Oklah, petang ni saya nak kongsikan bersama resepi gado2 peranakan yg saya masak tadi. Dah lama teringin nak buat dan makan, tapi ada je bahan2 yg takde kat umah ni. Kali ni saya tak letak tempeh...ini bukanlah di sengajakaan. Sebenarnya dah beli tempeh...bila buka je bungkusan tempeh tu....alamak belum menjadi sangatlah tempeh tuuu. Jadi saya pun makan gado2 tanpa tempelah. Tak kisahlah yg penting sedap kuah gado2 ni. Terpulang pada kita hendak kuah pekat atau cair sedikit. Terima kasih pada Mat Gebu kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan kat sini pula ya. Jom kita lihat bahan2nya.
BAHAN GADO-GADO :-)
- 100 g kacang panjang
- 3 biji kentang
- 1 biji timun
- 2 keping tempeh
- 2 keping tauhu
- 5 biji telur
- 250 g kobis
- Sedikit cili padi, jika suka
- 250 g kacang tanah
- 200 ml pati santan
- 350 ml air
- 1/3 cawan jus asam jawa
- 5 camca besar gula
- Garam secukup rasa
- 12 tangkai cili kering, potong, buang biji dan rendam dalam air panas*
- 10 biji bawang merah*
- 2 batang serai, hiris halus*
- 1/2 inci kunyit hidup*
- 1 inci lengkuas*
- 1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*(*dikisar halus)
- Kentang, dikupas dan rebus hingga empuk, potong 8 untuk setiap biji. Kacang panjang dikerat 1 1/2 inci, celur sekejap, angkat dan toskan. Kobis dileraikan, cuci dan celur sekejap, angkat dan toskan. Timun dicuci dan potong berbaji. Tempe dipotong sederhana besar dan goreng hingga kekuningan. Tauhu digoreng dan potong sederhana besar. Telur direbus, kupas dan belah 2 untuk setiap biji. Ketepikan semua bahan ini.
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar halus hingga wangi dan pecah minyak. Tuang air dan biar mendidih. Masukkan kacang tanah, gula dan sedikit garam, masak hingga sedikit pekat. Tambah jus asam dan pati santan. Renihkan atas api perlahan sambil dikacau selalu hingga sos sedikit pekat. Rasa dan jika ok, boleh diangkat.
- Susun semua bahan2 untuk gado2 dalam bekas sesuai, curahkan kuah kacang rata2 dan jika suka boleh sertakan sekali cili padi untuk menghangatkan lagi keadaan....Hidangkan segera!!!