بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Artikel-artikel yang disiarkan di sini adalah sebagai rujukan dan simpanan peribadi pemilik blog ini. Kebanyakannya diambil daripada sumber-sumber yang dinyatakan. Segala pendapat dalam penulisan ini adalah pendapat penulis artikel yang sebenar. Jika ada kekeliruan tuanpunya blog ini menyarankan supaya bertanya kepada penulis asal. Semoga memberikan manfaat kepada pembaca.
Showing posts with label Hadis. Show all posts
Showing posts with label Hadis. Show all posts

Thursday, December 12, 2013

Bersegera mengerjakan amal soleh


Daripada Abi Hurairah RA bahasanya Rasulullah SAW bersabda: "Bersegeralah kamu mengerjakan amal-amal yang soleh, kerana akan berlaku fitnah seperti malam yang sangat gelita. Di dalam keadaan itu terdapat orang yang di sebelah paginya mukmin dan sebelah petangnya kafir, begitulah (sebaliknya) sebelah petang dia mukmin dan sebelah pagi kafir dia menjual agamanya dengan kepentingan dunia yang sedikit." (Riwayat Bukhari)

Huraian Hadith:

Seseorang mukmin dan muslim dikehendaki berpegang teguh dengan agama (Islam) bersegera dan berlumba-lumba mengerjakan amal kebajikan semasa muda selagi badan sihat dan masih ada masa kerana halangan yang akan berlaku di masa hadapan tidak akan diketahui.

Rasullullah SAW mengingatkan umatnya supaya berhati-hati dengan fitnah dan halangan kerana ia mendorong manusia melakukan maksiat.

Pada akhir zaman terdapat manusia yang menjadi kafir dan menjual agama.

Cemburu Allah

Daripada Abu Hurairah RA daripada nabi SAW, baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT cemburu (tidak suka) dan cemburu Allah SWT itu ialah terhadap orang yang akan mengerjakan apa yang diharamkan Allah ke atasnya."

Huraian Hadith:

Allah SWT memberi kebebasan kepada seseorang melakukan apa yang dikehendaki, namun begitu Allah tidak menyukai perbuatan yang diharamkan.

Perasaan benci kepada perkara yang dilarang oleh Allah adalah suatu sifat yang mulia.

Saturday, November 24, 2012

Mujahadah Melawan Hasutan Syaitan


DARIPADA Aisyah ra, isteri Rasulullah SAW, beliau menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah pergi dari rumahnya (dari rumah Aisyah). Kata Aisyah: "Kerana itu aku cemburu kepada beliau. Setelah baginda kembali, dia memperhatikan tingkahlaku ku dan baginda bertanya, mengapa engkau hai Aisyah, cemburukah?"

Jawabku: "Bagaimana wanita seperti aku tidak akan cemburu terhadap lelaki seperti anda?"

Tanya baginda: "Apakah syaitanmu telah datang pula menggodamu?" Jawab Aisyah: "Ya Rasulullah, apakah aku bersama syaitan?"

Jawab baginda: "Ya!" Aku bertanya: "Aku sendiri juga?" Jawab baginda: "Ya! Tapi aku dilindungi Tuhanku sehingga aku selamat." (riwayat Muslim)

Huraian:

Pendekatan tipu daya syaitan adalah pelbagai. Ini bergantung kepada jenis manusia yang mereka dekati. Mereka membelit orang berilmu melalui ilmunya, sedangkan ahli ibadat dihasut dengan amalnya.

Orang yang kaya dirosakkan dengan harta bendanya, sedangkan orang yang miskin lebih dekat dengan kekufuran disebabkan kesusahan yang dialaminya.

Hadis di atas menerangkan bahawa setinggi manapun ilmu dan sebanyak manapun amalan yang dilakukan oleh seseorang tidak dapat menjamin sepenuhnya bahawa ia akan selamat daripada tipu daya syaitan.

Oleh itu, Rasulullah SAW menasihatkan kita supaya lebih bersabar dan bermujahadah melawan godaan syaitan laknatullah.

Petikan daripada Senarai Hadis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Friday, August 5, 2011

Jagalah Kesihatan


Rasulullah mengajar kita supaya tidak makan dengan berlebihan. Jangan sampai makanan menjadi dugaan yang menghalangi ibadah kita pada bulan Ramadhan yang penuh berkah ini. Ramai orang menjadi malas, mengantuk, atau bertambah gemuk dalam bulan Ramadhan kerana pengambilan makanan yang mengandungi gula yang berlebihan. 

Jika ingin sihat, ikutlah nasihat Rasulullah: "Makanlah ketika lapar dan berhentilah makan sebelum merasa kekenyangan.“ Ingat juga sabda Baginda, "Tidak ada satu wadah pun yang diisi oleh Bani Adam, lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah baginya beberapa suap untuk memperkukuhkan tulang belakangnya agar dapat tegak. Apabila tidak dapat dihindari, cukuplah sepertiga untuk makanannya, sepertiga lagi untuk minumannya, dan sepertiga lagi untuk nafasnya.” (HR Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Yang Ikhlas dan Yang Benar

"Amal yang paling baik adalah yang paling ikhlas dan paling benar. Jika amal itu ikhlas tapi tidak benar, maka tidaklah diterima. Jika amal itu benar tapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima kecuali jika dilakukan secara ikhlas. Ikhlas ertinya dilakukan hanya kerana Allah. Benar ertinya adalah yang sesuai dengan sunnah (tuntunan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam)."(Fudhail bin ‘Iyadh)


Thursday, June 9, 2011

Tak Dapat Beribadah tapi Dapat Pahala beribadah


Sebuah hadits daripada Abu Musa Al Asy’ari Radhiallahu’anhu, ia mengatakan bahawa Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

إذا مرض العبد أو سافر كتب له مثل ما كان يعمل مقيما صحيحا

Maksudnya: “Jika seorang ahli ibadah jatuh sakit atau safar, ia tetap diberi pahala ibadah sebagaimana ketika ia sehat atau sebagaimana ketika ia tidak dalam safar” [HR. Bukhari]

Ini adalah sebuah nikmat yang besar yang dikaruniakan Allah Ta’ala kepada hamba-Nya yang beriman. Iaitu jika seorang hamba terbiasa melakukan sebuah amal ibadah sunnah secara berterusan, kemudian suatu ketika ia terhalang untuk melakukannya disebabkan dia jatuh sakit atau safar (dalam perjalanan), maka pada saat itu ia mendapat pahala ibadah tersebut secara utuh.

Ini adalah kerana Allah Ta’ala Maha Mengetahui bahawa jika hamba-Nya tersebut tidak memiliki keuzuran (halangan) ia akan melakukan ibadah tersebut. Dalam hal ini, secara khusus untuk orang sakit, Allah memberi pahala kerana niat orang tersebut. Selain itu juga secara umum, orang tersebut boleh mendapatkan pahala kerana telah menunaikan kewajipannya untuk bersabar menghadapi sakitnya, bahkan pahalanya lebih sempurna jika ia redha dan bersyukur dalam menghadapinya serta merendahkan diri terhadap Allah Ta’ala.

Demikian jugalah bagi seorang yang sedang musafir, ia mendapatkan pahala atas amal-amal kebaikan yang ia lakukan saat dalam perjalanan. Contohnya, memberi pengajian, nasihat, atau bimbingan kepada orang lain dalam hal agama ataupun dalam masalah duniawi. Secara khusus juga, seorang musafir diberi pahala jika perjalanan yang ia tempuh dalam rangka kebaikan. Seperti safar dalam rangka jihad, haji, umrah atau seumpamanya.

Hadits ini juga mencakup pembahasan tentang orang yang beribadah namun terhalang untuk melakukannya dengan sempurna kerana suatu keuzuran. Maka Allah Ta’ala akan menyempurnakan pahala bagi orang tersebut disebabkan niatnya. Kerana uzur yang membuatnya terhalang untuk melakukan ibadah dengan sempurna dapat dikatakan sebagai salah satu jenis penyakit dalam hadits ini. Wallahu’alam.

Hadits ini juga mencakup pembahasan tentang orang yang memiliki niat untuk melakukan amalan yang baik, namun ia terhalang untuk melakukannya karena ia melakukan amalan lain yang lebih baik dari amalan pertama. Dan orang tersebut tidak dapat melakukan kedua amalan tersebut semuanya (harus memilih salah satu). Maka dalam kedaan ini, ia lebih patut untuk diberi pahala yang lebih besar oleh Allah Ta’ala. Namun jika kegiatan lain tersebut tingkat kebaikannya setara dengan kegiatan pertama, maka sungguh kurnia Allah Ta’ala sangatlah besar.

[Diterjemahkan dari syarah hadits no.30 dari kitab Bahjatul Qulubil Abrar Wa Qurratu A’yunil Akhyaar, Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As Sa’di Rahimahullahuta’ala]
Penulis: Yulian Purnama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...