Pages


Showing posts with label Syima. Show all posts
Showing posts with label Syima. Show all posts

Wednesday, May 14, 2014

Steamboat @ D captain

Catatan diari hari Selasa - 13. 05. 2014:  lebih kurang jam 6.15 p.m. 

Alhamdulillah , Allah beri rezeki kami sekeluarga dengan menikmati hidangan steamboat @ D captain ... anak-anak belanja @Nabilah (along) dan Nurul 'Ain (angah).. 

Mashaa Allah... terima kasih Ya Allah.. terima kasih anak-anakku.. semoga Allah limpahi rezeki dan rahmat-Nya buat semua.. Aamiin. 






Sunday, December 30, 2012

Thursday, January 20, 2011

Selamat ulangtahun kelahiran ke 15 Nurhasyimah sayang

 Januari 16, 2011 Selamat ulangtahun Syima

Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 15 anakku Nurhasyimah sayang..  Kelahiranmu pada 16hb. Januari 1996 kami sambut dengan syukur ke hadrat Illahi kerana Ummi selamat melahirkan Syima puteri ke 4 yang sehat dan comel .. di Hospital Besar, Klang..Alhamdulillah.  
Teringat lagi masa tu.. misi yang menyambut kelahiran bertanyakan pada Ummi apa jantina anak... yang ummi nampak sepertinya Ummi dapat anak lelaki... tengah mamai masa tu.. sebab teringin anak lelaki sampai tak kenal dah jantina anak... malunya.. misi suruh tengok betul.. betul... kali ni baru pasti.. anak perempuan.. heheh!!! Sorry Syima eyh... lawak je Ummi ni kan!! Tu yang tak heran bila anak perempuan Ummi ni agak lasak seperti lelaki.. 

Dah besar panjang anak Ummi dan Abah ni.. semoga jadi anak yang baik dan patuh dengar nasihat ya..  Berusaha dengan tekun dan rajin untuk berjaya dan mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat..

 Watak Syima ni suka buat lawak... :D

 "USIA UMPAMA HARTA... BUKAN BANYAKNYA YANG MENJADI PERHITUNGAN TETAPI KEBERKATANNYA.. HARTA YANG BERKAT, SEDIKITNYA MENCUKUPI, BANYAKNYA BOLEH DI AGIH-AGIHKAN. BEGITULAH USIA YANG BERKAT, PENDEKNYA BERMANFAAT, PANJANGNYA MELIMPAHKAN KEBAKTIAN." 
~ SOLUSI ISU NO. 24.



Tuesday, June 15, 2010

Cuti-cuti



Salam sejahtera.

Selamat bercuti buat anak-anak semua... Bagi yang sedang menghabiskan cuti dengan melancong bersama keluarga semoga percutian ini meninggalkan kenangan manis yang membahagiakan, akan bertambah erat lagi kemesraan dan ikatan kekeluargaan.

Seminggu lebih sudah suasana rumah ni riuh rendah kerana anak-anak telah berkumpul kembali.. pelbagai ragam dan karenah yang tercetus.. setiap seorang mempunyai karekter berbeza...Jangan nak manja-manja sangat duhai anak-anakku... belajar buat kerja rumah pulak...  Kebetulan pula 2 komputer dah masuk 'klinik' jadi satu je yang masih berjasa dalam masa cuti sekolah  ni... Sabor la ya menunggu giliran.. tak de la memasing memaku jer kat depan skrin tu.. pelbagai kerja sebenarnya boleh di lakukan jika bijak merancang sesuatu.


Masa terluang ni lah pelbagai benda boleh di buat.. Menghafal do'a ke? Menghafal surah-surah Lazim yang pendek (الملك - الرحمن - السجدة - الإنسان - الواقعة) dan panjang (مريم - طه - يس - الكهف ) ke?   Memasak ke?  Bersihkan laman ke... Buku-buku dalam almari tu pun banyak boleh di baca.. pilih je yang mana satu... Takde sebab nak merungut boring eyh!! Ish..ish.. mulalah Ummi membebel rimas dan risau kalau anak-anak buang masa begitu sahaja dan tak reti buat kerja-kerja rumah  ni. 


STUDY - satu lagi arahan yang sering bermain di bibir ibu dan bapa bila melihat anak leka bermain atau asyik menonton tv atau dok mengadap komputer.... jawapan dari anak-anak pula .... "nantilah... cutikan untuk berehat, nak hepi hepi....." satu lagi excuse.. 


HOMEWORK dah siap? PERINGATAN: Baik gi check sebelum buka sekolah nanti..
Jangan MALAS!!!!!! 

Cuti sekolah ni tak pergi berjalan ke?  Satu lagi soalan yang sering di utarakan oleh anak-anak bila cuti sekolah..
Sebab dah menjadi kebiasaan sebelum ni setiap cuti panjang akan ada sahaja rancangan percutian dengan melancong tapi sejak 2 orang dari anak telah sambung belajar di luar daerah jadi dah kerap menghantar dan mengambil mereka walaupun tiada cuti panjang.. cukuplah tu anak-anak... dah puas juga berjalan kann.. Di lain masa la pula ya..
Lagipun Atok tak berapa sihat,  pemerhatian dan tumpuan perlu di ambil berat terhadap kesihatan Atok.  Sering-seringlah temankan Atok semasa cuti ni.. terhiburlah juga Atok melihat cucu-cucu berada di samping.

Manafaatkanlah percutian ini dengan sebaik mungkin.. *Masa itu emas*.. harga yang tak ternilai dan tidak boleh di jual beli... Hargailah masa supaya tidak menyesal di kemudian hari.. 

Hasil percubaan membuat cheese cake yang dilakukan oleh anakku Hana (anak ke 3)


Syima (anak ke 4) dengan sukarelanya mencuci kereta dan motosikal... 
Cuci bersih-bersih ya Syima... :)




Mengambil Nabilah pada 26.05.2010 (sehari selepas Atoknya pulang dari hospital)
di rumah sewa di Sabak Bernam..
Selesai sudah pengajiannya di PSIS.

 







Menikmati hidangan makan malam bersama keluarga di tepian pantai (21 Km dari rumah)


SUNSET

Puji-pujian dengan nama Allah, panorama senja yang sungguh mengasyikan..."Maha Suci Allah"

SELAMAT BERCUTI!!!!!


Friday, April 23, 2010

Nota buat anak-anak (Selamat berjuang untuk menghadapi peperiksaan)


NOTA BUAT ANAK2 KESAYANGAN UMMI & ABAH ~ NABILAH, 'AIN, HANNAH, SYIMA & FIRDAUS & SESIAPA JUA ANAK-ANAK YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN TAHUN INI....







INGAT! PERSEDIAAN PEPERIKSAAN MEMERLUKAN MASA YANG PANJANG. SEDANGKAN MASA PEPERIKSAAN HANYA SEBENTAR (PENDEK). NAMUN DALAM MASA YANG PENDEK ITULAH KITA MENENTUKAN MASA DEPAN YANG PANJANG.




JIKA KITA BERJAYA MEMBINA KECEMERLANGAN DALAM WAKTU YANG PENDEK ITU, TENTU KITA AKAN MERASAI MANISNYA KECEMERLANGAN ITU SEPANJANG ZAMAN.







OLEH ITU, KITA HENDAKLAH BERASA BERUNTUNG (BUKAN RUGI) MENINGGALKAN SEDIKIT WAKTU BERMAIN DEMI KEJAYAAN DALAM PENDIDIKAN. 



~SELAMAT MAJU JAYA.. ANAK-ANAKKU~

MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU.  AMIIN.

Tuesday, March 16, 2010

Geli-gata (gelgata - gegata)


Sebelum masuk tidur Ummi lihat Syima tergaru-garu tangan dan kaki.. tak keruan dia menahan kegatalan kulit..

Ummi hampiri Syima dan lihat ...owh hoo...gatal 'geli-gata' rupanya... Patut ler.... Jika di sengat serangga gatal hanya setempat jer. Yang ni mulanya hanya gatal di tangan.. kemudian beralih ke kaki..
Ummi arahkan dia berhenti menggaru... kalau tidak nanti bengkak satu badan. Telahan Ummi benar.., rupanya memang dah merebak pun.. habis bengkak dan merah-merah satu badan itu yang Syima beraksi seperti orang menari pelbagai gaya...
Sebenarnya Syima adalah anak yang memang suka buat lawak dan menjadikan penghuni rumah ni tak kering gusi dengan telatahnya tapi yang ini aksi orang yang sedang di serang kegatalan yang melampau.. dalam keadaan macam tu pun dia boleh gelak menahan gatal bila penghuni rumah ni tergelak dengan gelagat dia.

Uiks... tau jer la kalau kena geli-gata ni mengetip satu badan...gayanya pulak dah macam orang kegelian kena geletek... dan cepat merata satu badan, agaknya tu yang di namakan geli-gata (geli merata) sebab aksinya buat satu badan tangan kaki tak boleh diam.



Ummi serahkan calemine lotion untuk di sapu keseluruh badannya.. untuk meredakan kerengsaan. Nampak Syima masih resah dan cuba menggaru lagi.. Ummi suruh bertahan.. dia kata tak boleh.. gatal sangat... dah masuk aksi berjoget pulak dia.. alolo.. siannya..

Nak cari ubat pil tahan gatal hari dah larut malam, kedai farmasi dah tutup.. apa cara nak buat ya..

Ummi cuba cara ni pulak... rebus air panas.. buat suam-suam kuku campur garam.

Ummi suruh Syima jirus air satu badan.. tapi pantang geli-gata ni jangan sesekali di garu.. memang cepat merebak.. Selepas mandi... sapu semula calamine lotion kat seluruh badan. Nampaknya cubaan kali ni berhasil bila dia mula nampak agak selesa sikit dan boleh tidur dengan lenanya..

Apalah yang dia main siang hari tadi...sebab dia seorang jer yang kena geli-gata ni. Biasanya geli-gata ni disebabkan dari hama atau ulat bulu atau disebabkan cuaca sejuk dan kulit kering... Tapi sekarang ni musim panas dan kering. Tapi nak pasti kenalah tanya pengamal perubatan.

Hampir pagi..kegatalan berulang.. Ummi minta dia bertahan sementara tunggu farmasi beroperasi. Mula la dia mengeliat-geliat menahan gatal..dan merengek... tak senang duduk..
Syima ulangi langkah malam tadi dengan mandi garam kemudian sapu semula lotion... cara ni meredakan sikit buat sementara waktu.

Selepas jam sepuluh baru lah Abah dia ke farmasi cari ubat alahan. 2 jenis pil di beri..
Setelah makan ubat tu.. tak lama kemudian Syima tertidur.

Bila dia terjaga dari tidur.. kesan merah di badan dan kegatalan dah tak de.. Alhamdulillah!! Ubat pun hanya makan sekali jer...!!! Punca dia kena geli-gata ni tak pasti dari mana dia dapat????? Jangan la berulang lagi... apa-apa pun ubat sapu seperti calamine lotion perlu ada dalam simpanan.


P/S: ubat hanyalah asbab dan ikhtiar.. yang menyembuhkan adalah Allah s.w.t.


Saturday, February 20, 2010

My family 2

Bersama Hubby tersayang

Di dampingi suami tercinta kami amat bahagia di kurniakan Allah swt , 5 orang permata hati.. 4 puteri dan "the only prince" si bongsu Muhammad Firdaus.

Kakak ~ Nabilah 'Izzati (20 tahun ~15 Sept. 2010) walaupun anak sulung.. tapi amat la manja, berperwatakan agak lembut.
Penuntut di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam dalam pengajian IT (sijil) dan akan mengakhiri pengajiannya bulan Mei, 2010.
Bila balik cuti tugasnya mengambil dan menghantar adik ke sekolah.

Anak ke dua ~ Nurul 'Ain (19 tahun ~ 25 Sept., 2010) tegas, manja, berkeyakinan, pantang nampak bantal (hehehe~ sorry 'Ain),
Memegang jawatan co-driver Abah.
Menuntut di UiTM, Melaka dalam pengajian Perakaunan (diploma). Baru menduduki semester pertama... (selepas selesai mengikuti kursus Pra. Perdagangan di UiTM, Jengka, Pahang sessi Julai 2009) long way to go. Mengadu pelajaran agak susah... ''itu la namanya belajar Nak.. susah tu la perlu di pelajari.'' Ummi dia memang boleh cakap je.. beri nasihat.. cuba buat sendiri.. huhuhu!! Hope she can do it.


Anak ke tiga ~ Nurul Hannah (16 tahun ~ 12 March, 2010) manja, berjiwa agak sensitif.., suka membaca novel.. berenang adalah minatnya
Pelajar di tingkatan 4.
Suka mencuba resepi masakan.. sekali sekala bila datang mood rajin dia.. :)

Anak ke empat ~ Nurhasyimah (14 tahun ~ 16 Januari, 2010) manja, agak lasak, suka berenang, aktif bersukan masa di sekolah rendah tapi sejak bersekolah menengah dah mula kurang aktif... Boleh la di harap untuk tolong Abah buat kerja sebab karakter dia yang lasak.
Pelajar di tingkatan 2.

Anak ke lima ~ Muhammad Firdaus (12 tahun ~ 28 April, 2010) tegas, boleh tahan garangnya.. huhuh!! Hero seorang la katakan kena la ada ciri-ciri berani dan pantang di cabar.. Walaupun begitu bersifat penyayang dan manja la juga..
Agak rajin tolong Abah bila di minta berbuat demikian...
Suka bermain bola sepak dan futsal..
Masih bersekolah rendah di tahun 6.

Mereka ni adik beradik bila berkumpul memang riuh rendah suasana dengan sakat menyakat, bertekak, gelaktawa, dan bila kala berjauhan dengan 2 orang kakak, adik-adik pulak amat lah terasa sunyi. Mulalah masing-masing rindu-rinduan.. dah menjadi resam manusia.. begitulah adatnya.

Do'a Ummi dan Abah agar kesemua anak-anak di lindungi Allah dalam kesejahteraan, pandai jaga diri dan tekun berusaha.. Semoga kesemuanya menjadi insan yang Soleh, Solehah, mempunyai sikap bertanggungjawab serta saling bantu membantu antara satu sama lain agar memperolehi kehidupan yang lebih baik di masa depan berbahagia hidup di Dunia dan di Akhirat.

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah." (Ali-Imran: 110)

"Ya Tuhanku jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mengerjakan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah do'a kami. Ya Tuhanku, ampunkanlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekelian orang-orang mukmin pada hari hisab nanti." (Surah Ibrahim: 40-41)


My beloved family

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails