Pages


Showing posts with label hadiah. Show all posts
Showing posts with label hadiah. Show all posts

Wednesday, November 2, 2011

Rezeki di bulan Oktober - Alhamdulillah!! Terima kasih Puspel, SYABAS! (2)



Alhamdulillah tiba hari yang dinanti-nantikan.. Sabtu, 29hb. Oktober, 2011 kami menghadirkan diri di majlis penyampaian hadiah "Pelanggan Prihatin Syabas" bertempat di Tesco, Seksyen 13, Shah Alam.  

Seramai 15 orang telah terpilih diantara 'pelanggan prihatin Syabas'  pemenang bertuah untuk bulan Julai, Ogos dan September, dari hampir setengah juta pemanggil yang membuat aduan ke Puspel, Syabas bagi kerosakan paip pecah atau paip bocor dari Januari hingga September, 2011.. di kawasan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putra Jaya. 

Setiap bulan seramai 5 orang pelanggan terpilih untuk menerima hadiah cabutan bertuah ini.  Acara diadakan setiap 3 bulan sekali.. Sememangnya rata-rata ramai yang membuat aduan tidak terfikirkan akan memperolehi ganjaran.. tetapi lebih kepada tanggungjawab mengelakkan pembaziran air.  

Berikut adalah antara berita mengenai majlis tersebut dimana pihak media turut dijemput hadir..

PUSPEL terima hampir setengah juta aduan sehingga September

SHAH ALAM: Talian pusat perkhidmatan pelanggan (PUSPEL) Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menerima hampir setengah juta panggilan berhubung pelbagai aduan berkenaan perkhidmatan air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sehingga September lepas.

Pengarah Eksekutif Bahagian Projek dan Air Tanpa Hasil (NRW) Yusof Badawi berkata, sejumlah 425,190 panggilan direkodkan di mana 164,786 daripadanya berjaya ditangani oleh pihak SYABAS sebaik menerima laporan.

Beliau berkata, antara laporan yang diterima daripada pengguna ialah berkaitan kes paip pecah, paip bocor dan kualiti air menerusi talian PUSPEL 1800-88-5252 yang beroperasi 24 jam sepanjang tahun. — Bernama
“Keprihatinan pengguna menerusi panggilan yang dibuat juga turut membantu menurunkan kadar NRW di tiga negeri selain beberapa program lain yang dijalankan oleh SYABAS termasuk penggantian paip perhubungan dan pemantauan paip pecah secara berterusan,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang cabutan bertuah pelanggan prihatin SYABAS di sini semalam.

Yusof berkata, sehingga kini kadar NRW di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur menurun kepada kira-kira 32.4 peratus di mana ia sejajar dengan sasaran SYABAS untuk menurunkan kadar NRW daripada 42.78 peratus pada 1 Jan 2005 kepada 15 peratus pada 31 Dis 2015.

Terdahulu seramai 15 pelanggan prihatin SYABAS menerima hadiah masing-masing seperti televisyen Plasma 43 inci, televisyen LCD 22 inci, set sistem teater rumah, pemain DVD dan ketuhar gelombang mikro.
Bagi dua pemenang iatu M. Singgama dan R. Subramaniam masing-masing yang membuat laporan berkenaan kejadian paip pecah dan gangguan bekalan air di Banting dan Setapak tidak menduga terpilih sebagai pemenang pelanggan prihatin.

Singgama yang memenangi televisyen LCD dan Subramaniam pula membawa pulang ketuhar gelombang mikro menganggap kemenangan itu sebagai hadiah sempena sambutan Hari Deepavali. — Bernama


Majlis sedang berlangsung, pengumuman untuk peraduan mewarna bagi kanak-kanak.. (kami tiba penyampaian hadiah hampir bermula rupanya..)




Di meja pendaftaran tetamu jemputan.. dapat souvenir lagi.. kedatangan tetamu di alu-alukan dengan mesra sekali.. anda sungguh peramah!!  Terima kasih buat semua kakitangan Syabas... :)


Barangan hadiah elektrik sedang menanti empunya yang bertuah...


5 pemenang untuk pelanggan bertuah bagi bulan Julai, 2011. Hadiah pertama - Plasma TV 43", kedua- Home Theater, ketiga - LCD TV 24", keempat - DVD player, kelima - microwave oven.. 

 Giliran 5 penerima hadiah bagi pelanggan bertuah untuk bulan Ogos pula... Che' Abang (bertopi) peserta kelima mencabut undi.. tersengih-sengih atas pentas tu.. !! Apalah rezeki cabutan tersebut ya? 
        
Yeaaaa.. taraaa.. hadiahnya ialah Plasma TV 43"... tak sangka dapat hadiah pertama... Syukur Alhamdulillah!!  Paling unik di majlis ni... tiga orang peserta setiap kategori membuat cabutan kelima memenangi hadiah pertama... ngeeee!!!

 Pemenang bertuah untuk bulan Ogos..


Diantara 15 pelanggan bertuah bergambar kenangan bersama pegawai Puspel-Syabas... Terima kasih diatas penghargaan ini.. 


Frame penghargaan bersama poster hadiah yang bakal di terima..


Kami di raikan dengan jamuan makan tengahari pula... "kita makan dulu".. hidangan nasi ayam, popia, udang bersalut tepung dan minuman sejuk.  Jamuan di Restoran Hailam Kopitiam.



Pemenang bertuah bersama keluarga masing-masing sedang menikmati hidangan yang di sediakan..


Petugas Syabas memberikan khidmat terbaik... syabas!!! 


Setiba di rumah.. Berat sama di pikul ....

Ini dia.. 


Souvenir dari Syabas

I like... 

  Keratan akhbar Sinar Harian Ahad, 30 Oktober, 2011

Rezeki di bulan Oktober..  sebelum ini pada 19 Oktober, 2011 juga Che' Abang telah mendapat hadiah cabutan bertuah.. dari pada jiran terdekat kami, stesyen minyak Petronas berupa barangan elektrik  (sterika) - sebenarnya kami tidak menyangka ada hadiah untuk kami hingga di beritahu kemudian.. Alhamdulillah!
Terima kasih Puan Zuraidah, Pengurus Petronas Batu 6    :)

Tuesday, November 1, 2011

Terima kasih, PUSPEL. SYABAS!! (1)

Minggu lepas 24hb. Oktober, Che' Abang menerima panggilan telefon dari seorang pemanggil yang memperkenalkan diri menyatakan beliau seorang kakitangan Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor). Kemudian Che' Abang memberitahu ku panggilan tersebut menjemput dirinya untuk hadir ke Tesco, Shah Alam untuk hadiah cabutan bertuah.. pada hari Sabtu, 29hb. Oktober.


Berkelip-kelip mataku bila Che' Abang memaklumkan hal tersebut.... cabutan bertuah untuk apa ya???  Betul ke panggilan tersebut.. sebab sebelum ni pernah juga menerima panggilan telefon menjemput kita datang untuk mengambil hadiah kononnya terpilih sebagai seorang pelanggan bertuah dengan menggunakan nama-nama syarikat yang agak di kenalilah juga... bila kita pergi... rupanya ... untuk gores dan menang...macam di paksa beli barang mereka.. harga barang tu bukan murah pulak... riban-riban..   hampeh!!! Tak leyh percaya... lepas dari tu pelbagai panggilan sedemikian kami dah tak layan lagi..  Haaa haaa.. nampak sangat kita ni suka bila dapat offer hadiah percuma kannn!!! Tak boleh blaaa betul!!! Uish bahasa rock pulak!! Huh... ngeeeeee!!


Panggilan kali ni agak berbeza ... mulanya nak percaya ke tak??
Kemudian pemanggil tersebut menyatakan bahawa En. Abd. Jalil telah terpilih sebagai pelanggan bertuah kerana telah membuat aduan paip bocor.. ooooo gitu.. memang betul.. jika ada kebocoran paip kami akan telefon pihak Puspel untuk memperbaiki kebocoran atau paip pecah ... kerana tak sanggup kami melihat air melimpah-limpah terbuang begitu saja..  Mereka datang selepas aduan di buat di hari yang sama.. pantas mereka melaksanakan tugas... SYABAS!!


Nak pastikan benda ni benar ke tidak.. kita pun bertanyalah En. Google.. search 'pelanggan bertuah syabas' maka terjumpa website ni..

KENYATAAN MEDIA
SIARAN SEGERA
23 Januari 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH CABUTAN BERTUAH PELANGGAN PRIHATIN SYABAS

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) hari ini sekali lagi meraikan 15 orang para pemenang hadiah cabutan bertuah pelanggan prihatin untuk bulan Oktober, November dan Disember 2009 bertempat di Auditorium SYABAS, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Majlis penyampaian hadiah ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi Institut Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan Negara (NIOSH).

Semenjak program cabutan bertuah pelanggan prihatin ini diperkenalkan pada Januari 2005, sebanyak 290 orang pemenang cabutan bertuah telah terpilih bagi memenangi hadiah-hadiah menarik yang telah disediakan oleh pihak SYABAS. Para pemenang adalah terdiri daripada para pengguna bertuah yang telah membuat panggilan ke talian bebas tol Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS (PUSPEL) 1800-88-5252 untuk melaporkan tentang kejadian paip pecah dan paip bocor.

Setiap bulan seramai 5 orang pemanggil yang bertuah akan dipilih dari data pemanggil dalam sistem Pivotal menerusi cabutan undi untuk melayakkan mereka memenangi hadiah berupa barangan elektrik seperti televisyen LCD, set teater rumah, ketuhar gelombang mikro, pemain cakera DVD, dan sebagainya.
(berita lanjut di sini)


Bila baca ni... barulah kami tahu kewujudan program ni... okay.. anak-anak pulak tak sabar nak pergi.. teeeeheee... agak-agak hadiah apalah yang kita dapat nanti ya!!! jengggg..jengggg...jenggggg!!!


Tiba hari yang dinanti-nantikan Sabtu, 29.10.2011... lebih kurang hampir pukul 12 tengahari kami 6 beranak sampai di lokasi .. Tesco, Seksyen 13, Shah Alam. (kakak -anak sulungku Nabilah- tak dapat ikut serta sebab bekerja)


(Mata dah mengantuk pulak.... akan ku sambung cerita lanjut di post berikut... tak tertahan mata ni dah pedih rasanya... Selamat beristirehat!! )


Thursday, January 27, 2011

"Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa"

Limau Korea.. 
Selamat Tahun Baru Cina buat rakyat Malaysia berbangsa Cina..
Semoga hidup harmoni dan makmor..


Rabu 26.01.2011:   

Pepagi lagi Che Abang dapat panggilan telefon dari tauke Mr. Yong yang datang dari Rawang ajak minum pagi..  awalnya jam 7.20 pagi dah sampai Klang..
Selepas menghantar anak ke sekolah Che Abang menerima pelawaan Mr. Yong dan  seorang lagi rakan sama bidang kerja..

Murah rezeki bangun awal ni kann.. Terutama sebagai umat Islam permulaan jadual seharian ni sangat cantik, memang di wajibkan bangun awal pagi bagi menunaikan solat fardhu Suboh terlebih dahulu.  Sujud patuh dan mengucap syukur kehadrat Illahi kerana Allah dengan rahmat dan kasih sayangnya masih memberi ruang bernafas dan meneruskan kehidupan yang merupakan persinggahan sementara waktu.. Seterusnya melaksanakan tanggungjawab mencari rezeki, menimba ilmu, dan menguruskan rumahtangga.. Udara pagi ni masih segar dan nyaman.. sedangkan binatang-binatang seperti burung-burung juga riang berkicau mencari rezeki di awal pagi... ayam telah berkokok sebelum fajar lagi..

 Saidatina Aisyah r.anha berkata,  Rasulullah s.a.w bersabda “Berpagi-pagilah mencari rezeki, kerana sesungguhnya berpagi-pagi itu membawa berkah dan menghasilkan kemenangan”.
  
Bak kata pepatah ni pula "Early to bed, early to rise, makes a man healthy, wealthy and wise".

Bekerja sendiri ni pulak bergantung jenis urusan yang di jalankan.. ada tu nampak macam rehat sepanjang masa... ada saja di rumah.. banyak masa bersama keluarga..  bebas nak kemana-mana tanpa had. Jadual sendiri buat..  Sepertimana Che Abang pepagi hari waktu bekerja begini ada masa terluang, member ajak keluar memang tak de masalah baginya.. 


Balik minum pagi bawa buah tangan yang di beri oleh tauke Yong ni.. Buah limau Korea..  Terima kasih banyak-banyak Mr. Yong.. Selamat Tahun Baru Cina.. Semoga rezeki Mr. Yong bertambah-tambah dan Allah bukakan pintu hati dengan memperolehi taufiq dan hidayah dari NYA.   Mr. Yong banyak baik....

Seronok dapat pemberian dari orang ni kan.. besar tapak tangan nyiru kami tadahkan.. heheh.. Rezeki jangan di tolak.. musuh jangan di cari... Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.. Hidup muafakat membawa berkat.. masyarakat harmoni negara aman damai...

Semoga kita menjadi rakyat yang sentiasa bersyukur di atas segala limpah rahmat nikmat yang telah Allah kurniakan dan keharmonian di negara yang bertuah ini... walaupun berlainan bangsa dan agama tapi keakraban dan permuafakatan itu merupakan suatu nilai murni perlu di pupuk di setiap hati sanubari manusia...  sekurang-kurangnya pekerti yang baik itu akan menjadi contoh teladan untuk di contohi. Tidak perlulah tuduh menuduh, memburuk-burukkan dan mencari salah antara satu sama lain... lebih-lebih lagi bila saja diadakan pilihanraya mula panas telinga mendengar pelbagai tuduhan.. cerca mencerca..  adeih.. jadikanlah pilihanraya ni bersih dari benda-benda macam gini.. 

Sekarang masyarakat dah pandai menilai ... teknologi maklumat semakin canggih kan... Mereka dah kenal mana intan mana permata.. Kadang yang pelik tu bila ada pilihan raya barulah timbul kisah-kisah yang meluatkan muncul kembali.. Inilah topik yang selalu kedengaran sosek ...sosek.. kedai kopi kannn.. Mulalah syaitan memainkan bibit-bibit peranannya cucuk menyucuk.. orang yang tak ada kena mengena pun terbabit.. Nauzubillahiminzalik!!!


Sebenarnya tak berapa minat nak masuk campur hal-hal politik ni... masing-masing dah pandai menilai yang mana baik dan buruk.. Siapa yang ikhlas bekerja untuk berbakti pada masyarakat dan tidak bermuka-muka itulah yang memikat hati rakyat.. Pemimpin yang ikhlas ni sentiasa bekerja dengan jujur walaupun tiada pilihanraya.. dan menjalankan tugas dengan baik dan amanah... Manakala yang bermuka-muka ni bila pilihanraya barulah nampak batang hidung dan menampakkan kebaikannya... Fikir-fikirkan!! 

Bila menonton drama Korea berkenaan politik ni... kita sedar itulah gambaran sebenar dunia politik ini.. Layan cerita Big Thing dan Giant  kini di Astro Beyond..One HD CH393..ngeeee.. Ada teladan dalam kisah drama ini...
Yang baik kita jadikan teladan yang buruk di jadikan sempadan.. 

Sunday, January 23, 2011

Alhamdulillah!! Syukur nikmat

 Cantik beg ni... Ummi suka sangat..!! Jutaan terima kasih Anakku Hannah.
(Awal Januari... pemberian hadiah sebelum Hannah eksiden pada 7 Januari, 2011)

 Abah suka pakai baju pemberian Hannah ni... :)

Terima kasih Hannah di atas pemberian hadiah yang sungguh cantik ni buat Ummi dan Abah hasil titik peluh Hannah bekerja di musim cuti sekolah yang lalu... Alhamdulillah. ... tak lupa juga untuk Nabilah yang dah bekerja dan sentiasa memberi setiap bulan.. dan Nurul 'Ain yang turut sama ingat kami. Oh ya Syima pun sama gak ... Kesian korang... cuti sekolah tempohari tak de masa rehat sepenuhnya.. semua nak sangat cari duit poket sendiri.. adalah keberkatannya tu gunakan masa dengan bermanafaat.  Lagi pun dari korang merungut tak dapat nak berjalan masa cuti sekolah ada juga peluang bekerja kann.. Tahun lalu (2010) memang tak plan nak berjalan ya anak-anak, kecuali ada jemputan kenduri kendara dari saudara mara kerana situasi yang tak mengizinkan, ketika tu Ummi perlu beri perhatian untuk Arwah Atok yang sedang sakit.. jadi tak boleh nak berjauhan dan berpergian lama.


Sebenarnya Ummi dan Abah tak pernah mengharapkan apa-apa namun sentiasa berdo'a agar anak-anak di pelihara Allah dan berjaya mencapai cita-cita dan mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat..

Sebagai orang tua memang tanggung jawab kami untuk mendidik dan menyediakan segala keperluan... kini anak semakin membesar dan di harap kematangan akan mengajar mereka erti hidup yang semakin mencabar kini.


Pemberian anak-anak ini di terima dengan rasa syukur kerana tanda kasih mereka pada kami.. walaupun kami sebenarnya tidak mengharapkan sebarang balasan dari mereka.. Kasih sayang anak-anak yang di kasihi lagi amat di sayangi amat kami hargai.. Ummi dan Abah saaaaaaaaaaayannnnnnnng anak-anak semua teraaaaaamat saaaaaaangat.. Kasih dan sayang Allah s.w.t. juga Rasulullah yang amat kita kasihi melebihi segala-galanya.. kasih sayang kerana Allah s.w.t .

Mungkin anak-anak ni mencontohi sikap Abahnya yang tidak lokek. Ini juga merupakan satu terapi minda dan jiwa...  bila kita memberi hati merasa tenang dan mengembirakan hati orang yang menerima dan mengeratkan lagi silaturahim sesama insan.. 

 Leather Handbag comel warna coklat ni hadiah perkahwinan dari suami 21 tahun yang lalu.. masih molek lagi!!!

Dua beg tangan yang kelihatan tersorok tu (dark brown dan beige color) sudah banyak 'kecederaannya'
dek kerana jasa pada tuannya sayang nak buang... biarlah ku jadikan koleksi..

Sunday, May 9, 2010

Love From Mya

"There is no one
who loves as deeply
protects as fiercely
understands as readily
and gives as generously
as a mother
and there is no mother quite like you"


Tak ku sangka malam ini dapat present dari Mya yang menganggapku sebagai ibu keduanya.. (my anak angkat - kawan baik anakku 'Ain) yang baru pulang bercuti dari pengajiannya di Perlis pagi tadi.. Nampak masih keletihan lagi tapi sanggup bersusah payah Mya mencari sesuatu untuk Umminya ini.  Terharu rasanya bila di ingati sebegini.. sebenarnya tak besar mana pun sumbangan yang ku beri padanya..  

*With thanks, mum for all the things you do and all the love you give
You have a way of showing love that means so very much and adds a lighter, 
brighter note to all the lives you touch.*
From MYA


Terima kasih bebanyak Mya.. Ummi do'akan agar segala yang di cita-citakan akan tercapai dan akan memperolehi kebahagiaan yang di cari selama ini.  

Salam sayang dari Ummi dan Abah serta seisi keluarga.

Dari anakku Hannah di sini.
Dari anakku Nabilah di FB dan anakku 'Ain

Nurul 'Ain HAPPY MOTHER'S DAY. ESPECIALLY 4 MY BELOVED MOM Norahah Asfandi. U'RE THE BEST MOM IN THE WOLRD. I LOVE YOU UMIE. ((BIG HUGSSS)) MMMmuaaahhxx..

Ummi sayang semua anak-anak Ummi sesangat...XOXO

♥I LOVE MY FAMILY MORE ♥




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails