Sementara menunggu sejam dua lagi untuk ke kelas, sempatlah untuk aku sambung kisah perjalanan kami berempat ke Sepanyol : yakni Barcelona pulak kali nie. Last time aku dah cerita pasal hari pertama di Barcelona dan kali nie sambung untuk hari kedua pulak. Selepas sahaja bangun untuk sembahyang Subuh, kitorang terus bergerak ke pasar basah La Boqueria di Las Ramblas untuk dapatkan bekalan makanan. Oh ya, Barcelona nie terletak tepi laut tau dan berbeza dengan London yang jauh daripada laut. Maka inilah peluang kitorang untuk menikmati hidupan-hidupan laut yang segar. Nyum3!!
>Perghh!! Kat Malaysia or London manalah dapat sefresh nie kan?!<
>Ada banyak pilihan : 60 Euro kitorang habiskan di sini<
>Tengok makcik nie : pro dan expert punya skill tul<
>Pilih! Pilih!! Mana satu yang paling sedap nie?!<
>Inilah dia lebh kurang permandangan waktu pagi di pasar basah<
>La Padrera : salah satu binaan terbaik arkitek Barcelona<
Sesampainya di La Boqueria, kitorang terus tour market yang besar tu dan terus target anything yang perlu dibeli. Last-last kitorang sampai kat satu kedai makcik nie dan terus beli ikan, udang, sotong dan anything yang perlu. Kalau tak silap aku, kitorang habiskan dalam 60 Euro kat kedai makcik tu sahaja. Pas dah habis usha La Boqueria, kitorang kembali ke hostel kitorang dan masak separuh daripada ikan, udang dan sotong tu. Oleh kerana kekurangan bahan masakan, maka kitorang just masak semuanya goreng dengan serbuk kunyit dan makan dengan sos. Kira cukuplah tu untuk breakfast. Papepon memang fresh dan bermutu tinggit tul hidupan laut kat Barcelona nie. Ahakz!!
>Tak tahu bangunan apa : tapi cantik<
>Inilah dia La Padrera yang aku tunjuk entrance tadi<
>Sekali sekala kenalah beli kasut Jimmy Choo kan?!<
>Jimmy Choo outlet di Barcelona : Bangga as Malaysian<
>Kitorang sedang munuju ke puncak bukit untuk tengok Barcelona<
>Satu Barcelona : permandangan daripada puncak<
>Aku berada di puncak kepada puncak : gayat pun ada<
Kitorang hanya stay semalaman di hostel nie : maka kitorang kena pack dan pindah ke hostel lain pulak. Selepas dah langsai makan, kitorang kemaskan bebaran, check out dan travel ke next hostel pulak. Next hostel yang kitorang akan duduk nie adalah terletak di tengah bandar Barcelona. Pas dah siap urusan check in, kitorang berjalan kaki ke next attraction yakni La Pedrera : satu lagi binaan terbaik arkitek Antonio Gaudi. Memandangkan tourist yang ramai dan kitorang pun tak berapa nak minat dengan binaan-binaan nie, so kitorang just bergambar yang perlu. Selepas itu kitorang naik metro untuk ke Park Guell yang mana kitorang dapat tengok Barcelona daripada puncak. Nak panjat puncak tu memang tak leh nak cakap apalah : memang memenatkan yang amat. Sigh!!
>Tak dapat beli : posing pun dah cukup kan?!<
>Hard Rock Cafe Catalunya di Barcelona<
>Cuba korang gitau aku : cam mana dia leh terapung?!<
>Pemandangan menarik kalau korang masuk Hard Rock Cafe<
>Las Ramblas : kawasan nie bahaya sikit, jadi hati-hati<
>Dah penat tapi lepas nie nak ke mana pulak yerk?!<
Oleh kerana member aku nie kepingin nak ke Hard Rock Café Barcelona, kitorang kembali semula ke jalan utama Las Ramblas. Memang ramai orang tapi memandangkan Hard Rock Café dia pun besar, maka aku takda sebarang kritikan. Ahakz! Member aku tu sempat jugaklah angkut baju Hard Rock Café tapi aku lak, sempatlah bergambar secukupnya. Pas dah settle dengan urusan di Hard Rock Café, kitorang berjalan sekitar Las Ramblas menuju kea rah pantai lagi sekali. Memandangkan memang dah penat seharian, maka lepak kat pantailah pulak. Nanti balik London dah tak dapat nak jumpa pantai balik dah. Wakakakaaa!! Kitorang lepak tengok pantai tau : bukannya lepak tengok orang di pantai. Tapi sekali sekala apa salahnya kan?! (^_^)/ Pas dah habis lepak, kitorang ke satu shopping complex yang terletak agak luar Barcelona untuk beli coklat. Nyum3!! Makan lagi?!
>Ada satu kedai nama Kuala Lumpur tapi no Malaysian goods<
>Arc de Triumph : kawasan nie tak ramai sebab lewat petang<
>Sila ignorekan posing mamat di atas dan fokus kepada laut<
>Budget tengah bertafakur la kut mamat nie kan?!<
>Dating? Skandal?! Ataupun apa?!!<
>Ternampak masa tengah jejalan : cam cool giloss<
>Last but not least : bergambar di depan Parliament de Catalunya<
Walaupun hari dah mula nak gelap, kitorang still rasa cam mampu untuk travel walaupun memang bahaya travel waktu malam di Barcelona. So, kitorang naik metro dank e next destination yakni Arc de Triomf. Arc de Triomf nie hanya sekadar pintu gerbang yang besar cam kat Paris, Berlin dan juga Marble Arch, London. Tapi nak pastikan bebetul bermakna, kitorang just bergambar dan berjalan sekitar taman Parc de I’Estacio del Nord berdekatan. Jalan-jalan sampailah ke lewat petang dan mula nak malam. Once kitorang sampai di hostel, kitchen hostel dah nak tutup. Tapi sebab admin yang baik hati, kitorang diberi setengah jam untuk guna kitchen hostel. So, dalam setengah jam tu : kitorang preparekan lebihan makanan laut kitorang yang dibeli sebelah pagi. Memang huru-hara tapi still sedap. Nyum3!! Oh ya, kalau korang nak tahu : kitorang dapat mixed dorm yang ada girl korea tapi masa tu memang dah ngantuk gila, so whatever!! Yeeehaaaa!!
*Okay! Serious dah lambat nak ke lecture!! Dua jam lebih jugak aku taip entri nie*
[Next week Shinee datang London sempena Korean Film Fair di London : Jeles tak korang??]