All England 2012 berakhir semalam selepas Lee Chong Wei yang injured terpaksa “retired” second set semasa lawan dengan Lin Dan. Aku yang memang first time turun All England nie terasa jugaklah nak share pengalaman aku selama dua hari berturut-turut turun sana untuk cheers Team Malaysia. Kalau korang nak tahu, hari Khamis lepas member aku contact aku dan dia tawarkan ticket free ke All England 2012 dengan syarat lead cheers dan main kompang. Aku yang memang takda apa-apa nak buat masa weekend terus redha jerla join jawabnya. Yeehaaaa!! So malam Jumaat tu kitorang seramai dalam 12 orang practices cheers dan kompang habis-habisan. Of courselah sebab nak pergi support Lee Chong Wei dan Team Malaysia kan!! Kenalah semangat!! Wachhhaaa!!
>Skuad Kompang daripada London bersiap sedia<
>Eksyen sungguh main kompang sampai kaki atas kerusi<
>Sempat jugaklah snap photo barang satu dua<
>Nie tengah ready-ready nak masuk position<
Pada hari Sabtu, kitorang bertolak ke Birmingham (tempat All England 2012) jam 9.30 pagi dari London dan sampai kat sana dalam pukul 12.00 tengah hari. Selamatlah sebab time kitorang sampai tu, Lee Chong Wei belum start main lagi. Oh ya, nie untuk pusingan semi-final tau. Masa tu Lee Chong Wei main lawan Lee Hyung-Ill yakni pemain dari South Korea. Kitorang dalam 15 orang kontigen kompang dan cheers nie terus cari seat yang paling awesome dan mula berkompang bagai. Once Lee Chong Wei masuk dan start main, memacam jenis irama kompang dan cheers kitorang palukan untuk support. Luckily supporters Malaysia masa tu pun semuanya bersemangat dan follow kitorang untuk cheers sekali. Alhamdulillah : akhirnya Lee Chong Wei menang. Sementara tunggu next match yakni beregu campuran yang ada Team Malaysia jugak, kitorang pakat pergi pusing-pusing area setempat dan meet up dengan friends jugaklah. Best wooo!!
Untuk pengetahuan korang, match beregu campuran semi final adalah antara Malaysia dan Indonesia. Geng Indonesia pun ada team cheers diorang sendiri dan memang diorang pun kuat jugaklah. So, masa match Malaysia dan Indonesia tu, kitorang pun lawan cheers dan bunyi diorang jugak. Walaupun Malaysia kalah dalam beregu campuran tapi kitorang menang dalam pertandingan sorak. Mana tak menangnya, tangan dan jari aku habis melecek dan lebam sebab pukul kompang. Selepas habis match, kitorang terjumpa dengan reporter RTM yang sedang buat coverage All England 2012. Ada terjumpa Janis Shafie jugak tau. So, diorang pun request kitorang untuk buat cheers dan kasi ucapan sempena promo Olympic 2012. Aku rasa dalam sejam jugaklah duduk men shot liputan tu; kejap jadi, kejap tak jadi. Sampaikan kitorang yang dalam 15 orang asalnya terus dijoin oleh puluhan penyokong Malaysia yang lain jugak. Tapi takpa sebab lagi ramai, lagi meriah!! (^_^)/
>Nie lak lepak bersama dengan Yasmin Hani<
>Nampak tak Lee Chong Wei main badminton tu?<
>Kitorang try bangkitkan semangat selepas Lee Chong Wei lepas point<
>Salam perantau dari UK : sesuai jugak guna gambar nie<
So itulah kisah di hari pertama yakni semasa hari semi-final. Selepas dah habis match, kitorang yang datang dengan dua biji van balik ke London semula dan dalam pukul 12.00 malam jugaklah aku sampai rumah. Kebesokan harinya yakni hari Ahad; kitorang gerak dari London dalam waktu yang sama dan sampai pun lebih kurang pada waktu yang sama jugaklah. Once kitorang sampai di Birmingham, kitorang cuba dapatkan seat yang sesuai untuk kitorang lead cheers dan kompang tau. Tapi end up kitorang dihalau oleh security sebab tak duduk kat tempat seat yang sepatutnya. Memang bengang jugaklah masa tu tapi sebab semangat nak support Lee Chong Wei; maka kitorang layan jerlah. Sementara tunggu match Lee Chong Wei yang paling last, kitorang duduk sibuk cari tempat yang sesuai untuk cheers dan sewaktu dengannya. Pastu tetiba salah sorang geng media RTM datang cari kitorang dan bagitahu satu berita yang menggemparkan. “Lee Chong Wei injured dan physio dia tak kasi dia main lawan Lin Dan. Tapi dia nak main jugak demi supporters Malaysia!!”
Kitorang pun terus cuba spread the words tu supporters Malaysia untuk naikkan semangat diorang dan bila Lee Chong Wei masuk, kitorang terus main kompang dan cheers. Kitorang turun naik tangga dan main kejar-kejar dengan security guard semata-mata untuk naikkan semangat penyokong Malaysia. Tapi aku perasan kebanyakan supporters Malaysia masa final adalah tak se-semangat masa semi final. Semua macam kayu dan malas nak cheers jer. Kecewa jugaklah sebab masa Lee Chong Wei dah ketinggalan masa lawan Lin Dan, ada yang dah start complain dan stop cheers. Kitorang yang main kompang dan lead cheers terus menerus jerit dan palu kompang untuk kasi semangat kat Lee Chong Wei. Walaupun dia dah retired match, kitorang kasi semangat dan memang aku confirm dan yakin bahawa kitorang lagi “bising” berbanding supporters China pada hari tersebut walaupun diorang lagi ramai berbanding kitorang semua. So, we have something to be proud of kan?!
>Tengah ready untuk shoot masuk RTM<
>Siapa nie? Yasmin Hani. Sempatlah snap photo sebijik<
>Lepas sejam tunggu : akhirnya Lee Chong Wei muncul jua<
>Lepas All England 2012, kitorang lepak dengan Yasmin Hani makan sushi!!<
>Ini petikan daripada Twitter Yasmin Hani untuk semua!!<
Lepas dah habis kejohanan, kitorang semua lepak kat luar dan sesi bergambar la pulak. Memandangkan aku dan geng tak pernah bergambar dengan Lee Chong Wei, so kitorang tunggu dalam sejam dua jugaklah dalam kesejukan malam untuk tunggu Lee Chong Wei keluar. Alhamdulillah sebab dia keluar jugak walaupun hanya untuk 5 to 10 minit untuk layan kitorang. Sempat jugaklah aku untuk bergambar berdua dengan dia walaupun sebenarnya gambar tu just group photo. Rujuk gambar untuk lebih info. Yeehaaa!! Oh ya, korang semua kenal Yasmin Hani tak? Ala, bekas DJ Radio dengan pengacara yang selalu “Watchhaa!!” kat Astro tu. Confirm kenal kan?! Kitorang team cheers dan kompang lepak dengan Yasmin Hani sejak daripada awal sampailah ke malam. Kitorang lepak-lepak dan makan sushi ramai-ramai lepas tu. Memang layan dan cool habislah Yasmin Hani nie. Walaupun tangan aku tengah melecet nie dan suara pun dah hilang teruk tapi best jugaklah All England 2012 this time sebab dapat lepak dengan Yasmin Hani dan pada masa yang sama meet up dengan Lee Chong Wei. Awesome tu!!!
*Entri lambat publish sebab tunggu photos : more photos here yerk!!*
[Entri this time super-duper panjang kali nie sebab cover dua hari dalam satu entri]