Showing posts with label Western food. Show all posts
Showing posts with label Western food. Show all posts

Tuesday, April 15, 2014

Spaghetti Bolognese lagi...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu yg ringkas ala2 omputih gitewww. Kali ni saja nak bagi anak bujang makan spaghetti bolognese air tangan mama. Sebelum balik UK ni, masak je mana yg terlintas asalkan Talhah selera. Biasalah, kalau kat sana dia masak sendiri....tau2 jelah kalau masak sendiri ni, kdng2 menambat selera...kdng2 pulak hilang selera. Jadi masa dan kesempatan yg ada ni makanlah masakan mama sepuasnya. Resepi asal dari Chef NorZailina Nordin dan saya pernah buat di SINI. Pada peminat spaghetti bolognese tu, bolehlah cuba....puashati dan puas makan bila masak sendiri ni.



Thursday, July 25, 2013

Baked Macaroni - Kari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu berbuka puasa semalam baked macaroni. Lama tak masak menu omputih, sesekali teringin jugalah nak makan pasta/macaroni. Kali ni buat ala melayu iaitu perisa kari. Memang sedap terasa seakan murtabak pun iye juga. Terima kasih pada penyumbang resepi. Saya kopipes dari Rohah dan kwn2 juga boleh lihat di blog Sheila. Jomlah semak resepinya, kalau teringin nak merasa tu, bolehlah cuba...mmng sedap.




Bahan-bahan:
  • Macaroni 2 cawan / 16oz | direbus hingga lembut dan toskan
  • 500 daging kisar (ayam kisar pun boleh)
  • 3 sudu besar rempah kari
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 biji bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1 sudu besar lada hitam*
  • (semua bahan bertanda * ditumbuk)
  • Minyak untuk menumis
  • 1 tin susu cair + 3/4 tin air
  • Sedikit daun sup/ daun bawang
  • Sedikit bawang goreng
  • 4 biji telur | dipukul
  • Garam secukup rasa (lebih kurang 2 sudu kecil)
  • Sedikit gula (lebih kurang 1/2 sudu kecil)
Cara:
  1. Tumis bawang dan rempah hingga garing dan naik bau.Masukkan daging kisar dan goreng hingga masak.
  2. Masukkkan susu cair, air, sedikit bawang goreng dan masak sekejap.
  3. Masukkan macaroni dalam bekas dan tuangkan bahan yang telah dimasak tadi, gaul hingga rata.Boleh tambah cheddar cheese yang telah diparut sekali kalau suka.
  4. Masukkan dalam bekas pembakar, tuang telur yang telah dipukul. (Tak perlu gaul, tuang rata2 ke atas macaroni).Boleh tabur cheese lagi jika suka.Taburkan daun sup dan bawang goreng.
  5. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit.Bergantung pada saiz bekas dan tahap kelembapan.
  6. Boleh juga letak mushroom, capsicum dan tomato yang dipotong dadu, kalau suka.

Thursday, October 11, 2012

Spaghetti Bolognese lagi...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Malam2 ni tayang menu omputihlah pulak. Menu ni mmng kegemaran Hamka. Petang tadi dia cakap pada saya, dah lama mama tak masak spaghetti. Mula tu buat tak tau je. Bila Hamka cakap berulang kali jadi serbasalah pulak. Rasa macam tak kena je. Jadi petang tadi saya pun masaklah spaghetti bolognese kegemarannya. Lagipun bahan2 semua dah ada, satu family pun suka..apalagiiiiiii....kena masaklah juga. Resepi ni boleh lihat diSINI. Terima kasih pada penyumbang resepi asal. Pada penggemar western food tu, bolehlah masak sendiri....jimat belanja dan puashati. Cubalah...


Friday, August 10, 2012

Spaghetti Bolognese 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu berbuka hari ni makan spaghetti bolognese atas permintaan anak2. Lama tak makan dan masak spaghetti macam ni, sedaplah pulak. Resepi macam biasa yg saya buat sebelum ni, cuma saya tambahkan lagi sos spaghetti yg sedia ada. Kalau nak mudah makan je yg dah siap kat botol tu samada jenama kimball/prego, tapi takdelah rasa daging kisar dan cendawan butang tu. Kalau masak sendiri, bolehlah tambah bahan2 kegemaran tapi yg bersesuaianlah ya. Kalau tambah macam2 nanti, hilang pulak rasa original sos spaghetti tu. Resepi asal sebelum ni boleh lihat di SINI. Kali ni saya tambah cendawan butang dan sos original prego..mmng bertambah sedap. Anda cubalah sendiri..pasti nak buat lagi..


Bahan-bahan:
  • 3 sudu besar minyak
  • 4 ulas bawang putih – di cincang halus
  • 1 labu bawang besar (jenis putih) – dikiub ½ cm
  • 2 helai daun bay kering
  • 1 tin cendawan butang-(buangkan airnya, cuci, toskan dan ptng kecil) -Yatie tambah
  • 400 gm daging kisar -
  • 400 gm tomato dalam tin – dikisar (kalau takde, guna 4 biji buah tomato yg masak ranum di ptng dadu dan tambah 4 sudu besar tomato sos, kalau nak kisar pun boleh)
  • 500 ml air
  • 2 sudu besar puri tomato
  • 1 cawan sos spaghetti/kimball-(Yatie tambah)
  • 1 kiub stok daging
  • 2 sudu besar oregano kering
  • 500 gm spaghetti – direbus lembut dan toskan
  • Parutan keju secukupnya
  • Gula & garam secukup rasa
Cara membuatnya
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan daun bay hingga keemasan.
  2. Masukkan daging, kacau hingga berubah warna dan kering airnya.
  3. Campurkan tomato,sos prego, air, stok, puri, oregano, cendawan, gula dan garam.
  4. Kacau hingga mendidih kemudian perlahankan api.
  5. Masak selama 45 minit atau hingga kuah pekat dan sentiasalah di kacau.
  6. Sajikan panas-panas dengan spaghetti dan keju parut.

Wednesday, February 22, 2012

Sheperd's Pie

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Petang ni saya nak kongsikan bersama resepi Sheperd's Pie yg sangat sedap. Sebenarnya saya buat malam tadi, pagi tadi bolehlah buat sarapan sekali. Kalau ikut resepi di bawah ni mmng dapat banyak dan puas makan. Kali ni saya dapat 2 bekas bulat aluminium foil 8", tu pun masih berbaki 1 mangkuk kecil lagi intinya. Anak2 makan dngn roti putih je selebihnya.

Terima kasih pada Kak Liza kerana berkongsi resepi Shepherd Pie yg sangat sedap ni, juga buat Kak Ummi yg telah mewar2kan resepi yg best ni. Kali ni dapatlah buat sendiri, ala2 menu omputih gitewwww....Apa lagi kawan2....jomlah cuba resepi Sheperd Pie ni, tentu suami dan anak2 suka sangat. Bila makan yg sedap2 mcm ni tetiba teringat anak bujang saya di perantauan. Kalau Talhah ada, mesti dia berselera makan dan pastinya berulang2 makan.....seronok bila kenangkan Talhah berselera makan...huhuhuhu...mood sedih pulak tetibaaaa....sabar ya nak....insyaAllah kita pasti bertemu kembali..Jom kawan2 semak resepinya.





Bahan A (Untuk Inti):-
  • 500 gram daging kisar
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cawan kacang panggang
  • 8 biji cendawan butang (dibelah 4)
  • 5 biji tomato masak (dipotong dadu)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 1 pokok daun parsli (dicincang) - Yatie guna yg kering je dlm 1 sudu kecil
  • 1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 kiub stok daging
  • 2 sudu makan minyak masak/minyak zaitun
  • Garam secukup rasa
Cara Memasak Inti:-
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
  3. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
  4. Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  5. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
  6. Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...
Bahan B (Untuk Pai):-
  • 1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • Air untuk merebus kentang secukupnya
Cara Menyediakan Pai:-
  1. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
  2. Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
  3. Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
  4. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil
  5. Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula. Yatie tabur atasnya sedikit serbuk lada hitam dan sedikit daun parsli kering.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
  7. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu....

Wednesday, July 6, 2011

Conney Dog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni nak tayang Conney Dog yg saya buat utk bf. Sebenarnya Conney Dog ni sesuai di makan bila2 masa je. Resepi ni mudah tapi sedap sangat. Anak2 saya bukan main suka lagi roti macam ni ala2 A&W gitewww. Bila buat sendiri ni puashati, anak2 pula bolehlah makan lebih. Roti ni lebih sedap lagi bila di makan bersama sos cili dan mayonis. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Terima kasih pada Fidadaud@myresepi.com kerana berkongsi resepi yg sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya.Jom kita tngk bahan2 yg diperlukan.



Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 400 gm daging kisar
  • 3 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1 sdk serbuk lada (chilli powder)
  • 3/4 sdk lada hitam - kisar halus
  • 3/4 cawan sos tomato
  • 1/4 cawan air
  • 1 sdk garam
  • 1 sdk gula
  • serbuk perasa secukup rasa
  • 10-12 biji roti hotdog (frankfurter roll)
  • 10-12 biji sosej / frankfurter
Cara-cara
  1. SOS: Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Lepas itu, masukkan serbuk lada dan masak sehingga agak-agak rempah masak.
  2. Masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga daging mengecut.
  3. Tuangkan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan pula bahan-bahan lain, (air, lada hitam, garam, perasa dan sedikit gula) dan tunggu sehingga daging benar-benar masak.
  4. Masak sosej. (Terpulang ingin guna cara bagaimana spt guna microwave).
  5. Belah tengah-tengah roti hotdog, letakkan sosej dan tuangkan sos daging ke atasnya.

Monday, May 30, 2011

Spaghetti Bolognese

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni kita cuci mata dengan spaghetti bolognese pula. Lama dah tak makan dan buat sendiri. Sejak balik Msia ni mmng jarang2 masak western food. Selera tekak ni lebih pada selera melayu suka sangat masakan yg ada belacan...baunya yg harum tu yg menambat selera...betul tak? Lebih2 lagi kalau pucuk ubi masak lemak, ikan goreng, ikan masin di gandingkan dngn sambal belacan....fuhhhhh mmng sedap betul, maunya bertambah nasi dan lauk.

Oklah, sebenarnya saya buat spaghetti Bolognese ni malam tadi. Kami sekeluarga makan sambil tengok Mentor. Waduh berdebar di buatnya masa pengumuman. Alhamdulillah, kemenangan berpihak pada yg sememangnya layak....mmng adil. Saya dok syok tengok mentor sampai tak sempat nak n3 pasal spaghetti bolognese ni. Tak sangka anak2 suka betul makan spaghetti bolognese ni...asyik ulang2 je, maklumlah dah lama tak makan, mmnglah berselera. Kalau setiap hari makan mcm ni....jemulah juga.

Terima kasih pada penyumbang resepi. Resepi asal adalah dari Chef NorZailina Nordin dan saya C&P dari Mamahawa. Terima kasih sekali lagi kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Pada kawan2 yg belum mencubanya tu, bolehlah mencubanya sendiri....yg penting puashati, sedap dan jimat belanja. Suami dan anak2 pasti menggemarinya dan pasti akan ada ulang tayang.....kalau tak caya, cubalah....


Bahan-bahan:
  • 2 sudu besar minyak
  • 4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
  • 1 labu bawang besar (jenis putih) – dikiub ½ cm
  • 1 helai daun bay kering
  • 400 gm daging kisar -
  • 400 gm tomato dalam tin – dikisar (kalau takde, guna 4 biji buah tomato yg masak ranum di ptng dadu dan tambah 4 sudu besar tomato sos...itu cara saya)
  • 500 ml air
  • 2 sudu besar puri tomato
  • 1 kiub stok daging
  • 2 sudu besar oregano kering
  • 500 gm spaghetti – direbus al dente
  • Parutan keju secukupnya
  • Gula & garam secukup rasa
Cara membuatnya
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan daun bay hingga keemasan.
  2. Masukkan daging, kacau hingga berubah warna dan kering airnya.
  3. Campurkan tomato, air, stok, puri, oregano, gula dan garam.
  4. Kacau hingga mendidih kemudian perlahankan api.
  5. Masak selama 45 minit atau hingga kuah pekat.
  6. Sajikan panas-panas dengan spaghetti dan keju parut.

Thursday, April 15, 2010

Macaroni Seafood Gratin

Salam dan selamat sejahtera. Hari ni saya masak macaroni seafood gratin. Sesekali makan western food memang sedap. Masak macam ni biasanya saya tak makan nasi, sebab ianya mengenyangkan juga. Mari kita lihat bahan2nya. Sesiapa yg suka western food tu, bolehlah mencuba ya..

Macaroni Seafood Gratin yg siap di bakar.

Macaroni yg siap di tabur cheese, lepastu barulah di tuang white sauce dan terus di bakar

Bahan-bahan

200 gm macaroni (bila rebus letak sedikit minyak)
1 cwn udang (kopek kulit dan ptng 2)
1 cwn crab stick (potong 2-3)
1 labu bawang besar (mayang halus)
2 sudu besar mentega
2 cwn mozarella cheese

Cara-cara:
  1. Rebus macaroni hingga lembut, bila dah lembut..angkat dan lalukan dngn air paip dan toskan.
  2. Panaskan mentega,tumis bawang hingga layu
  3. Masukkan udang & crab stick dan gaul rata. Masak sebentar sahaja.
  4. Perasakan dgn sedikit garam dan lada hitam. Masukkan macaroni dan gaul sebati.
  5. Matikan api, angkat dan ketepikan dulu.
**White Sauce**
2 sudu besar mentega
1 cwn susu segar
1 tin mushroom soup
2 cwn air
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam
sedikit oregano kering-utk tabur

Cara-cara masak White Sauce
  1. Panaskan butter, masukkan tepung dan gaul cepat2, masukkan pula susu, air dan mushroom soup. Gaul sebati, masukkan pula garam dan lada hitam. Ketepikan dulu.
Cara Penyediaan
  1. Sapu mangkuk casserol dgn mentega dan letakkan campuran macaroni tadi.
  2. Taburkan mozzarella cheese di atasnya dan tuang white sauce.
  3. Taburkan sedikit oregano kering diatasnya dan siap utk di bakar.
  4. Bakar selama 30 minit. Sedap di makan masa hangat2. Selamat Mencuba.

Thursday, February 11, 2010

Beef Steak With Garlic Mashed Potatoes

Hai bertemu kembali. Sebenarnya hari ni saya sekeluarga tak makan nasi. Saya masak western food, sesekali tu sedap juga. Saya goreng bee hoon sementara daging panggang tu masak. Jadi tanpa berlenggah mari kita tengok resepinya.Kebetulan resepinya sama pulak dengan kawan saya Nur.

Beef steak yang belum disiram sos gravy





Bahan-bahan

2 keping daging beef steak
2 sb sos tiram
2 sb kicap
2 sb sos tomato
1 sk serbuk lada hitam
2 sb sos worcestershire
2 sb sos barbeque

Cara-cara> Daging di bersihkan dan di tos. Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul sebati. Lumurkan pada daging dan perap dlm 3 atau 4 jam. Simpan dlm peti ais dahulu.
Setelah 4 jam boleh di bakar dalam oven selama setengah jam, lepas tu terbalikkan dan bakar lagi selama setengah jam. Angkat dan boleh di hidangkan bersama mashed potatoes.

Bahan untuk mashed potatoes
* 6 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
* Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
* 3 sudu besar butter
* 3 sudu besar mayonaise
* ½ cawan susu segar/ fresh cream
* 1 sudu kecil black pepper

* Bahan-bahan untuk gravy :
* 2 ulas bawang putih dicincang halus
* 2 sudu kecil black pepper
* 2 sudu besar Worcestershire sauce
* 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
* 2 sudu besar tepung jagung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
* 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
* sedikit minyak untuk menumis bwg putih

Cara-cara
  1. Kupas kulit ubi kentang dan potong kecil2.
  2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.
  3. Tabur sedikit garam.
  4. Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
  5. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ guna botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, gaul sebati dan siaplah mash potato tu.
Untuk Gravy
  1. Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
  2. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
  3. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
  4. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato atau beef steak tadi dan ENJOY!
SELAMAT MENCUBA DAN MENJAMU SELERA

Sunday, January 24, 2010

Baked Macaroni And Cheese

Salam sejahtera semuanya. Hari ini saya tak masak nasi,anak2 nak makan western food jadi saya buatlah baked macaroni and cheese. Resepinya mudah je lebih kurang macam masak lasagna,yang bestnya macaroni ni bila di potong nampaklah lubang2 yg cantik tu...Ok kita lihat resepi yang mudah ini...





Bahan-bahan.

(A) Macaroni.
  • 1 paket macaroni
  • air secukupnya untuk merebus macaroni
  • sedikit minyak zaitun
  • sedikit garam
(B) Sos Merah.
  • 1 biji bawang besar(cincang halus)
  • 2 ulas bawang putih(cincang halus)
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 1 botol sederhana sos spaghetti Prego ( prego tradisional sauce)
  • (200 gm) daging cincang
  • hirisan hot dog(takde pun takpe)
  • 2 keping daun bay (saya guna dried bay leaves)
  • sedikit garam dan sedikit gula
(C) Sos Putih.
  • 2 sudu besar mentega/minyak zaitun
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 700 ml susu segar
  • 4 keping sliced cheddar cheese
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
(D) Topping - Mozarella cheese

CARA-CARA.

(A) Makaroni -
  1. Panaskan air, minyak zaitun dan garam hingga mendidih.
  2. Masukkan macaroni dan rebus hingga empuk.
  3. Angkat dan toskan(lalukan dngn air paip/sejuk)
(B) Sos Merah:-
  • Sediakan kuali/periuk.Panaskan periuk dan letak sedikit minyak zaitun. Setelah panas,tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan daging hancur dan gaul sebati. Masukkan pula sos tomato dan sos prego dan gaul sebati. Masak hingga mendidih dan daging masak sehingga kuah agak pekat. Ketepikan dan sejukkan.
(C) Sos Putih:-
  • Panaskan butter/minyak dengan api perlahan, masukkan tepung gandum dan gaul sebati sekejap.(gaul cepat2)
  • Masukkan susu segar, sliced cheddar cheese dan serbuk lada hitam. Kacau hingga adunan sedikit pekat dan berkilat. Angkat dan ketepikan.
CARA MELAPIS.
  1. Masukkan 1 1/2 cawan macaroni ke dalam loyang/casserol tahan panas dan rata-ratakan.( sapu dengan sedikit butter pada dasarnya).
  2. Sudukan separuh adunan sos merah ke atas macaroni dan ratakan.
  3. Sendukkan pula sos putih ke atas sos merah tadi.
  4. Taburkan mozarella cheese.
  5. Ulang step 1, 2, 3 dan 4 hingga penuh bekas.
  6. Bakar macaroni pada suhu 160 C selama 35 - 40 minit atau hingga permukaannya nampak keemasan. (Lebih enak dimakan ketika panas atau dihidang suam. Boleh juga dipanaskan dengan microwave sebelum dihidangkan)
Selamat Mencuba.

Friday, January 8, 2010

Baked Lasagna.

Hari ini saya tak makan nasi. Teringin pulak nak makan lasagna ala-ala omputih sikitlah. Sekali sekala sedap gak....Buatnya taklah susah...kalau nak cuba marilah ikut resepi disini.



Bahan-bahan.

(A) Lasagna

* 12 kpng lasagna
* air secukupnya untuk merebus lasagna
* sedikit minyak zaitun
* sedikit garam

(B) Sos Merah:-

* 1 botol sederhana sos spaghetti Prego (I used Prego traditional sauce)
* 2 cwn daging cincang
* 1 cwn sos tomato
* 2 keping daun bay (saya guna dried bay leaves)
* 1 biji bwng besar
* 2 ulas bwng putih

(C) Sos Putih:-

* 2 sudu besar minyak zaitun
* 2 sudu besar tepung gandum
* 700 ml susu segar
* 4 keping sliced cheddar cheese
* 1 sudu teh serbuk lada hitam

(D) Topping
* Parutan Mozzarella cheese

Cara-Cara:-

(A) Lasagna -

1. Panaskan air, minyak zaitun dan garam hingga mendidih.
2. Masukkan lasagna dan rebus hingga empuk.
3. Angkat dan toskan.
4. Asingkan2 biar tak melekat antara satu sama lain.

(B) Sos Merah:-

* Sediakan kuali/periuk.Letak sedikit minyak dan tumiskan bwng putih dan bwng besar yg di cincang.Masukkan daging cincang tadi dan masukkan kesemua bahan dan gaul sebati. Masak hingga mendidih dan daging masak dan agak pekat. Ketepikan dan sejukkan.

(C) Sos Putih:-

* Panaskan mentega/minyak dengan api perlahan, masukkan tepung gandum dan gaul sebati sekejap.
* Masukkan susu segar, sliced cheddar cheese dan serbuk lada hitam. Kacau hingga adunan sedikit pekat dan berkilat. Angkat dan ketepikan.

Cara Melapis:-

1. Masukkan/susun 3 kpng lasagna ke dalam loyang/casserol tahan panas.(sapu sedikit butter pd loyang)
2. Sudukan separuh adunan sos merah ke atas lasagna dan ratakan.
3. Sendukkan sos putih pula ke atas sos merah tadi.
4. Taburkan parutan mozarella cheese.
5. Ulang step 1, 2, 3 dan 4 hingga penuh bekas dan sehingga habis.
6. Taburkan sedikit daun parsley kering di atasnya.
6. Bakar lasagna pada suhu 160 C selama 35 - 40 minit atau hingga permukaannya nampak keemasan. (Lebih enak dimakan ketika panas atau dihidang suam. Boleh juga dipanaskan dengan microwave sebelum dihidangkan)
Related Posts with Thumbnails