Showing posts with label kuih muih. Show all posts
Showing posts with label kuih muih. Show all posts

Monday, April 23, 2012

TALAM UBI

Satu lagi kuih yang digemari ramai, nampak je cam keras tapi sebenarnyer lembut membelai rasa...

bahan-bahan bahagian bawah:

700 gm ubi kayu yg siap diparut
400 ml santan cair
250 gm gula pasir
sedikit pewarna kuning


cara - cara:

satukan semua bahan dan kacau atas api hingga pekat lalu dimasukkan dan ratakan dalam loyang kukus lebih kurang 20 minit


bahan-bahan bahagian atas:


1000 ml santan pekat ( 250 ml santan yg pekat + 750 ml air)
2 tsp garam
100 gm tepung beras
50 gm tepung ubi
50 gm tepung gandum

cara-caranya:

satukan semua bahan lalu dikacau hingga naik wap dah tuangkan ke atas lapisan bawah lalu dikukus lagi lebih kurang 25 minit.


sumber: Chef Asmah


Friday, April 20, 2012

KRIM PUFF DURIAN

Salam Jumaat :) ...hari ni jom buat puff durian untuk minum petang... sedap taw..

bahan-bahan untuk puff
200 ml air
90 gm mentega, dipotong kecil
120 gm tepung gandum - diayak
4 biji telur
sedikit vanilla

cara-cara buat puff

panaskan oven pada suhu 200C.
griskan loyang dengan minyak
pukul biar telur kuning dan putih bercampur ketepikan
Masukkan air dan mentega ke dalam periuk, masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih, tutupkan api.
masukan tepung dan kacau cepat-cepat.
panaskan semula adunan dengan api sederhana kacau sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
masukkan telur, kacau cepat-cepat
masukkan adunan ke dalam piping bag. pipe kan ke atas loyang, jarakkan kerana apabila dibakar ia agak mengembang.
spray permukaan cream puff dengan air, bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

bahan-bahan kastad durian

1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastad
4 sudu besar gula
1 cawan susu cair/segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
2-3 ulas durian

cara-cara
bancuh tepung2 dan gula dengan sedikit susu, kacau jangan ada yg berketul.
Masukkan telur dan kacau lagi.
susu yang lebih di panaskan apabila mendidih cepat2 masukan adunan tepung, kacau dan masukan durian yg telah dilenyek2 akhirnya masukan mentega kacau sampai adunan agak berkilat.



Tuesday, April 17, 2012

KUIH ULAT BULU

ulat bulu?...eh, ini bukan ulat bulu la tp sejenis kuih yg mudah kita jumpa kat Kelantan..entahlah... orghe Kelate ni suko benar letak nama hok pelik2 ke kuih-muih dorang, taik itik, gelembung buaya n macam2 lagi...he he



intinya
500 gm kacang merah
1 1/2 cawan gula pasir
1 keping gula  kerek
1 helai daun pandan
sedikit garam

rendam kacang merah beberapa jam
kemudian rebus  hingga empok..
mudah kalau guna rice cooker-tidak berkerak n hangit
cairkan gula kerek  dan gula dalam kuali dengan sedikit air
kemudian masukkan kacang yg telah direbus
kacau hingga betul kering sambil dilenyek2kan dengan senduk

kulitnyer
sepeket tepung pulut
2 sudu tepung gandum
air pandan 
sedikit air kapur
kelapa parut putih yg digaul garam

gaul tepung n air pandan...  jgn terlebih air.. biar sampi boleh dibentukkan jer.. kalau suka warna terang boleh tambah sedikit pewarna  hijau , leperkan doh masukan inti dan bentukkan lonjong2 ...didih air yg banyak dalam periuk lalu di rebus doh yg telah dibentuk hingga timbul, toskan dan gaul dengan kelapa parut
masa menghidang tabur dengan sedikit beras pulut goreng tanpa minyak.





Sunday, June 5, 2011

LEMPENG KELAPA

rasanya dulu kat kampung sebelah utara nu... org panggil kuih ni tempek , ada gak yg sebut peknga (tempek kat belanga)ish... buruk benor bunyi nye ye, he he...sedap dimakan ngan sambal tumis, kari dan kalau simanja boleh cicah ngan susu pekat..:)
kali ini mama gandingkan dengan kari ayam berkentang...makan panas-panas memang menyelerakan
kalau ikut mama bahan-bahannya asas nya ialah tepung gandum, kelapa yg agak muda, air, dan garam je ...sukatannya main cekau dan curah je...agak-agak...
cuba gi tengok lempeng CHEF CMG...bahan2nye disukat dah nampak jadi cantik je..

penghargaan: CMG

Sunday, February 6, 2011

BELEBAT UBI STELA

belebat = lepat
ubi stela = ubi keledek


bahan-bahan

160gm tepung beras
200 gm gula
125 gm ubi stela ungu dipotong kiub kecil
125 gm ubi stela oren dipotong kiub kecil
3 biji pisang emas masak di lecek kasar
800ml santan
1/2 sudu teh garam halus
daun pisang secukupnya di layur dahulu

cara-cara :

1. rebus ubi keledek sekejap ditos airnya ~ ketepikan.
2. campurkan air, santan, tepung beras, garam dan gula dan tapis
3. masak adunan yg ditapis hingga pekat ~ jaga api & kacau selalu ~ campur ubi & pisang
4. ambil sesudu besar adunan, letakkan di atas daun pisang yang telah dipotong mengikut saiz yang dikehendaki ~ comel kalau dibungkus kecil
5.kukus adunan selama 10-15 minit sehingga masak.


Saturday, October 30, 2010

KUIH BAKAR LABU

sumber: mama kastam tioman@myr  (tq)

 bahan-bahan

3 1/2 cawan tepong gandum
5 cawan santan
1 1/2 cawan gula pasir
1 sudu makan mentega
3 biji telor
1 cwn labu lecek
sedikit garam
  1. blend semua bahan sehingga sebati.
  2. sapu acuan dengan minyak/mentega.,  tuang adunan dan bakar sehingga keperangan
  3.  oven dipanaskan dahulu dengan kepanasan 180-200 celsius

Thursday, October 21, 2010

KETAYAP / KUIH DADAR



bahan yg diperlukan

A)
200 gm gula melaka dicincang
4 helai pandan disiat2
100 ml air
B)
sebiji kelapa diparut ambil yg putih sahaja
2 tsp tepung jagung bancuh dgn 2 tsp air

C)
180 gm tepung gandum
1-2 biji telor pukul sedikit
450 ml santan cair (dari 1/2 kelapa)
1/4 tsp garam halus
4 tbsp jus pandan yg pekat (kisar dari daun pandan)

peraturan

masak (A) hingga gula melaka hancur dan tapis
masukan sirap gula melaka dalam pan bersama kelapa & tepung jagung
masak beberapa minit hingga agak kental
campur sebati semua bahan (C) dan tapis
panaskan 5" non-stick pan greasekan sedikit minyak n masukan 1/2 senduk adunan (C)
swirlkan supaya rata dan masak +- 2 min...isikan inti gulung dan sedia utk dihidangkan

Saturday, August 21, 2010

LOPES SEGI TIGA



teruja sungguh nengok lopes Kak Rusnah aduh! duh! mana tahan!
bln. posa nak ngetik kibod pun x larat jd Kak Rusnah minta izin kopipes ye!

bahan-bahan

1 1/2 cwn beras pulut yang direndam terlebih dahulu
1 1/2 - 2 cwn air jus pandan
1 sk air kapur
sedikit pewarna hijau epal
Semuanya ditanak dengan api sederhana sampai kering dan separuh masak.
Balut berbentuk segitiga dan disusun tiga kemudian diikat.Kukuslah lebih kurang 40 minit.
Bila sejuk golekkan ke dalam kelapa parut putih yang dicampur sedikit garam dan dihidangkan dengan air gula merah/gula melaka.....enaknya.


penghargaan buat Kak Rusnah


Friday, July 23, 2010

TALAM QASIDAH

belah-belah utara sana selalu jumpa la kuih ni...
boleh dibakar tapi lepas tu depa tukaq nama jadi bengkang tumis ... nak mekapkan jadi hijau pun boleh ~ tambah saja air pandan tapi sukatan cecair biar sama


bahan-bahan

4 cawan tepong gandum
8 cawan santan
1 cawan gula pasir
8 ulas bawang kecil
1/4 cawan minyak masak
4 biji telor
secubit garam
sedikit pewarna kuning

peraturan

panaskan kukusan terlebih dahulu
satukan tepong, gula, santan, telor dan perwarna kuning kacau rata dan tapiskan ke dalam loyang..ketepikan.
bawang di mayang dan goreng dengan 1/4 cawan minyak hingga garing & kuning keemasan tuangkan panas-panas kedalam adunan tepung dengan minyaknya sekali.
kacau rata dan kukus selama 45 minit.Buka penutup kukusan..biarkan sekejab hingga wapnya kering, baru lah di tutup apinya

Saturday, July 17, 2010

KUIH TIRAM



ada yang memanggil kuih ni kuih lidah buaya, ish lidah buaya macam ni ke?,
nak kata macam tiram pun tak jugak...pernah dengar orang panggil kuih layang2 sukahatilah yg pasti sedap dibuat kudapan tak kira bila dan di mana jua ...resepi dapat kat umah Cek Mat Gebu ..Cek Mat kata dia dpt dr Fidah terimakasih & setinggi2 penghargaan utk penyumbang2 yg terlibat


500 g tepung gandum
1 biji telur gred A, dikacau sedikit
2 camca besar marjerin/mentega
1/2 camca teh garam
160 ml air (kurang lebih)
Gula secukupnya untuk menyira @ gula kaster untuk menyalut
minyak untuk menggoreng

untuk pes
6 camca besar tepung jagung / tepung ubi
6 camca besar minyak masak ~ disatukan dan kacau hingga menjadi pes

cara membuatnya

bancuh tepung jagung dengan minyak masak dan kacau hingga menjadi pes yang licin dan tidak berketul2. Ketepikan.

gaul tepung, garam, telur dan mentega hingga rata. tuang air sedikit demi sedikit sambul terus menggaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. bulatkan dan bagi kepada 3 bahagian ambil satu bahagian, canai tarik2 nipis macam roti canai dan sapu dengan pes tepung tadi rata (lebih kurang 1 1/2 camca besar).

kemudian gulung kemas2 macam nak buat swiss roll, potong2 lebih kurang 1.5 cm ambil satu bahagian canai nipis memanjang

goreng dalam minyak sederhana panas, hingga kuning keemasan, angkat dan
toskan minyaknya atas paper towel sira atau salut dengan gula kastor.

* mama atiq pernah tengok cikgu kemas ajar ~ pes tepung tu di goreng sekejab dan tepung yg diguna tepung ubi

Saturday, April 10, 2010

TALAM GETUK UBI

sesuai untuk hidangan petang ....pekena ngan kopi O



(A)
1200 gm ubi kayu
400 gm kelapa parut putih
2 sudu teh garam halus
50 gm gula caster

rebus ubi sampai empuk
apabila suam lenyek/tumbuk dan gaul bersama bahan lain

(B)

200 gm gula merah
100 gm gula pasir
250 ml/secawan air
2 helai daun pandan
500 gm kelapa parut putih
2 sudu besar tepung pulut
1 sudu teh garam halus

masak gula, air & daun pandan hingga gula hancur dan tapis
masak air gula & kelapa parut, garam hingga sebati kacau sebentar akhir sekali masukan tepung pulut ~ hingga agak2 kering dan sejukkan

penyediaannya:
alas loyang dengan plastik dan oleskan sedikit minyak @ masukan (B) tekan & mampatkan lalu dilapiskan (A) tekan dan mampatkan kemas
potong ikut size yg disukai dan sedia untuk dihidangkan


Sunday, January 10, 2010

AKOK

Dah biasa post dah resepi ni ...buat lagi tayang la lagi he he...
Guna oven dan acuan muffin ....kalau guna arang macam orang dolu2 mesti sedap...
Bunga cengkih dan pandan digunakan untuk mengurangkan hanyir telur
bahan-bahan yg diperlukan
5 biji telur
100 ml air
150 gram gula manisan
200 ml pati santan
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan-siat halus
2 cubit garam halus
beberapa kuntum bunga cengkeh

cara


1) Masak air bersama gula manisan pandan dan cengkih sampai mendidih. Tutup kan api.
2) Masukkan santan pekat.Kacau rata.
3) Masukkan telur,daun pandan, garam dan tepung, ramas2kan supaya sebati .Kacau rata.Tapis guna penapis penapis santan supaya tiada ketulan tepung.
4) Panaskan oven , suhu 200 darjah celcius.Panaskan bersama acuan. Letak sedikit minyak dalam acuan.
5) Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit.Dalam oven kuih ni akan kembang

*sekali lg penghargaan buat Pn Zaliana

Saturday, October 10, 2009

BELEDA KERING

beleda kering (agar-agar kering) yg cantik mengiurkan dengan berbagai warna & perisa nilah yg mama kunyah tak hengat donia lepas raya lepas..membuat tahap kemanisan dalam darah mama menjadi kaw giler...sehingga menggerunkan ramai pihak....

masih nak resepi? nah! ambik la... tp. kalau apa2 berlaku jangan kaitkan mama...

resepi 1
1 paket agar-agar
1 mangkok sedang air basuhan beras
1 mangkok sedang air untuk direbus bersama agar-agar
1 mangkok sedang gula pasir
1 paket kecil gula batu
Sedikit pewarna merah
mama tambah 1 perisa mewakili 1 warna

Agar-agar direndam bersama 1 mangkok sedang air basuhan beras (direndam sehari semalam)
Masak agar-agar bersama gula pasir sehingga hancur.
Tapis agar-agar yang telah masak dan dimasak sekali lagi dengan gula batu
Warnakan mengikut kesukaan masing-masing
Bila dah sejuk dipotong kecil-kecil kemudian dijemur selama 2 hari
Kemudian bolehla dihidangkan

resepi kopipes dr KZlittleoven...

resepi 11
33gm agar-agar
150gm gula batu
1.2kg gula pasir
Air secukupnya
Pewarna kuning, merah & hijau
Cara-cara
Rendam agar-agar selama 4 jam. Toskan
Sukat agar-agar dengan mangkuk; jika agar-agar semangkuk, pastikan airnya dua mangkuk.
Jerang agar-agar,air,gula batu dan gula pasir. Kacau sekali-sekala hingga tinggal separuh.
Bahagikan tiga dan warnakan secara berasingan. Tuang ke dalam loyang dan biar keras.
Potong agar-agar mengikut suka. Lapik dulang dengan kain jarang dan susun potongan agar-agar di atasnya. Jemur di bawah matahari.
Balik-balikkan agar-agar supaya rata keringkan dan tidak melekat. Bila agar-agar mulai bersaka ( kristal gula yang keputih-putihan) , bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.

kopipes dari koleksi Riezanie toke kue muih... tq Zanie

Tuesday, October 6, 2009

SI-LABU KUNING


buah2an dan sayuran selain enak dinikmati juga punya khasiat menyembuhkan..... labu kuning, misalnya, selain enak untuk dibuat sayur lemak, dipengat, dan dijadikan bahan tambahan untuk kuihmuih, ternyata mengandung vitamin C dan betakaroten yang tinggi

peneliti penyakit paru-paru dari AS, Gary E Hatch mengatakan, orang yang makan banyak makanan mengandung zat antioksidan (vitamin C dan betakaroten) tinggi mampu mengurangi serangan asma dan penyakit pernafasan lain, dan yang paling ideal adalah labu kuning.

semakin terang warnanya (berwarna kuning keoren2an) semakin tinggi kadar betakarotennya. jadi jangan lupa menyertakan labu kuning dalam menu harian di rumah anda.

KASTAD LABU



bahan yg diperlukan:

1 biji labu kuning (prefered green skin)
5 biji telur
350 ml santan
100 gm gula melaka dicincang
1 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu besar gula pasir
sedikit jus pandan
sedikit vanilla
sedikit garam

1.potong labu 3:2 portion (yg atas bertangkai tu utk penutupnyer)
scoop keluarkan biji dan bersihkan bahagian dalam labu
2. kacau rata telur dan gaulkan dengan bahan2 lain hingga sebati dan tapis 2-3 kali
3. panaskan kukusan
4. tuang adunan telor kedalam labu tutup separuh dengan penutup labu bertangkai dan kukus lebih kurang 40 minit.

Sunday, September 13, 2009

AKOK

Kue dari pantai timur ni manis, lemak,lembut...sesuai untuk bulan puasa ...sekali ngap 3, 4 biji x terasa...taw2 kenyang sehari..he heh..

resepi angkut dari rumah Za ....TQVM Za
Bahan-bahan
5 biji telur
100 ml air
150 gram gula manisan
200 ml pati santan
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan-siat halus
2 cubit garam halus

cara
1) Masak air bersama gula manisan sampai mendidih. Tutup kan api.
2) Masukkan santan pekat.Kacau rata.
3) Masukkan telur,daun pandan, garam dan tepung.Kacau rata.Tapis guna penapis penapis santan supaya tiada ketulan tepung.
4) Panaskan oven , suhu 200 darjah celcius.Panaskan bersama acuan. Letak sedikit minyak dalam acuan.
5) Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit.Dalam oven kuih ni akan kembang

Thursday, September 10, 2009

TALAM MUTIARA HITAM

sukalah dengan talam ni...tp agak liat sbb tepung ubinyer banyak...kena betul2 sejuk baru boleh potong...bolehla nak menambah2 kue... shantik jg ...tak la rasa malu nak bawak ke tengah meja tuh...


lapis mutiara hitam
(A)100 gm pulut hitam direbus empuk dan tos
(B)90 gm tepung beras,80 gm tepung ubi, 150 gm santan pekat,100 gm air
(C)140 gm caster sugar, 300 ml santan cair, 1/2 tsp garam, 2 helai pandan

peraturan

mix (B) dan tapis, masak (c) hingga didih masukkan (B) dan (A) kacau sebati

lapis berwarna
(A) 150 gm tepung beras, 270 gm tepung ubi,250 ml santan pekat, 250 gm air
(B) 240 gm caster sugar, 500 ml santan cair, 1tsp garam , 2 helai pandan

peraturan

mix (A) dan tapis, masak (B) hingga didih campurkan (A) kemudian bahagian 4 bahagian
1 bahagian diwarnakan merah jambu, 1 bahagian warna putih dan 2 bahagian warna hijau

mula2 kukus warna merah jambu pastu warna putih pastu hijau pastu adunan pulut hitam dan akhir sekali warna hijau

kukus setiap layer 5 minit dan last sekali 20-25 minit

selamat menalam...

Sunday, July 12, 2009

KUE BAKAR KEMBOJA


Harum pandan, rasa yang lemak2 manis menjadikan kue bakar kemboja disukai ramai...sesuai untuk minum petang... dah tu plak cantik dah mudah dihidangkan di majlis2 jamuan dan keraian
Harumnya sampai satu kampung taw kalau tengah bakar kue ni...jadi kena buat lebih supaya bleh bagi2 kat jiran tetangga...kalau tak berdosa taw!!

bahan2nya

(A)
10 - 15 helai daun pandan
400 ml air

(B)
400 gm gula (tak suka manis boleh kurangkan gula jadi 300 gm)
400 ml air

(C)
400 gm tepung gandum diayak
1 sudu teh garam
6 biji telor gred A
500 ml santan pekat
1/2 sudu pewarna hijau apel + 1/4 sudu pewarna kuning
(pewarna tak perlu kalau pandan dah cukup hijau)
minyak masak dengan sedikit minyak sapi @ butter @ majrin
bijan secukupnya
acuan kue bakar kemboja

cara-caranya

Kisar (A) dan tapis
satukan (A) dan (C)
panaskan (B) sampai gula hancur, terus curahkan dalam adunan tepung ketika masih panas, sebatikan boleh guna blender dan tapis
panaskan acuan kemboja atas stove dapur
tuang 1 sudu minyak bersama sedikit minyak sapi, masukan 1/2 sudu besar bijan
tuang adunan tepung dan terus masukkan dalam oven yg telah dipanaskan
bakar api atas bawah 180 darjah C hingga keperangan
akan dapat 6 biji kue bakar kalau guna acuan kueh nakar kemboja saiz 2

Thursday, July 9, 2009

RODA PISANG

sebab apa roda pisang mama senget benget tak bulat macam roda? sebab pisang tu mama belah dua ...sebab apa mama belah dua pisang?... sebab pisang tak cukup ader 3 biji je, pastu mama bungkus macam lepat je...tu yg jadi cam roda pancit :(



yg diperlukan

(A)
500 gm ubi kayu diparut di tos
1/2 cawan tepung ubi
1/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan santan pekat
air agak2 dalam 1 cawan lebih gitu

boleh gunakan pewarna yg disukai atau hijau dari air pandan

(B)
pisang raja secukupnya
daun pisang dilayur secukupnya

(C)
1/2 biji kelapa parut putih digaul gula dan garam secukup rasa

cara-caranya

gaulkan bahan (A) kacau sebentar atas api agak2 pekat ...
tipiskan atas daun pisang letak sebiji pisang yg dikupas
gulung seperti nak buat lontong
ikat kemas dengan tali atau sematkan dengan lidi
panaskan kukusan dan kukus lebih kurang 1/2 jam hingga masak
angkat sejukkan, potong bulat dan gaul dengan bahan (C)

Saturday, June 27, 2009

WAJIK (BEE KOE)


Dah jarang2 orang hidangkan kue ni...tapi disesetengah daerah masih popular di rumah orang kahwin... ada gak dibuat hantaran setelah digubah dengan cantik...pengambilan berlebihan tidak digalakkan...bleh dapat kencing manis !! jd kalau ciri2 penyakit tu ada, anda disaran minta nasihat doktor dulu sebelum mengambilnya...walau bagaimanapun sangat-sangat sesuai untuk orang yg selalu masam muka...supaya manis sket!! he heh..

bahan-bahan

A)800 gm beras pulut

B)400 gm gula merah
220 ml air
beberapa helai pandan

C)300 gm gula putih
400 gm santan pekat
1/2 tsp garam

D) beberapa ulas durian ( optional)

cara-cara

A dibasuh, rendam 4 jam, kukus dan sejukkan
B dimasak dan tapis
B + C + D dan masak sehingga pekat
masukkan A dan kacau hingga kering
ngam dengan loyang 10x10x1 in
potong dan hias dengan bijan dan kacang tanah goreng atau gajus

Sunday, June 21, 2009

KOCI PULUT HITAM

teringin nak makan koci tp kat umah stok gula melaka / gula merah dah abis.. alamak !! camner nak buat inti... jeng, jeng jeng !!...jangan risau tengok camner mama buat...




bahan2nya
doh pulut
1 bungkus tepung pulut (500 gm)
3 sudu makan tepung pulut hitam
2 biji keledek direbus dan lenyek
sedikit garam
air secukupnya untuk menguli

intinya
1 biji kelapa parut yg putih melepak :)
2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan di carik2

dadih
santan pekat secukupnya
1 sudu tepung beras/gandum/jagung pun boleh (fungsinnya nak memekatkan jer)
kalau nak koci tu basah2 x yah letak tepung dalam santan ni
daun pisang secukupnya

cara-carannya
sediakan inti dulu
goreng 1 1/2 cawan gula (karamelkan) hingga keperang2an jaga api jangan hangus nanti pahit la plak koci tu... masukkan kelapa, pandan, n baki gula, masak atas api perlahan, apabila sejuk bentukkan bulat2 ikut besar yg anda suka dan ketepikan

sekarang sediakan doh nyer plak
satukan kedua2 tepung, masukkan keledek lecek dan sedikit garam, pastu uli sket2 ngan air..sampai jadi segumpal doh...kemudian macam buat buah melaka tu masukkan inti ditengah dan bulat2kan doh

sediakan dadihnya
santan pekat dimasak dengan sesudu tepung hingga pekat sket dan letakkan dalam mangkok besar

panaskan air hingga mendidih (banyak macam rebus buah melaka) kemudian rebus doh yg berinti tadi hingga timbul, kuih ni dah masak dah bleh makan pun...tp selagi lum bungkus ngan daun pisang bukan koci lg la namanyer...sabar2!! toskan doh yg timbul terus masukkan dalam mangkok berisi dadeh tadi ...
mulakan membungkus dengan cedok doh satu2 bersama sedikit santan, bungkuslah cam biasa, pastu kukus sekejab je dah le... sbb kueh tu dah masak...lama2 mengabihkan gas saja...kalau tak reti bungkus koci sendukkan dalam sampan cam tepung pelita atau dalam acuan pandan (tako)cam mama buat kat n3 lepas...tp kena tukar nama la...kuih bulan gerhana sesuai kot...
jual bulan posa laku ni he heh...