Kalau mengikut jadualnya, Contest LongHaffiz.com : Behind the Photo akan berakhir pada hari pertama Ramadhan yakni hari Isnin nie. Namun atas permintaan beberapa pihak, aku melanjutkan contest tersebut sehingga hari Jumaat, 19 August 2011. Jadi bagi sesiapa yang belum join contest nie, inilah peluang korang untuk turut serta dan memenangi pelbagai hadiah branded yang telah disediakan termasuklah cermin mata hitam GUESS, leather purse FOSSIL dan juga bebarang Calvin Klein untuk cabutan bertuah!! Oh ya, aku minta maaf sangat-sangat sebab agak lama mendiamkan diri. Aku baru sahaja kembali ke Terengganu selepas seminggu lebih tour beberapa negeri. *wakakakaaa!!*
>Menikmati BlackBerry sambil menikmati Cendol Pulut Tapai<
Hari Selasa minggu lepas sehingga hari Khamis yang lepas, aku telah tour beberapa negeri termasuklah Pahang, Melaka, Kuala Lumpur dan juga Kelantan. Dalam tour seminggu lebih nie, aku sempat untuk berjumpa dengan kengkawan aku di Malaysia sambil lepak-lepak around. Selain itu, aku turut berpeluang meninjau pelbagai peristiwa dan ragam di Malaysia yang confirm akan aku rindui once aku kembali semula ke London nanti. Antaranya ialah :
Ragam Malaysia 01 : Penuh Dengan Pelbagai Branded Berjenama Walaupun Hanya Tiruan
Penerangan Ragam di Atas : Semasa aku lepak di Kuantan, aku terjumpa pelbagai bebarang branded yang dijual secara terbuka di hadapan Terminal Bas Kuantan. Ada Onitsuka Tiger, ada Armani Exchange dan pelbagai jenama lain. Once ditanya, aku diberitahu bahawa itu adalah Tiruan Gred A dan harganya pun hampir semahal di London masa aku beli di sana. Selain itu, cermin mata tiruan Ray Ban dan baju tiruan Lacoste turut dijual secara berleluasa di mana-mana sahaja. Namun itulah kehebatan negara kita yakni mampu menghasilkan bebarang branded walaupun hanya sekadar tiruan. Bagi yang mempunyai bebarang original (errrkk..termasuk aku sekali kot), mungkin agak rasa tak puas hatilah. Ahakz!!
>Bebarang branded tiruan : Malaysian memang expert yang amat<
Ragam Malaysia 02 : Makanan di Malaysia Amat Murah Tapi Berbeza Ikut Negeri
Penerangan Ragam di Atas : Masa aku jejalan di Kuantan, aku habiskan banyak duit untuk makanan terutamanya makan di Mamak. Namun sempatlah jugak aku menikmati kesedapan pelbagai jenis makanan termasuklah cendol pulut. Makanan di Kuala Lumpur pun boleh tahan jugak mahalnya tapi di Melaka, aku still mampu untuk survive. Tapi once di Kelantan dengan budget yang boleh dikatakan kecil, aku berjaya menikmati pelbagai jenis makanan seperti ayam percik, cendol pulut tapai, nasi lemak ayam, nasi kerabu dan macam-macam lagi. Memang aku akui makanan di Malaysia teramat murah tapi hanya di sesetengah negeri : terutamanya Kelantan. (^_^)/
Ragam Malaysia 03 : Malaysia Indah, Orangnya Pun Indah : Tapi Transportnya Tidak
Penerangan Ragam di Atas : Malaysia memang amat indah dan cantik walaupun aku lagi suka cuaca di London sebenarnya. Ahakz! Tapi ketika berada di Kelantan, aku nampak ramai girl-girl Kelantan yang cun dan indah di mata. Alhamdulillah. Itu yang sebagusnya!! *kih3!!* Semasa aku di Kuala Lumpur, nampaknya ada peningkatan sedikit dalam pengangkutan awam terutamanya yang dikendalikan oleh RapidKL. Yang mengecawakan adalah dengan perkhidmatan KTM yang aku seboleh-bolehnya mahu elakkan semasa travel. Aku rasa setiap kali aku menunggu tren KTM di KL Central, confirm akan mencecah hampir setengah jam. Amat mengecewakan!! TT__TT
Itulah sedikit sebanyak ragam dan situasi yang dapat aku perhatikan sepanjang perjalanan aku memusing beberapa negeri minggu lepas. Ada pelbagai lagi situasi dan ragam lain termasuklah ditawarkan dengan perkhidmatan pelacur di Kuala Lumpur, diberi peluang membeli handphone curi dengan harga yang amat murah dan pelbagai lagi. Namun pelbagai situasi dan ragam inilah yang menjadi corak dan warna kepada komuniti masyarakat Malaysia. Oh ya, kalau diizinkan Tuhan : insyAllah aku plan nak pergi Kedah dan Johor sebelum kembali ke London. Kalau sempat tau!!
*InsyAllah akan aku siapkan satu entri sempena menyambut kedatangan Ramadhan*
[Hari nie adalah hari terakhir untuk qada' puasa : Besok sudah tarak boleh bai!]