Showing posts with label Grand Canyon. Show all posts
Showing posts with label Grand Canyon. Show all posts

Friday, December 31, 2010

GRAND CANYON-ARIZONA Part 5

Assalammualaikum dan selamat malam semua. Esok cuti, rasanya ramai yg tidur lewat malam ni. Sebelum melelapkan mata, saya nak n3 gambar akhir Grand Canyon. Jangan ada yg jemu ya...Kalau tak selesa, takpe...saya tak paksa anda semua utk bertahan di sini. Apa pun saya amat menghargai kunjungan anda semua. Esok pagi bermulalah rutin harian saya seperti biasa....iaitu n3 dngn menu2 masakan. Jumpa lagi...








Ini sebahagian chalet tmpt kami menginap di Grand Canyon

Thursday, December 30, 2010

GRAND CANYON-ARIZONA Part 4

Assalammualaikum dan bertemu kembali. Hari ni melayan gambar jelah....terima kasih yg sudi singgah dan melihat kenangan sepanjang kami sekeluarga berada di USA. Sebenarnya bukan nak menunjuk2, tetapi sekadar berkongsi pengalaman yg teramat indah yg kami alami. Hari ni saya seronok sangat....nnti saya cerita ya. Skrng kita lihat lagi gambar2 di Grand Canyon yg mmng GRAND.




Ini kawasan yg berpagar....tapi Hamka tak boleh lepas....takut tngk bawah..
Rehat kejap nak telek batu....hehehe......


Kawasan ni mmng curam...banyak peringkat...
Ini adalah salah satu pokok yg ada di Grand Canyon. Lihatlah batangnya tu...
Cantiknya lapisan batu batan ni....di belakang tu pun batu batan juga...

GRAND CANYON-ARIZONA Part 3










GRAND CANYON-ARIZONA Part 2









Wednesday, December 29, 2010

GRAND CANYON-ARIZONA Part 1

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan melangkah ke tahun baru. Rasanya banyak kenangan dan peristiwa yg tetap segar di ingatan kawan2 semua. Saya juga tidak ketinggalan utk berkongsi pengalaman yg terindah semasa kami sekeluarga berada di bumi Amerika. Walaupun majoritinya berbangsa asing, tetapi keindahan pemandangan oleh Maha Pencipta, membuatkan saya kagum dan bersyukur sangat kerana dapat melihat keajaiban ini. Kawasan yg di kelilingi batu batan yg berlapis2 dan berusia berjuta2 tahun membuatkan siapa yg melihatnya amat terpegun dngn keindahan semulajadi ini.

Kami sampai di Grand Canyon dngn menaiki kereta. Ada bas yg mengambil kami utk menghantar tempat menarik dari satu tempat ke tempat yg lain. Kami mengambil gambar di lereng2 bukit sbb kawasannya yg curam membuatkan kami kecut perut. Setibanya di Grand Canyon hujan turun dngn lebatnya pada malam itu....syukur alhamdulillah. Sebenarnya kawasan ini panas terik dan dah berbulan2 tak hujan...kawasan kering dan panas. Bila hujan...suasana pun jadi sejuk...sebab itu bila pagi, pemandangan menjadi kabus...dan sukar utk melihat batu yg berlapis2 dngn jelas. Bila pkl 10 pagi barulah matahari menyinari kawasan Grand Canyon....syukur alhamdulillah kerana kami dapat melihat dngn jelas batu yg berlapis dan bertingkat2 itu. Masa ini, saya pegang erat tangan anak bongsu saya kerana bimbang terlepas....sehinggakan Hamka bnyk merajuk masa ni sbb bnyk larangan dari ayah dan mama nya. Kalau kawan2 nak mengetahui lebih lanjut lagi tentang Grand Canyon, bolehlah lihat di SINI










Related Posts with Thumbnails