Nampaknya bilangan followers aku akan mencecah 3 000 orang tak lama lagi. Ini pencapaian yang memberangsangkan disebabkan aku baru sahaja mula berblog tahun lepas. Kalau nak dikira otai, takdalah otai sangat memandangkan ramai yang lagi otai, veteran dan expert berbanding aku : ribu-raban followers diorang semua. Aku pulak memang jarang sikit follow blog orang lain : melainkan aku betul-betul minat dan berguna. So, aku harap blog aku nie diminati dan berguna untuk semua. Tapi mengapakah sebenarnya perlu follow blog orang lain?! Berdasarkan survey aku : ada lima sebab utama. Antaranya ialah :
>Terdapat lima sebab utama kenapa follow sesuatu blog<
01. Penulisan menarik dan blog hebat : Daripada 93 undian yang dikutip, 49% berpendapat bahawa gaya penulisan yang menarik serta karisma penulis yang hebat menjadi sebab utama untuk follow sesebuah blog. Memang alasan yang kukuh kerana dengan adanya blog-blog sebegini, lagi banyak idea-idea baru dapat dikeluarkan dan disebarkan. Sebelum aku follow any blog : aku akan pastikan kriteria nie dilengkapi dahulu. (^_^)/
02. I Follow U, U Follow I : Masa aku mula-mula berblog dulu, memang dah wujud virus “I Follow U, U Follow I” nie tapi memang aku tak layan sangat sebab aku tak nak rakan pembaca follow aku dengan niat sebegitu. Kekadang tiap kali aku blogwalking, confirm akan ada statement sewaktu dengannya. Papepon lain orang, lain caranya dan 22% menggunakan teknik nie. Asalkan diorang happy : itu yang penting kan?! *muehehehe*
>Blog yang menarik memang punyai ramai followers<
>Kalau korang bosan tiada kerja : follow banyak-banyak blog<
03. Sebab aku bosan : Hampir 10% komuniti blog nie follow sesuatu blog sebab diorang bosan dan tak rasa ada pape kerja berfaedah nak buat. Tapi bagus jugak memandangkan once korang dah mula mengikuti sesuatu blog yang korang rasa boleh hilangkan boring korang tu, dapatlah manfaat sedikit kan? Kalau tak, Facebook jer 24 jam!!
04. Lain-lain : Sebenarnya aku pun tak tahu sebab-sebab lain untuk follow sesuatu blog tetapi 10% berpendapat sedemikian. Aku rasa antara sebab-sebab lain adalah nak follow ahli keluarga ataupun teman rapat sebagai cukup syarat, sebab nak stalk ataupun intai seseorang, sebab nak sedapkan hati member ataupun banyak lagi sebab-sebab lain au terfikir yang mungkin tak logic diterima akal. Pape hal pon, korang confirm ada sebab tersendiri kan?! Betul tak??
05. Penulis hensem or cun-melecun : Aku ingatkan takda orang yang follow sebab nie tapi aku silap rupanya. Dalam 7% manusia follow blog sebab penulisnya hensem ataupun cun-melecun. Jadi sesiapa yang rasa dia itu hensem ataupun cun-melecun, silalah berhati-hati dalam menyiarkan gambar-gambar korang kerana mungkin ada yang tengah stalk tanpa korang sedari. Sesiapa yang perasan hensem or cun pun boleh ambil langkah berjaga-jaga jugak kot.
>Ada juga yang follow semata-mata nak stalk : Pepandailah korang<
>Cer citer..cer citer..kenapa korang follow sesuatu blog?!<
Berdasarkan research sambil lewa aku, didapati lima sebab diatas menjadi punca utama kenapa seseorang follow blog orang lain. Oh ya, sebab-sebab diatas disusun mengikit popularity : maka sesiapa yang rasa nak attract lagi ramai followers, aku nasihatkan supaya amalkan lima step tersebut. Improvekan gaya penulisan dan bahan blog korang supaya lagi ramai yang sudi untuk follow. Kalau tak dapat, bolehlah amalkan step “I Follow U, U Follow I” dan juga buat facial muka untuk tambah kehenseman or kecunnan . Ahakz!! Gurauan semata-mata. Korang pulak : kenapa follow?! \(^_^)/
*Sindrom Hantu Kak Limah Balik Rumah : Teman rasa kita bakor aje rumah Kak Limah!*
[Rasa-rasanya frekuensi entri blog aku menurun : terima kasih kepada pembaca setia]