Malaysian memang suka untuk
comparekan antara London (UK) dan Malaysia – bagi aku kedua-duanya ada kebaikan
dan kekurangan yang tersendiri. Sekiranya sebelum nie aku ada sharekan dengan
rakan pembaca kekurangan-kekurangan London, kali nie aku nak sharekan dengan
semua beberapa kelebihan London yang mungkin korang tak ketahui selama ini.
Selain daripada apa yang korang dah sedia maklum menerusi rancangan tv dan
sewaktu dengannya, kelebihan-kelebihan yang aku sharekan ini adalah yang hanya
dapat diketahui berdasarkan pengalaman stay di London.
| >Pilihan yang murah< |
| >Pilihan yang ternyata mahal< |
Kaguman Satu : Pengangkutan
Kaguman Kenapa? : Yang pastinya, pengangkutan di London adalah jauh lebih baik
berbanding di Malaysia. Tube, bas or semua jenis pengangkutan awam memang
menepati waktu dan bertimbun-timbun di London. Aku tunggu bas pun paling lama
dalam 3-5 minit sahaja. Kalau kat Malaysia, siap beruban janggut aku. Lambat
sangat!! Huh!! Frust~!! Sekiranya di Malaysia ada Touch N Go, London turut
menggunakan konsep yang sama tetapi lagi efisien yakni Oyster Card. Dengan
penggunaan Oyster Card, korang akan dicaj dengan kadar yang lagi murah. Oleh
sebab itu, sekiranya korang ada plan untuk datang London (walaupun sekejap),
pastikan dapatkan Oyster Card ini. Tube station pun ada banyak. Jadi, kalau
sesat masa jejalan tu, masuk sahaja mana-mana tube station dan confirm korang
akan berjaya mencari jalan pulang kembali. Namun, jangan sesekali gunakan taxi ketika
di London. Itu mencekik darah sebab mahal sampai leh mampus!! J.A.N.G.A.N!!
Kaguman Dua : Skill Memandu
Tahap Gila!
Kaguman Kenapa? : Kalau korang semua nak tahu, jalan-jalan di London ini kebanyakan
banyak simpang, satu hala dan sempit yang amat. So, boleh tak korang
membayangkan Ferrari, Porsche, Mercedes, Proton dan pelbagai lagi di jalan
raya? Boleh tak? Kalau tak boleh,nanti aku rakam video untuk korang. Itu kira
okay lagi. Macam mana lak dengan bas-bas yang besar dan panjang itu? Cuba
korang bayang skil pemanduan diorang untuk melalui jalan-jalan itu. Memang
hebatlah. Kekadang sipi sahaja nak langgar tiang lampu kat tengah jalan. Kalau
aku duk kat tingkat atas bas, memang berhenti jantung jap. DUP!!DAP!!DUP!!DAP!!
Berdebar-debar. Takut juga kalau accident kan? Tapi tiada lagi la setakat ini.
Semua pemandu-pemandu bas di London ini skill memandu pelumba-pelumba F1. Aku
rasa diorang semua ini pemandu-pemandu racing dan F1 yang dah bersara kot.
| >Touch Oyster Card di Bas< |
| >Touch Oyster Card di Tube< |
>Rakaman Video Trip Oxford St Guna Bas<
Kaguman Tiga : Jogging
Setiap Masa
Kaguman Kenapa? : Kalau di Malaysia, mana ada makhluk yang waras yang nak jogging di
tengah hari kan? Cuaca maha panas kut. Mahunya dapat kumpul sebaldi peluh.
Kalau jogging pun, pasti ada yang pandang errk!! Namun, di sini, korang leh
jogging anytime, anywhere tanpa memkirkan orang lain. Ramai orang-orang di
London ini berjogging pada anytime sahaja termasuklah pada waktu tengah hari
jam tepat pukul 12.00. Contoh situasi sebenar : ketika di tengah jalan-jalan di
tengah bandar tu, tetiba ada yang memintas dengan laju. Rupa-rupanya tengah
berlari-lari. Dah la diorang pakai seluar pendek dan baju trainer tu. Tak sejuk
ke time winter-winter ini?? Suhu negative kot!
Kaguman Empat : Surat
Khabar Free
Kaguman Kenapa? : Semasa aku mula-mula sampai London, ada orang bagi surat khabar.
Aku ingat kena bayar tapi dia cakap, "Free Evening Standard!! Free!!"
Aku pun ambil teruslah surat khabar tu. Baca-baca, layan jugalah. Itu yang
bestnya London, dapat surat khabar free. Semasa aku sampai memula, ada 3 yang
free iaitu Evening Standard, Metro n Lite. Tapi yg Lite itu dah bankrupt. Kuat
sangat bagi free kut. Memang tiap-tiap hari aku akan dapatkan surat khabar ini.
Cakap free kan. Boleh aku buat baca masa dalam tube. Kalau tak free, confirm
aku tak belilah. Nak jimat kut~!! (o.O)
| >Jogging di tengah panas yang gila!!< |
| >Free newspaper!! Free!!< |
Kaguman Lima : MP(Member of
Parliament) yang Baik
Kaguman Kenapa? : Aku tak tahu samada ini betul or tak tapi ini aku dengar daripada
senior-senior aku. Korang tahu MP kan? Ahli Parlimen or ADUN la kalau di
Malaysia tu. Kalau korang nak tahu, katakan kalau korang baru sampai dan nak
minta ADUN korang bawa korang jejalan, korang boleh terus mail diorang. DAN
diorang W.A.J.I.B untuk bawa korang jejalan around kawasan korang itu. Sebab
memang itu peraturannya. Kalau ada apa-apa tak puas hati, terus sahaja mail dan
diorang akan terus bagi servis itu. Adakah Malaysia begitu jua? Korang jawab
sendiri -_-"
Kaguman Enam : Emergency
Bebetul Emergency
Kaguman Kenapa? : Kalau di Malaysia, bila korang kal 999 untuk kes emergency,
confirm akan sampai within sejam kan? Atas alasan traffic jam selalunya. Tapi
kalau di London, confirm akan sampai within 15 minit. Sebab transport di sini
bebetul efisien dan ambulance, kereta bomba, kereta polis dan sewaktu dengannya
dapat bertindak dengan cepat. Dah la diorang punya siren itu bingit bangat!!
Aku rasa boleh dengar dalam radius 2 km kot. Memang kuat. Seriously~!! Tiap-tiap
hari aku leh dengar siren tu. Rasa macam tak lengkap hidup di London tanpa
siren emergency yang boleh buat orang menyumpah seranah. Aku confirm taklah.
Cakap baik~!!
| >Bomba mengejar api< |
| >Ambulans mengejar orang mati< |
So, itulah sebahagian
kelebihan London compare to Kuala Lumpur. Tapi macam biasalah, ada kelebihan
dan kekurangan di mana-mana kan? Jadi, redha sahajalah. Namun pada masa yang
sama perlulah kita terus-menerus meng-upgrade diri sendiri dan persekitaran
kita nie. Harap dapat jadikan sebagai pedoman untuk terus memajukan negara kita.
Yeehaaa!!
*London,
tolong jangan turun salji pelis~!!*
[Lagi
sekali aku tanya..Siapa nak baca tentang univ aku??]