Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

BUBUR SOM-SOM

kenapa kuih ni dipanggil bubur som-som ye...agaknya dicipta oleh makcik kalsom kot..he he...apa-apa pun kuih ni adalah antara kuih yg paling mama gemari, lemak, manis dan lembut

sumber : Kak Fida MyResepi ~ mama kopipes dari sana
u/p:- Kak Fida guna air pandan tentu lebih harum tp mama hanya guna santan

BAHAN-BAHANNYA :-
100 g tepung beras
100 g tepung jagung
1,600 ml santan (500 ml KARA+ air)~ mama guna 1,700 ml sbb mama tolak air pandan
100 ml air pandan (atau 100 ml air + pandan pes)
1 sk garam atau secukup rasa
sedikit pewarna hijau (opt)

SIRAP GULA MELAKA :-
500 g gula melaka
1000 ml air
2 helai daun pandan - disimpul

    CARA-CARANYA :-

    Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis, ketepikan. 

    Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan berkilat, hingga adunan meletup-letup. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.

    Sajikan bersama sirap gula melaka.



      Thursday, September 2, 2010

      QUICK SMOOTH TOFU FA



      masa gi bertandang umah LOVE2COOK punyalah  teringin tengok tofu fa nyer tambah lg tengok kat dapur YAT MARIA memang tak sabar nak cuba...bezanyer  mama guna sirap gula putih...ermm nanti nak buat lagi la...tak payah lagi tunggu pasar malam  ~ tq LOVE2COOK kerana bagi idea, tq juga YAT MARIA  :)


      Wednesday, December 9, 2009

      PUDING SUMI

      Semudah A, B, C





      A
      1 tin fruit koktel bersama sirapnya
      jeli sumi secukupnya

      B
      1 1/2 tin susu cair
      3/4 tin air atau lebih mengikut citarasa
      gula manis ikut cita rasa
      1 sudu tepung kastad dibancuh dgn sedikit air
      1 sudu kecil esen vanila
      secubit garam
      didihkan dan sejukkan

      C
      campur A dan B
      sejukkan dalam esbox sebelum dihidangkan

      Ermmm...lemak berkrim!!!


      Sunday, June 28, 2009

      PULUT DURIAN

      Dengan sebijik derian cam-macam bleh buat...kemarin buat wajik (pulut kacau) ...pulut n santan berbaki ...dah ada pulut dah ada derian biasanyer oghang sebelah utara layan camnilah...

      ermm...lemak berkrim


      bahan2
      pulut yg dikukus/tanak
      santan pekat n sedikit garam (kelapa putih perah ngan air panas)
      kalau suka manis melecas tambah gula...

      seronok makan ramai2...
      pastu bermalas-malasan kerana ngantuk he he..
      pesanan ikhlas dari mama lepas makan durian tolong sangat2 jangan sendawa dlm keta atau dalam lif yg ramai orang...kang ada yg pengsannn...

      Wednesday, June 24, 2009

      JELLY KELAPA

      SLURPP....ERMMM....NYAMANNYERRR !!!


      Bahan-bahannya
      1 paket agar2 serbuk (10gm)
      2.6 liter air kelapa ~ guna air dr 3 bj kelapa muda
      isi kelapa muda ~ boleh kaup guna sudu atau sagat
      11 sudu gula ~ terpulang pd citarasa masing2
      3 helai daun pandan


      Cara-cara

      1. Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
      2. Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda. Padamkan api.
      3. Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
      4. Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.
      5. sekiranya air kelapa tidak mencukupi, + dgn air biasa utk mencukupkan sukatan 2.6 liter.

      sumber resepi Nor67@MyR TQVM

      Tuesday, June 16, 2009

      SORBET



      Akhir2 ni cuaca agak panas.....terasa sangat..mungkin fenomena yg dibawa oleh El-Nino kot, mama tak lah faham sangat...ermm nak taw lebih kena tanya jab. kaji cuaca...apa yg mama rasa bila keluar rumah kadang2 rasa macam dalam oven, dok di opis macam dalam peti ais la pulok !!...mama pun kadang2 jadi celaru, apa lagi cuaca celaru dengan jerebu mama lagilah celaru...akal pun kadang2 jadi suntuk ...suntuk akal macam bengong2 sket...he heh..
      apa2 pun kita kena bersabar dengan ujian...dan tak lupa bersyukur....tempat lain macam2 bencana...,bersyukur sangat2 kita jd rakyat M'sia yg aman damai dan makmur ni, ...ok, lupakan yg lain2...apa kata kita nyamankan diri kita dengan menikmati SORBET ...'pronounced sor-bay' dessert yg disediakan dari puri buah2an yg di bekukan... sorbet ni kira adik beradik aiskrim lah... sangat senang disediakan dan yg penting sangat2 nyaman dinikmati jom layan....

      untuk buat sorbet kita perlu sediakan sirap gula dulu

      bahan2nya
      250 gm gula
      1 cawan air
      masak hingga mendidih dengan api sederhana, biarkan 10 minit atas api perlahan angkat dan sejukkan

      SORBET BETIK

      bahan2nya
      1 kg betik yg masak
      125 ml sirap gula
      50 gm jus limau nipis
      untuk hiasan - buah2an dan daun pudina

      cara-caranya
      kisar betik, sirap dan jus limau nipis
      tuang kedalam bekas bertutup dan sejukkan dan bekukan hingga separa beku-2-3 jam
      keluarkan dan kisar semula sehingga halus masukkan dalam bekas dan 'feezer' hingga keras, scoop dan hidangkan dengan buah2an dan daun pudina

      SORBET TEMBIKAI


      bahan2nya
      1 1/2 kg tembikai (pastikan tiada biji)
      1 1/2 cawan sirap gula
      1 biji lemon diambil jusnya
      100 gm whipped cream
      cara2nya
      kisar isi tembikai hingga halus tapis dan dapatkan 900 ml pureenya
      campurkan jus lemon dan sirap gula, bekukan separa beku
      keluarkan dan kisar bersama whipped cream hingga sebati dan halus
      bekukan semula
      scoopkan dalam gelas dan hidangkan dengan hirisan tembikai dan daun pudina sebagai hiasan

      SORBET JAMBU BATU

      bahannya
      250 gm jambu batu tanpa biji dan kulit
      125 ml air (1/2 cawan)
      165 ml sirap gula (3/4 cawan)
      1 biji lemon ambil jusnya
      100 gm whipped cream
      cara2nya
      kisar jambu dengan air dan tapis...kena tekan2 sket ngan sendok
      campur sirap dan jus lemon dan bekukan separa beku 2-3 jam
      keluarkan kisar bersama whipped cream hingga sebati dan bekukan semula

      STRAWBERRY SORBET
      sorbet stroberi ni resepi oleh Judy dari Hawai... mama cilok & kopipes kat RecipeZaar


      Ingredients
      1 cup water
      3/4 cup sugar
      1 pint fresh strawberries
      1/2 cup orange juice

      Directions
      Combine water & sugar in a pan, stir over low heat until sugar dissolves.
      Bring to a boil & boil gently for 5 minutes without stirring.
      Set aside to cool.
      Wash berries.
      Remove caps.
      Puree fruit in a blender or food processor until almost smooth.
      In a medium bowl, combine fruit with cooled syrup and orange juice.
      If you have an ice cream freezer, you can put the puree mixture into that & process using the directions with the machine.
      Otherwise, pour into an 8 by 8 pan & cover with plastic wrap.
      Place in freezer & freeze until almost firm, 1 to 2 hours.
      Stir 2 or 3 times with a fork while freezing.

      Banana Orange Sorbet

      Ingredients:

      • 1 cup of sugar (250 ml)
      • 1 cup of water (250 ml)
      • 3 bananas, peeled
      • 2 cups of orange juice (500 ml)

      Directions:

      1. Combine sugar and water in a small saucepan and bring to a boil, allowing the sugar to dissolve.
      2. Remove from heat, let cool and then refrigerate until cold.
      3. Put bananas in a blender along with the orange juice and cold simple syrup. Blend until smooth and freeze in an ice-cream maker according to manufacturers directions.
      4. Alternately you can spread the mixture into a shallow pan and freeze. Give it a stir with a fork every 45 minutes. Once it gets fairly firm very briefly toss it in a blender to break up the ice into finer crystals and refreeze.




      Alahai kat rumah hari ni buah2an dah abis..nak ajak baba kuar gi Baskin Robin makan strawberry sorbet lah...okey hingga jumpa lg selamat bersorbet...




      Friday, May 29, 2009

      HOME MADE ICE CREAM


      Tiada yg lebih nikmat selain dari mengecapi ais krim di tengah cuaca panas....pergh !!!..
      lagi la bes kalau menikmati ais krim yg sendiri bikin, nikmatnyer berlipat kali ganda u!!
      n3 ni mama nak share resepi ais krim yg mama belajar lama sgt dah dolu, dah ingat2 lupa...sebenarnyer gi belajar wat ais krim kek...jd belajar lah wat ais krim juga....

      bahan-bahan
      2 cawan coffee mate
      1 cawan susu cair
      1 cawan krim segar (fresh cream) - leh tukar santan/susu cair/susu segar/yogurt/ whipping cream( rich) ikut kesesuaian
      1 ½ oz gula halus
      (Kalau nak yg kental ( keras) masukan 1 sudu teh gelatin halal, campur dulu dalam 1 sudu air sejuk dan lepas tu kacau dengan 1 sudu air panas) tp tak mo letak gelatin pun tak per.
      cara-cara
      campur semua bahan bersatu dan rata, dingin bekukan selama 4 jam
      keluarkan dari peti sejuk dan putar pakai mixer hingga kembang selama lebih kurang 20 minit, ( lama nye…nak bg gebu kot) tambah perasa atau sebarang bahan lain yg disukai , deroyan ke, jagung ke , vanilla ke… jgn taruk cili dah le …dingin bekukan lg sehingga digunakan
      tips membuat ais krim
      1. mangkok yg diguna mesti lah bersih dari minyak
      2. untuk membuat ais krim yg gebu dan lembut tukar krim segar (fresh cream) dengan susu segar tetapi masa memutar ais krim menjadi lebih lama

      AIS KRIM KACANG MERAH MAT GEBU@MyR (kopipes)

      Bahan-bahan ( 7 - 8 orang )

      * 270 g coffemate (creamer tepung)
      * 500 ml susu segar
      * 100 g gula halus (gula kastor)
      * 1 tin kacang merah dalam tin

      Cara-cara

      1. Bancuh coffemate, gula halus dan susu segar. Kacau dgn wisk hingga semua larut dan sebati. Simpan dalam peti sejuk (bahagian beku) 4 - 5 jam (sehingga 3/4 beku).
      2. Toskan kacang merah, lecek hingga hancur dan ketepikan. Keluarkan adunan ais krim dan masukkan ke dalam mixing bowl. Putar dgn kelajuan tinggi 10 minit hingga pekat dan gebu.
      3. Perlahankan speed. Masukkan kacang merah lecek dan putar 1 - 2 minit hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas plastik (seperti tupperware) dan dingin beku sekurang2nya 8 jam atau semalaman.

       halalkan & tqvm ye CMG

      AISKRIM JAGUNG
      Sumber: Murnie/Diana

      Bahan-bahannya
      2 1/2 cawan creamer coffeemate
      2 cawan susu segar
      1/2 cawan gula
      1/2 tin jagung krim
      sedikit pewarna kuning

      Cara-caranya
      1. Masukkan creamer coffeemate, susu segar, gula dan kacau sehingga ia larut dan sebati.
      2. Masukkan pula jagung krim dan kacau sebati adunan.
      3. Masukkan adunan aiskrim kedalam bekas dan masukkan kedalam freezer dan biarkan ia setengah beku.
      4. Bila telah separuh beku, keluarkan adunan aiskrim dan masukkan adunan kedalam mixer dan pukul aiskrim sehingga ia gebu dan double up in volume.
      5. Masukkan kedalam bekas kembali dan bekukan. Kemudian boleh anda hidangkan.

      Nota: kata D ia  menggunakan 1 tin jagung krim dan kurangkan gula kepada 1/4 cawan. Rasa manisnya secukup rasa.


      Saturday, April 18, 2009

      PUDING KARAMEL


      Hari ni kiter layan puding karamel:( diet tangguh dulu )
      resepi mama senang je
      1/2 cawan gula dijadikan karamel (jaga- warna gelap puding cantik tp agak pahit)
      1/2 tin susu cair
      1/2 tin susu pekat
      1 tin telor (pecahkan telor sukat dalam tin susu tu)
      1 tin air
      kalau suka keras letak 1 sudu tepung kastard
      2 sudu essen vanilla

      cara2 nak buatnyer

      Kecuali karamel kacau sebati bahan2 di atas dan tapis dalam loyang berisi karamel nak kukus boleh nak bakar pun boleh, kalau nak bakar letakkan loyang dalam loyang yang lebih besar dan berisi air.
      Nak lebih sedap layan ngan fruit cocktail yummi! yummi!