sumber Resipi : Ilham Dapur
Bahan-bahan

  • 6-8 biji pisang dikerat 2 - maz guna pisang nangka (boleh juga guna pisang lain yang sesuai)
  • 3 cawan santan dari 1 biji kelapa
  • nesan/gula melaka secukupnya (maz guna nesan karek/keping kelantan)
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu kecil kapur makan (bancuh dengan sedikit air)
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara

1. Pisang dikupas kulit, dikerat 2 dan direndam dalam air kapur selama 5-7 minit. Toskan

2. Dalam periuk masukkan santan, nesan/gula melaka, garam, daun pandan dan pisang. Masak dengan api sederhana sehingga pisang lembut dengan dikacau sekali sekala agar santan tidak berketul. Siap...

Friday, August 20, 2010

Sira Pisang

Assalamualaikum..dah ada idea ke nk msk apa ptg ni ye..msti ada yg tgh duk pkir mcm2 mnu yg nk dimsk tu..kita pun lum thu lgi nk msk apa utk ptg ni..tpi takpe..awal lgi kan..lgipun klu xsmpat psar juadah kan ada..hehe..antra kue pbret kita..memang 4-5x la buat sira psang ni klu bln pose..ni kue kita 2 hri yg lepas..ptg rabu pnye..kita suke sira pisang ni..cdpppp..


Sumber Resipi : Ilham Dapur.blogspot
Bahan-bahan
  • 10 biji pisang saiz sederhana - jangan yang terlalu masak ye, maz guna pisang nangka
  • 2 senduk lauk gula pasir (lebih kurang 3/4 cawan)
  • 1 cawan air
  • 10 tangkai bunga cengkih
  • beberapa titik pewarna kuning
  • sedikit kapur makan (dalam 1/4 sudu kecil) - untuk rendam pisang (tujuannya nak bagi pisang kenyal, tidak lembik)
Cara-cara
1. Pisang dikupas kulit dan direndam dengan air kapur sekejap (dalam 5-7 min). Kemudian toskan. (air jangan banyak sangat, cukup-cukup tengelam pisang je, takut nanti tak rasa air kapurnya)

2. Dalam periuk, masukkan air, gula,pewarna dan bunga cengkih, tutup periuk. Masak dengan api sederhana perlahan sehingga keluar buih-buih kecil. Kemudian masukkan pisang dan masak sehingga air gula pekat dan tinggal sedikit (maksudnya tidak kering dan masih berkuah). Sekali-sekala goncang-goncangkan sikit periuk agar air gula menyaluti kesemua pisang. (kalau guna sudu takut mencalarkan pisang atau rupe pisang jadi tak cantik gtuw). Padamkan api. Siap..

Thursday, August 12, 2010

Goreng Pisang

Assalamualikum...ni bkn juadah brbuka kita ye..tpi kuih ptg selasa tu..kbtulan adik kita blik kmpung isterinya..jdi dia bgi la pisang ni seikat..dri trbuang gtuw aje..baik digreng kan...dpt jgk kunyah2 dpn tv..rmah kita psang2 ni klu digreng atau buat lepat je bru laku..klu dibuat mffin atau kek..memang xde org sentuh le..rspi sma mcm yg kita duk buat sblum2 ni..
Sumber Resipi : Ilham Dapur.blogspotBahan-bahan (tiada sukatan tepat)
  • 1 cawan air
  • tepung beras secukupnya (maz tak sukat, jadi kena agak-agak la ye)
  • 2-3 sudu besar penuh kelapa parut
  • 1/4 sudu kecil kapur makan
  • sedikit pewarna kuning
  • sedikit garam dan gula
  • pisang secukupnya
  • minyak untuk mengoreng secukupnya
Cara-cara

1.Satukan semua bahan-bahan kecuali tepung beras dan pisang, kacau sebati. Kemudian masukkan tepung beras sedikit-sedikit sambil dikacau guna sudu agar tidak berketul (bancuhan ini tidak terlalu pekat atau cair ye, kiranya kalau celup pisang tu adunan akan melekat pada pisang)

2.Panaskan minyak dan boleh la digoreng pisang sehingga keperangan dikedua bahagian dengan api sederhana. Angkat dan toskan . Goreng sampai habis. Siap..

Tuesday, March 16, 2010

Goreng Pisang & Sambal Kicap

ada yg trkejut ke ye dgn n3 kita ni...atau memang ada kwn2 yg biasa mkn mcm ni...kita pun xthu ngeri mana asalnya yg mkn goreng pisang dgn smbal kicap ni!!..tpi kita memang pernah mkn lah dlu2 sblum p bahrain...klu p shah alam ada kakak yg brniaga kat seksyen 19 memang jual goreng pisang yg dicicah dgn smbal kicap ni...skrang ni xthu lah ada lagi ke tak..kita pun belum smpai ke stu lgi smjak blik ni...kbetulan ada rsa rajin skit..kita pun beli lah pisang seiikat...tu yg kita greng ptg tadi...pastu kita buat lah smbal kicap ni skli...kita memang suke mkn cara mcm ni..sedapppp...klu yg blum cuba tu...esok p cri greng psang yg mkn dgn smbal kicap ni...hihi....sdpppp...

dkat2 dgn kwsan prumahan kita ni memang bnyk gerai greng psang...tpi 1 pun xde yg mkn dgn smbal kicap...klu kat kmpung dlu..kita biasa mkn greng psang ni dgn air cili yg dicicah dgn krepok lekor tu...isshhhh!! mcm2 la kan...ikut slera masing2 org kata....rspi kat bawah ni kena agak2 lah ye..kita xde sukat2...tapi kita memang suke dgn bncuhan rspi dari Ma kita ni..sedap dan rangguppppp...
Sumebr Resipi : Ilham Dapur
Bahan-bahan (anggaran utk sesikat pisang)




Bancuhan utk pisang

  • 1 cawan air
  • tepung beras secukupnya (maz tak sukat, jadi kena agak-agak la ye)
  • 2-3 sudu besar penuh kelapa parut
  • secalit kapur makan
  • sedikit pewarna kuning
  • sedikit garam dan gula

Cara-cara
1.Satukan semua bahan-bahan kecuali tepung beras, kacau sebati. Kemudian masukkan tepung beras sedikit-sedikit sambil dikacau guna sudu agak sebati dan tidak berketul (bancuhan ni tidak cair dan tidak terlalu pekat, kiranya kalau celup pisang tu tepung akan menyaluti pada pisang gtuw)
2. Panaskan minyak dan boleh la dicelup pisangn dalam bancuhan tadi untuk digoreng dengan api sederhana sehingga sedikit keperangan dikedua bahagian. Angkat dan toskan. Goreng sampai habis. Siap..
3.Sambal Kicap - cili padi,sedikit garam dan gula,kicap manis dan sedkit air. Tumbuk cili agak sedikit lumat,kemudian masukkan gula, garam dan kicap.Tumbuk sebati dan masukkan sedikit air agak tidak terlalu pekat. Sambal ni rasanya sedikit manis. Siap...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...