Showing posts with label Jepun. Show all posts
Showing posts with label Jepun. Show all posts

Thursday, February 08, 2018

Itinerari bercuti ke Tokyo pada musim sejuk bersama anak kecil - Disneyland dan 3 day JR Wide Pass

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua pembaca..

Setelah hampir setahun tidak menulis blog, hari ini rina akan menulis kembali tentang percutian ke Tokyo. Mohon doakan entry berkaitan ini dapat dihabiskan, tak macam entry New Zealand yang lalu HAHA. Ada juga yang email minta sambung blogging tentang New Zealand. maklumlah sekerat jalan. Maaflah, banyak dah lupa..malas pun ya 😆

Wow sekarang dah ada emoji hihi..anyway, post ini saya akan schedule kan so bukanlah bermakna saya berblogging ketika bekerja ye 😛😛😛

Entry kali ini tidak banyak gambar. Gambar boleh rujuk instagram saya & facebook saya atau korang google jelah sendiri hiks.

Saya hanya nak share itinerari, tips & budget secara ringkas untuk para sahabat di luar sana yang nak bercuti ke Tokyo, Jepun dan membawa anak.

Day Trip to Gala Yuzawa menggunakan 3 day wide pass (Day 1 )


Alhamdulillah, ini merupakan kali ke dua saya menjejakkan kaki ke Jepun. pertama dulu di Nagoya mengikuti husband bekerja..2013-2014 begitu.

Dan pada tahun lepas saya kembali rindu nak ke Jepun dan juga untuk merealisasikan impian saya membawa anak-anak perempuan saya ke Disneyland. Antara semua disneyland yang ada, pastilah Disneyland Tokyo menjadi pilihan saya. pastinya kebersihan & kemudahan untuk kanak-kanak lebih terjamin. pengangkutan juga pasti lebih efisien dan rakyatnya juga baik-baik. Negara jepun juga merupakan antara negara yang paling kurang kadar jenayah. Cons nya hanyalah pada bahasa sahaja. takpelah. anak-anak saya yang masing masing berusia 2.5 dan almost 5 tahun layankan aje bahasa jepun pun hehhe.

Tokyo Disneyland. dekat sejam beratur nak begambar dengan Mickey huhu


1) Pemilihan tarikh.

Tarikh dipilih bedasarkan musim tema disneyland itu sendiri. oleh sebab anak-anak sukakan frozen, jadi saya memilih tarikh ketika tema disneyland adalah Frozen. boleh rujuk website : http://www.tokyodisneyresort.jp/en/ untuk mengetahui tema mengikut musim. Basically, ketika winter lah Disneyland bertema Frozen. Saya cuba memilih hujung-hujung winter dengan harapan tidak terlalu sejuk haha. tapi sejuk ya amat (untuk saya, tengok anak-anak macam kebal aje).

Saya juga memilih tarikh dengan mengambil kira cuti-cuti di Malaysia, cuti-cuti di Jepun, harga tiket dan lain-lain. Alhamdulillah rezeki dapat tiket murah ketika cuti Thaipusam & Hari Wilayah. terus saya membeli tiket pergi pada waktu petang 30 Januari (Selasa) dan balik pada 7 Februari (Rabu) tengah malam. sampai Malaysia pada pagi 8 Februari. Kira-kira 9 hari 7 malam di Jepun.

Dah alang-alang pergi, biar lah jangan terlalu singkat. bawa anak kecil, tak boleh terlalu "amazing race" hihi.

Beli second hand Hauck Twin Stroller ni. sebab yang dulu punya tak boleh baring. yang ini memang selesa baring. sedikit berat tetapi mudah ditolak. rain cover wajib bawa. untuk cover dari angin sejuk.


2) Draft Itinerari

setelah membeli tiket yang agak murah dari Airasia (beli awal setahun ketika promo free seats-tak free pon, tapi lebih murah), saya pun mula membaca blog-blog orang- dari malaysia, indonesia & luar negara. memang SANGAT ramai orang membuat entry berkaitan tokyo, disneyland, jepun. google sahaja. Pelbagai contoh itinerari, pengalaman, tips yang diperoleh. Selain itu, Tripadvisor juga sangat membantu. summary atau tips yang diperoleh saya share dalam whatsapp group travel saya & husband. (saya dan husband banyak mewujudkan whatsapp group untuk kami berdua mengikut tujuan yang berbeza)

Oleh sebab pergi pada Musim Winter, aktiviti bermain salji mestilah kena ada.
Oleh sebab pergi bersama anak kecil, itinerari perlulah meminimakan penggunaan tenaga, tidak terlalu pack, mempunyai PLAN B.
Oleh sebab main reason ke Jepun bukan untuk shopping, tiada aktiviti khas untuk shopping dibuat (sehinggalah, husband saya masuk campur, nak borong jam GShock katanyee..layan jelah)

Dengan mengambil kriteria-kriteria di atas, draft Itinerari adalah seperti berikut :

a) 3 hari kami akan menggunakan 3- Day Tokyo JR Wide Pass untuk bermain salji (day trip)
b) 2 hari ke Tokyo Disneyland & Disneysea
c) 2 hari free and easy & shopping
d) 2 hari travelling day           

Dengan draf ini, kami tidak perlu berpindah randah sebab semua day trip.
Ada hari yang boleh bangun lambat hehe

Next entry, saya akan ceritakan lebih details berkaitan itinerari tersebut.

Day trip to Kairuzawa using 3 day Wide Pass (Day 2)


3) Pemilihan tempat tinggal

Selepas itu, barulah saya survey tempat tinggal. Kriteria-kriteria yang perlu ada ialah :

a) Within Budget hehe
b) Lokasi yang baik
- Dekat dengan Train Station
- Train Station tersebut banyak intersection, so tak perlu banyak transit untuk ke tempat-tempat dalam itinerari
- Lokasi yang kurang sibuk (bandar sibuk seperti Shijunku Stn, Tokyo Stn)
c) Ada lif
d) Lengkap dengan dapur, heater, Pocket wifi (wifi yang boleh dibawa kemana-mana, jimat takyah sewa dah) dan juga washing machine.
e) dekat dengan convenience store & halal restaurants
f) Direct ke airport Haneda

AirBnb merupakan platform yang terbaik untuk mencari homestay yang mempunyai kriteria di atas. Hotel memang keluar dari list dah sebab mahal & tak boleh memasak.

At last, area Ueno Station menjadi pilihan saya. Tidak terlalu sibuk, merupakan station untuk transit shikansen dan expressway. Banyak intersection Train Line. Ada pasar jual bahan mentah, halal restaurants dan banyak convenience store. Cuma tidak direct ke airport Haneda. Perlu transit satu kali. okay sangat dah, sekali je kan.


Saya memilih sebuah apartment dalam 5 minit berjalan kaki ke Ueno Station iaitu di SINI.

#perlu booking awal ya sebab cepat penuh.



4) Pembelian baju-baju winter

Sebelum ini ada dah winter wear. tapi pergi pada musim selain winter. so kalini, saya rasa perlu beli thermal wear sahaja. tapi perempuan tetap perempuan, memang terbeli jugalah winter coat yang baru lebih-lebih lagi untuk anak-anak. Tempat yang saya recommend adalah beli di https://www.aliexpress.com . Murah sangat, banyak pilihan yang berkualiti, banyak review bergambar untuk kita rujuk. cuma postage mengambil masa. so kena beli awal-awal.

Baju winter kalis air ni sewa je dekat ski resort tu
Baju dalam adalah Thermal wear-dalam ada fleece yang tebal. Luar pakai winter coat, prefer dalam ada fleece juga. topi yang ada berbulu2 dan neck cover juga.glove yang ada bulu2 di dalam juga. socks tebal dan panjang dan winter boots yang kalis air dan bebulu di dalam.
topi ni beli di aliexpress. ada mask mulut sekali. sejuk sangat sampai hidung beku.

Boots dan wintercoat pink pun beli dari aliexpress. budak2 tu punya..recommended sangat


5) Bekal Makanan

Antara yang paling penting bila bercuti bersama anak anak. Anak kenyang = kurang meragam = aktiviti berjalan lancar. hahah

Untuk anak-anak saya yang berumur 2.5 & almost 5 tahun, memang dah makan nasi & tidak minum susu lagi selain susu segar. mereka memang pemakan nasi yang tegar. dapat nasi, telor kicap boleh habis sepinggan penuh. alhamdulillah tidak susah.

Pengalaman saya membawa anak saya bercuti di luar negara ketika mereka berusia 6 bulan-1tahun adalah paling susah. sebab masa ni anak tak boleh makan benda keras lagi. jadi kena sediakan bubur. saya siap bawa slow cook ok pada waktu tu haha..sekarang dah ada banyak instant yang homemade. dulu mana ada. Henz je yang ada. taknak lah bagi yang instant macam tu. manakala bagi baby around 5 bulan memang best. menyusu ibu aje. baby carrier kan aje dan menyusu lah dia sepanjang pejalanan, bangun tidor, tukar pampers bangun tidor LOL 😂

so antara bekal yang dibawa adalah :
- Beras 1 kg. ada nasi segera di 7e. boleh makan. tapi masak sendiri lagi best
- travel steamer cooker. boleh cari di lazada. saya beli yang macam INI.
- ikan bilis goreng/sambal ikan bilis packing sesiap
- brahim instant kurma & maggi cup for emergency
- garam/cube ikan bilis
-minyak masak
-kakas sup
-kicap kipas udang
-serbuk kunyit
- Coklat, biskut
-Sardin

Dari bekalan ni boleh dah masak macam-macam. lauk seperti udang & ketam boleh didapati di pasar area Ueno : Ameyoko. Telur di 7e.Buah-buahan, sayuran dan bawang di The Gardens di Ueno St. Warning : Harga pasti lebih mahal dari Malaysia.

Jangan lupa bawak thermos untuk makanan dan minuman. saya ada bawa Hot choc Cadbury 3in1 juga sedikit. sejuk2 minum hot choc, umpphh..boleh juga beli terus di Japan kalau budget lebih.

Memang banyak budget untuk makanan sahaja..demi anak kenyang dan makanan terjaga, kami turutkan huhu..contoh ke Disneyland bawa 1 thermos untuk nasi, 1 thermos untuk sardin & telur masak kicap. licin dorang makan..kami dapat makan sedikit sahaja. kami kurus takpe, jangan anak yang kurus. (masalahnya kami tak kurus kurus juga hahaha)

Wahh..banyaknya saya tulis..

oklah nak ringkaskan lagi..

selain daritu barang yang perlu dibawa dari Malaysia adalah :

Pampers
Ubat-ubatan
sabun pinggan
wet tissue
winter wear yang banyak (Tips : gunakan vacuum bag supaya muat letak dalam luggage.)

Makan bekalan makanan sambil menikmati pemandangan Gunung Fuji


6) Pembelian tiket

Untuk tiket Disneyland dan 3 day JR wide pass, kami beli di tokyo. JR wide pass boleh dibeli di Ueno Stn. Disney tickets kami beli di Odaiba Aqua city Mall.

Boleh beli awal. cuma masa tu Dareesa masih demam. nak tunggu dia sihat baru best ke Disneyland. Jadi itinerari memang boleh bertukar-tukar.

FYI, 3 day JR Wide pass perlu digunakan 3 hari berturut turut. dan 2-days Disney Ticket pun perlu digunakan 2 hari berturut2. so boleh arrange nak pegi mana satu dulu.

okayla, next entry adalah details untuk setiap itinerary.

TQ


Read more...

Friday, July 22, 2016

Tips melancong ke luar negara bersama anak kecil - Part 1

Assalammualaikum.

Oleh sebab harini tak ke mana, so rina nak share beberapa tips yang rina peroleh dari pengalaman rina bercuti ke luar negara bersama anak anak. Anak tak ramai pun. Baru 2 orang. Tapi boleh tahan banyak juga bercuti bersama mereka. Maklumlah dapat ibu & abah yang kaki jalan..lepas tu jenis anak melekat (sebenarnya ibu yang tak sanggup nak tinggal) hehehe. Antara tempat yang pernah kami pergi dan bawa anak bersama ialah :

1) 2014 : Umrah - Mekah & Madinah - bawa Dareesa berumur 1 tahun+

2) 2014 : Jepun - bawa Dareesa 1 tahun+

3) 2015 : Melbourne - Dareesa 2 tahun

4) 2015 : Korea - Dareesa 2 tahun+ & Deenina 5 bulan

6) 2016 : Budapest & Vienna - Dareesa 3 tahun & Deenina 1 tahun

7) 2017 : Sydney & New Zealand - Dareesa 3 tahun 7 bulan & Deenina 1 tahun 5 bulan

Dalam negara pun ada tapi malas list. Tips ni boleh juga diaplikasi untuk bercuti dalam negara. Cuma dalam negara mudah sikit since makanan halal senang, bahasa pun faham..apa apa jadi still dekat negara sendiri..inshaallah selamat.



Ok antara tips yang boleh dikongsi akan di list BUKAN mengikut kepentingan tetapi ikut suka kite hehehe

1) Sediakan at least 3 plan. Maknanya kena sentiasa bersiap sedia yang plan mungkim berubah. Mungkin sebab anak tak berapa sihat, hujan lebat, anak berak sampai tertinggal bas, anak tak mahu keluar, anak nak keluar..apa apa sahaja faktor yang boleh buat plan kita bertukar..kita kena berfikir dengan pantas..jangan mudah kecewa sebab bukan selalu dapat jalan jauh ni..rugi kalau buang masa..

2) tapi kalau tiba2 terpaksa kurangkan itinerary..kansel mana mana program, jangan bersedih lagi..simpan sedih tu bila sampai malaysia nanti haha. Sebab perjalanan jauh nak balik semula malaysia memerlukan mood yang stabil dan ibu abah yang positif hihi

3) kerjasama. Ok ini memang FIRST. kerjasama antara suami isteri sangat penting waktu bercuti. Boleh bahagikan tugas tapi rina rasa lebih baik buat je semua. Yes. Suami DAN isteri buat semua. Kalau isteri tengah mandikan anak, suami tolong masak nasi. Kalau suami tengah basuhkan berak anak, isteri siap sedia tunggu dengan pampers dan towel. Kalau suami dukung baby, isteri tolak stroller anak. Takyah tunggu disuruh pun kita rela hati buatkan. Rasanya, kalau point ni tak boleh dipraktikkan, tinggal ajelah anak, berjalan jela dua orang. Takut jadi gaduh. Penat hoi kalau sesorang je buat semua.

4) makanan anak. Memang sangat penting. Lagi penting dari makanan ibu abah. Sebab kita dewasa dah, kalau takde makanan sangat telan jela pisang sampai kenyang. Tapii kalau anak, boleh ke paksa makan pisang seharian? Haha. Macam anak rina derang memang perlukan nasi hari hari. So rina akan bawa beras siap2. Bawak sekali periuk ajaib (periuk travel beli di lazada). Selain periuk ajaib, ada juga kuali travel beli online. Untuk goreng2. Semua kecik dan mudah dibawa. Periuk ajaib masak nasi, kuali buat sup/goreng telur etc.







Selain tu antara makanan yang boleh dibawa untuk anak (makanan dewasa pikir sendiri) : minyak masak, garlic paste, ikan bilis goreng, nutella, roti, serunding, kicap abc size plg kecik, sardin, sup cendawan, biskut, milo, coklat/jajan, koko crunch, kacang3, mknn segera baby dan macam macam lagi. Jangan kecam saya ok bab makanan segera & jajan tu hanya cadangan. Ikut masing2 ok. Lepas tu boleh beli sayur2, telor, seafood di negara yang kita pergi tu. Kalau jumpa ayam halal bolehla beli tapi sure mahal & tak fresh. Untuk deenina saya bawa sekali hand blender sebab dia masih makan bubur. Jangan lupa bawa pinggan, tupperware, sudu, pisau, cawan dan lain2 pekakas yang korang rasa perlu.

Ok dah penat..nanti rina share lagi next part..

Terima kasih membaca :)

Read more...

Thursday, August 28, 2014

Bercuti ke Nagoya - Noritake Garden - Day 3 & 4 & Last day

Salam semua, ok express entry

So pada hari Isnin iaitu Day 3, Mr Zauj cuti tau masa tu sebab Lab tak boleh guna tak pasti kenapa so hari tu cuti..gembira lah saya..Plan nak ke Nagashima (kot) Themepark. nak main main roller coster gitu tapi malangnya hari Isnin tutup..tengah nak beli tiket bas dah tetiba tutup..kecewa..

so terus naik train ke Nagoya Port ingat nak pergi Nagoya Port Aquarium..sampai sampai sana tutup jugak!
sangat sangat sedih time ni..

so mr zauj ajak ke Osu Kanon je untuk shopping..ok..follow jelah..lepas shopping dan makan kebab di sana..terus balik Nagoya..jalan jalan Nagoya plak..cari Daiso..shopping lagi....penat jalan.balik hotel..

hari yang ok ok je..sebab plan tak menjadi..

esoknya Day 4, Mr zauj nak ke kerja dah..tinggal rina dan dareesa..mula mula ingat nak gigih ke aquarium sendiri tapi tak yakin dengan diri sendiri..maka ke Noritake Garden je la kita..naik teksi..dekat je..dalam RM30 huhu..main main dengan burung kejap..dalam 2 jam balik hotel..bagi dareesa tidur..petang bawak dareesa keluar ke Nagoya station untuk cuci mata di shopping mall..best jugak..banyak barang pelik dan comel harganya je la mahal haha...lepas tu Mr Zauj balik ajak ke Sakae...tempat hiburan terkenal di Nagoya..malam malam memang hidup..tapi kami ke sana sekadar tengok tempat je...malam ke Masjid tempat Mr Zauj solat jumaat..makan nasi beriyani situ..then balik hotel tidur..

Day 5 pagi pagi subuh bertolak ke airport untuk pulang ke Malaysia ....

sekian..sumpah menyesal tak bercuti lebih lama huwaaa..mesti kembali ke nagoya, MESTI!

ok jom layan gambar


R&R jepun. sangatttt bersih, tandas bersihhh macam takde orang guna. canggih. nak pump scan tapak tangan je LOL


Pakai jeans Mr Zauj. konon nak pegi main roller coster sobs

Osu Kanon

Bekal Dareesa


Sotong kurita. geliii. orang kata rebus makan sedap tapi rina geli

Naik teksi

Noritake Garden






Read more...

Wednesday, August 27, 2014

Bercuti ke Nagoya - Tateyama , Jepun - Tateyama Kurobe Alpine Route Day 2

Salam semua..akhirnya baru lah nak sambung entry ke jepun bulan Jun yang lalu...

entry lama boleh baca disini

Bercuti ke Nagoya - Tateyama , Jepun - Tateyama Kurobe Alpine Route Day 2

Saturday, June 28, 2014 Bercuti ke Nagoya - Tateyama , Jepun - Hotel Mercure Nagioya Cypress


Bercuti ke Nagoya - Tateyama , Jepun - Air Asia dan infant


so bersambung entry lepas. Day 2, kami bertolak dari hotel doremon ke Tateyama Kurobe Alpine Route! Boleh cek entry sebelum ni untuk tengok plan perjalanan pakej kami ni.

Mula mula naik trolley bus, naik cable car, then jalan kaki..nampak dah gunung alpine yang sangat cantik diselaputi salji dari jauh masa ni..then after jalan kaki lenguh lenguh..sampai ke tempat naik cable car..naik ke atas gunung...terus nampak salji. macam orang jakun kami sibuk bermain salji dan ambil gambar hehe..best sangat sangat! diberi masa 2,3 jam then naik bas terus balik ke Nagoya. ada lah stop stop di tempat perhentian. makan-makan dan membeli cenderahati.

Amacam. ringkas giler tak entry hihi..ok jom layan gambar pulak!




















Maaf lah gambar tak cantik. guna samsung Note 3 je. kami ada camera digital tu tapi tak bawak haha. kami jenis janji ada gambar. lawa tak lawa lain cerita. yang penting moment tu dirakamkan =P

sumpah penat kot. jalan banyak. barang pun banyak. mr zauj bawa barang, rina bawak dareesa. dengan sweater yang berat rasa nak patah pinggang.

tapi serius sangat happy. sangat excited. sangat menggembirakan. tak rugi rasanya kami ke sini. memang pengalaman yang amat manis. dareesa bangun bangun tidur sedar sedar dah ada salji. apa lagi excited dia. hahaha.omey sangat. orang lain perati je kitorang, siap ambik gambar dareesa. masa ni takdela sejuk sangat. 0-10 degree je belum sampai negative. macam dah nak habis dah salji kat sini. jepun summer kan. sini jela ada salji sebab atas gunung. tu pun sampai akhir jun. yang rina ikut ni pun trip terakhir. 

alhamdulillah dareesa tak banyak ragam. enjoy je dia. makanan pun rina bawak bekal bubur kat dia. ada roti. onigiri pun dia makan. pulut pulut gitu, sedap gamaknya haha..buah buahan pun ada. yang penting susu ibu always available hihi..takde hal lah..

sampai Nagoya malam terus pengsan.


Read more...

Sunday, June 29, 2014

Saturday, June 28, 2014 Bercuti ke Nagoya - Tateyama , Jepun - Hotel Mercure Nagioya Cypress

Assalammualaikum semua..bersambung dari previous post haha..rina nak cuba habiskan je entry berkenaan ni..

Ok. So flight rina pagi pada hari jumaat (day 1)..sampai petang dalam jam 4 ptg..masa perjalanan adalah 6 jam 35 minit..waktu jepun pula hanya beza lewat 1 jam sahaja dari malaysia so takdelah isu jetlag sangat..cuma bila balik malaysia dareesa bangun 1 jam lebih awal..sebelum ni bangun pukul 6 pagi..now bangun 5 pagi -_-

Sampai sampai sana mr zauj menanti kegembiraan siap berlari lari hehe..alhamdulillah airport nagoya tak besar dan tak complicated macam klia 2..so senang je la dan tak menakutkan..kami pun terus naik train ke Nagoya station..rasanya kami naik Meitetsu kot..

Pengangkutan utama di jepun adalah train. Depa ada banyak train..ada japan railway (jr), subway, kintetsu, meitetsu..banyaklaa.. boleh study di website www.japan-guide.com atau website lain..banyak je di internet. Mudah je sebenarnya..memang fully bahasa jepun tapi masa beli tu guna nombor..nombor jepun guna english numbering..1,2,3.. cuma sebutan je la in japan..

Satu lagi dekat KL ni ada satu tempat tourism jepun kot untuk kita pergi beli siap siap pakej tiket train..ada train paling laju shiketsu ke apa namanya..laju giler so bolehla korang nak merentas desa dari nagoya-kyoto-osaka-tateyama-tokyo heheheh

Tapi rina tak beli pun yang tu sebab target jalan berdekatan je.. jadi korang boleh la google sendiri info pasal tu hahah sorry tak membantu..

Ok back to the story..waaa letihnya..tak habis habis..

Sampai je nagoya station terus menuju ke hotel..dekat je hotelnya dalam 10 minit jalan kaki..memang orang jepun naik train lepas tu jalan kaki je..tak pun naik basikal huhu..tak jem langsung ok..


Mr zauj tggl di sini la..mercure nagoya cypress hotel. Dalam RM300-RM400 semalam kot? Tak pasti. Sebab company bayar..Hehe..hotel ni ok. Kami dapat 2 katil single yang besar macam queen..ruang tamu..pantry dan minibar. Toilet with bath tub dan meja solek. Bersih dan puas hati. 

Lepas mandi mandi malam tu..kami keluar jalan jalan area sekitar. Dareesa dah selamat tidur masa ni..mr zauj bawa rina round tunjuk kawasan hehe..kedai banyak dah tutup..jam 8 / 9 malam dorang dah tutup kedai. Yang banyak bar lah..orang jepun suka minum dan karaoke lepas kerja..ada juga kedai 24 jam seperti 7 eleven dan lawson..hotel kami ni bersebelahan kedua dua nya. Senang la nak cari makan..onigiri tuna sandwich dekat lawson sedap. Sticker biru. Hehe.. air yang sedap pula air choc van houtten...air lain cam tak sedap..jus epal je la kot ok..jus lain lain mcm oren grape semua masam gila.

roti roti butter chocolate pun boleh didapati di 7e. Tanya pekedai tu ye dia paham jugakla sikit sikit..salmon? Fish? Choco? :p

tapi malam tu mr zauj dah tapau siap siap nasi beriani dari area masjid nagoya. So rina da kenyang.

ok sambung lagi hehe

Di klia 2

Dah sampaiii

Nagoya station




Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top