Pages


Showing posts with label ulangtahun. Show all posts
Showing posts with label ulangtahun. Show all posts

Friday, November 25, 2011

25.11.1989 - 25.11.2011 --> Note: Mengingati Ulang Tahun Perkahwinan ke 22


http://youtu.be/moZNGtKcOFg
25.11.1989 - 25.11.2011 -->Bertemu dan berpisah hanya kerana Allah.. kini 22 tahun usia perkahwinan kami.. pahit manis, kesusahan dan kesenangan di nikmati bersama dan di huraikan bersama dengan do'a serta yakin pada Allah Yang Maha Esa.

Semoga kebahagiaan ini akan sentiasa bertaut hingga ke akhir hayat dan di pertemukan di Akhirat kelak dengan Izin Allah!!

"Ya Allah, berikanlah kebahagiaan dan kesejahteraan Rahmat kasih sayang yang berkekalan, jadikan diriku hamba-Mu yang bertaqwa dan ta'at akan segala perintah dan menjauhi larangan-Mu, Ummat Nabi Muhammad S.A.W. yang melaksanakan perintah Allah dan cinta kasih pada rasul-Nya, isteri yang patuh pada suami, ibu yang penyayang pada anak-anak dan anak yang sentiasa mendo'akan kedua ibubapanya, menjadi muslimah sejati dan di akhiri kehidupan kami dengan khusnul khatimah". Amiin.

(Catatan lalu di sini   - sampai la ni.. hanya diriku yang mengingati tarikh penting dalam famili.. semoga anak-anak boleh rujuk kat blog Ummi ya!! Ngeee!!)

Jarang berjauhan, bila berdepan tidak begitu terasa tetapi bila sesekali berjauhan terasa begitu penuh bermaknanya suami sebagai teman sejati.. Dialah penghibur, pembimbing, pelindung, penasihat dan pengkritik terbaik .. :) 

Lirik lagu ini menceritakan segalanya.. tak pandai nak meluahkan rasa...


Sepanjang Hidup - Maher Zain

aku bersyukur kau di sini kasih

di kalbuku mengiringi

dan padamu ingin ku sampaikan

kau cahaya hati

dulu ku palingkan diri dari cinta

hingga kau hadir membasuh segalanya

oh inilah janjiku kepadamu


sepanjang hidup bersamamu

kesetiaanku tulus untukmu

hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku

sepanjang hidup seiring waktu

aku bersyukur atas hadirmu

kini dan selamanya aku milikmu
yakini hatiku

kau anugerah *Yang Maha Rahim

semoga Allah berkahi kita

kekasih penguat jiwaku
berdoa kau dan aku di Jannah

ku temukan kekuatanku di sisimu

kau hadir sempurnakan seluruh hidupku

oh inilah janjiku kepadamu


sepanjang hidup bersamamu

kesetiaanku tulus untukmu

hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku

sepanjang hidup seiring waktu

aku bersyukur atas hadirmu

kini dan selamanya aku milikmu
yakini hatiku

bersamamu ku sadari inilah cinta

tiada ragu dengarkanlah

kidung cintaku yang abadi


(ku ganti dengan *Yang - lebih mulia untuk penggunaan nama Allah)


~For the rest of my life~

Sunday, February 20, 2011

Setahun bersamamu (Blogspot.com)













Ahad, 20hb. Februari, 2011

20.02.2010 - 20.02.2011
Diam tak diam dah setahun ku di blogspot ni.. Tak banyak n3 yang ku dah buat setakat ni.. hanya lebih kurang 140 dan 116 sahaja yang tertera.   Kebanyakan n3 adalah berkisar hal diri dan keluarga juga beberapa artikel yang ku copy paste untuk simpanan sebagai rujukan. 

Pada mulanya ku tak berhasrat untuk menampilkan diri kerana lebih senang menjadi pembaca senyap. Lagi pun tak banyak idea nak di nukilkan... Ya lah diri pun bergelar suri rumah sepenuh masa kan dan banyak masa terperuk di rumah. Aktiviti harian lebih kurang sama je setiap hari..  Ada setengahnya apa yang bermain di fikiran ku drafkan sebagai simpanan peribadi jer.
Sebenarnya ku suka geledah blog-blog ilmiah dan juga nukilan yang yang sempoi dan santai... Sambil tu menikmati foto-foto menarik terutama dari resepi hidangan dan juga gambar-gambar pemandangan dan pengalaman kisah para bloggers menjalani kehidupan seharian juga pelbagai tips yang di kongsi..

Ku sungguh kagum begitu ramai penulis blog di alam maya ni yang berkaliber.. dan begitu banyak idea mencurah-curah.  Bertuah badan mereka-mereka yang di kurniakan Allah kebijaksanaan dan kepetahan dalam berkarya.. Sebab tu bila membaca karya mereka hati ni melonjak untuk komen karya menarik para bloggers ni ... maka dengan itu terpaksa ku keluar dari 'persembunyian'... walaupun sebenarnya ku mula berjinak dengan dunia internet ni sejak Februari 2007 dan mula berkenalan dengan rakan-rakan di alam siber ni.. memang menyeronokkan.. bagi orang sepertiku yang tak ramai rakan di sekeliling... Itupun konon untuk memantau anak-anak yang terbabit di alam siber ni.. maka secara tak langsung terjebak sama.. Anak-anaklah yang mengajar pengunaan url... copy and paste dan mana yang ku tak faham memang anak-anaklah yang mengajar.. 

Zaman sekolah era 1970an dulu mana kita pernah di dedahkan dengan komputer kann.. paling tidak pun bermain dengan mesin taip 'keletak keletik' yang kadang tersangkut-sangkut dan kadangkala ada masalah pula pada dakwat di riben mesin taip tu..  dari situ ku mula belajar guna 10 jari dengan memahirkan diri mengunakan key word seperti asdf, ;lkj, dan lain-lain tanpa melihat key board..

Kini dalam usia dah nak masuk usia emas ni.. baru berjinak dengan IT (Information in technology) ni.. sekurang-kurangnya tak de lah sampai tak tahu langsung bab-bab teknologi maklumat ni.. ia dak!!!  Kerana di sini banyak juga info boleh di layari di website dan bila ada masalah kemusykilan agama ada tempat untuk kita rujuk di sini..  Asal kita dapat menafaatkan benda yang baik dan tidak terbabit atau terpengaruh dengan gejala kurang sehat yang juga terdapat di dunia siber ni.. berpada-padalah ketika menggunakannya.. jangan sampai terlalai dengan tanggungjawab yang di pikul dibahu....

Selamat berkarya duhai rakan-rakan semua..  Terima kasih bagi pengunjung di kasihi yang sudi jadi follower dan para pengunjung budiman yang sudi menziarahi 'teratakku' yang tak sepertinya ini.. Salam kasih mesra dariku.. ~Nora~


Thursday, December 9, 2010

Salam Ma'al Hijrah 1432 & Selamat ulangtahun kelahiran dalam bulan Muharam buat Anakku tercinta Muhammad Firdaus

Hari ni sudah masuk hari ke 3 di bulan Muharam 1432 Hijriah.. Bulan pertama dalam kalender umat Islam mengikut peredaran bulan.. Ia memperingati sejarah penghijrahan Rasulullah s.a.w. dari Makkah ke Madinah 1432 tahun yang lalu. Di kesempatan ini ingin ku sampaikan Salam Ma'al hijriah buat semua pengunjung yang di kasihi yang sudi singgah di ruangan ini..

1 Muharam juga merupakan hari bersejarah dalam hidupku 13 tahun yang lalu bila melahirkan putera comel setelah memperolehi 4 puteri. Hijrah jugalah kan.. :) Syukur ke hadrat Illahi yang menganugerahkan buahhati pengarang jantung ni..yang di beri nama Muhammad Firdaus. 

Sepanjang mengandung seingatku tak pernah ku menanyakan jantina bayi yang ku kandung pabila ultra sound di lakukan sewaktu pemeriksaan.  Ku hanya berserah pada Allah dan berdo'a kehadrat Illahi kandungan sihat sempurna.  Alhamdulillah bayi selamat dilahirkan... kegembiraan kami seisi keluarga mewarnai hidup ini..(memori kelahiran anakku Muhammad Firdaus di N3 yang lalu klik di sini)



Kelahiran Muharam.. 1 Muharam 1419 (Muhammad Firdaus b. Abd. Jalil - kanan) 
dan sepupunya 2 Muharam 1419 (Muhammad Amiruddin b. Jamaluddin - kiri 
anak adikku Noraini)


Foto lama - tak berapa ingat masa ni mereka berusia berapa tahun
 
"Abah dah ada geng" - suka sangat!!

Sayang pada adik-adik kecil... teringin sangat dia nak adik

Gambar terkini - semasa di Pontian, Johor, 28/11/2010

Thursday, November 25, 2010

Detik berlalu ..... 21 tahun sudah!!! :)


Kenangan terindah 21 tahun yang lalu di tarikh bersejarah hari ini 25hb. November, 1989 tatkala lafaz akad nikah selamat di ucap dengan tenang oleh suami tercinta ku.. Lafaz nikah telah di SAHkan!! di hadapan jurunikah Allahyarham Ustadz Hj. Kamaruddin di Masjid AsSyarif dengan di saksikan oleh Abangku Adzlan juga bapa saudaraku Hj. Rahmat juga saudaramara kedua belah pihak dan rakan-rakan suamiku.  Selesai saja majlis akad suami menunaikan solat sunat berdo'a kehadrat Illahi agar jodoh ini berkekalan dan di limpahi rahmat sepanjang hayat hingga ke Akhirat kelak..


26/11/1989 - setelah selesai majlis bertandang di sebelah pehak lelaki di Sekolah Tinggi Klang, kami pulang ke rumah Emak Abah pada waktu petang dan gambar ini di rakam dan di hadiahkan oleh salah seorang tetamu kami anakanda kepada YTM Tengku Bendahara Selangor.

Bersama Emak dan Abah tercinta dan juga anak saudaraku..


Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, di saat itu tanggungjawab kedua ibubapaku telah di serahkan sepenuhnya buat suamiku... Bermulalah kehidupan baru kami dan hari berganti minggu ke bulan dan bertahun kini sudah 21 tahun kami membina mahligai terindah bersama.. Pelbagai cabaran pahit manis susah senang kami harungi bersama.. dengan dikurniakan 5 orang permata hati  ... zuriat kurniaan Illahi menyinari keluarga kami.  Zuriat ke 6 ku tidak sempat melihat cahaya dunia 2 tahun yang lalu tatkala hanya 3 bulan menghuni dalam kandunganku.. Namun Allah Maha Mengetahui segalanya.. yang menentukan kelahiran, jodoh dan ajal hambaNya.


Kesabaran menempuhi kehidupan, hormat menghormati, sayang menyayangi dan saling faham memahami sebagai pasangan hidup amat penting. Taat perintah Allah dan pesuruhNya adalah kunci kehidupan membawa bahagia.. 


Do'a Nabi Ibrahim a.s.:  "Wahai Tuhan jadikan daku dan anak cucuku orang-orang yang mendirikan solat. Wahai Tuhan terimalah do'aku, wahai Tuhan kami ampunilah kami dan kedua ibu bapa kami dan bagi orang-orang yang beriman di hari di tegakkan perhitungan."  
(Mafhum dari Surah Ibrahim: 40-41)


Do'a orang-orang Mukminin..


"Wahai Tuhan ilhamkanlah daku supaya tetap mensyukuri nikmat yang Engkau anugerahi daku dan supaya aku tetap beramal salih yang Engkau redhainya, dan perelokanlah bagiku zuriatku, sesungguhnya aku bertaubat kepadaMU, dan adalah aku dari orang-orang Muslimin."  (Mafhum dari Surah Al-Ahqaf: 15)


"Wahai Tuhanku bahawasanya aku bermohon kepada Engkau keafiatan di Dunia dan di Akhirat, wahai Tuhanku aku bermohon keampunan dan keafiatan pada agamaku dan duniaku, ahliku dan hartaku."  Amiin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails