Pages


Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Tuesday, September 30, 2014

Meraikan Sweet September 2014

Sabtu, 27 September 2014:  

Alhamdulillah... majlis yang di anjur oleh adikku Norzie untuk menghimpunkan keluarga pada majlis mengingati ulangtahun dirinya dan anakanda-anakandanya berjalan lancar...   Cerita anak-anak September di sini.

Selepas selesai menunaikan solat Isya' berjemaah dan do'a selamat di ikuti dengan sessi makan-makan... menjamu selera.. mmm dap :) 

Di samping itu abang keduaku juga meraikan anak lelakinya Muhammad Adzib yang di lahirkan pada 15 September, 2014 (sama tarikh lahir dengan anakanda sulungku) dengan hidangan kambing panggang.. yummy!!



Demam "Frozen"... ehehe kek istimewa dari
 mommy Norzie n daddy Shafik untuk kedua-dua anakandanya.. Eiman dan Dafinah




Dua biji kek lapis istimewa hadiah dari Adzrie dan Liz khas buat "sweet September"








Thursday, August 28, 2014

Kesinambungan MISI SEMURNI KASIH

Alhamdulillah berkat do'a semua ahli keluarga dan insan-insan dermawan yang di kasihi dengan keizinan Allah s.w.t. misi semurni kasih adindaku Norzie yang di jadualkan pada 30hb. Mei, 2014 hari Jumaat telah berjalan lancar setelah tertangguh sebelum ini.. (sepatutnya tarikh dalam n3 .. Misi semurni kasih -  pembedahan di jadualkan pada hari Rabu 21 Mei, 2014..)

Misi semurni kasih ni membabitkan 2 famili yang amat kami kasihi dan sayangi... Iaitu cucu sulung dan adik bongsu kami.

Cucu sulung saudara kami iaitu cucu sulung abang keduaku, anak sulung kepada anak saudara sulung ku Adzrie dan isteri Liz.. Mereka telah di kurniakan anak yang sangat di nanti-nantikan sejak mendirikan mahligai rumah tangga pada 9 Disember, 2011 di Kangar, Perlis. 

Puteri sulung mereka lahir pada 24 Julai, 2013 dan di beri nama Adra Afieya.. Kelahiran yang amat bermakna buat Adzrie dan Liz juga Mak Tok dan Tok Abah seisi keluarga.. kami ahli keluarga semua teruja dengan kelahiran cucu sulung ini..

Moyang Thom perolehi cicit pertama.. dapat menimang dan memangku dengan penuh mesra penyambung susur galur keluarga..

Alhamdulillah si comel penyeri dan pengerat kasih sayang.. lahirnya sehat dan sempurna..  jaundice ni perkara biasa bagi kanak-kanak yang baru lahir..

Namun setelah Adra berusia sebulan dan bulan-bulan seterusnya bacaan kuning tidak berkurangan..  Mama Liz.. mula nampak kelainan pada baby Adra... badan dan mata kekuningan dan perutnya semakin mengeras dan agak membesar sedikit demi sedikit... Bila di rujuk kepada PPUM dan melakukan kasai barulah di kesan ianya adalah Biliary Atresia satu penyakit melibatkan bengkak hati yang kronik..

Pehak hospital berbincang dengan kedua ibu bapa Adra bahawa penyakit ini memerlukan pemindahan hati dan kosnya agak mahal.. dan pihak doktor dan hospital mencadangkan ianya di lakukan di Singapura kerana kepakaran boleh di perolehi di situ. Bagi mereka makan gaji adalah sesuatu yang sukar untuk memperolehi dana yang besar dalam suatu masa.. dan ianya sesuatu yang amat mustahil untuk mengumpul wang yang banyak dalam masa singkat..

Inisiatif dari rakan-rakan Liz dan Adzrie maka tertubuhnya Foundation Fund buat Adra melalui FB: Donation For Adra Afieya.

Sambutan dan galakkan dari rakyat Malaysia dan saudara mara dalam membantu saat genting ini amat di hargai sehinggalah misi ini berjaya di laksanakan.

Doktor pakar dan pembantu-pembantu di hospital NUH, Singapura bertungkus lumus memastikan kedua-duanya berada dalam keadaan stabil sepanjang pembedahan dan pemindahan.. ianya memakan masa setengah hari... masing-masing menanti dengan debaran terutama kedua ibu bapa Adra dan suami adikku.. 

Kami yang berada di tanah air pun tak senang duduk menanti perkhabaran.. Setelah selesai segalanya di beritakan bahawa pembedahan dan pemindahan telah berjaya dengan pertolongan Allah yang Esa.... Syukur Ya Allah!! Allahu Akbar... hanya Allah jua tempat kami memohon segala-galanya.. Allah jua yang memakbulkan do'a hamba-hamba-Nya yang tak putus-putus berharap kepada-NYA. 

Alhamdulillah terkini.. penyumbang hati adindaku dan baby Adra yang masih dalam pemantauan doktor setiap seminggu sekali berada dalam keadaan sejahtera... Badan Adra dah berisi dan aktif seperti kanak-kanak sebayanya.

Buat kedua ibu bapa Adra yang banyak berkorban dengan penuh kesabaran dan kasih sayang sepanjang Adra memerlukan perhatian sepenuhnya, agar kalian sekeluarga di limpahi Allah dengan kurnia-Nya sebagai keluarga penuh dengan sakinah dan kebahagiaan.

Gembira melihat keluarga mereka ceria kembali. Penuh dengan do'a dan senyum yang sentiasa mengiringi.

Syukur Ya Allah di atas Kasih Sayang dan Rahmat-MU.


-Nota ini di catat pada awal bulan Jun 2014-

(oopsss catatan ni dah lama sebenarnya setelah di edit baru di jelmakan - ingat ke dia muncul ikut tarikh di 'draft'kan.. mmm tak pe la.. ianya adalah tarikh ingatan yang tidak akan mudah di lupakan dalam sejarah keluargaku.  
Jumaat 30.05.2014 - 1 Syaaban 1435)

Monday, May 19, 2014

MISI SEMURNI KASIH


Kuala Lumpur International Airport, Sepang (KLIA)
Ahad - 18 Mei, 2014 (18 Rejab, 1435H).

Setelah selesai menghadiri dua majlis walimah bersama suami di kejirananku, selepas solat zohor ku dengan di temankan dua puteriku Nabilah (driver) dan Syima (co-driver) bergegas ke KLIA.   (Suami tak ikut sama sebab ada tugasan menanti di petang hari..)

Kami bertiga tiba di KLIA lebih kurang pada jam 2.50 p.m.  

Kami menyusul untuk menemui adik bongsuku dan suami di KLIA sebelum beliau berangkat dalam penerbangan menuju destinasi ke Singapura.  (Walaupun kami tinggal satu kawasan mereka telah di hantar ke airport oleh abang Ngah lebih awal lagi..)

Sempatlah kami bersembang sehingga jam 3. 45 p.m sebelum mereka masuk ke balai berlepas.  Jadual penerbangan dengan pesawat MAS jam 4.30 p.m.




Alhamdulillah pesawat selamat mendarat di Changi Airport, Singapore,  jam 5.25 p.m.  




Kami iringi do'a semoga niat murni mu akan di makbulkan Allah s.w.t. dan segalanya di permudahkan dengan izin Allah jua.. Cekal dan tabah ya adikku sayang.. sayunya hatiku!!  Kami sayang mu duhai adik bongsuku..  Mulianya jiwa mu setulus hatimu begitu juga dengan ke redhaan dari suami mu..  

Semoga Allah melimpahkan rahmat kesejahteraan usia, keberkatan dalam kehidupan sebanyak mana pengorbanan mu dan kesabaran mu ... di kurniakan anugerah berlipat-lipat kali ganda banyaknya oleh Allah s.w.t.  

Ganjaran dari Allah SWT kepada mereka yang berkorban:

Allah SWT menjanjikan ganjaran di dunia dan akhirat kepada mereka yang sanggup berkorban seperti firmanNya:


Mafhumnya;


 10.  Wahai orang-orang yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?


11.   Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).


12.  (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga " Adn ". itulah kemenangan yang besar.


13.  Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

surah as-Shaff : ayat 10 -13;




Firman ALLAH:


Mafhumnya;


39.  Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia- lah jua sebaik-baik pemberi rezeki".


surah Saba’ : ayat 39;

sumber: http://suraualazhar.blogspot.com/2012/09/pengorbanan-dalam-perjuangan.html



WE LOVE YOU SO MUCH!!!


Sayup-sayup dari kejauhan ku melihat mereka melangkah kaki menuju ke gate 10..... dengan jutaan rahsia..............  Hanya Allah s.w.t. yang lebih mengetahui.. 

Cita-cita menghendaki perjuangan, perjuangan menghendaki pengorbanan, dan pengorbanan menghendaki ketabahan hati!!

Wednesday, May 14, 2014

Steamboat @ D captain

Catatan diari hari Selasa - 13. 05. 2014:  lebih kurang jam 6.15 p.m. 

Alhamdulillah , Allah beri rezeki kami sekeluarga dengan menikmati hidangan steamboat @ D captain ... anak-anak belanja @Nabilah (along) dan Nurul 'Ain (angah).. 

Mashaa Allah... terima kasih Ya Allah.. terima kasih anak-anakku.. semoga Allah limpahi rezeki dan rahmat-Nya buat semua.. Aamiin. 






Tuesday, January 11, 2011

Ku Rindu (11.1.11 @ 11.11 PM)

Nostalgia ~ kenangan pertengahan tahun 1980 an Abah dan Emak berlatarkan rumah pusaka tempat kelahiran kami adik beradik. (Baju sedondon lagi - Baju Abah dan Emak hasil jahitan tangan Emak sendiri.. Sayang Abah dan Emak)
Halaman yang menghijau di jaga oleh Abah dan Emak.. bersih dan nyaman suasana ketika itu... Kami rindu!!!

Salam rindu....,
Ku rindu menatap wajahmu..
Ku rindu berbicara denganmu.. tapi kini bicaraku di titip dalam do'a buatmu Abah, 
Ku dakap rindu memohon ke hadrat Illahi agar kau bahagia, tenang dan damai di sana.. 
Kini pelukan ku bertambah erat buat Emak yang amat kami kasihi..

Abah,  ketika ku berkunjung ke pusaramu (9/1/2011) bersama kak Fizah dan Norzie..
Di waktu yang sama (siang hari) Nabilah anak sulungku sedang tidur di rumah dan pada waktu itu beliau bermimpi bertemu Abah (Atoknya).. dan dalam mimpi Atok berpesan "Jangan tinggal solat"..
Airmatanya menitis dan sebak kerana kerinduan pada Atok di sayangi yang ambil berat diri cucu-cucu. Beliau terimbau kembali ketika pergi dan balik sekolah bilamana bapa mereka sibuk Atoklah yang mengambil dan menghantar cucu-cucu ke sekolah.. Semoga peringatan dalam mimpinya itu menjadikan anak cucu sentiasa patuh dengan suruhan Allah dan tidak melengah-lengahkan solat..!!


Abah, ku coretkan beberapa keratan catatan motivasi yang di petik dari buku koleksi Abah, "Mengubat DUKA LARA" ~ ilmu dari Allah yang telah di susun oleh Ustaz Safwan Fathy dalam kitabnya agar menjadi panduan kami.... 


~Menganggap Mati Sebagai Satu Istirahat..~


Apabila kita menyedari bahawa mati sebenarnya adalah satu istirahat yang panjang, yang melegakan kita dengan syarat kita menjadi insan soleh semasa hidup di dunia ini.  Hal ini sesuai dengan sepotong hadith riwayat Abi Qatadah, bahawa ada jenazah lalu di hadapan Rasulullah s.a.w., maka Baginda s.a.w. bersabda, "Dia beristirahat dan orang lain beristirahat daripadanya." Maka bertanyalah para sahabat, "Apakah maksud dia beristirahat dan orang yang lain beristirahat daripadanya?"


Jawab Nabi s.a.w. :  "Orang yang beriman, dengan kematiannya itu maka dia beristirahatlah daripada kepayahan dunia.  Dan orang yang jahat dengan kematiannya itu, maka manusia, negeri, pohon-pohon dan binatang terlepas daripada gangguannya." (Muttafaq'alaih)


"Sesungguhnya mereka yang telah mengakui Allah Tuhan kami, kemudian bersikap istiqamah (lurus), akan turun Malaikat kepada mereka untuk menghibur dengan kata-kata:  Jangan takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah kamu dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu.  Kami (Allah) sebagai Pelindung kamu pada masa hidup kamu di dunia dan di akhirat.  Dan untuk kamu didalamnya (tersedia) apa-apa yang diinginkan oleh diri kamu, dan bagi kamu di dalamnya (tersedia) apa-apa yang kamu minta.. Sebagai hidangan daripada Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang." (Surah Fussilat: 30-32) 

Dengan ayat tersebut jelaslah bahawa orang yang beriman dan beristiqamah dalam menghayati ajaran Allah s.w.t. nescaya akan dijauhkan daripada perasaan takut (cemas) dan dukacita, sebaliknya akan memperoleh ketenangan jiwa.  Dan seterusnya di akhirat nanti akan di hidangkan dengan pelbagai kenikmatan yang tidak terperi, kegembiraan dan kebahagiaan yang kekal abadi dengan rahmat dan izin Allah s.w.t. jua.


Ya terdapat pelbagai keterangan memberikan gambaran adanya antara hamba-hamba Allah yang di anugerahi ketenangan menghadapi maut.  Mereka menghadapi saat-saat kematian itu dengan damai dan tenang, tidak cemas dan khuatir, bahkan ada yang mencintai mati (syahid) lebih daripada mencintai hidup.  Mereka itu adalah para Nabi, siddiqin, syuhada' dan para solehin pada umumnya.


Rasulullah s.a.w. sendiri pada waktu hampir kewafatannya, Baginda menunjukkan ketenangan yang terbayang daripada sikapnya mahupun perkataannya.  Anas r.a. mengungkapkan ketika makin berat sakit Rasulullah s.a.w., Fatimah r.anha berkata, "Alangkah berat penderitaan ayah!"  Jawab Nabi s.a.w., "Tidak lagi ayah menderita kesukaran sesudah hari ini!"

Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, Fatimah r.anha berkata, "Wahai ayahanda, ayahanda telah menyambut panggilan Tuhan.  Wahai ayahanda, syurga Jannah al-Firdaus tempatnya..."  Demikian menurut al-Bukhari.

Ibnu Mas'ud menyapa Nabi s.a.w. ketika sakit, "Wahai Rasulullah!  Sungguh serius demam ini..!"  Nabi s.a.w. menjawab, "Benar, saya menderita panas dua kali ganda daripada orang biasa."

Berkata Ibnu Mas'ud, " Benar kerana anda memperoleh pahala dua kali ganda daripada orang biasa."  Jawab Nabi s.a.w., "Demikianlah halnya!  Tidak seorang Mukmin menderita gangguan apa pun, baik berupa duri atau lebih daripada itu, melainkan Allah akan menghapuskan dosanya, laksana gugurnya daun dari pohon."  (Muttafaq 'alaih).

Para sahabat Nabi s.a.w. menunjukkan ketenangan dan tidak takut menghadapi kematian.  Ya, mereka tenang, bahkan merindukan mati syahid di jalan Allah.


Umar Ibnu al-Khattab r.a. pernah berdo'a agar dijadikan mati syahid di kota Rasul.  Do'anya di makbulkan Allah, beliau mati syahid di dalam masjid terbunuh oleh perbuatan musuh Islam.


Uthman ibnu 'Affan r.a. ketika di kepung musuh-musuhnya yang akan menumpahkan darahnya, beliau tetap tenang membaca al-Quran.


Jabir memberitahu, bahawa di dalam Peperangan Uhud, ada seorang yang bertanya kepada Nabi s.a.w. "Bagaimana pendapatmu kalau saya terbunuh dalam peperangan ini?"  Jawab Nabi s.a.w., "Di syurga!"  Orang itu pun segera membuang beberapa biji kurma yang masih sisa di tangannya, kemudian dia maju bertempur hingga mati terbunuh. (Muttafaq 'alaih).


Salah satu kesan yang jelas kelihatan seseorang itu tenang menghadapi mati ialah apabila dia telah menyiapkan kain kafan dan kubur sebelum matinya.  Antara orang-orang yang bersikap demikian ialah 'Uthman ibnu 'Affan r.a., 'Aisyah dan Umar bin Abdul Aziz.  Mereka lakukan hal demikian tanpa ditegur oleh Nabi s.a.w.


Menurut riwayat Sahal r.a. ada orang yang pernah meminta sehelai kain burdah yang di pakai oleh Nabi s.a.w. dengan harapan kelak akan dipakai sebagai kain kafan,  Nabi s.a.w. memberikan burdah itu kepadanya.


Jika sikap manusia menghadapi maut ada dua macam, ada yang takut dan gelisah serta ada pula yang tenang dan senang, maka sudah tentu kita berharap termasuk golongan yang diberikan ketenangan oleh Allah s.w.t.


Bagaimana caranya dan betapa rahsianya?  Sudah tentu rumusnya tidak lepas daripada formula iman dan taqwa yang digariskan Allah s.w.t dalam al-Quran dan diterangkan Nabi s.a.w. dalam Hadithnya.


~Meyakini Kehidupan Akhirat Kekal Abadi~



Setiap orang yang beriman pasti meyakini bahawa kehidupan di dunia ini adalah sementara, dan kehidupan akhirat jua yang kekal abadi.  Nabi s.a.w. pernah menggambarkan bahawa hidup ini bagaikan orang yang berpergian jauh berteduh untuk seketika di bawah pohon, kemudian pergi meninggalkannya.  Dalam al-Quran banyak ayat di sana sini yang menjelaskan kehidupan dunia yang sedikit, dibandingkan dengan kehidupan alam akhirat yang lebih kekal dan lebih indah bagi orang yang bertaqwa.


Justeru sepatutnya setiap insan yang beriman harus lebih mencintai kehidupan di alam akhirat daripada dunia yang fana ini.. Setiap detik dan ruang waktu daripada kehidupan duniawi akan diisi sebanyak mungkin dengan amal soleh dan amal kebajikan.  Inilah sebaik-baik bekalan yang akan di bawa ke alam akhirat.

Dengan adanya keyakinan dan sikap serta persediaan yang sungguh-sungguh, insya-Allah seseorang itu dalam keadaan tenang, tidak takut dan tidak berdukacita menghadapi maut, malahan akan merasa rindu untuk bertemu dengan Allah.


~Rindu Bertemu Allah s.w.t.~


Allah s.w.t adalah kekasih kita yang kita kasihi lebih daripada mengasihi ibu bapa, anak dan isteri.  Di samping itu meyakini bahawa Allah juga mencintai dan mengasihi kita, lebih daripada kecintaan manusia yang sayang kepada diri kita.


Dalam hadith riwayat Muslim diterangkan bahawa sesiapa yang suka bertemu dengan Allah s.w.t. Allah pun suka menemuinya.  Orang yang demikian itu memandang kematian hanyalah sebagai jambatan penyeberangan untuk menemui Allah yang dicintai dan yang dirindui selama ini.


Bagaimana untuk sampai ke maqam mahabbah yang begitu tinggi?


Berusaha dan berikhtiarlah mengukuhkan keimanan dengan terus-menerus meningkatkan ilmu dan amal dengan sungguh-sungguh serta ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t.

CATATAN PADA 11.1.11 @ 11.11 p.m (11hb.  Januari, 2o11)


MEMORI

Kenangan silam 1970 an ~ dari kiri ayahanda Tn. Haji Rahmat (abang ipar Abah), Almarhum nenda Hj. Abd. Rashid (bapa tiri Abah), Almarhum ayahanda Hj. Mohamed Asru dan Almarhum ayahanda Hj. Asfandi


Abah dan adik bongsuku Norziela ~ pulang dari sekolah ~ awal 1980 an.










Abah dan Abangku Azhar juga anak saudara Abah, Nazrul M. Asru ketika menziarahi kaum kerabat di Medan, Indonesia pada tahun 1990 (dan juga beberapa ahli keluarga terdekat dari Malaysia turut serta)


Abang sulungku ~ Adnan membantu Abah di kebun.



Menghantar cucu-cucu ke sekolah tadika, Khairul Hafiz dan anakku Nurul Hannah tahun 2000.

Sewaktu di Hospital Kuala Lumpur menjalani rawatan selepas pengambilan dua dos ubat untuk kemoterapi bagi mengawal kanser usus yang telah merebak ke hati dan paru-paru (rawatan kemoterapi dihentikan sertamerta kerana terdapat jangkitan  dalam darah) - bulan Ogos 2010 (Ramadhan)
 
Berehat sebentar di rumah abangku Azhar di Bandar Tun Hussein Onn sekembali dari Hospital Kuala Lumpur menjalani rawatan susulan.


Adik beradik Abah.. (2 orang tiada dalam gambar Allahyarham ayahanda Rusdi -abang- dan Bonda Hajjah Marminah- kakak)


Emak di samping Abah... (awal bulan Disember,2010) Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu Abah.. dan di himpunkan bersama para solehin.. AL-FATIHAH.  Ya Allah berilah kesihatan yang baik buat bondaku dan rahmatilah kehidupannya.. Amiin.
Kasih sayangku buatmu Emak dan Abah..
Pelangi senja ~ 1 Disember, 2010
 


Friday, December 31, 2010

Di awal dan di akhirnya... ABAH yang di kasihi kembali ke pangkuan Illahi (IN LOVING MEMORY OF AYAHANDA HJ. ASFANDI B. SIPON)

Kunjunganku bersama anak-anakku Nurul 'Ain, Nurhasyimah dan Muhammad Firdaus di pagi Jumaat 31.12.2010
ke pusara Ayahanda tercinta.. AL-FATIHAH

frames

"Wahai Tuhanku, ampunilah akan dia, rahmatilah akan dia, afiatkan dia dan maafkanlah akan dia.
Muliakanlah persinggahannya, dan luaskanlah tempat masuknya.
Bersihkanlah akan dia dengan air, salji dan dengan air batu.
Dan bersihkanlah akan dia dari segala kesalahan sebagaimana dibersihkan kain putih daripada kotoran.
Dan berikanlah ganti rumahnya yang lebih baik dari rumahnya di dunia.
Dan berikanlah ahli yang lebih baik dari ahlinya di dunia.
Dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya di dunia.
Dan masukkanlah akan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari azab kubur.
Dan dari azab neraka. " Amiin...

(Dari Hadis Riwayat Muslim).

31.12.2010 ~ Telah 7 hari berlalu, pemergian seorang insan mulia yang amat kami cintai dan kasihi pergi buat selama-lamanya ke alam barzakh pada tanggal 25 Disember, 2010 hari Sabtu bersamaan 19 Muharam 1432 H lebih kurang jam 10.00 pagi, Ayahanda tercinta Hj. Asfandi b. Sipon telah menyahut panggilan Illahi dalam keadaan sabar dan tenang.. di usia 79 tahun.. Amat lembut menghembuskan nafas terakhir di sampingku dan anakku Nurhasyimah yang membisikan kalimah Allah di telinga kanannya.. di samping bacaan Yaasin oleh anak-anakku yang lain.. dan emak yang telah menjaganya di sebelah malam dan bacaan Yaasin selepas Subuh oleh kakakku.. sewaktu hujan rahmat turun di awal pagi..

Pada pagi itu Abah dapat meneguk sedikit air Yaasin dan setelah ku selesai membersihkan dirinya ... dengan iringan kalimah-kalimah suci perlahan-lahan beliau menghembuskan nafas terakhir dengan kalam Allah dan memejamkan matanya dengan tenang..


Kami sekeluarga Redha atas pemergiannya, dimana Abah yang telah mengharungi ujian Allah s.w.t berjuang melawan sakitnya selama setahun, walaupun ia tidak pernah mengeluh  kesakitan, dengan rahmat kasih sayang Allah s.w.t. yang sentiasa melindungi Abah dengan sifat sabarnya yang amat tinggi.. Sehinggalah telah hampir ke akhir hayatnya di uji dengan gegaran dan kebingitan tapi sifat kesabaran ia tenang menghadapinya.. Semoga Allah s.w.t menerima segala amalan baiknya dan mengampuni segala kesalahan.  Kami cuba belajar dari sifat sabar dan ketabahan Abah yang telah banyak mengharungi suka duka hidup di sepanjang hayatnya..


Alhamdulillah urusan pengendalian jenazah berjalan lancar dengan diketuai oleh Ustadz Hj. Salleh dan pembantunya Tuan Hj. Johari yang menguruskan segala keperluan menguruskan jenazah termasuk van jenazah juga anak cucu Abah yang turut serta memandikan jenazah buat terakhir kalinya.. Selesai di mandikan jenazah di bawa masuk dan di kapankan.. Ketika pengurusan kapan sedang dijalankan.., ia di iringi dengan bacaan tahlil di ketuai oleh Tok ketua kampung Tuan Hj. Thaifoor atas permintaan suamiku memberi penghormatan padanya sebagai ketua kampung. 

Kehadiran saudara mara terdekat yang banyak membantu, jemaah masjid, jiran tetangga, rakan-rakan yang sentiasa mendo'akan Allahyarham Abah yang di kasihi.. YB Dr. Hj. Abd. Rani b. Hj. Osman (Adun Meru) juga turut hadhir menyampaikan takziah. (Kesanggupan YB yang datang menziarahi Abah seawal 8.00 pagi pada 30hb. November, 2010 lalu ketika uzurnya Abah dan memberi rawatan percuma teramat sangat kami dan keluarga hargai.. inilah satu-satunya contoh pemimpin yang menjalan tugasnya dan berbakti kepada rakyat walau dalam keadaan apapun ia sangat mengambil berat kepentingan penduduk - khidmat yang dilaksanakan oleh beliau sebagai pemimpin ada di blog ini).


Sewaktu azan Zuhor sedang berkumandang jenazah telah tiba di masjid dan di letakkan di tengah dewan solat... Selesai solat Zuhor, Imam dan para jemaah masjid serta ahli keluarga, saudara mara dan jiran menunaikan solat jenazah, dan sebahagian darinya mengiringi jenazah ke tanah perkuburan Islam Pekan Meru.. tidak jauh dari rumahku..

Setiba di tanah pusara jam 2.00 petang, liang lahad telah bersiap sedia menerima penghuni barunya.. Abang-abangku Adnan, Adzlan dan Azhar telah menanti di liang lahad untuk menyambut jasad Ayahanda. Selesai urusan di liang lahad dan tanah merah lembut melitupi ruangan.. talkin dibaca dan ketika itu cuaca amat baik sekali, tidak begitu panas, awan berarak melindungi mentari, suasana sungguh nyaman di mana pokok-pokok bagaikan kipas mengikut alunan angin yang berhembus mendinginkan pengunjung yang menghadiri pemakaman ini.

Kehadiran seekor kupu-kupu kuning yang sungguh cantik menawan mengelilingi ku beberapa kali dan hinggap di tudungku.... Makhluk kecil ini juga berzikir mengiringi bacaan talkin menyejukan jiwaku yang sedang berduka dan Allah Maha Berkuasa dimana tiada titisan airmataku yang mengalir sedangkan sebelum itu aku amat takut bagaimana kiranya menghadapi situasi bila kehilangan orang tersayang.. Allah memberi kekuatan buat diriku menghadapi saat sukar ini.. Diriku, emak dan adik beradik redha atas kehendak Allah s.w.t dan semoga Allah menerima dan redha atas perlakuan anak-anak Abah.

Selesai pemakaman dan mereka yang hadhir masing-masing mula beredar meninggalkan tanah perkuburan, tinggal kami 5 beradik (Abang Adnan, Abang Adzlan, Kak Norafizah, Abang Azhar dan diriku - 2 orang lagi adik perempuan ku Noraini dan Norziela menemankan emak di rumah bersama saudara mara) tidak berganjak kerana menanti kehadiran adik lelakiku Akmal yang baru tiba dari Pekan, Pahang lebih kurang jam 2.30 petang. Berkumpullah kami 6 beradik di samping pusara Abah ketika itu dengan mendo'akan kesejahteraan Abah di alam persinggahan sementara menanti hari kebangkitan kelak. Kami mendo'akan Abah damai di sana. 


Abah, kami amat merinduimu.. menghadapi saat ketiadaan mu pada awalnya memang sukar.. ku tidak dapat menahan sebak ketika membaca kitab suci Al-Qur'an untuk dihadiahkan buat mu Abah.. terimbau kembali ketika saat bersama Abah di hospital, dan menjaga Abah ketika sakitmu di pembaringan.. rindu mengaji di sisi Abah, menyuapkan makan dan minum juga membersihkan Abah.. Minta maaf Abah kiranya adakala ketika membersihkan Abah ada anggota yang terasa sakit..dan redhakanlah setiap tingkah lakuku sepanjang mengurus Abah.  
"Ampunkanlah segala kesalahan Ayang ya Abah..Redhakan emak dan kami anak-anak Abah semua.."... Abah mengangguk.. ketika sedarnya.. Lega hatiku.. Abah tak pernah menyimpan perasaan marah.. Abah seorang insan yang amat baik pekertinya.. begitulah pandangan jiran, saudara mara, jemaah masjid dan rakan-rakannya..

Sesungguhnya Allah maha Pengasih, para Malaikat  sentiasa mendo'akan dan memohon keampunan buat Abah ketika sakit.. Apatah lagi Abah menerimanya dengan Redha dan sabar..  Do'a dari kami agar Abah tenang di sana dan Allah merahmati roh Abah dengan rahmat kasih sayangnya dan menempatkan Abah di kalangan para syuhada' dan para solehin di taman-taman indah di alam barzakh dan mudah-mudahan syurga Firdaus menantimu Abah. Tak lupa juga do'a buat roh Allahyarham adik Abah yang amat di kasihinya Hj. Mohammed Asru yang terlebih dahulu kembali ke Rahmatullah pada hari Isnin, 10hb. Mei, 2010.. Memori tersebut di N3 ini.. Semoga roh mereka sentiasa di cucuri Rahmat dan mendapat tempat yang mulia di sisi Allah s.w.t.  Pusara Abah berdekatan dengan pusara bapa saudaraku ini..


Pusara Abah dan kelihatan pusara adiknya (yang kelihatan anakku di situ)
(pagi Jumaat 31.12.2010)


Abah meninggalkan kami di hari-hari terakhir bulan akhir di tahun masihi dan di awal bulan Islam yakni Muharam.. Abah menghakhiri hayatnya di awal tahun hijrah dan di akhir tahun masihi.. Kami amat bersyukur mempunyai Abah sebaik Abah..begitu juga Emak yang telah mendidik dan mengasuh kami sedari kecil hinggalah boleh berdikari dengan pertolongan Allah s.w.t.

Kami kasih dan sayang pada Abah dan Emak..  Walaupun kini Abah tiada di samping namun Abah sentiasa di hati kami dalam do'a kami agar Abah damai dan berbahagia di sana bersama mereka yang di kasihi Allah s.w.t...


Terima kasih buat segala do'a yang di kirim oleh saudara-saudara muslimin dan muslimat semua.. Semoga Allah sentiasa merahmati dan mengampuni kita dan berbahagia  hidup di dunia dan di akhirat.

 Pohon besar dengan daunan rimbun dan buahnya yang lebat menaungi pusara Abah dan penghuni di sekelilingnya.... Kicauan burung berzikir dan berdo'a buat penghuni alam itu..
 (pagi Jumaat 31.12.2010) 

AL-FATIHAH!
"Semoga Allah mencucuri rahmat dan ke bahagiaan ke atas roh ayahanda Hj. Asfandi b. Sipon di sisi Allah s.w.t. bersama kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Amiin."
I love you and always cherish you inside my heart.. and you are always in my prayers. Miss you so much...

Thursday, December 9, 2010

Salam Ma'al Hijrah 1432 & Selamat ulangtahun kelahiran dalam bulan Muharam buat Anakku tercinta Muhammad Firdaus

Hari ni sudah masuk hari ke 3 di bulan Muharam 1432 Hijriah.. Bulan pertama dalam kalender umat Islam mengikut peredaran bulan.. Ia memperingati sejarah penghijrahan Rasulullah s.a.w. dari Makkah ke Madinah 1432 tahun yang lalu. Di kesempatan ini ingin ku sampaikan Salam Ma'al hijriah buat semua pengunjung yang di kasihi yang sudi singgah di ruangan ini..

1 Muharam juga merupakan hari bersejarah dalam hidupku 13 tahun yang lalu bila melahirkan putera comel setelah memperolehi 4 puteri. Hijrah jugalah kan.. :) Syukur ke hadrat Illahi yang menganugerahkan buahhati pengarang jantung ni..yang di beri nama Muhammad Firdaus. 

Sepanjang mengandung seingatku tak pernah ku menanyakan jantina bayi yang ku kandung pabila ultra sound di lakukan sewaktu pemeriksaan.  Ku hanya berserah pada Allah dan berdo'a kehadrat Illahi kandungan sihat sempurna.  Alhamdulillah bayi selamat dilahirkan... kegembiraan kami seisi keluarga mewarnai hidup ini..(memori kelahiran anakku Muhammad Firdaus di N3 yang lalu klik di sini)



Kelahiran Muharam.. 1 Muharam 1419 (Muhammad Firdaus b. Abd. Jalil - kanan) 
dan sepupunya 2 Muharam 1419 (Muhammad Amiruddin b. Jamaluddin - kiri 
anak adikku Noraini)


Foto lama - tak berapa ingat masa ni mereka berusia berapa tahun
 
"Abah dah ada geng" - suka sangat!!

Sayang pada adik-adik kecil... teringin sangat dia nak adik

Gambar terkini - semasa di Pontian, Johor, 28/11/2010

Thursday, September 30, 2010

Masih mood raya lagi.... :)

Masih dalam mood raya lagi... undangan open house masih tak putus di terima.. Terima kasih bebanyak atas ingatan.. jemputan dari saudara mara dan rakan taulan..

Seronok tak leyh nak cakap la.. juadah terhidang pelbagai jenis.. nyum.. nyum!!  "gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati..." bagai di pam pam .. makin bertambah la berat badan ... exercise dah la kurang.. mata pun kuyu je di buatnya... huwarghhh!!! Bukan senang hati kan.. lagi susah hati sebab berat badan tak turun...


Tak moh.. tak moh gomok.. nak balik tubuh ku yang slim seperti dulu... ada "orang tu" mengerling je.. tenguk badan ku yang semakin berisi ni.. camne nak buat lagi.. adeih!!! 
Hati ni memujuk.. "biarlah berisi tapi sehat badan.. bersyukur atas rezeki yang Allah kurniakan ... tak baik mengeluh". 


Beraya di rumah sepupu.. Cikgu Roszana.. Adik bongsuku bertudung pink di kelilingi anak-anak saudara tersayang..


Anak-anak bersama sepupu sepapat..  Suka tenguk bila mereka happy bersama.
Walaupun jarang bersua muka...


suka suki di hari raya... suka bergambar ya!!

Berhari raya di rumah sepupuku Cikgu Roszana (tudung pink) dan yang sedondon warna tu ahli keluarganya.. suamiku (berbaju hijau), anak-anakku dan AdzrieFaiz (anak saudara)

Mak, Uncle Min & isteri, ipar duai, adik dan anak-anak saudaraku..
di Ampang U.K.
P/S: Kredit to Kak Sal, Kak Sal, izinkan Raha post foto ni eyh.. Suka sesangat ngan gambar ni sebab ada gambar Mak... Raya tahun ni tak dapat nak bergambar ngan Mak dan Abah.. Lagi-lagi amat sukar nak bergambar dengan Mak.. sedia maklum kan Mak selalu mengelak bila nak shot gambarnya..
time ni kita kat Johor.. tak dapat konvoi bersama ke rumah Uncle Min.. kita tumpang menempelkan gambar ni untuk kenangan.. :))

Kredit sekali lagi buat Kak Sal.. kita wakilkan seorang anak (Firdaus) beraya di rumah Kak Sal.. minta maaf.. masa ni kitaorang ada hal kot.. heheh!!


Ada lagi nak upload gambar...

Tuesday, September 21, 2010

Hari Raya sudah berlalu.. tapi...

 Suatu ketika dulu (tahun 1980an) ... Abah dan Mak nak pergi beraya.. 
(kenangan lama yang mengusik jiwa - suasana pemandangan keliling rumah juga ada sedikit perbezaan kini).

Syawal sudah 12 hari berlalu... rasanya masih ada kesempatan lagi untukku ucapkan Selamat Berhari Raya, maaf zahir dan batin buat semua ... walaupun sebenarnya sambutan "Eid-ul-Fitr" hanya sehari tapi sudah menjadi tradisi di Malaysia ni kita sambut sehingga sebulan kerana meraikan saudara mara dan sahabat handai yang datang berkunjung dan menziarahi mereka pula..  yalah nak kunjungi sehari mana cukup kan.. Tempat tinggal antara satu sama lain ada yang dekat dan ada yang jauh.. Paling  best tu jemputan rumah terbuka masih diterima.. yang pasti bertemu ramai sanak saudara, rakan taulan sambil menikmati juadahnya lah.. bertamu, ber'chit chat'.. terutama di hujung minggu sehingga Syawal berakhir nanti... 

Seronoknya meraikan Syawal.. blog pun dah rindu minta di update... huhuhu!!! (padahal takut dok lelama kat PC ni.. nanti ada 'panglima' yang bebel...    apa taknya nak buat satu N3 pun berjam..  nak mencari idea satu hal.. nak menyusun ayat lagi lah.. okay ke tak ke...  oleh kerana harini 'panglima' tiada di sisi, ku mengambil kesempatan untuk mengetuk jari di keyboard ni.. 


Hari raya nilah kesempatan untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama kita... bukan senang nak bertemu kan.. masing-masing ada komitmen sendiri.. masa ni lah yang tak mesra kita mesrakan.. yang tak kenal kita kenal-kenalkan..Kemesraan terjalin, ikatan kekeluargaan di pereratkan.. persahabatan berkekalan.

Tapi sebenar-benarnya tahun ni.. hari raya di kalangan keluarga kami agak sayu .. sebab keadaan Abah yang masih lemah.. dan tahun ni juga bapa saudara tercinta (adik Abah) yang biasanya menceriakan suasana hari raya dah tak de (telah kembali ke Rahmatullah Mei lalu..). Sahabat baikku Aslinah yang tinggal selang beberapa rumah dari rumahku juga telah kembali ke Rahmatullah Ramadan lalu (18 Ramadan, bersamaan 28hb. Ogos, 2010 petang Sabtu jam 6.00p.m.. di Hospital Universiti.  Sungguh tabah dan sabar, 5 tahun berjuang melawan kanser.. - kenangan bersamamu sentiasa kuingat sahabatku ) Semoga mereka-mereka yang telah kembali ke hadrat Illahi berbahagia di sana dan Allah terima segala amal baik mereka dan di ampunkan segala kesalahan. Al-Fatihah!!

Oh ya... walaupun Ramadan sudah pergi meninggalkan kita tahun ni semoga amalan baik sepanjang Ramadan dapat di teruskan di bulan-bulan berikutnya.. semoga Allah pertemukan kita di Ramadan akan datang.....

Nampaknya "Panglima"ku sudah pulang... Sambil melayan "Panglima"... ku upload beberapa foto kenangan di Syawal 1431 
(Sept., 2010)

Hari raya pertama (10 Sept. 2010 ~ Jumaat)... sebelum menziarahi kaum keluarga yang lain di pagi raya..



Anak2 beristirehat menanti untuk sambung berhari raya selepas solat Jumaat...

Tetamu pertama ~ Abang Ngahku bersama famili di pagi raya pertama.




Adik bongsuku bersama anak~
Ewah Eiman pandai bergaya depan kamera..

 
Selepas beraya di rumah parents (depan rumah je) mula bergerak ke rumah adik beradik sebelah suami pula..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails