Sebelum nie aku sudah pun bercerita mengenai dua hari pertama perjalanan Europe Trip 2010 aku : Hari Pertama di Paris, France dan Hari Kedua di Berlin, Germany. So, sekarang aku nak membebel pasal hari ketiga perjalanan aku pulak. Bangun sahaja daripada port tempat tidur kitorang di Berlin Airport, kitorang terus berkemas dan get ready untuk check in. Lebih kurang selepas Subuh, aku dan dua orang member aku yakni Zaki dan Nabilah sudah pun bersiap sedia untuk flight kitorang yang akan depart jam 6.15 pagi. Oh ya, next stop selepas Paris dan Berlin adalah : Basel, Switzerland!! Yeehaaa!!
>Di dalam tram sedang menuju ke Basel Train Station<
Untuk hari ketiga Europe Trip 2010, kitorang plan untuk gerak ke Basel, Switzerland dan selepas itu ambil train ke Konstanz, Germany yang mana member kitorang ada study di sana. Kitorang tiba di Basel Mullhouse Freiburg Euro Airport pada jam 8.15 pagi selepas langsai dengan imgiresen. Oh ya, airport nie ada tiga gateway tau : satu keluar ke France, satu keluar ke Germany dan satu lagi keluar ke Switzerland. Memang airport nie terletak betul-betul ditengah sempadan : hebat gila!! Kitorang keluar ikut pintu Basel, Switzerland dan terus ambil bas di luar airport untuk pusing-pusing Basel jap. *muehehehe*
Basel nie kecil jer kawasannya dan takda apa sangat. Selepas travel naik bas, kitorang travel naik tram pulak pusing Basel. Pas dah langsai ambil gambar sekadar cukup syarat, kitorang terus ambil train daripada Basel, Switzerland ke Konstanz, Germany. Mahal jugaklah ticketnya : yakni region group ticket bernilai 29 Euro untuk kami bertiga. Sesampainya di Konstanz selepas tiga jam train travel, kitorang disambut oleh Idayu : member kitorang yang study di sana. Oh ya, Idayu nie juga merupakan sepupu kepada Zaki. Begitulah connectionnya tau!! Faham semua?!
>Di dalam shopping complex Lago di Konstanz bersama tourist guide<
Selepas letak bebarang kitorang di bilik Idayu, kitorang pun rehat dan lunch sekejap. Sempat jugaklah jumpa dengan member Idayu bernama Shahafizi yang aku dan Zaki akan tumpang menginap di sebelah malam nanti. Pas dah siap mandi, rehat, sembahyang dan lunch, Idayu terus ajak kitorang keluar tour bandar Konstanz. Kitorang yang masih agak kepenatan terus follow jer. Seharian suntuk sampai ke malam kitorang di bawa berjalan-jalan pusing Konstanz : daripada tasik di tepi bandar Konstanz kepada attraction dan bangunan bersejarah sehinggalah Christmas Market di sebelah malamnya. Enjoy betullah!!
Pas dah penat pusing Konstanz, kitorang dinner di tempat Idayu. Selepas itu, aku dan Zaki terus gerak ke bilik Shahafizi yang takdalah jauh sangat daripada situ. Memang bilik Bro Shahafizi nie gempak gila : penuh dengan hasil gambar-gambar DSLR beliau. Memang expert betullah dia pasal teknik ambil gambar nie. Bilik dia siap ada desktop besar yang memang menjadi idaman semua gamers dengan sound system yang pergh!! Selepas settle down semua hal, aku dan Zaki terus terlelap kepenatan sambil Shahafizi lak terus lepak game dia. Seriously aku dan Zaki memang K.O. dah masa itu. First time dalam Europe Trip kitorang : kitorang dapat tidur dalam keadaan selesa. Ahakz!! Sebab sebelum nie semuanya tidur airport!! (^_^)/
*Sesiapa cam pening dengan map bolehlah try Google tengok position Basel & Konstanz*
[Banyaklah pulak gambar aku share this time : tak nampak kepenatan langsung kan?!]