Pages


Showing posts with label sunset. Show all posts
Showing posts with label sunset. Show all posts

Sunday, October 10, 2010

10.10.10.. jam 10.10 a.m.. (wow..wow.. baru terperasan N3 ini di post waktu ini.. memang kebetulan.. tak plan pun ) Panorama senja di lebuhraya SKVE

 Lebuh raya SKVE

16.09.2010 ~ Pertama kali melalui lebuhraya SKVE terpesona melihat keindahan tasik yang membiru di kiri kanan jalan berhampiran Kampung Lombong.. Kebetulan pula waktu tersebut hampir senja .. dapatlah ku rakam keindahan di kala mentari hampir mencecah di ufuk barat.. warna jingga melakari di kaki langit.. SUBHANALLAH.



Tidak dapat di gambarkan dengan jelas di foto-foto ini (lagipun kamera dah uzur - tapi syukur masih boleh berbakti pada tuannya lagi..:) )  Berbanding jika kita mengalami suasana sebenar.. memang indah. MASHALLAH.




Semasa kami mengikuti laluan ni dari PutraJaya menuju ke Klang jalan ni agak lengang tidak sesibuk seperti lebuhraya-lebuhraya yang lain di Malaysia ni.. Untuk pengetahuan, lebuhraya ini baru di buka pada umum pada bulan Julai yang lalu.



Bertuah bumi mu Malaysia.. telah banyak jalan penghubung untuk mendekatkan jarak perjalanan dari satu tempat ke satu tempat sekarang .. Hanya perlu sediakan $RM$ sajalah kerana banyak tol yang perlu kita lalui..  Nak jalan yang cantik dan mudahkan perjalanan perlulah berkorban sikit kannn.. :)




SKVE ini adalah singkatan The South Klang Valley Expressway yang menghubungkan Bangi, PutraJaya, CyberJaya, ke Teluk Panglima Garang, Pulau Carey dan Westport Pulau Indah, Klang.  Maklumat lebuhraya tersebut boleh di dapati di Wikipedia.

Tuesday, June 15, 2010

Cuti-cuti



Salam sejahtera.

Selamat bercuti buat anak-anak semua... Bagi yang sedang menghabiskan cuti dengan melancong bersama keluarga semoga percutian ini meninggalkan kenangan manis yang membahagiakan, akan bertambah erat lagi kemesraan dan ikatan kekeluargaan.

Seminggu lebih sudah suasana rumah ni riuh rendah kerana anak-anak telah berkumpul kembali.. pelbagai ragam dan karenah yang tercetus.. setiap seorang mempunyai karekter berbeza...Jangan nak manja-manja sangat duhai anak-anakku... belajar buat kerja rumah pulak...  Kebetulan pula 2 komputer dah masuk 'klinik' jadi satu je yang masih berjasa dalam masa cuti sekolah  ni... Sabor la ya menunggu giliran.. tak de la memasing memaku jer kat depan skrin tu.. pelbagai kerja sebenarnya boleh di lakukan jika bijak merancang sesuatu.


Masa terluang ni lah pelbagai benda boleh di buat.. Menghafal do'a ke? Menghafal surah-surah Lazim yang pendek (الملك - الرحمن - السجدة - الإنسان - الواقعة) dan panjang (مريم - طه - يس - الكهف ) ke?   Memasak ke?  Bersihkan laman ke... Buku-buku dalam almari tu pun banyak boleh di baca.. pilih je yang mana satu... Takde sebab nak merungut boring eyh!! Ish..ish.. mulalah Ummi membebel rimas dan risau kalau anak-anak buang masa begitu sahaja dan tak reti buat kerja-kerja rumah  ni. 


STUDY - satu lagi arahan yang sering bermain di bibir ibu dan bapa bila melihat anak leka bermain atau asyik menonton tv atau dok mengadap komputer.... jawapan dari anak-anak pula .... "nantilah... cutikan untuk berehat, nak hepi hepi....." satu lagi excuse.. 


HOMEWORK dah siap? PERINGATAN: Baik gi check sebelum buka sekolah nanti..
Jangan MALAS!!!!!! 

Cuti sekolah ni tak pergi berjalan ke?  Satu lagi soalan yang sering di utarakan oleh anak-anak bila cuti sekolah..
Sebab dah menjadi kebiasaan sebelum ni setiap cuti panjang akan ada sahaja rancangan percutian dengan melancong tapi sejak 2 orang dari anak telah sambung belajar di luar daerah jadi dah kerap menghantar dan mengambil mereka walaupun tiada cuti panjang.. cukuplah tu anak-anak... dah puas juga berjalan kann.. Di lain masa la pula ya..
Lagipun Atok tak berapa sihat,  pemerhatian dan tumpuan perlu di ambil berat terhadap kesihatan Atok.  Sering-seringlah temankan Atok semasa cuti ni.. terhiburlah juga Atok melihat cucu-cucu berada di samping.

Manafaatkanlah percutian ini dengan sebaik mungkin.. *Masa itu emas*.. harga yang tak ternilai dan tidak boleh di jual beli... Hargailah masa supaya tidak menyesal di kemudian hari.. 

Hasil percubaan membuat cheese cake yang dilakukan oleh anakku Hana (anak ke 3)


Syima (anak ke 4) dengan sukarelanya mencuci kereta dan motosikal... 
Cuci bersih-bersih ya Syima... :)




Mengambil Nabilah pada 26.05.2010 (sehari selepas Atoknya pulang dari hospital)
di rumah sewa di Sabak Bernam..
Selesai sudah pengajiannya di PSIS.

 







Menikmati hidangan makan malam bersama keluarga di tepian pantai (21 Km dari rumah)


SUNSET

Puji-pujian dengan nama Allah, panorama senja yang sungguh mengasyikan..."Maha Suci Allah"

SELAMAT BERCUTI!!!!!


Monday, June 7, 2010

Alhamdulillah

Selepas di operation Abah segera di bawa ke ICU 
dengan ambulan ke bangunan yang kelihatan di belakang tu.. (cuaca hujan ketika ni)


Salam sejahtera..,

Alhamdulillah, dengan Rahmat Allah SWT dan kasih sayangNya Abah telah selamat menjalani operasinya pada 18.05.2010 di bilik Operation Theatre HTAR.  Segalanya berjalan dengan lancar pada hari tersebut..

Terima kasih yang tidak terhingga buat Dr. Tan dan pembantu-pembantunya Dr. Abd. Ghani, Dr. Theeba, Dr. Siva dan beberapa lagi doktor yang begitu baik (nama tak ingat - ramai sangat doktor silih berganti - ya lah 2 minggu di wad kan dari 11.05.2010 hingga 25.05.2010) juga jururawat-jururawat di wad 4A yang telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan dedikasi... tak lupa juga petugas di unit ICU wad 5c. Mereka telah melakukan kerja yang terbaik. Jasa mu semua tetap kami kenang hingga bila-bila.







Emak, adik bongsuku (Norzie), abangku Azhar (snap gambar ni), juga diriku
menunggu Abah sepanjang Abah sedang di operation.
 
Panorama senja -  Operation Theatre terletak di bangunan klinik harian level 2 - gambaran dari wad 4A


Sunday, May 16, 2010

Pulang sebentar...


Salam sejahtera...,


Baru pulang dari hospital malam tadi (15.05.2010) setelah menghuni di hospital selama 5 hari.  Adik bongsuku Norzie mengambil alih tugas menjaga Abah di hospital untuk hari ini memandangkan dia bercuti hari Ahad.  Beliau beri peluang padaku berehat sebentar bersama Suami dan anak-anak.  Tengahari ini ku akan sambung semula tugas menjaga Abah.

Buat masa ni Abah masih belum menjalani pembedahan lagi kerana tiada kekosongan katil ICU.  Wad ICU sedang di baik pulih.. jadi katil terhad.  Biarlah ianya di tangguh dahulu sebab kondisi Abah selepas di operasi nanti memerlukan rawatan rapi.. jadi kalau tidak ia akan lebih memudaratkan... 

Ada beberapa kes pesakit sepatutnya berada di ICU tapi di tempatkan di wad biasa, kondisinya amat kritikal.. Dapat ku lihat dengan jelas bagaimana doktor dan jururawat bertungkus lumus cuba menyelamatkan nyawa pesakit..(Namun nyawa ini hanya Allah SWT sahaja yang menentukan, tiada siapa yang tahu bila ajal menjemput. Nyawa manusia telah tercatat sejak azali lagi berapa lama ia hidup di dunia yang fana' ini).  Manusia hanya berikhtiar dan mohon keselamatan dari Allah jua.

Walau bagaimanapun kesihatan Abah sentiasa di pantau oleh Doktor dan jururawat yang bekerja dengan dedikasinya.. Tapi ada juga yang tak faham dengan tugas mereka dan ada juga yang mengeluh jika terlewat mendapat rawatan kerana mereka perlu menjaga ramai pesakit di wad.. namun sebagai manusia tiada siapa di dunia ni yang sempurna dan sentiasa ada kelemahan. Sabar dan memahami penting buat semua. Tugas doktor dan jururawat makin berat lebih-lebih lagi bila pesakit ICU di tempatkan di wad biasa. Mereka perlu mengambil lebih tumpuan buat pesakit kritikal kondisinya di samping pesakit-pesakit lain.

Tugas mereka terlalu banyak dan ku tak nampak mereka berehat.. sentiasa bekerja dan ada doktor yang tiada kesempatan untuk menjamah makanan.. Begitulah besar khidmat yang di beri untuk memberi jaminan yang terbaik untuk pesakit.



Sunday, March 21, 2010

Utara dan Selatan



Stesen Bas Klang Sentral, Jalan Meru

Hari ni Ahad, Nabilah akan kembali ke teratak sewanya di Sabak Bernam (arah utara) selepas seminggu bercuti manakala 'Ain pulang ke Melaka (arah selatan).. Rumah kembali sunyi tanpa suara-suara mereka.. Che' Abang, Ummi, Nabilah dan Muhammad Firdaus menghantar 'Ain di Klang Sentral yang jaraknya hanya lebih kurang 1 km dari rumah. Sesampai sahaja di stesen bas jam 1.55 p.m. 'Ain terus menuju ke platform bas Transnasional untuk destinasi ke Alor Gajah, Melaka berjadual jam 2.00p.m.

Sempat bergambar lagi tu dengan adik kesayangan

Setelah bersalaman dengan ahli keluarga 'Ain menaiki bas, dia adalah penumpang terakhir menaiki bas tersebut. Bas bergerak memulakan perjalanan tepat jam 2.00p.m. 'Ain selamat tiba ke destinasi jam 4.30p.m. Alhamdulillah.


"Yang, tepi sikit beri laluan..", Che' Abang menegur...
Ini lah gambar kandid yang sempat di rakam dalam bangunan
Klang Sentral ..
errr... segannya leka mengambil gambar tak perasan sudah menghalang laluan..
sebenarnya saya ni penyegan orangnya untuk merakam gambar di tempat awam..
tapi buat-buat tak tau jer.. dapat dua tiga snap cukuplah.. untuk kenangan.

Setelah menghantar 'Ain di stesen bas kini giliran Nabilah pula. Jam 5.00 p.m Che' Abang dan Ummi menghantar Nabilah ke Sabak Bernam bersama dengan Norehan (sepupu Ummi) dan rakannya, Rozana yang sama-sama menuntut di PSIS.


Pemandangan indah dalam perjalanan...
sawah padi di Sekinchan

(koleksi foto)


Kenangan bersama Abah dan Emak waktu
menghantar Nabilah di asrama PSIS 2 tahun yang lalu



Tepat jam 7.00p.m tiba di perkarangan kompleks asrama untuk menurunkan Norehan bersama dengan rakannya manakala Nabilah ke rumah sewanya tak jauh dari PSIS.

Persekitaran dalam kawasan Politeknik Sultan Idris Shah,(PSIS)
Sabak Bernam


Sebelum menghantar Nabilah kami makan malam dulu di warung terdekat dan selepas Che' Abang selesai solat Maghrib barulah menuju ke rumah sewa dimana Nabilah tinggal bersama 7 orang rakannya.


Rumah sewa 3 pintu pelajar PSIS di kelilingi pepohon kelapa
dan rumah penduduk tempatan
Kemudahan lengkap di sediakan oleh tuan rumah untuk para pelajar termasuk WiFi


Waktu senja di Sungai Parit Baru, Sabak Bernam 21/3/2010

Nabilah bersama adik-adiknya di dalam rumah tersebut.
Foto ni koleksi bulan Februari sewaktu 'Ain sedang bercuti
..
dapatlah dia meluangkan masa menghantar ketika itu.

Di sebabkan kedudukan PSIS yang jauh dari bandar dan tiada kemudahan pengangkutan kami mengambil berat untuk menghantar sehingga ke muka pintu tempat penginapan mereka. Tetapi untuk pulang ke rumah mereka tiada masalah kerana terdapat kereta sewa untuk ke stesen bas di Pekan Sungai Besar atau Bandar Sabak Bernam. Keselamatan mereka yang kami utamakan.

Manakala 'Ain tiada masalah pengangkutan untuk ke hostelnya kerana banyak kenderaan awam mudah di dapati di sana.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails