Showing posts with label khasiat makanan. Show all posts
Showing posts with label khasiat makanan. Show all posts

Thursday, November 5, 2009

NAK KURUS?


berita baik nih...kalau nak kurus makan lah tomato...kerana ia menyebabkan hormon selera makan berkurangan...
saintis dan penyelidik Universiti Reading Britain yg diketuai Dr. Julia Lovegrove pakar nutrisi, mendapati tomato kaya dengan sebatian lycopene sesuai untuk menguruskan badan, kajian dilakukan terhadap sejumlah sukarelawan yg diberi sandwich mengandungi krim keju atau roti yg diperkaya lobak atau tomato untuk merekodkan tahap kekenyangan, mereka mendapati tomato menyebabkan sukarelawan yang berumur antara 18-25 tahun itu berasa kenyang
jadi tunggu apa lg...yg nak kurus tu...penuhkan peti ais anda ngan tomato..
mama pasni nak masak nasik tomato, lauk ayam tomato, bersulam jelatah tomato pastu hidangkan dengan jus tomato...mak aih merah semuanye... laghat ka nak makan nih...
sumber: Kosmo

Thursday, May 7, 2009

KAROT OH KAROT



KAROT @ LOBAK MERAH MELAMBATKAN PROSES PENUAAN? rasanyer inilah ayat yg paling suke kita dengar…,sebenarnyer lebih dari itu kerana menurut kajian karot mengandungi pelbagai khasiat dan kepentingannya yang tersendiri. Ia mengandungi 87 % kandungan air, kaya dengan mineral, vitamin A, B, C, D, E dan karbohidrat

Karot yg bebas daripada kandungan lemak dan kolestrol, berperanan penting sebagai sumber anti oksida yg berupaya mengurangkan risiko serangan kanser dan penuaan, Tambah unik pengambilan karot dapat merendahkan paras kolestrol dalam darah
Kandungan vitamin A dan beta-karotin yang terkandung dalam karot dapat membantu penglihatan menjadikan mata anda lebih bermaya terutamanya di waktu malam. Di samping itu, ia juga dapat mengubati pelbagai penyakit mata.

Menurut kajian,, karot mengurangkan risiko terhadap penyakitt jantung dan tekanan darah. Karot juga mempunyai fiber yang tinggi dan berkesan mengubati penyakit gastrik, sakit perut, cirit-birit dan pectin yg terdapat pd karot baik utk proses pencernaan

Golongan wanita digalakkan makan karot kerana kandungan beta-karotin dan vitamin A dapat menseimbangkan peredaran darah dan mengurangkan bau tidak menyenangkan ketika haid. Selain itu, karot juga membantu pertumbuhan tulang rapuh, osteoporosis di kalangan orang tua dan mereka yang mengandung.

Kini, kebanyakan saintis menggunakan karot dalam penggunaan kecantikan kosmetik. Ini termasuk krim payu dara yang berupaya merangsang hormon payu daranya dan peredaran susu di kalangan wanita. Disamping itu, karot digunakan sebagai herba kecantikan yang dapat mengubati penyakit kulit kering, berjerawat, sensitif dan mengurangkan kedutan pada muka.
Anda juga boleh menggunakan karot untuk rawatan muka. Gunakan 'mask' karot untuk beberapa minit ketika berehat atau sebelum tidur supaya anda nampak lebih ceria.

Kini, penggunaan karot semakin meluas dan digunakan dalam pelbagai cara. Anda boleh makan secara mentah atau dimasak bersama ramuan lain. Akan tetapi berdasarkan kajian, karot tidak boleh dimakan secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan kulit anda bertukar kuning – oren tp jgn risau warna kulit akan kembali normal setelah beberapa minggu pengambilan karot dihentikan

# Sumber rujukan: Majalah Keluarga

Thursday, April 30, 2009

HONEY LEMON

SmileyCentral.com
Kolumpor!!!! mama kembali!!! (walau ko berdebu ko tetap ku windu)

Seminggu lebih mama di kampung sekarang mama telah berada di KL...perjalanan yg panjang dan cuaca panas terik, sedikit mempengaruhi, jadi untuk menyegarkan tubuh seperti biasa mama akan menghirup segelas dua honey lemon...mama harus sihat dan cergas utk menjalani rutin harian di KL yg penuh HURA-HURA ni...jalan jem, suasana sibuk dan berabuk kalau badan x kuat ...bleh buat kite separuh mengong :) ....eh! eh! melalut le plak ...ok jom kite minum dulu!!!! pastu tu mama nak citer sket2 yg mama taw pasal 'honey & lemon'
(mama x suka sebut 'MADU' sbb madu ade yg pahit)



CERITA TENTANG HONEY

Honey adalah makanan yg sgt berkhasiat, Alquran juga telah mengikhtirafnya sebagai “shifa” ia itu penyembuh penyakit, bahkan ia turut digelar Raja Ubat” kerana menyembuh pelbagi penyakit, mengandungi pelbagai vitamin, mineral,protein, antiseptic dan enzim yg meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental seseorang. Honey juga mengandungi pelbgai zat galin yg penting, seperti kalsium, sulfur,fosforuszat besi, karbon, magnesium, potassium dan byk lg utk memupuk tenaga serta kesihatan fizikal & mental
Honey didapati berkesan utk merawat penyakit2 mental, di mana ia boleh menghindari kepenatan kerja otk seperti berfikir dan membaca.




CARA MENGGUNAKAN HONEY:

Batuk :
honey + limau nipis / lemon (diperah)
Menguatkan minda:
honey + kismis
Menguatkan tulang:
honey + susu anlene
Menyembuhkan luka dan melecur:
sapukan pada luka
Lelah dan sesak nafas:
honey + lobak putih (diparut dan diperah)
Pembersih muka:
putih telur + limau nipis (diperah) + honey
Pelembap muka:
honey + kobis
langsingkan badan:
honey + pati kunyit ( minum seminggu sekali)
Tenaga batin:
1 sudu honey + 3 biji lada hitam + 1 ulas bawang + kuning telur.
Wanita mengandung:
1 sudu teh honey 2 kali sehari
*Sumber bahteraubalams*




CERITA TENTANG LEMON

onghang dulu-dulu dipercayai menggunakan lemon untuk penyegar nafas dan memerahkan bibir …ish leceh jugak ye dok tenyeh hak masam-masam kat bibir …untung sungguh oghang sekarang nak lipstick warna apa? dan penyegar nafas berbagai2, senang sgt nak dapat,kat farmasi pun mende2 ni dok bersusun kat pintu masuk…

Dengan perubahan cuaca yang tidak menentu kita mudah diserang sakit seperti demam dan sakit kerongkong. Untuk mengurangkan rasa sakit dan sengal-sengal, lelah mahupun demam boleh amalkan minum air perahan lemon. kita juga boleh menjadikan air perahan lemon sebagai bahan kumuran untuk mengatasi rasa perit dan sakit kerongkong.

lagi satu, lemon juga boleh dijadikan bahan nyah toksik dan lemak. Sehari lepas banyak makan dan melantak, amalkan minum air jarang yg diperah dgn sebiji lemon. Lepas minum, saksikan hasilnya. Pasti cuci perut punyer.

Kita kawinkan honey dan lemon maka jadilah ia minuman yg sungguh berkhasiat...
udah2 le gi pekene teh tarik kedai mamak tu...amalkan makan minum yg berkhasiat, kekal langsing dan awet mude cam mama nih :) tapi guna honey yg tulin sajer...yg palsu tu nanti dapat kencing manis la pulok !!

Monday, April 20, 2009

OMEGA3

MAMA INGIN BERKONGSI INFO TENTANG KHASIAT OMEGA3
Jika ingin pintar, banyak-banyaklah makan ikan. Demikian nasihat yang kerap terdengar dengan mengambil contoh oghang Jepun yang terkenal dengan ide-ide briliannya dalam pengembangan teknologi dan diakui dunia. Tetapi, mengapa harus ikan?

Ternyata itu semua berkat kandungan asam lemak omega-3 yang tinggi di dalam tubuh ikan. Kandungan tersebut berperanan besar dalam proses tumbuh kembang otak janin, sehingga tak heran jika ibu hamil dianjurkan untuk mengambil sumber makanan omega-3 sejak awal kandungan omega-3 ini pun masih terus diperlukan selama pengembangan otak pada usia lima tahun pertama.

Tak jauh berbeda untuk yg dewasa, omega-3 berperanan menjaga otak, susunan saraf pusat dan saraf tulang belakang, yang sebagian besar terdiri dari asam lemak tak tepu (fatty acid) ini. Menurunnya fungsi otak atau hilangnya daya ingat di usia pertengahan merupakan salah satu akibat kurangnya kandungan tersebut dalam tubuh.

Hasil kajian menunjukkan omega3 dapat meringankan mood yg sering bertukar (moody) dan mengurangkan kesedihan.

Bukan hanya itu, mengambil makanan yang mengandung omega-3 tinggi seperti halnya ikan pun bermanfaat untuk membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh serta mengurangi penyumbatan pembuluh darah yang kerap menjadi penyebab serangan jantung.

Sumber: IMC

**IKAN KELI ATAU IKAN LELE ATAU CATFISH IALAH IKAN YANG TERKAYA DENGAN PROTIN DAN OMEGA3**