Showing posts with label Job. Show all posts
Showing posts with label Job. Show all posts
Monday, February 13, 2012
Wednesday, January 25, 2012
Review : Syuen Hotel, Ipoh, Perak
Salam all~
lepas rina outstation ke Port Dickson tempoh hari, rina berpeluang ke Ipoh pulak!
Yay~ rina suka jalan jalan hehehe =P
nak cari hotel di Ipoh ni tak susah sangat la,
sebab hotel di Ipoh ni akan berlonggok dekat satu tempat sahaja..
so macam no choice, just choose the cleanest one je
so macam no choice, just choose the cleanest one je
harga pun murah kalau nak banding di PD
setelah rina tanya tanya dan survey,
rina pun memilih Tower Regency Hotel
rina call tanya, dia jawab RM240 per night
tapi tak boleh book untuk check in awal, it is subject of availability
then, sampai sampai je Ipoh, rina pun terus ke hotel tu,
tapi takde pulak orang yang dah check out..jadi bilik takde yang kosong lagi
takkan nak tunggu sampai pukul 1, 2 petang kan?
masa tu baru pukul 9 pagi..
oh, lupa nak cakap, mak rina join jugak..
mak eksaited nak ke Ipoh sebab dah lama tak pergi
hihi
oleh sebab tak boleh check in awal,
rina pun terus ke Syuen Hotel.
ada sorang kawan rina rekemen gak
dia cakap 4 star dan dekat dengan Ipoh Parade, sebelah je
tapi rina tak berkenan sebab macam "ca ya nun alif'
hihi..
sampai sampai sana, terus tanya kaunter, boleh check in awal tak?
kaunter cakap, boleh je with no charge!
wahh..
harga pun RM220 je, murah dari Tower Regency
susun atur dalam hotel tu memang high class
berkonsepkan IPOH, ke "ca ya nun alif" an sikit hihi
hmm, walaupun tak berapa minat konsep "ca ya nun alif"
tapi hentam jela labu
hotel not bad,
ambil bilik yang ada view..takut mak bosan nanti
malam tu, rina ajak mak makan di Nasi Vanggey
restoran yang agak popular di Ipoh
hanya 5 minit dari Syuen hotel dengan menaiki kereta
nasi kandaq memang nyummehh!
3 layer tea yang digembar gemburkan sedap tapi tak pun bagi rina
dekatt foursquare kan, kecoh tau pasal gadis jual rokok di restoran Vanggeyang kononnya sangat hot
rina pun semangat cari cari
nampak tak ada gadis yang berbaju kuning di dalam kedai tu?
gadis itu lah yang dimaksudkan
memang HOT ok~!
macam artis tapi jual rokok , sangat tak paham
ok dah merepek
esoknya, dapat breakfast free di hotel
tapi breakfast di Syuen Hotel tak sesedap di hotel rina pernah pergi sebelum ni
walaupun buffet tapi tasteless
banyak pilihan tapi semua tak sedap hoho
semua tak sedap
hot dog je la ok erk.
bahagian atas hotel ni kan ada swimming pool dan taman
kalau nak lepak lepak sambil menikmati pemandangan Ipoh bolehlaah naik ke tingkat atas sekali
hari nak hujan dah~
selama 2 hari 1 malam di Syuen Hotel, rina memang berpuas hati dengan servis dan location dia
so fully recommended!
tapi kan, jalan Ipoh sangat susah kan? sebab banyak one way dan takde sign board
huhu
sekian~
Read more...
malam tu, rina ajak mak makan di Nasi Vanggey
restoran yang agak popular di Ipoh
hanya 5 minit dari Syuen hotel dengan menaiki kereta
nasi kandaq memang nyummehh!
3 layer tea yang digembar gemburkan sedap tapi tak pun bagi rina
dekatt foursquare kan, kecoh tau pasal gadis jual rokok di restoran Vanggeyang kononnya sangat hot
rina pun semangat cari cari
nampak tak ada gadis yang berbaju kuning di dalam kedai tu?
gadis itu lah yang dimaksudkan
memang HOT ok~!
macam artis tapi jual rokok , sangat tak paham
ok dah merepek
esoknya, dapat breakfast free di hotel
tapi breakfast di Syuen Hotel tak sesedap di hotel rina pernah pergi sebelum ni
walaupun buffet tapi tasteless
banyak pilihan tapi semua tak sedap hoho
semua tak sedap
hot dog je la ok erk.
bahagian atas hotel ni kan ada swimming pool dan taman
kalau nak lepak lepak sambil menikmati pemandangan Ipoh bolehlaah naik ke tingkat atas sekali
hari nak hujan dah~
selama 2 hari 1 malam di Syuen Hotel, rina memang berpuas hati dengan servis dan location dia
so fully recommended!
tapi kan, jalan Ipoh sangat susah kan? sebab banyak one way dan takde sign board
huhu
sekian~
Labels :
Hotel,
Job,
Syuen Hotel,
Vacation
Tuesday, January 17, 2012
Selesa Beach Resort , Port Dickson
Assalammualaikum semua =)
Ahad lepas rina ke Port Dickson, sebab Isnin tu ada kursus.
saje pergi awal sehari since mak nak ikut
bukan rina mengada ngada manja nak ajak mak ok..
mak yang insist nak ikut
sebab dia dah bosan duduk rumah hari hari..
honestly, rina memanglah takut nak duduk hotel sorang sorang (I think it's normal untuk semua perempuan)
tapi rina pernah je duduk hotel sorang sorang, duduk motel pun pernah sorang sorang
takde la nak paksa sape sape ikut..
walaupun rina anak tunggal, but I am not spoiled.
I am an independent woman =) tapi sometimes nak jugak manja manja dengan yang tersayang *gedik*
haha..
ok, ape tah mengarut haha, saja tak suka orang label anak emas @ anak emak etc etc
kalau orang label *anak SOLEHAH* takpe gak ^__^
apeape pun, I really love my mom..selagi hayat ada, selagi itu rina akan jaga mak..
ok stop
back to the point,
so, rina pun duk survey survey lahh hotel di Port Dickson di Trip Advisor & Agoda
mula mula ingat nak duduk di Kondo TNB je
sebab RM10 je semalam for pekerja TNB
tapi rina call, dia cakap tak boleh check out lewat pada hari Isnin tu..
rina plan nak check out pukul 6 lah..after rina habis kerja kan.
boleh mak duduk di hotel
mula mula nak duduk Thistle since good review di Internet
dah book dah, tapi rupanya terletak jauh dari TNB Port Dickson (15 minit, jalan kecik)
susah lah kalau nak pegi jenguk jenguk mak kan
lepas tu rina pergi survey di Avillion Admiral Cove
sebab popular gak di PD tapi malangnya, hotel tu charge macam semalam tidur if check out lambat.
hoh! da lah mahal, RM250 tak silap..
so tak jadi lagi..
sebelum tu, rina ada booking Residence Desa Lagoon Resort tapi bila baca balik review di Trip Advisor banyak pulak bad review..
hah! banyak songeh pulak rina kan? hahaha
kalau rina sorang sorang je tidor, rina tibai je paling murah..
tapi sebab mak ikutkan..nak cari lah yang paling bersih
ikut kan hati nak je tinggal di Grand Lexis atau Avillion Port Dickson
tapi mahalll setanding lahh dengan kecantikan hotel tu =)
kalau Grand Lexis, siap ada private pool lagi dalam bilik
kalau Avillion pulak, chalet atas air ^__^
so akhirnya, rina pun decide nak stay di Selesa Beach Resort
hasil dari good review dalam website trip advisor dan agoda
memang betullah reviews dalam tu..
memang selesa habis hehe!
Masa sampai sampai tu, lengang je..macam takde orang huhu
dalam memang cantik
Masuk masuk je tanya receptionist "resort ni tepi pantai ke?"
sebab rina tak nampak pun pantai haha..macam Thistle dan Admiral Avillion masuk masuk terus nampak pantai
then receptionist kata, memang tepi pantai, boleh mandi mandi.
so tanya harga pulak dan charge if late check out
for deluxe room - twin bed : RM220
add on - sea view : RM40 (saje ambil, takde la mak bosan nanti duduk dalam bilik)
late check out : RM90
ok la kan?
Keadaan bersih..toilet pun bersih..cuma TV pesen lama sikit
Sea view dari bilik hotel..takde lah sea sangat..tapi nasib baik tak menghadap matahari..
Petang tu jalan jalan dengan mak
Swimming pool tepi laut
tak ramai pun..maybe bukan cuti sekolah kot
menikmati sunset bersama yang tersayang
hotel yang berkonsepkan minang kabau
indah sungguh ciptaan Allah..
ALLAHHUAKBAR!
mak baru belajar ambik gambar guna phone baru beliau hehehe!
Pagi ahad tu dapat breakfast free!
Besttt breakfast dia walaupun sedikit masin hehe
tapi puas hati
dapat roti bakar dan jem, butter..dapat air panas, air jus..memang kenyang la..
dan akhir sekali, rina pun pergi kursus dengan kenyang perut
dalam pukul 4 petang, habisss
terusss balik ke Kuala Lumpur~
sekian
Labels :
Family,
Hotel,
Job,
Port Dickson,
Selesa Beach Resort,
Vacation
Saturday, December 17, 2011
Tak payah baca pun takpe
sebabnya rina just nak membebel sendiri..hehe!
nanti macam penat je korang buka blog ni pastu tengok tengok takde isi
lepas tu ayat berteraburr
:p
so, akhirnya, after 4 MALAM rina berjaga di substation,
fault investigation selesai juga..
after 1 year rina bekerja, saat ni lah paling mencabar bagi rina..
I will remember it for the rest of my life..
sebab pertama kali kan :)
walaupun mencabar, tapi seriously banyak belajar..
esok perlu buat report pulak huhu!
hari ni, memang pengsan.
balik rumah pukul 9 pagi
terusss mandi, makan, tampal koyok kat belakang banyak banyak
bagi berangin,
minum teh hijau sebab perut tak sedap.
then tidur sepanjang hari!
dari pukul 11 pagi macam tu hingga lahhh pukul 5.30 petang
haha..
giler..
nasib tak boleh solat :p
betul2 letih..
bangun bangun terus pergi toilet (tu pun nak cerita ke)
sebab minum teh hijau kan
then rasa sihat
tapi badan still lenguh lenguh
kalaulahh setiap minggu macam ni,
rasanya boleh kot turun berat badan =P
tak sangka, rina akan bekerja pekerjaan yang macam ni haha!
siapa siapa nak jadi Electrical Power engineer,
bersedia lahh untuk bekerja di tengah malam..
di area Bukit Bintang pulak tu..
dan dikelilingi lelaki..
pandai pandai lah korang jaga diri..
takpe..
korang bukan bersendirian..
ALLAH kan ada
minta perlindungan dariNYA dari niat buruk orang
insyaAllah tak perlu rasa takut
ok lahh, nak main facebook!
nak stalk facebook member dan Bride to Be yang lain!
miss u guys a lot!
Monday, September 26, 2011
Pengambilan eksekutif baru PEP 40 Tenaga Nasional Berhad
Assalammualaikum semua..
Rina dengar dengar pengambilan PEP 40 dah bukak.
Cuba cek dekat sini :
https://emadis.tnb.com.my/emadis
P/s : baru lepas restore iphone. Semua apps hilang. Pressure !
Friday, September 23, 2011
Penyakit malas..
Sekarang hampir pukul 12 malam. Rina plan nak pegi site. Lama giler tak g site malam. Dah sebulan kot. Tapi tak tahu kenapa.. Rasa malas sangat.. Nak tidur balik dah :(
Penyakit malas, cepatlahhhh sembuh!
- Posted using BlogPress from my iPhone
Labels :
Job
Sedang mencari Side Income
yang RM100 sehari atau MLM cari orang dapat duit tu rina taknak ok hehe
rina tengah fikir macam macam cara untuk dapatkan duit..
orang kata, kalau nak kahwin rezeki dimurahkan
tapi kita perlulah berusaha jugak kan
mula mula rina dah start ber blog kembali
aktifkan Nuffnang kembali
(1 bulan aim RM50)
then rina aktif Churpchurp kembali
(1 bulan aim RM50)
pastu ada kawan promote ipanelonline
jawab survey dapat duit hee (1 malam dapat RM5)
ape lagi ye?
huhu..
Labels :
ChurpChurp,
Job,
Nuffnang
Friday, July 22, 2011
Lawatan ke Putrajaya Power Station
Naik bas dengan group PEP 36. Rasa cam lawatan sekolah jee hehe
Sila telengkan kepala untuk tengok ye hihi
- Posted using BlogPress from my iPhone Read more...
Tuesday, July 12, 2011
Firedrill first time di tnb saya
Kebetulan ada talk kat tingkat 12. Lenguh kaki turun tangga huhuhu
- Posted using BlogPress from my iPhone Read more...
Labels :
Job
Sunday, May 08, 2011
kerja pada hujung minggu
Assalammualaikum semua..
jarang rina bagi salam kan...
sepatutnye setiap entry la bagi salamm..
kalau ada entry rina takde salam tu, sebenarnya rina bagi salam lahh tapi dalam hati hihihi
hari tu kan, rina dapat message facebook dari seseorang
hihi
ni mesti kes ambik engineering, lepas tu berminat nak masuk TNB ekk
takpun tak sabar sabar nak kerja =p
sebab dia ni 3 tahun muda dari rina.
cis. dah tua rupanya rina ni T__T
sebenarnya, rina baru je balik dari site di PMU* Kampung Lanjut
ada kerja Arc Protection Installation.
start malam ni, switching semua
lepas tu installation
maybe sampai petang esok,
baru boleh sambung buat testing sampai lahhh malam esok
estimate untuk siap dalam 15 jam, tapi shutdown dapat 24 jam
bukan senang ok nak shutdown
siap pengguna guna lawyer bagai
err..tak paham betul
TNB nak membantu orang ramai, tapi orang ramai selalu tak nak bagi kerjasama
tapi biasa lah kot macam tu..
doktor nak tolong orang, tapi orang saman doktor
cikgu nak didik anak anak, ibu bapa salahkan cikgu
JKR nak betulkan jalan, pemandu jalan raya marah JKR
hehe..
terima je lah..
so rina pergi 2 jam je then balik
lama sangat switching..
bosan plak.
kalau rina lelaki best jugak nak borak borak dengan technician ke kontraktor ke..
ni perempuan..budak pulak tu (budak kee =p)
rina memang agak failed sikit Public Relation dengan orang yang tak dikenali sangat..
lebih lebih lagi lelaki
senyap aje..senyum senyum..senyap...
esok petang baru datang balik untuk tengok finishing installation dan testing..
kalau cukup 8 jam kerja on weekend, boleh la apply cuti hari Isnin ni
Isnin ni ada hal sikit
hah, jimat cuti saya hihi
ok. nak tido dah..
selamat malam semua!
*PMU : Pencawang Masuk Utama
Labels :
Job
Thursday, April 28, 2011
Update kerja sekarang
lama rina tak cerita tentang kerja rina sekarang kann
dah masuk 7 bulan rina bertugas sebagai engineer di TNB
sekejapnye rasaa
alhamdulillahh..
sekarang dah rasa best kerja
opismates semua baik baik dan best best
selalu pulak tu aktiviti..
haritu ada family day, karnival sukan, main badminton, main futsal sama sama.
lepas ni macam macam lagi rancang
bestkann
baru lah kerja tak stresss :)
tapi banyak sangat benda tak tahu lagi nii
makin banyak belajar jadi makin banyak tak tahu ;p
tapi best gak lah
takde la otak tepu kan.sentiasa bejalan..
atleast senang nanti time ambil master, insyaAllah
ok. tu je. bai!
Labels :
Job
Monday, April 25, 2011
Live from office
hehe!
tak pernah lagi tulis dari ofis TNB
;p
waa banyak keje tak siap siap
adekah saya lembab
ye..saya memang lembab
fokus fokuss
waa banyak keje tak siap siap
adekah saya lembab
ye..saya memang lembab
fokus fokuss
Read more...
Labels :
Job
Sunday, April 24, 2011
Sukan Tahunan TNB KL 2011
Semalam ada sukan tahunan TNB KL 2011 lagi
mula mula ada kawat kaki,
lepas tu ada lawan lawan.
rina wakil futsal
tapi tak sempat 2 saat masuk padang, tiba tiba kene tolak, kaki terus terpeleot? apekah?
tak sempat nak tunjuk kehebatan tauu hahaha
tapi takpe, yang penting dapat free 3 jersey baru dan 1 tshirt baru
tapi besar sikit lahh..
hah satu lagi nak cerita,
rina ada beli kasut sukan baru
cantik tak??
ni design terbaru
huhu
apsal rina terpikat dekat design terbaru
kan dah takde discount..sobsob
ok. lepas ni kene jimat
jimat cermat jiwa selamat
Labels :
Job,
Shopaholic
Thursday, February 17, 2011
Ofis saya
rina tak faham kenapa masih ada visitors sedangkan rina dah private this blog? hurmm..pelik kan..
rina just nak post gambar ofis rina..
dan ini my workplace
rina tak kisah pun, tapi rina harap after a year, rina dapatlah bilik. bilik bukan untuk belagak ke tunjuk hebat ke..cuma kalau ade bilik, mestila best. boleh duduk sukahati, boleh makan makan ;p boleh tido opss, bukan bukan, boleh buat kerja dengan tenang, hahh baru betul hihi..
minggu lepas rina kursus...dan minggu depan rina akan kursus lagi. minggu ni je kerja. tu pun kerja 4 hari je since selasa Maulidur Rasul..memang best betul..
rina pun memang takde kerja...huhu..apsal orang taknak bagi rina kerja ni..sobsob
semalam ada derma darah kat TNB Kepong..rina nak derma, tapi rupanya orang baru lepas tindik tak boleh derma sebab takut jarum tindik ada infection...
so rina just cek glucose, semuanya ok :)
lepas tu rina join urut kaki..orang buat urut..sakit dan tak best pon. taknak dah urut kaki lepas ni huhu
hari ni pulak dengar ceramah dari ustaz Zaharudin..best btol..hihi
sekarang ni, rina nak pergi site malam..yelah..dah 2 hari tak pergi site petang...da lah minggu depan kursus, so baik pergi malam ni...
sekian~ Read more...
Labels :
Job
Wednesday, January 26, 2011
Cerita tertunggak 2 - Pelitawanis
Apa itu Pelitawanis??
ala ala macam Puspanita jugakla
cuma Puspanita tu untuk government
TNB plak pakai Pelitawanis
ape dia Pelitawanis & Puspanita ni?
lebih kurang macam Puteri Islam zaman skolah skolah dulu
kelab yang semua wanita je boleh masuk
kenapa ada kelab?
sebab nak bagi banyak keje
haha
saje nak seronok seronok
so...jumaat lepas,
rina secara suka tak berapa nak rela ;p
pegi ke Hi-Tea anjuran Pelitawanis Kepong di satu hotel ni.
kene bayar RM20
ada Annual Grand Meeting
tapi rina tak daftar join pon lagi Pelitawanis,
tapi saje pegi Hi-tea
sebab nanti dapat pelepasan tak yah g keja hahaha
ok, macam biasa, mesti gambar makanan dulu
hehehe!
bestttt
banyakkk sangat makanan.
rm20 sangat berbaloi baloi
lepas tu, ada macam macam pertandingan
menari lah, hias bunga lah...
dan rina masuk hias cupcake
boleh menang tak??
hahah
nak makan pun tak selera kk
gelabah kott
semua suruh cepat cepat hihi
hah lupa nak cerita,
tema untuk hi tea kali ni ialah Bollywood!
hehe
rina tak sempat nak beli baju
pakai jubah seluar jee
konon konon punjabi suit lahh
siap ada pakai sari k!
hehe
menari kakakku menari~
dan gambar di atas ialah my officemates with our General Manager *in yellow*
fuhh
cantikk kann?
hehehe..dia pinjam baju anak dia kejap
ape ape punn
memang bestt
boleh lahh nak merapatkan sillaturrahim antara teman sekerja
^___^
Labels :
Job
Tuesday, November 30, 2010
Semakin hari semakin serasi
Assalammualaikum
Alhamdulillah..
sekarang ni rina rasa rina dah get used dengan tempat kerja.
semakin hepi.
sudah boleh bergurau senda.
tapi masih sedikit kaku..
tapi oklah kan.
baru 3 bulan :D
pejam celik pejam celik dah 3 bulan kerja di TNB ni.
bagi rina kerja di TNB ni best jugak.
sebab bila masuk TNB..bukan kita sorang sorang je.
tapi secara berjemaah.
so takdelah sorang sorang budak baru kann
(kecuali kalau TNB antar anda sorang je kat tempat tu hehe!)
pastu, bila baru masuk, orang takkan expect anda untuk mula tugas serta merta.
bos akan bagi masa untuk anda relax relax
belajar belajar
tanya tanya mana tak tahu
ikut je mana mana team pergi site.
masa ni lah anda akan study banyakkkk perkara!
sangat banyak ok.
terasa macam 3 bulan kerja = 3 tahun belajar
*hyperbola*
hihi
lepas tu TNB ni relax jugak
lagi lagi unit dan bos rina yang sporting.
dia tak kesa pon nak keluar ke, nak tido ke,
yang penting kerja siap.
tapi rina awal lagi, kena lah buat buat baik :p
gaji pon not bad.
maybe basic biasa je tapi increment tinggi, benefit banyak.
boleh gain a lot of experience.
so, kesimpulan dari cerita di atas
I love TNB!
haha! tetibe :P
saje promote company sendiri. lala
meh meh apply kat TNB
klik SINI untuk maklumat lebih lanjut.
Baibai!
Labels :
Job
Monday, November 22, 2010
Malam Kekasih Bersentuhan
Assalammualaikum semua~!
Letihnya hari ni..tak sabar nak tido cepat cepat.
Zzzz
Malam semalam rina menghadiri satu jamuan makan malam.
makan malam ni bukan makan malam biasa
tetapi makan malam bersama sama pemimpin UMNO bahagian Kepong~
Rina belum join UMNO lagi
rina wakil TNB Kepong je hehe..
Undi adalah rahsia! *padahal daftar pon tak lagi*
tiba tiba rasa macam orang penting bila terpaksa mewakili TNB Kepong =P
Makan malam ni diberi nama "Malam Sentuhan Kasih"
bukan Malam Kekasih Bersentuhan ok? No no nooo (jari telunjuk kekiri dan kekanan)
Tujuan malam ni adalah untuk berhibur.
ye. berhibur semata mata.
artis yang ada Mus (May) dan Rini A.F
lain lain, tetamu tetamu kehormat yang tunjuk bakat
masing masing nampaknya berbakat dan terhibur.
namun begitu (BM A ok, harap maklum haha) rina masih belum cukup terhibur
bukan apa, makanan tak menepati citarasa la
Chinese Cuisine. sikit sikit jee dia hidang. tapi ada 10 kali trip kot.
kenyang jugakla..cuma tak puas :p dasar perut dinosor!
tapi akhirnyaaa di saat saat akhir,
rina berasa sangat terhibur gumbira dan berbaloi baloi!
sebabb
menang lucky draw!
Yeah!
besar tu rina punya hehehe!
tapi kami share share..
4 orang wakil TNB pergi, 3 dapat hamper.
bernasib baikkah? atau pon ada kompromi?
sebab dengar dengar TNB sponsor majlis ni?
nasiblaahh
ade aku kesah?
hihi..
Penuhhh kereta!
alhamdulillah..rezeki.
Overall, majlis ni boleh membuka mata kita tentang kepentingan berpolitik.
selama ni, rina malasss nak ambil port.
tapi sekarang..I think..I need to do something for my country..for Islam..
mari lah mendaftar menjadi pengundi, dan buat lah pilihan yang bijak!
Undi adalah rahsia~
hehehe
Nota kaki : Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen. Bahaya woo bab bab politik ni. Nanti kena saman. Takmau takmau. Saya takde duit. hehe..=)
Subscribe to:
Comments (Atom)