Showing posts with label Kisah Family. Show all posts
Showing posts with label Kisah Family. Show all posts

Jul 18, 2016

Syawal 2016

Ain Fajar | 10:59 PM | 0Comments |
Assalamualaikum.

Salam Syawal buat semua yang singgah ke teratak alam maya saya. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN dari kami keluarga RESEPI KEHIDUPANKU.

Mohon maaf andainya blog ni sunyi tanpa post dan resepi yang baru..sebarang komen yang tak terbalas. keadaan saya yang tidak memiliki Lapy sendiri dan kekangan masa yang terhad membuatkan saya susah nak update di sini..namun dapur alam maya saya tetap tidak saya lupakan kerana banyak kenangan yang mematangkan saya dalam bidang masakan dan bakery melalui rakan2 dapur2 alam maya yang sentiasa saya jadikan sumber inspirasi saya.

Resepi Kehidupan ini juga banyak menyimpan kenangan keluarga bersama..saya akan terus bercerita dan berkongsi di sini semampu masa yang ade untuk kenangan saya dan rujukan kepada anak2 dan cucu saya kelak. kemungkinan dapur saya yang tak seberapa ni mampu untuk membantu yang memerlukan.





Jul 22, 2015

Salam lebaran 2015

Ain Fajar | 5:01 PM | 0Comments |
Assalamualaikum
6 Syawal , anak2 dah pun sekolah Dan Adik beradik semua dah balik Ke rumah masing2 untuk bekerja jalani rutin harian seperti biasa...ramadhan pantas berlalu Dan Syawal juga bakal pergi..masa terlalu pantas...pilu rasanya genap 7 tahun kami beraya tanpa Mak di sisi..

Namun saya bersyukur Kerana masih ramai Ahli keluarga yang Ada terutama belah suami.saya bersyukur juga kerana bulan ramadhan murah rezki saya mendapat tempahan kuih Bahulu lapis Dan gulung serta biskut2 .





alhamdulillah syukur..di kesempatan ini saya menyusun10 jari memohon maaf atas kegala kesalahan sama ada sengaja atau tidak..mohon halal resepi yang saya kongsikan disini dan resepi yang saya jadikan resepi untuk saya berbisnes//semoga tahun depan sempatlah hendaknya kita berjumpa lagi..amin..
selamat hari raya aidilfitri/




May 14, 2015

majlis pertunangan Zanah

Ain Fajar | 8:01 PM | 0Comments |
Assalamualaikum.

Cuti panjang yang lepas hari buruh dan sekali hari wesak, dan negeri perak sambung cuti sempena hari pertabalan Raja nazrin sebagai Raja Perak..adik ipar saya mengambil kesempatan untuk meangsungkan hari pertunangannya..yang dulu jodoh tak kesampian..alhamdulillah jodoh dah sampi semoga allah memperkenankan hajat mereka untuk membina alam rumah tangga..dengan berkat restu ibu dan ayah mertua saya..insya allah.

ini lah adik ipar saya, manis je di pelamin mini yang bertemakan purple..i like purple..tak sangka ramai yang suka purple.

ni pula, adik ipar saya dengan bakal ibu mertuanya..jauh mereka datang dari Kedah.
2orang la menantu mak saya orang kedah

gelap sikit..org yang ambik gamar tak pandi nk setup lampu ipad huhu..ni je la pun yang ade.

anak dara sulung saya ni pun ambik kesempatan bergambar dengan aciknya.

hantaran yang sempat sayabuat..homemade choclate bentuk masjid

gubahan dari kain pasang..last minute..tgh ari rombongan nak datang..pagi jam 8 sy siapkan gubahan ni.

kek buah dan full fondant

kuih gepang yang berbentuk bakul..unik kan..tapi bukan saya yang buat.

bunga tangan coklat yang saya buat untuk adik ipar saya..c angah la yg abis berposing..

itu je lah..tak banyak gambar..susah nak ambik gambar..c sumaiyyah dok berkepit je..dh macam hand bag je..dia takut nak main bila ramai orang.

insya allah majlis perkahwinan berlangsung 24/9/2015.

May 11, 2015

Sumaiyyah

Ain Fajar | 7:47 AM | 0Comments |
Assalamualaikum

Dah lamanyaaaaa tak up date blog ni..bersawang2 sangat dah..ladtop xde tu yang sangat terhad nak berblog..nak ikut kan banyak kenangan nak simpan di dalam ni..terutama perkembangan ank-anak dan resepi2 baru yang dah cuba.

Aisyah Sumaiyyah dah pun setahun 3bulan..panjang akalnya..pandai jalan dan berlari..tapi giginya baru bebatang..hehehe..beratnya cuma 8.3kg je..klu nak di bandingkan dengan kakak-kakaknya..sumaiyyah memang saiz badan yang kecil..pipinya saje yang bulat..sumayyah ni tak nak dengan orang lain terutamanya bila ramai orang di sekelilingya..dengan ayahnya pun memang tak nak..jadi susah la saya nak membantu mak mertua di dapur bila semua adik beradik suami balik ke kampung..bersusah payah la mak mertua saya masak di dapur dengan pembantu kak ipar saya..biras dan ipar yang lain pun beranak kecik. memang tak dapat nak tolong.


sumaiyyah dengan tudungnya..pantang kita cakap dia comel dia pun tak buka tudung tu..dan sempatla ibunya snep gambar.


bila orang solat..dia pun sibuk lah nak solat juga..nak pakai telekung dan ade sejadah sendiri..telekung kakaknya yang saya pakaikan..solat sambil mulutnya berkumat kamit dan pandai rukuk dan sujud..bila cukup 2 rakaan dia pun siap..minta saya pegang tangannya untuk berdoa..semoga sumaiyyah jadi anak solehah.

Tapi kalau datang bad mood dia..memang pandai sangat merajuk dan mengamuk..tak boleh di pujuk dah..bila dah penat menangis baru lah berenti sendiri..sumaiyyah2..hai la anak macam2 ragam.



ini lah aisya sumaiyyah, macam2 ragam dan kerenahnya yang tersendiri..membuatkan ibunya tersenyum sendiri..dan ibu akan nikmati saat2 anak masih kecik nie. walaupun nakal, tak dengar kata dan kdang dah pandai menyakat ibu tetap rasa terhibur.


Oct 23, 2014

pink color

Ain Fajar | 7:56 PM | 1Comments |
Assalamualikum

Bila ank perempuan semestinya pink color yg menjadi pilihan..bg saya suka warna purple..kadang2 sy gabungkan kedua warna ni menjadi satu..akan menghasilkan warna yang sangat cantik..sejuk je mata memandang. Kebetulan ank sulung saya suke purple dan yg kedua suka pink..jadi yang ke3 ni saya gabungkan kedua2 warna..tapi jarang ade barang yang digabungkan. Jadi pink je lah yang jadi pilihan ci ibu..baju2 sumaiyyah juga banyak yang pink..


6bulan aisyah sumaiyyah dah mula naik woker, sampi la kini umur sumaiyyah dah masuk 9bulan dah laju di kesana kesini dengan wokernya..merangkak belum lagi..baru nak angkat badan..tak pe lah kan adik..lambat pun xpe janji adik sumaiyyah sihat dan membesar dengan bangga.



Aug 24, 2014

Meniarap

Ain Fajar | 12:11 AM | 0Comments |
Assalamualaikum
 Hari nie nak cerita kisah sumaiyyah..sumaiyyah dah pun masuk 6 bulan setengah. Bila masuk bulan 9 umurnya meningkat 7bulan.dalam bulan ni banyak perkara yang dia belajar. apa ketara pada 14/8/14 dia mampu untuk meniarap sepenuhnya..itu lah Hadiah istimewa yang saya dapat di hari lahir saya tahun ni...alhamdulillah..syukur sangat Allah memberi puteri yang sihat untuk kami sekeluarga..semua orang sayang kan sumaiyyah.







Jun 4, 2014

Hari sejarah Adik

Ain Fajar | 6:18 AM | 0Comments |
Assalamualaikum

Tanggal 31/5/2014, merupakan hari sejarah buat adik lelaki saya kerana pada tarikh itu dia sah bergelar suami orang dan status serta tangungjawabnya pun berrubah..alhamdulillah segalanya di permudahan....majlis akad nikah dilaksakan di masjid Bagan pasir batu 20, bagan datok..dan majlis resepsi mereka dilakukan di rumah pengantin perempuan sahaja pada 1/6/2014..belah pihak lelaki kami tidak membuat kenduri besar..sebaliknya kami hanya mengadakan kenduri kesyukuran iaitu walimatulurus, kenduri arwah mak saya dan kenduri akikah anak kami Aisyah sumaiyyah. ok layan gambar je lah kan..


semasa khutbah nikah, sebelum akad nikah.

 masa ni baca perjanjian berumah tangga.

pengantin perempuan sebelum akad nikah berlangsung


 alhamdulillah, sahirah kini bergelar isteri kepada adik lelaki saya merangkap adik ipar saya..sedeeyyy kan sebab sangat terharu dan gembira.

majlis di teruskan dengan pembatalan air sembahyang


 keesokan harinya, kami semua menghantar rombongan pengantin lelaki..ramai juga dari pihak kami..antaranya, adik beradik kami, sepupu2 dan rakan taulan mak dan bapak kami  merangkap wakil orang kampung kami.


sebelum pengantin di arak dengan paluan kompang, sempatla kami bergambar dulu..





aisyah sumaiyyah berbaju kembang..kepala tak de bunga..tak sempat nak cari





ambik berkat semoga cepat bby..hehe

macam biasa setiap majlis bersejarah semestinya saya akan sponser ape2 yang patut..semua yang saya sponser khas untuk adik dan adik ipar saya.

candy table yang dikendalikan oleh kawan saya.
dan semua desert yang tersedia saya yang buat.
alhamdulillah semuanya habis di makan sekejap je dah licin..seronok tengok.

deretan cup cake dan buku autograph 

coklat hantaran masjid..pertama kali buat tak kemas dan tak cantik..orang yang menggambil gambar ni pun tak pandai..mana yan ade jer..


pulut kuning hiasan..dah lama teringin nak buat pulut kuning nie..jadi di kesempatan nie saya cuba membuatnya dibantu oleh ibu tiri saya..


kek hantaran 2tingkat..yang bawah red velvet yang disaluti cream cheese frosting dan yang atas chocolate moist cake yang disaluti ganesh coklat..dan says hiasi dengan steambuttercream.

kek kawin untuk potong di hari persandingan.
kedua2 kek chocolate moist yang disaluti ganesh coklat..dan dihiasi dengan steambuttercream


sesekali cuba buat bunga selain bunga ros..

gambar kek secara keseluruhannya.


teringin juga bergambar dengan kek sendiri hehehe..


seorang adik sudah pun bergelar suami orang..tinggal 2 orang lagi adik yang masih bujang...masa sedetik lafaz sah diucahkan oleh saksi, hati ini terasa sayu plak..kenapa la agaknyee ye..mungkin naluri seorang ibu tercalit di hati saya..sebab selepas mak meninggal kami seolah2 kehilangan kasih sayang dan tempat kami mengadu dan bermanja serta bermesra berukar cerita..pada saya mereka bercerita..mungkin sekiranya mak masih ada mungkin dia rasa apa yang saya rasa ketika itu..hati gembira bercampur sedih.

semoga adikku berbahgia hiingga ke jannah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...