Showing posts with label Cucur. Show all posts
Showing posts with label Cucur. Show all posts

Monday, December 22, 2014

Cucur/Jemput2 Tauhu Sosej

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni sedap layan cucur tauhu dngn secawan teh O. Kena plk musim hujan ni, mmng nak makan yg panas2 gitu. Kuih yg paling senang dan semestinya sedap mestilah jemput2 atau cucur. Tak kisahlah jemput2 apa, asalkan makan panas2....mmng best. Kali ni saya buat cucur tauhu, kalau ikut resepi guna udang basah di potong kecil, kebetulan takde stok udang...saya pun cincangkan sosej je. Bila dah masak dan rasa, fulamakkkkk mmng sedaplah. Anak2 mmng tak cerewet, diaorang mkn penuh selera. Pada kwn2 yg nak rasa tu, bolehlah cuba resepi ni. Terima kasih pd K.Liza penyumbang resepi asal. Izinkan sekali lagi saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.


Bahan-Bahan

  • 3 keping tauhu
  • 200 gm udang (dibuang kulit)- Yatie guna 3 btng sosej, ptng kecil
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (di cincang)
  • 2 tangkai cili merah (di buang biji dan cincang)
  • 2 pokok daun bawang/ daun sup (dipotong pendek)
  • 2 cwn tepung gandum*
  • 1 cwn tepung naik sendiri* (*diayak)
  • 2 cwn air- tuang sikit2
  • garam secukup rasa
  •  minyak masak secukupnya utk mengoreng cucur
  • Sos cili (sebagai pencicah)
Cara Membuat
  1. Tauhu dan udang/sosej dipotong kecil.
  2. Masukkan semua bahan kecuali minyak masak dan sos cili ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata.
  3. Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam kuali.
  4. Gorengkan sehingga kuning keemasan.
  5. Angkat dan toskan. Sedia dihidangkan bersama sos kegemaran.
** Tepung naik sendiri boleh di gantikan dngn tepung gandum yg di campurkan dngn 1 sudu kecil baking powder.
** Semasa mengoreng cucur, celupkan sedikit hujung sudu dngn minyak gorengan dan sudukan adunan cucur, pastu gorenglah spt biasa...ulang lagi sehingga muat dlm kuali. Jangan terlalu penuh ya dlm kuali tu. 

Saturday, October 11, 2014

Cucur/Jemput2 Nasi Ikan Bilis

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bertemu lagi kita di alam maya ni. Lama tul tak wat n3, mula2 tu nak rehat kejap je. Tapi dah jejak 11 hari tak ke udara, rasa makin malaslah pulak. Sebenarnya tiap2 hari masak dan ambil gambar, tapi di sebabkan masa tak mengizinkan buatkan blog ni sepi seketika. Hari ni gigihkan diri jugalah kongsikan resepi yg mudah dan kerap kali saya buat. Cucur atau jemput2 nasi ni sedap, yg penting buatnya pun mudah je. Resepi juga boleh lihat di SINI. Pada yg belum pernah mencuba tu, bolehlah cuba...mmng sedap...ianya tetap lembut je walau dah seharian...percayalahhhhh...hi3..

Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi- nasi yg tak habis tu
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwng besar
  • 2 ulas bwng putih
  • 1/2 cwn ikan bilis-buang kotoran
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwng putih dan bwng besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan jari saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah dan cantik bulat cucurnya. Kalau tak biasa tu, guna sudu jelah ya.

Tuesday, September 23, 2014

Potato Fritters / Cucur Kentang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Cucur kentang ni saya buat petang tadi gara2 teringin sangat nak merasa keenakkan rasanya. Ramai rakan2 blogger juga rakan2 fb telah mencubanya. Saya juga takmo ketinggalan  utk mencuba dan merasanya. Alhamdulillah sedap...terasa garing di luar dan lenbut di dalamnya. Buatnya pun mudah je. Saya guna apa yg ada je kat rumah ni, kebetulan takde stok daun bawang, saya gantikan dngn daun sup,saya tambah hirisan cili merah utk tambah menarik dan rasa pedas2 sikit dan gantikan lada hitam kisar/coarse.Terima kasih pd penyumbang resepi asal. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada rakan2 yg teringin nak merasa tu, bolehlah cuba..mmng sedap.



Potato Fritters (cucur kentang)
Sumber : Noraida Durani

Bahan-Bahan
  • 3 biji kentang (sagat halus, Yatie sagat kasar je)
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur
  •  Daun bawang/daun sup
  • 1 tangkai cili merah-Yatie tambah
  • Serbuk Lada sulah-Yatie guna coarse black pepper
  •  Garam dan sedikit gula 
  • Minyak masak (utk menggoreng)
Cara2nya
  1. Satukan kentang yg telah dsagat dgn tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula...gaul sebati
  2. Panaskan minyak masak....sudukan dan goreng agak2 leper....balik2 kan...tunggu sampai masak... angkat....siap
  3. Sedap dimakan bersama sos

Thursday, December 13, 2012

Cucur Nasi Lemak Manis

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi saya buat cucur/jemput2 nasi lemak manis. Mulanya nak buat cucur nasi ikan bilis, tapi dlm hati teringin plk nak makan jemput2 kelapa. Dalam dok serbasalah tu, saya pun ambil keputusan utk buat jemput2 yg menggunakan nasi sejuk dan tambahkan kelapa parut...mesti lembut dan lemak manis rasanya. Hujan2 mcm ni mmng sedap pekena jemput2 panas2. Memang betullah...masa baru masak tu saya makan seketul, pastu seketul lagi dan seterusnya berketul2 lagi... Bila dah siap masak semuanya, perut pun dah kenyang. Dalam pada kenyang tu...terambil lagi seketul dan seketul lagi..dan lagiiiiii....mmng susah nak berhenti makan....sedap betullah...anak2 pun suka sangat, sampaikan dah tempah suruh buat lagi utk sarapan esok. Kalau kawan2 nak rasa tu..kenalah cuba..baru tau sedapnya macamana...jom semak resepi mudah ni...



Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi sejuk*
  • 2 cwn air*
  • 1/2 cwn gula*
  • secubit garam *
  • 1 1/2 cwn kelapa parut-putihnya je*(*di kisar halus)
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend bahan2 bertanda *.sehingga halus.
  2. Dalam mangkuk, masukkan tepung gandum. Tuankan bahan2 yg dikisar tadi.
  3. Gaul sebati dan biarkan sebentar.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga kekuningan atau sehingga masak.
  5. Angkat dan toskan. Bolehlah di hidangkan.
  6. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...

Monday, July 23, 2012

Cucur Udang 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya ramai ibu2 sedang sibuk di dapur menyediakan juadah berbuka puasa. Biasanya saya masak nasi dan lauk kegemaran keluarga je. Di samping tu adalah sedikit kuih muih yg di buat utk cemil2an. Dua hari lepas berbuka puasa di rumah mak, mmng penuh meja dngn juadah di masak sendiri termasuklah juadah dari jiran tetangga. Kali ni saya buat cucur udang kegemaran keluarga. Resepi kali ni saya ambil dari Mat Gebu pula. Rasanya lebih kurang sama macam resepi diSINI. Cucur udang ni sedap dimakan bersama sos kegemaran. Pada yg pening kepala nak masak apa tu, bolehlah mencubanya..mudah je, yg penting cepat dan sedap..



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 camca teh instant yeast (mauripan)
  • 1 3/4 cawan air (Yatie letak 1 1/2 cwn air)
  • 1 mangkuk hirisan halus kobis bulat (mangkuk sup kecil)-Yatie ganti taugeh je
  • 5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 1/3 camca teh serbuk kunyit
  • 1 camca teh garam
  • 20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel
BAHAN SOS LADA :-)
  • 6 biji cili merah
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan cuka
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/4 camca teh garam
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata.
  2. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt).
  3. Masukkan hirisan kobis, kuchai dan bawang besar, gaul rata dan perap 30 minit.
UNTUK SOS LADA :-
  1. Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk.
  2. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat.
  3. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan
UNTUK CUCUR UDANG :-
  1. Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas.
  2. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas.
  3. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi).
  4. Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan.
  5. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel.
  6. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba!..

Monday, July 16, 2012

Cucur @Cekodok Ikan Bilis Air Panas

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Menu ringkas tetapi sedap dan cepat laris kat rumah ni. Petang tadi hujan, terasa sejuk dan perut ni mcm biaslah nak makan sesuatu yg panas dan ringkas. Tanpa fikir panjang lagi saya pun buatlah cucur ikan bilis guna air panas ni. Sebelum ni pernah buat guna resepi mak. Macam biasalah kalau resepi mak, takde sukatan..semuanya main agak2 je. Kalau saya dah biasalah agak2 mak tu macamana, tapi bila kawan2 tanya nnti nak jawab macamana. Di sini saya kongsikan resepi yg lebih kurang sama dngn mak punya. Kali ni saya kopipes dari Cikgu Zana yg rajin memasak tu. Walaupun sentiasa sibuk, tapi cikgu sorang ni rajin sangat mencuba pelbagai resepi utk hidangan keluarga tersayang. Terima kasih K.Zana berkongsi resepi, izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Memang sedap cucur guna air panas ni, walau dah sejuk..tetap lembut.

yg ni Yatie bulat2kan dulu baru goreng, tu yg nampak bulat2 je

yg ni Yatie jemput2 je guna jari yg dibasahkan sikit, tu yg tak bulat2 sangat

yg ni tinggal nak makan je...he3...

Bahan-Bahan
  • 3 cawan tepung gandum*
  • segenggam ikan bilis (tumbuk kasar)*
  • 1 biji bawang besar potong2 kecil*
  • 1 biji lada merah(dihiris)*
  • daun sup/bawang (hiris)*
  • garam secukup rasa*
  • 2 1/2 cwn air panas mendidih
  • minyak untuk menggoreng
Cara-Cara
  1. Satukan bahan bertanda* dan gaulkan kesemua bhn*
  2. Bulatkan lubang ditengah adunan.
  3. Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat, adunan akan menjadi berat dan kental.
  4. Bentukkan adunan spt bebola mengikut selera.
  5. Masa nak bulat2kan cucur, Yatie taburkan sedikit tepung di permukaan telapak tangan supaya mudah nak bentukkan bulat.
  6. Panaskan minnyak.. dan gorenglah dengan api sederhana hingga kekuningan..
  7. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos kegemaran.

Wednesday, June 13, 2012

Cucur Susu Lemak Manis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pengunjung setia blog Sinar Kehidupanku. Kunjungan anda semua amat2 saya hargai. Petang tadi saya buat cucur susu lemak manis resepi Kak Fida. Bahan2 simple je, tapi dlm simple2 tulah yg buatkan cucur ni sedap dan lemak manis rasanya. Rasanya ramai kawan2 yg dah buat cucur ni, macam biasalah saya ni asyik ketinggalan je. Maklumlah kalau tngk blog kawan2 tu semuanya nampak menyelarakan, kalau boleh semuanya nak di buat dan di rasa. Kebetulan serawa durian tu ada lagi, so saya makan bersama cucur susu inilah. Lagipun cucur ni tak berapa manis, jadi mmng sesuailah di gandingkan bersama.

Terima kasih pada Kak Fida, juga buat Mas dan Izah..mmng best cucur ni. Adunan ni pekat sikit, jadi saya tambahkan sedikit susu cair sehingga menjadi adunan yg di kehendaki, jngn terlalu pekat dan jngn terlalu cair ya..yg sedang2 saja..yg sedang2 sajaaaaaa....(eehh terdangdut pulak..he3..) Saya perapkan adunan dlm 20 minit pastu baru goreng. Selamat Mencuba, jom semak resepinya..


Bahan-bahan :
  • 1 1/4 cawan tepung gandum - diayak
  • 1/2 sk baking powder - diayak
  • 1/2 sk bicarbonate soda - diayak
  • 6 sudu besar susu pekat manis - lebihkan jika suka manis
  • 1/2 cawan susu segar @ cair
  • garam secukup rasa
Cara membuatnya :
  1. Ayak bahan2 kering ke dalam mangkuk.Masukkan susu manis dan tuang susu segar @ cair sedikit2 sambil dikacau hingga adunan licin dan sebati. Mas lebihkan sikit susu segar tu sebab adunan nampak pekat.
  2. Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalek2kan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan, untuk mendapatkan cucur yang bulat2, jangan goreng banyak sangat cucur tu supaya cucur dapat kembang bulat dengan cantik dan tak melekat2.... :)
  3. Angkat cucur dan hidangkan.

Wednesday, May 2, 2012

Cucur Kentang Bombastic

Assalamualaikum dan selamat petang kawan2 semua. Hari ni kita layan menu minum petang yg sangat mudah tapi sedap sangat. Biasanya sebut jemput2 je, kali ni sebut cucur pulak..tak salah kan..kalau salah tu betulkan sendirilah ya. Resepi ni sebenarnya asal dari cucur nasi yg saya buat sebelum ni, ianya mmng sedap dan tetap lembut walau dah seharian. Bila guna kentang rebus ni pulak, tetap lembut juga...mmng sedap betullah sebab tu di namakan cucur kentang bombastic...mmng DeBoommm. Kentang ni pun gara2 saya rebus banyak semalam. Bila tak habis tu, jadilah menu yg yg satu ni. Biasanya buat bingka kentang atau donut kentang, tapi kali ni saya blend dan jadikan cucur/jemput2....wallaweiii enak banget. Pada kawan2 yg nak merasa tu, cubalah..pasti tak mengecewakan. Jom semak resepi mudah ni.



Bahan-Bahan

  • 2 cwn kentang- yg telah di rebus dan toskan
  • 2 cwn air
  • 1/2 biji bwg besar*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 1 tangkai cili merah*
  • 1/2 cwn ikan bilis*- buang kotoran, cuci dan toskan(*bahan2 di kisar halus)
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend kentang rebus bersama air, masukkan sekali ikan bilis, cili merah, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...

Friday, August 5, 2011

Cucur Tauhu Sedap

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Petang tadi saya buat cucur tauhu resepi dari Kak Liza. Tak sangka, sedap dan lembut betullah cucur tauhu ni. Selalu buat kuih manis je, kali ni saya buat cucur...anak2 bukan main suka lagi, kena pulak di makan bersama sos kegemaran..walaweiiiii sedap betul. Terima kasih pada Kak Liza kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Resepi ni saya kopipes dari buku Senangnya Memasak Bersama Chef Hanieliza resepi tauhu dan telur. Saya suka resepi dari Kak Liza ni, kebanyakkannya menjadi dan yg paling penting sedap. Kalau kawan2 nak tau rasanya tu, cubalah sendiri ya..mmng berbaloi, anak2 saya dah minta buatkan lagi utk menu berbuka puasa esok...hehehehe sedap sangatlah tuuu...jom kita semak bahan2 yg di perlukan. Sedap ni makan sambil tengok tv......



Bahan-Bahan

  • 3 keping tauhu
  • 200 gm udang (dibuang kulit)
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (di cincang)
  • 2 tangkai cili merah (di buang biji dan cincang)
  • 2 pokok daun bawang/ daun sup (dipotong pendek)
  • 2 cwn tepung gandum*
  • 1 cwn tepung naik sendiri* (*diayak)
  • 2 cwn air- tuang sikit2
  • garam secukup rasa
  • 2 cwn minyak masak utk mengoreng cucur
  • Sos cili (sebagai pencecah)
Cara Membuat
  1. Tauhu dan udang dipotong kecil.
  2. Masukkan semua bahan kecuali minyak masak dan sos cili ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata.
  3. Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam kuali.
  4. Gorengkan sehingga kuning keemasan.
  5. Angkat dan toskan. Sedia dihidangkan bersama sos kegemaran.
** Tepung naik sendiri boleh di gantikan dngn tepung gandum yg di campurkan dngn 1 sudu kecil baking powder.
** Semasa mengoreng cucur, celupkan sedikit hujung sudu dngn minyak gorengan dan sudukan adunan cucur, pastu gorenglah spt biasa...ulang lagi sehingga muat dlm kuali. Jangan terlalu penuh ya dlm kuali tu.

Thursday, March 31, 2011

Cekodok Pisang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Petang tadi saya buat cekodok pisang gebu, mmng betul2 gebu...almaklumlah resepi dari Mat Gebu...mmng menjadi dan gebussss sangat. Kalau buat cekodok pisang ni, mmng cepat laku punya. Cekodok ni tak kira waktu, ianya sesuai di makan waktu pagi, petang ataupun malam. Kalau musim hujan, lagilah mmng terasa kesedapannya, maklumlah tngh lapor, sambil goreng cekodok sambil ngapppp. Bila siap menggoreng cekodok, perut pun dah kenyang dan hasilnya tinggal sikit je. Biasanya kalau saya buat mmng lebihlah, biar anak2 puas makan. Terima kasih Mat berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni, akak kongsikan kat sini pulak ya....lenkali akak nak suruh anak dara akak buat sendiri cekodok pisang guna resepi Mat ni, boleh juga buat rujukan utk anak bujang akak juga. Jom kita semak resepinya, saya buat 2 adunan dari resepi ni.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 8 biji pisang emas
  • 3/4 camca teh soda bicarbonat
  • 1 camca besar gula perang @ 1/3 camca besar gula halus
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 camca teh garam halus
  • Minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
  2. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, mat buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang. Tapi ini bergantung pasa saiz kuali yang anda gunakan.
  3. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Hidangkan bersama kopi atau teh...

Wednesday, February 16, 2011

Cekodok Bilis

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi saya buat cucur ikan bilis buat minum petang. Biasalah, buat cucur ni taklah susah mana, anak2 pun leh buat...tapi saya teringin juga nak rasa cucur bilis seperti Mat Gebu buat tu...kalau nak rasa, kenalah buat sendiri ya Mat. Oklah kali ni akak kopipes resepi dari Mat....terima kasih banyak.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 camca teh baking powder
  • 1 camca besar mayonnaise
  • 1 biji bawang holland, dadu kecil
  • 1 genggam ikan bilis, belah dua, rendam hingga lembut dan toskan
  • 1 biji lada hijau, hiris
  • 1 biji lada merah, hiris
  • Garam secukup rasa
  • 1 1/3 cawan air (kurang lebih..anda agak2 lah yea)
  • Sos pilihan untuk dimakan dengan cekodok
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan2 diatas kecuali air dan sos. Tuang air sedikit demi sedikit dan terus mengadun hingga mendapat adunan sempurna iaini tidak terlalu pekat atau cair. Rehatkan 5 minit.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Basahkan hujung jari dan jemputkan adunan tadi ke dalam kuali, buat lah dalam 9 - 10 jejemput, bergantung pada saiz kuali anda. Goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas paper towel. Buat hingga siap.
  3. Hidangkan bersama sos pilihan anda....selamat menjamu selera....

Monday, January 31, 2011

Cucur Nasi Udang Geragau

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Petang tadi saya masak cucur nasi udang geragau. Resepi asal adalah dari cucur nasi ikan bilis. Setiap kali nak buat jemput2, saya mesti guna resepi ni. Saya suka dngn rasanya.. walau dah sejuk, cucur ni tetap lembut. Bila musim hujan ni perut asyik lapar memanjang...anak2 pun asyik order itu dan ini je dngn mama nya, so saya buatlah cucur nasi yg mudah, sedap dan pastinya mmng laku punya. Makan dngn sos cili di tambah lagi dngn teh panas....wow sedap sangat. Jom kita lihat bahan2nya..




Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi sejuk
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 70 gm udang geragau kering (satu bungkus harga RM 1.50)- rendam, cuci dan toskan
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis ( saya belah 2, pastu buang biji dan cincang halus)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati. Masukkan sekali udang geragau yg telah di cuci dan di toskan tadi. Gaul lagi sehingga sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...

Friday, January 7, 2011

Cucur Nasi Jejari Ketam

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera semua. Hari ni saya buat cucur nasi jejari ketam....ianya sesuai utk sarapan pagi ataupun minum petang. Biasanya orang panggil cucur, jemput2 ataupun cekodok. Bagi saya namanya je yg lain tapi hasilnya sama sbb ianya di goreng. Kadang2 saya lebih suka sebut jemput2 je sbb ianya memerlukan jemput dan menjemput lagi hingga terendam di dlm minyak masak yg panas...dan dtng lagi menjemput utk di angkat bila dah masak atau kekuningan. Hai merepek pulak petang2 ni...ini adalah gara2 line tenet yg slow arini...tu yg tuan punya blog ni pun dah naik ting tong je....

Sebenarnya cucur ni mcm cucur nasi ikan bilis yg pernah saya buat dulu. Kali ni saya cuma gantikan ikan bilis pada udng kering dan saya tambahkan crabsticks yg sememangnya menjadi kegemaran anak2. Bila buat cucur nasi yg letak nasi ni...cepat je licin...ianya lembut je walau dah seharian. Jom kita lihat bahan2 yg mudah ni...



Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 1 sudu besar udng kering-rendam dan toskan
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 8 btng crabsticks-atau lebih, di potong kecil2
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali udng kering, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati. Masukkan sekali potongan crabstick dan gaul hingga sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah.
= Boleh juga gunakan sudu utk mengoreng cucur ni...sudu hendaklah di celupkan sebentar kedlm minyak panas tadi dan jemputlah adunan cucur tadi kedlm minyak gorengan....dan buatlah sehingga habis...

Wednesday, December 15, 2010

Cucur Bilis Kembung

Assalammualaikum dan selamat malam semua. Inilah cucur bilis kembung yg sangat sedap dan ianya sesuai utk sarapan pagi ataupun minum petang. Lebih sedap lagi bila di cicah dngn sos kegemaran anda semua. Resepi cucur ni adalah dari Sofinar di MyR.....terima kasih pada penyumbang resepi. Rasanya ramai kawan2 yg sudah mencubanya...pada yg belum tu, bolehlah mencubanya...cucur ni mmng lembut, gebu dan kembung....rasanya tentulah sedap....



Bahan-bahan ( 5 orang makan )
  • 300g tpg gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil yis mauripan
  • 1/2 cawan ikan bilis
  • 1 labu bwg besar
  • 2 pokok daun bawang
  • 1 1/2 cawan air
  • taugeh jika suka
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit
Cara-cara
  1. Blender bilis, telur, bawang dan air bersama hingga semua hancur
  2. Gaul tpg dan yis sekejap, masukkan semua bahan dan gaul rata. Perapkan sekejap lebih kurang 30 minit
  3. Jemput2 dan goreng, cucur ni lembut dan bulat2... enak dicicah sos cili

Sunday, October 24, 2010

Cucur Nasi Ikan Bilis

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Moga anda semua ceria di samping keluarga. Petang2 ni biasanya mesti ada kuih muih ataupun kek utk minum petang. Hari ini saya buat cucur nasi ikan bilis je sebagai minum petang. Hari hujan ni terasa sedap sangat makan cucur ni. Resepi ni saya dapat dari mak saya sendiri. Cucur nasi ni sedap dan sentiasa lembut walaupun dah sejuk. Kalau kawan2 nak rasa tu, bolehlah mencubanya. Sedap di makan bersama sos cili ataupun sambal tumis ikan bilis.



Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 1/2 cwn ikan bilis
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...

Monday, October 18, 2010

Cucur Udang

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Pagi ni saya makan cucur udang sebagai sarapan pagi. Cucur ni mmng sedap sangat. Resepi ni saya ambil dari rumah Kak Nor. Terima kasih kak berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie C&P resepi di sini ya. Pada kawan2 yg belum mencubanya tu, bolehlah cuba....mmng berbaloi.



CUCUR UDANG
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh yis (mauripan)
  • 1 biji bawang besar ~ didadukan
  • daun saderi/daun bawang/kucai
  • taugeh
  • sedikit kunyit ~ nak kasi cucur kaler kuning
  • 1 sudu teh garam
  • minyak utk menggoreng
  • # udang ~ mengikut bilangan berapa bj cucur yg dihasilkan
Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Perap sehingga adunan naik sket (dlm 1/2 jam).
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Minyak kena lebih ya..
  3. Letak senduk bulat dlm minyak hingga minyak dan senduk panas.
  4. Ceduk sedikit adunan cucur kedalam senduk dan letak seekor udang sambil tekan2 sket.
  5. Masukkan dlm minyak panas dan goreng la hingga bahagian bawah cucur tu dah tak melekat kat senduk.
  6. Goyang2kan sedikit senduk atau kuis jer dgn sudu atau lidi/chopstick supaya ia lekang dr senduk.
  7. Goreng cucur hingga masak dan angkat serta toskan.
  8. Bolehlah dipotong 4 sebelum dihidangkan.
** Boleh di makan bersama sos cili, sos cili thai atau sos air lada keropok lekor.
Related Posts with Thumbnails