Kate Middleton? Prince William? Royal wedding?? Mesti first benda yang terlintas dalam kepala korang adalah pasal siaran langsung royal wedding Kate Middleton dan Prince William yang agak bosan kan? Aku tengok tweet-tweet kengkawan di Malaysia pun semuanya lesu dan cakap bosan. Memanglah bosan sebab dengar kuthbah diorang jer. Yang best pun confirm part masa kiss tu jer kan? Ahakz!! Tapi bagi aku yang berada di tempat kejadian yakni betul-betul di luar church diorang kahwin, aku jelas dapat rasa betapa excitednya royal wedding nie. Angkara local yang excited sangatlah : dengan aku sekali terasa excitednya. (^_^)/
Sebelum aku cerita pengalaman aku yang berada di Westminster Abbey dan juga Buckingham Palace hari ini untuk majlis royal wedding, jom kita tengok latar belakang kisah diorang. Prince William dan juga Kate Middleton berjumpa semasa diorang sama-sama belajar di University St Andrews dan selepas itu, diorang pun couple. Oh ya, Prince William ini adalah anak kepada Prince Charles dan Princess Diana. Kos royal wedding kali nie ditanggung sepenuhnya oleh royal family dan juga keluarga Kate Middleton. Duit tax rakyat just digunakan untuk lantik polis security. Kalau korang nak tahu, gaun kahwin Kate Middleton didesign oleh Sarah Burton. Bak kata Wikipedia : workers washed their hands every 30 minutes to keep the lace and threads pristine, and the needles were renewed every three hours, to keep them sharp and clean. Pergh!!
Aku sebenarnya agak malas nak pergi royal wedding nie sebab confirm ramai orang punya. Tetapi memandangkan ada kengkawan dan rakan pembaca di Malaysia minta aku buat liputan serba sedikit, maka aku pun pergilah. Namun aku terbangun tidur agak lewat pagi tadi. Selepas dah siap-siap semua, aku bergegas ke Westminster Abbey : church tempat diorang kahwin. Aku sampai dalampukul 9.30 pagi dan dah penuh pun area tu. Selepas cari-cari tempat yang dikira strategic, aku pun bersama-sama rakyat local menunggu ketibaaan Prince William, Kate Middleton, royal family dan sewaktu dengannya. Nak ambil gambar kereta diorang tapi makcik depan aku semangat punya pasal, dia lambai-lambai guna rambu. Habis rosak semua gambar aku. Damnit!!
Selepas semuanya dah masuk Westminster Abbey untuk process perkahwinan, aku duduk lepak kat luar sahaja memandangkan tempat strategic semua dah kena conquer. Once aku agak-agak diorang dah ready untuk keluar dan majlis dalam church tu dah settle, aku pun terus cari tempat yang lagi strategic : jauh dari makcik rambu tadi. Luckily aku dapat tempat yang agak okay dan bila Prince William dan Kate Middleton keluar menaiki kereta kuda, aku dapat rakam video dengan jelas walaupun banyak gangguan. Di belakang aku ada dalam 4-5 lapis manusia lagi : lapis tau, bukannya orang. Maksudnya memang ramai gila orang di tempat kejadian. Kaki aku cram dan lenguh gila berdiri lama. TT__TT
Once diorang dah lepas berarak depan aku, aku terus rushing ke Buckingham Palace memandangkan pasangan couple dan royal family akan melambai-lambai di balkoni dan Prince William akan kiss Kate tu dari balkoni Buckingham Palace. Malangnya masa aku dah sampai di Palace, memang dah penuh gila dengan lautan manusia. Aku cuba untuk patah balik tapi belakang aku pun macam beribu orang. Aku stuck kat tengah-tengah. Lebih kurang setengah jam selepas itu, aku rushing untuk keluar daripada tempat ramai orang memandangkan dah nak masuk waktu sembahyang Jumaat. Tapi aku tak berjaya lepaskan diri dan termiss sembahyang Jumaat. Sedih gila sih!!
>Inilah video yang aku sempat rakam : HD kalau tengok di Youtube<
Aku sempatlah jugak borak dengan local. Memang diorang cakap “This is AMAZING! WONDERFUL” dan so on. Ada jugak yang sibuk duk bergosip nak tahu siapa designer baju. Manalah aku nak tahu. =.=” Selepas itu, aku pergi ke tube station terdekat untuk balik tapi semua dah full gila. Aku kena berjalan dalam 2-3 km untuk ke tube yang clear dan takda orang. Bila aku dah sampai rumah, terus terbaring keletihan. Oh ya, video aku dah upload di youtube dan aku sharekan di entri ini. Video HD daripada kamera baru tu. Lain punya gambar aku dah upload di Facebook *kih3!!* Walaupun penat gila dan pada masa yang sama aku tercicir cover leather camera aku, tapi pengalaman nie memang amat berguna. Sekurang-kurangnya boleh aku kasi tahu anak aku nanti : "Dulu masa Raja London kahwin, ayah ada kat depan church diorang kahwinlah. Ngeh3!!"
*Ini gambar perjalanan aku masa royal wedding : Leh google kalau nak better punya*
[Masa diorang berarak : Tangan sebelah guna BB dan sebelah lagi guna kamera ambil pic]