Showing posts with label Cupcakes. Show all posts
Showing posts with label Cupcakes. Show all posts

Thursday, February 7, 2013

Marble Chocolate Cheese Cupcakes

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kek Cawan ni saya buat minggu lepas, biasalah kalau time sabtu dan ahad barulah ada masa nak membuat kek segala. Kalau hari2 biasa tak bolehlah sbb masa terhad sangat. Rutin harian yg begitu sibuk hinga tiada masa utk mengekek segala...he3..alasan je tuuuu....
Oklah, sebenarnya ni resepi kek coklat cheese yg sangat sedap yg di letak dlm bekas cupcakes. Kalau letak dlm bekas2 kecil mcm ni, anak2 lebih suka dan senang utk di nikmati. Pada kawan2 tu, terpulanglah ya nak buat sebiji kek atau pun letak dlm bekas kecil2 mcm ni....yg penting menjadi dan sedap. Resepi ni boleh lihat diSINI  ya. Selamat Mencuba semua...




Bahan A:

* 180 gm mentega (*akak letak 190 gm)
* 170 gm gula halus (gula kastor)
* 3 biji telor gred A
* 20 gm serbuk koko *
* 120 gm tepung halus *(saya guna tpng gandum je)
* 1 camca teh baking powder * (bahan * diayak bersama)

Bahan B:

* 250 gm cream cheese (pada suhu bilik)
* 60 gm gula halus (gula kastor)
* 1 camca teh esen vanila
* 1 biji telor gred A

Cara-Cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 160C.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih.
  3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
  4. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dengan spatula.
  5. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
  6. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
  7. Ambil 2 sudu besar adunan coklat dan masukkan ke dlm cawan kertas, ratakan.
  8. Ambil dlm 2 sudu besar pula adunan cream cheese dan ratakan.
  9. Ambil 2 sudu besar adunan coklat dan ratakan.
  10. Bakar selama 20- 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan.
  11. Cucuk dngn lidi kecil/btng satay untuk test kek dah masak ke belum....kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi.

Tuesday, January 1, 2013

Apple Cupcake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sudah berada kita di thn baru 2013, kejap je masa berlalu kan. Hari ni takdelah menu istimewa sbb dari pagi sampai petang sibuk menguruskan hal2 yg berkaitan. Balik rumah pun masak ikut sempat je, asalkan kenyang. Apple Cupcake ni pun saya buat malam tadi. Mulanya nak buat sebuku kek, tetiba tukar pulak nak bakar guna cupcake. Bila dah masak, anak2 suka makan..lagipun senang tak payah nak potong segala. Sorang2 ambil sektul demi seketul....dan seketul lagi...dan seketul lagi...he3..mmng sedap makan masa hangat2...pastu minum secawan teh O panas...mmng best betul.

Terima kasih pada AlongRoz berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Bila letak dlm cup ni terasa mcm muffin lah pulak.Tak kisahlah yg penting, ianya sedap sangat. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Kalau berkenan tu, bolehlah cuba. Jom semak resepinya...

Malam ni nak suruh anak2 tidur awal sebab esok bermulalah sesi persekolahan 2013. Lama dah bercuti, mmng payah sikit nak bangun. Sebelum ni lepas solat subuh, bolehlah layan2 mata lagi...kali ni..tidak lagiiiiii...mandi dan siap2 ke sekolah...bermulalah rutin seharian saya menghantar dan mengambil anak2 sekolah...selamat kembali ke sekolah anak/adik2 semua...juga buat para pendidik budiman. Selamat menjalankan tugas..




Bahan-Bahan- (loyang 8 inci)
  • 500g Buah Epal (Green/Fuji) - kupas kulit, buah tengah, cincang 1cm kiub
  • 150-200g Gula Perang 
  • 3 biji Telur (Gred A)
  • 1 cwn Minyak
  • 1 sudu teh Parutan Kulit lemon 
  • 200gm Tepung Naik Sendiri
  • 1/3 sudu teh Serbuk Kayu Manis
Cara-Cara
  1. Letakkan gula, telur dan minyak ke dlm mangkuk, pukul sehingga pekat.  
  2. Campurkan parutan kulit limau.  
  3. Ayakkan tepung dan serbuk kayumanis ke dlm adunan dan kacau rata.  
  4. Gaulkan epal sehingga rata .
  5. Tuangkan ke dlm tin yg di minyakkan dan bakar 170C selama 45-50minit sehingga masak.
  6. Hidangkan suam bersama susu pekat jika suka.
**Yatie buat guna cup, dpt dlm 25 biji.
Related Posts with Thumbnails