Showing posts with label suka suki. Show all posts
Showing posts with label suka suki. Show all posts

Saturday, March 26, 2011

KLUANG STATION COFFEE

isu ni dah kecoh sangat pun tp atas dasar "sharing is caring"
mama atiq nak panjang-panjangkan lagi supaya tambah kecoh lagi..


"sharing is caring"

Saturday, January 29, 2011

MENU HOSPITAL

yum! yum! ini adalah salah satu hidangan makan malam mama semasa tengah dirawat di PMC Cheras...
nun yg kat ujung sana tu jiran mama yang mungkin tak sanggup nak tengok hidangan yg dia dapat ...padahal dia sendiri yang pilih menu tuh...atau dia mungkin dok berlatih nak jd hantu apa...di kelahiran ke-2 nanti ala mcm dlm filem mengikut kepercayaan dorang la... tak mungkin dia nak jd hantu mak limah hik hik

u.p. sekarang mama masih dirawat doakan mama ye nanti mama janji dapur akan berasap dengan resepi2 gempak selepas mama sembuh ( ye lah tuh) InsyaAllah

ish boringnyer seb baik spital ni ada wifi selain leh hapdet fb leh layan citer korea...dan ari nih leh hapdet blog yg usang ini ...ahakss


Thursday, October 14, 2010

MUFFIN! MUFFIN! MUFFIN! MAI BELI MUFFIN !

comel2 juga gadis yg jual muffin ni ye sebab tu laris je...he he ~ ini kisah minggu lepas ~ENTERPRENEURSHIP DAY 2010 ~ program ni berlangsung di Laman Perdana UiTM Penang utk projek dorang ~ lebih dari 130 booth yg ambil bahagian, selain muffin dorang jual cekelat lolipop dan apam dot dot , yg bestnyer booth black & pink dorang ni menang booth tercantik ....tahniah!
 
kalau pasai posing memang no1
terimakasih tak terhingga buat kak norli kerana sudi dan sanggup menolong anak2 ni menyediakan muffin juga apam dot dot yg sgt comel ni...tentu penat  kak norli ~ 3.00 pagi baru dpt tido...erm kepada sesapa yg dok belah utara kalau nak order kek boleh la cari kak norli ~ sangat cantik kuih2  kak norli ni ~ kalau x percaya boleh lah ke SINI
muffin dan apam dot dot yg dah siap untuk dijual

Tuesday, September 14, 2010

RAYA OH RAYA

raya ke? raya la sangat ! makan pun orang sponsor...pakai lawa-lawa ... posing sana sini pastu kerja ...hu hu...hai la nasib ...orang laen ngan keluarga tercenta awak kat opis...uwaaaaaaa ! waaaaa! waaaaaa!


Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

 

merdeka ! merdeka! mau duit ka? merdeka ! hik hik

Wednesday, August 18, 2010

NIKMATNYA BERBUKA PUASA

hanya orang yang berpuasa tahu betapa nikmatnya berbuka...syukur Alhamdullillah kerana kita antara yg dpt merasakan nikmat itu...betapa bahagianya dpt menyediakan juadah & berbuka bersama-sama keluarga ~ memang nikmatnya berganda...mama atiq pula kerana tuntutan kerja dah seminggu terpaksa berbuka di opis dan baba pula terpaksa berbuka di luar kerana mama tak sempat menyediakan juadah utknya ...dah nasib..huk huk :(
apa pun berbuka di opis tidaklah menyedihkan kerana ramai lg yg mengalami nasib yg sama kalau sedih pun buat derk ajalah...lg pun mcm kat opis mama ni kalau nak berterawih pun memang ada masjid ...pandai2 ejas masa...dan kerja bukan alasan....

rakan setugas pun kira macam keluarga juga
antara juadah...x ingat dah hari ke berapa
tetap ceria

tetap berselera
dah tak cukup meja....kes lambat dtg..kerana ada kerja yg mesti didahulukan

mangkok ayun tingkat nih ditaja oleh RapidKL pd hari ke-2 puasa..isinya roti arab dan kuzi ayam ~tq RapidKL

Thursday, July 15, 2010

NAIK DAN NAIK LAGI...

mulai esok 16 julai kos sara hidup bertambah tinggi la nampaknya... petrol, gas dan gula naik harga...jangan naik angin ye...
nampak gaya kena kurang2kan manis pd makanan...manis2kan muka ajalah.....





PESONA CHEF WAN

sejak beberapa hari ni lepas nonton From the Garden to the Kitchen di AFC
mama asyik dok terkenang-kenang je...terpesona ngan chef wan? bior benor!... hilang akal?
chef wan yg awet mude tuh menyediakan 2 menu ~sayur brokoli ngan pumpkin rice pudding

pumpkin rice pudding ~hidangkan ngan sos cili ~yummi! yummi!

hias cantik-cantik cek senah! kalau ko biar berselerak tak berselera nanti..lebih kurang gitulah kalau chef wan berceloteh

jangan masak lama-lama nanti brokoli ni lunyai memang tak sedap!!

owh!! memang tak rugi mama menggemarinya....kiranya ko sgt berkhasiat

inilah yg buat ku terkenang-kenang ~ periuk kukus yg chef wan guna tu...cantikla ~ berbentuk 4 persegi ... chef wan beli kat mana ye? ada sapa-sapa taw?

nampak tak? ...ala banyak acuan kite bentuk persegi kalau ada periuk kukus gini kan bagus!!



Friday, January 8, 2010

SELAMAT TAHUN BAHARU 2010

Walau dah seminggu berlalu dan agak terlewat namun nak la juga ucapkan selamat tahun baru dan ketibaan dekad baru, mudah2an akan lebih membawa kejayaan, kedamaian ketenangan dipeliharai dan diredhai Allah. Agak lama tak ada aktiviti dalam blog mama nih almaklumlah, hujung tahun membawa kesebokan yg berganda yg terlebih-lebih hingga sukar membahagikan masa...terimakasih banyak kerana sudi menziarahi blog mama ...InsyaAllah tahun ni azam mama,kalau diizinkan nak masak yg sedap2 dan kalau dapat resepi yg best mama nak berkongsi dengan anda ...:)

Friday, September 11, 2009

MELUAT

baca la n3 mazidul ni ermm... kalau ada sikap cam tuh bawa2 lah berubah...

Monday, August 31, 2009

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !



penghargaan untuk pn nurul @ CAKE2U

Saturday, August 1, 2009

BONE CHINA

Beli pinggan mangkok jangan pandang cantiknyer saje...tengok labelnyer Bone China ke, Stone China ke...walau dikatakan teh dan kopi lebih lazat dihidangkan dengan set cawan Bone China tapi anda harus taw tentang Bone China....
Apa yang tak kena dengan BONE CHINA ?


...Nak taw selanjutnyer pergi ke BLOG DR AZWAN

Tuesday, July 14, 2009

MAJLIS PERPISAHAN RIZAL

N3 tertunda seminggu...(majlis berlangsung pd 8 julai 2009..)
Makan2 bersama Rizal pelatih USM yg telah selesai menjalani latihan praktikal kat opis mama, tersenyum manis Rizal dapat cenderahati ....anak teruna dari Perlis ni rajin, baik dan berbudi bahasa orangnyer ...sangat sesuai untuk dibuat menantu....tp kena habis belajar dulu ye Rizal ! ermm, selamat maju jaya buat Rizal dalam semua bidang yg diceburi...
Dah makan2 kat A&W.... minuman tentulah rootbeer, makan burger ayam goreng & kentang goreng....
gamat jab A&W...kanak-kanak riang & bergumbira....

waffle ngan eskrim
selamba je seludup bawak masuk kek...

Thursday, May 28, 2009

ICE CREAM OH ICE CREAM

The ice cream flavor you choose says a lot about your personality
ye ker nih? antara percaya dan tidak, fenomena ini telah diteliti dan dikaji…

Ingin tahu bagaimana diri anda? karakter anda? ala kite suke2 je nengok hasil kajian dan penelitian yg dibuat oleh toke kedai ais krim di AS …. betul ke atau hampir2 betul? atau tarak sket habuk pun… jom layann...

Vanilla: anda termasuk orang yg
menyukai warna hidup, sayangnya kadangkala anda kurang bijak mengawal diri dengan selalu mengikut kata hati, memiliki kekuatan dan harapan yg tinggi utk mewujudkan setiap keinginan anda

Coklat: kalau ais krim coklat menjadi pilihan anda, bersyukurlah kerana anda seorang yg kreatif, mencintai kehidupan, menarik dan penuh tarikan. Penggemar ais krim coklat sangat suka menjadi pusat perhatian dan sangat membenci rutin yg sama

Ais krim dengan taburan kacang: wow !! anda adalah seorang ‘perfectionist’ selalu berhati2 mengambil tindakan, ‘detail orieanted’ dan penuh etika, menyukai persaingan yg positif dan agresif berolahraga


Banana Split: ‘easygoing’ dan selalu berfikiran positif kpd setiap orang, sangat pentingkan kejujuran dan simpati

Strawberry: allallllaalllallla…, penggemar ais krim perisa ini merupakan golongan orang yg pemalu, tertutup, tidak memiliki emosi yg kuat dan teliti dalam setiap tindakan

Ais krim dengan taburan coklat chip: anda adalah orang yang bercita2 tinggi, menyukai persaingan, menarik dan memiliki kehidupan sosial yg bagus

Eh! Eh mana perasa deroyan yg mama suke, takkan mama takder karektor kot…
O ye, mama suke sumer2 perisa kat atas jadi mama ni yg sedang2 saja kot…:)

SUMBER MAJALAH RASA