Showing posts with label Kuih Raya. Show all posts
Showing posts with label Kuih Raya. Show all posts

Wednesday, August 7, 2013

Biskut Snow Almond

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..last resepi biskut sebelum raya...Biskut Snow Almond..Biskut ni memang kegemaran anak- anak saya, terutamanya Seri Izati..resepinya pun mudah je..Jom semak resepi DI SINI




Saturday, August 27, 2011

Cornflakes Madu


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya ramai kawan2 yg tinggal jauh dari kampung halaman sudah pun mula pulang ke kampung. Semoga perjalanan anda semua berjalan lancar dan selamat sampai ke destinasinya. Bagi saya mungkin balik hari isnin sebab saya dan suami mmng orang Johor dan sekampung pulak tu. Jadi memang mudahlah, hari raya pertama boleh berkunjung rumah mak sendiri dan rumah mertua. Beginilah setiap tahun kami meraikannya....takde rebut2 punya. Kalau rasa nak makn rendang mak sendiri boleh balik rumah mak kejap...bila nak makan rendang mertua pula, boleh patah balik...begitulah seterusnya. Bila saudara mara datang pula, boleh jumpa juga sbb rumah dekat, talipon je...mesti kita orang sampai punya..

Oklah, alang2 tak balik kampung lagi..saya nak kongsikan bersama resepi cornflakes madu yg saya buat malam tadi. Biskut Cornflakes madu ni mmng laku dan cepat laris kat rumah ni. Tiap2 tahun mesti buat,kalau buat tu mesti kena lebih sebab takut tak sampai raya dah habis. Suami dan anak2 amat mengemari cornflakes madu ni. Rasanya ramai kawan2 di luar sana pun mengemarinya. Kali ni saya buat ikut adunan 1 kotak cornflakes yg besar. Jom kita semak resepinya. Kalau ada masa dan masih tercari2 resepi yg mudah tu, bolehlah mencuba resepi ni.




Bahan A
  • 125 gm butter
  • 1/2 cwn brown sugar
  • 1 cawan madu
Bahan B
  • 1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
  • 1 cwn kismis
  • 1 cwn badam cincang panggang/gajus
Hiasan
  • Mangkuk kertas kecil
  • Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil
Cara-Cara
  1. Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul rata.
  2. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
  3. Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
  4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Thursday, August 25, 2011

Tart Nenas Gulung 2


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Hari ni nak kongsikan bersama resepi tart nenas gulung yg saya buat malam tadi. Kalau buat tart gulung ni, tak boleh awal2 sebab abes di makan sendiri je. Tak sempat nak buat raya. Kali ni saya buat 3 adunan sekali, senang keje tak payah ulang2 lagi. Mana kuih tart yg nak buat raya asingkan dan sembunyikan dulu..hehehe..mana yg nak buat makan bolehlah letak atas meja. Kali ni mmng puaslah anak2 dan suami makan sebab saya buat sendiri dan dapat banyak. Kalau buat banyak ni, kenalah ada pembantu, siapa lagi kalau tak anak dara saya Seri Izati. Seri rajin betul menggentel inti tart, pastu tugas menggulung dan sapu telur kat atas tart, semuanya Seri yg buat...uwaaaa rajinlah anak dara mama. Bila bab bakar kuih tu...hai serah pada mamaNyalah. Tapi takpe, kira adillah sama2 buat kuih kegemaran kami sekeluarga ni.

Terima kasih pada K.Nor kerana berkongsi resepi tart yg mudah dan sedap ni, izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Lepas ni berangan pulak nak buat tart kelopak...uwaaa mood mengetart sudah mari. Maklumlah tak perlu bersusah payah buat intinya....beli je yg dah siap...senang kerja. Sebelum ni saya pernah juga buat tart resepi K.Nor ni, kawan2 boleh lihat di SINI. Kalau ada kawan2 yg mencari2 resepi tart tu..bolehlah mencuba resepi ni. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.




Bahan- Bahan
  • 250 gm butter
  • 2 sudu besar gula castor
  • 2 sudu besar minyak sapi (k.nor guna windmill geeblend)
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • secubit garam
  • 3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung

  • jem nenas secukupnya ~ digentel bulat2 (kecik sket dr guli)
Hiasan:
  • 1biji kuning telur
  • 1 titik pewarna kuning
  • 1 sudu air
Cara:
  1. Bancuh ketiga2 bahan ni hingga sebati.
Cara2:
  1. Ayak ke tiga2 tepung.
  2. Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
  3. Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
  4. Pukul lagi hingga sebati.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
  6. Perap sebentar (arahan tuan resipi asal ya..) supaya doh mesra.
  7. Utk wat tart gulung ~ buat la cam biasa ya.. (dr start picit doh kat acu tart tu, letak inti yg digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )
  8. Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C. Yatie bakar dlm 25 minit.
  9. Angkat dan sejukkan atas redai/rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.

Wednesday, August 24, 2011

Fancy Pandan Ice Cream Cookies

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Syukur alhamdulillah kerana kita dapat sama2 memuliakan bulan ramadhan yg mulia ini, moga kita di berikan kesihatan yg baik utk sama2 beramal soleh hingga ke penghujung ramadhan. Moga amalan yg baik ini akan berterusan hingga ke bulan2 yg seterusnya...Aminn.

Hari ni saya nak kongsikan lagi biskut aiskrim yg saya buat petang tadi. Kali ni saya buat perisa pandan pula, macam biasalah kalau perisa pandan dan warna hijau ni...mmng menjadi kegemaran anak bongsu saya Hamka. Suka betul Hamka bila mamaNya buat kuih hijau..tak sabar2 nak makan, barulah macam makan aiskrim betul katanya.....hehehehe ntah apa2 daaaaaa....
Resepi biskut ni sama macam biskut aiskrim strawberry tu, cuba tukar perisa pandan dan tambah sedikit pewarna hijau...tu je, mudahkan...jom semak resepinya.






Tuesday, August 23, 2011

Fancy Strawberry Ice Cream Cookies

Assalamualaikum dan slmt petang semua. Sebelum masak utk juadah berbuka puasa, saya nak kongsikan bersama resepi biskut ice cream yg sangat sedap dan menarik ni. Lama betul dah berangan nak buat biskut ni, kali ni merajinkan diri utk buat biskut ice cream ni...yg klakarnya anak saya Hamka tanya...nape ice cream ni tak sejuk....nape dan kenapa...hai mcm2lah Hamka ni. Tanya punya tanya dan separuh loyang di makannya. Hamka tanya kenapa mama tak buat ice cream warna hijau....dia paksa suruh buat warna hijau juga. Nampaknya saya kena buat lagi satu adunan utk kaler hijau je...barulah dia puashati..hehehehe. Biskut ice cream kali ni saya tambah strawberry emulco...uumm mmng sedap dan harum je, terasa mcm makan strawberry ice cream betul2 pulak..

Ok kali ni saya ambil resepi dari blog Ita lagi dan resepi asal adalah dari Ida. Terima kasih pada penyumbang resepi. Terima kasih juga sbb berkongsi resepi biskut yg sangat sedap. Pada kawan2 yg berkenan tu, bolehlah mencubanya....mmng berbaloi. Biskut ni sangat sedap dan rangup, lebih sedap lagi di salut dngn coklat dan di taburi manik berwarna warni...haiiiii sedap tak terkatalah..tak caya ke?????...kalau tak percaya, anda cubalah sendiri...jom semak resepinya. Kali ni saya buat 2 adunan sekali dan saya letak sekali adunan utk 2 adunan ya.





Bahan-Bahan
  • 260 gm butter
  • 120 gm gula icing
  • 320 gm tepung gandum
  • 60 gm tepung jagung
  • 40 gm tepung ubi
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 40 gm serbuk badam
  • Sdkt vanilla essence
  • 2 sudu teh strawberry emulco (Yatie tambah)
  • sedikit pewarna pink/merah (Yatie tambah)
  • 1 biji kuning telur utk sapu atas biskut (Yatie tak sapu)
  • Topping coklat dan manik2/bunga sebagai hiasan
Cara-Caranya
  1. Pukul butter dan gula sehingga kembang.(Yatie pkl sebati je...)
  2. Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama baking powder dan juga serbuk badam. Gaul rata sehingga menjadi doh.
  3. Canai doh dan kemudian gelek dan terap dengan acuan ais krim.
  4. Atur diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu 150 degree selama 25 minit atau sehingga ia masak.(Yatie tak sapu telur pun..)
  5. Biarkan biskut benar2 sejuk, barulah celup dngn coklat cair.
  6. Celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat tersebut.
  7. Hias biskut ikut creativiti anda.

Monday, August 22, 2011

Biskut Snow Almond


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Petang ni saya nak kongsikan bersama resepi biskut snow almond yg saya buat semalam. Semalam saya buat 2 jenis biskut, satu biskut cornflakes dan satu lagi biskut snow almond ni. Petang tu lepas buat biskut snow almond saya pun terus buat biskut cornflakes rangup tu. Bila malam barulah saya mula menyalut coklat dan tabur breadcrumbs pada biskut snow almond tu. Sebenarnya dah lama teringin nak buat biskut ni, tapi terasa macam leceh pulak. Bila tngk Ita buat aritu, jadi teruja dan tak sabar nak buat dan merasanya. Ternyata mmng mudah dan sedaplah. Lepas ni saya nak buat 2 adunan lagi utk beri pada mak dan mertua pula. Adik2 mmng dah tanya je, K.Yatie ada tak buat biskut baru...pastu faham2 jelah ya.

Terima kasih pada Kak Wan kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan. Kalau teringin tu bolehlah mencubanya...saya rekomen mmng sedapppppp sangattttt...biskut ni...




Bahan A
  • 260 gm butter
  • 150 gm gula caster
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 50 gm serbuk badam
Bahan B
  • 300 gm tepung Red Rose (kalau takde ganti tepung gandum pun boleh)
  • 50 gm tepung kastard
  • 50 gm susu tepung
  • 40 gm tepung jagung
Bahan Hiasan
  • Coklat masakan - cairkan cara double boiler
  • Sedikit breadcrumb putih - untuk menyalut
Cara- Cara
  1. Pukul bahan A hingga berkrim
  2. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut
  3. Canai dan terap dengan acuan yg di sukai
  4. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga masak
  5. Sejukkan biskut atas redai
  6. Celup biskut dalam coklat masakan yg telah di cairkan cara double boiler
  7. Golekkan biskut ke dalam breadcrumb
  8. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.

Sunday, August 21, 2011

Biskut Cornflakes Rangup 2



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni buat lagi kukis 2 jenis, bila dah siap tu sambung masak utk juadah berbuka puasa. Bila malam mcm ni dah terasa letih pulak. Maklumlah bila buat biskut ni, saya buat 2 adunan terus, senang tak payah nak berulang kali membuatnya. Bila siap terus je bahagikan pada 3, satu bekas utk mak, satu bekas utk mak mertua dan satu bekas lagi utk sendiri. Bila dah cukup 3 bekas tu bolehlah mulakan projek buat biskut yg lain....itupun kalau laratlah.

Sebelum ni pernah buat biskut cornflakes rangup ni di SINI. Memang ranggup dan sangat sedap....tiap2 tahun mmng wajib buat biskut cornflakes ni. Kalau kawan2 nak mencuba tu, bolehlah semak resepinya..



Bahan-Bahan
  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
  • 2 cwn tepung naik sendiri
  • Mangkuk kertas secukupnya
  • Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil
Cara-Cara
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 20 minit.
  6. Biarkan sejuk di redai biskut.

Saturday, August 20, 2011

Biskut Nestum

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Inilah biskut ke 2 saya iaitu Biskut Nestum. Sebelum ni nampak kat rumah Mas resepi biskut nestum ni, kebetulan saya buat juga tapi resepi yg berlainan. Anak2 mmng suka makan nestum jadi saya buatlah biskut nestum ni. Hamka sambil tolong tabur nestum kat atas biskut, sambil makan nestum. Pastu boleh tanya pulak kenapa kena tabur nestum tu kat atas biskut, kan kena bancuh dngn susu...pastu makan....hai anak2, ada je yg dia ingin tahu, sampaikan kdng2 tu tak terjawab apa yg di tanyanya tu.

Ok, kali ni nak kongsikan bersama resepi biskut nestum resepi Kak Wan. Kalau singgah kat blog K.Wan, teruja betul..semua biskut2nya menarik sekali dan pastinya sedap. Terima kasih K.Wan kerana berkongsi resepi ni, izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Yatie copy dan buat dua adunan sekali. Kawan2 juga boleh lihat resepi asal Kak Wan di SINI ya.




Bahan-bahan (Yatie buat 2 adunan dari resepi asal)
  • 260 gm mentega
  • 40 gm shortening
  • 100 gm gula kaster
  • 2 sudu teh esen vanilla
Bahan B
  • 280 gm tepung rose (kalau takde, boleh ganti dngn tepung gandum)
  • 40 gm tepung jagung
  • 100 gm nestum dikisar halus
Hiasan: Kuning Telur dan Nestum
Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 150C.
  2. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
  3. Canai dan terap dengan acuan. Sapu dengan telur dan tabur nestum diatasnya.
  4. Susun di dalam dulang pembakar yang telah digris terlebih dahulu. Bakar pada suhu 150C selama 25- 30 minit (Yatie bakar dlm 35 minit, bergantung pada oven masing2 ya)
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Wednesday, August 17, 2011

German Cookies

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Rasanya ramai kawan2 yg dah mula buat biskut raya. Saya jadi teruja nak membuatnya, tapi minggu ni anak yg no 2 tngh trial exam PMR, yg no 3 plk periksa sklh agama. Bila maknya sibuk mengukis nanti, dah tentulah baca buku pun jadi tak keruan sbb nak menolong di dapur. Buku pula ntah kemana. Jadi hasrat nak wat kuih raya tu, terpaksalah di pendam dulu....iyeke...

Semalam tengahari saya buatlah juga biskut yg ringkas tapi amat popular di kalangan blogger masakan. Bila tngk bahan2 tu ringkas sangat, pastu takyah guna terap segala...cuma bulat2kan, leperkan dan tekan dngn garpu...sekejap je dah siap. Saya buatlah 2 adunan sekali, alang2 dah buat biarlah lebih sikit. Kali ni anak yg bongsu menolong dan tak sabar nak merasa. Bila satu bakaran siap, dialah tak sabar nak merasa.....last2 satu loyang dia sendiri yg makan. Tak kisahlah, walau simple kuih ni tapi sedap. Bila time berbuka, apa lagi kakak dan abangnya....merasalah biskut german ni, wow semuanya kata sedap sbb ranggup sangat. Diaorang pun tanya bila masa mama buat biskut ni...nape tak tunggu diaorang...hehehehe.... Bila dah merasa tu, takleh berhenti, nak lagi dan lagi dan lagiiiiii...

Terima kasih pada Rima kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Kali ni saya kopipes dari Mat Gebu. Ramai juga kawan2 yg dah mencubanya, antaranya K.Nor, Ika, Ita, Diana dan tak berapa ingatlah....maaf ya. Terima kasih sekali lagi. Izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya.Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 125 gram mentega
  • 125 gram tepung kentang/potato starch (boleh beli kat kedai baking)
  • 80 gram tepung halus (mat guna tepung gandum)
  • 40 gram gula aising, diayak
  • Secubit garam (resipi asal tak letak)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
  2. Ambil sedikit adunan (mat guna 1/2 camca besar, sama macam Rima), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

Tuesday, September 7, 2010

Biskut Bunga Cina

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini saya buat biskut bunga cina resepi dari Kak Nor. Bahan2 mudah di dapati dan rasanya rangup dan sedap.Rasanya ramai kawan2 yg sudah mencubanya...pada yg belum tu, bolehlah mencubanya. Terima kasih pada K.Nor yg sudi berkongsi resepi yg mudah dan sedap ini, izinkan saya letak resepinya di sini ya.



Bahan-bahan ( dalam 80 biji .....bergantung pd cara tekan) )
  • 100 gm mentega/marjerin
  • 90 gm gula caster/halus
  • 1 biji telur (A)
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung ubi/kanji
  • Ceri merah utk hiasan (potong kecil2)
Cara-cara
  1. Pukul mentega/marjerin dgn gula hingga putih(gebu). Masukkan telur dan pukul lg hingga kembang.
  2. Masukkan kedua2 tepung sikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati.
  3. Ambil acuan bunga dahlia dan masukkan adunan kedalamnya dan picit direct atas loyang yg dah digriskan (lebih elok jika lapikkan loyang dgn baking paper)
  4. Biasanya utk satu acuan tu boleh dpt 2 kuntum bunga cina. Sekiranya rasa susah nak kluar mungkin adunan terkeras sedikit, so amik sesudu kecil mentega/marjerin dan gaul pada adunan td hingga sebati
  5. Picit adunan keatas loyang dan buat lah hingga habis. Letakkan ceri yg dah dipotong di atas bunga cina td
  6. Bakar dalam oven (kepanasan 175C) sehingga masak (lebih kurang 15 minit bergantung pd saiz bunga tadi)
  7. Bila dah masak, kluar kan loyang dari oven dan jgn terus usik (sbb masa tu biskut ni agak berderai). Biarkan seketika dan alihkan ke redai supaya ia cepat sejuk. Hati2 masa mengalihkannya.
  8. Simpan dalam bekas kedap udara bila biskut dah sejuk.
** kalau lepas kita bakar biskut ni dan kelopak bunga tu collapse/penyek tandanya doh dah terlembik, so tambahkan sikit tepung ya..
Sedikit tambahan :
Utk yg tak biasa buat, mmg payah sket nak picit/teran doh dr acuan tu. Sebaiknya jgn habiskan kesemua tepung, tinggalkan sedikit dan cuba dulu. Kalau dah elok keluar (jgn lembik sgt nanti lepek jer bunga tu bila siap dibakar) boleh la teruskan dgn baki doh. Kalau nak lebih elok, bakar dulu sket dan lihat hasilnya, kalau dah cantik membentuk kelopak bunga boleh teruskan tp kalau yg siap tu lepek, tambah sket lg tepung dan gaul sebati dan picit la doh tu hingga habis dan dibakar.

Satu lg jgn dedahkan doh yg dah siap diuli pd udara lama2, sbb nanti doh tu akan mengering/mengeras. Ni yg buat doh payah nak diteran/tekan keluar dr acu. Cuba tutup bekas adunan ya supaya tak terdedah pd udara.

Monday, September 6, 2010

Biskut Cornflakes Rangup

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Minggu ni saya n3 pasal biskut raya je....jngn jemu ya. Maklumlah bahang raya sudah terasa....anak2 paling seronok waktu ini. Mereka semua tak sabar cuba baju baru dan menolong mamanya di dapur menyediakan juadah berbuka puasa dan juadah biskut raya. Saya pun ikut seronok bila melihat anak2 gembira. Oklah biskut cornflakes ranggup ini adalah merupakan biskut kegemaran kami sekeluarga. Rasanya yg ranggup membuatkan anak2 tidak jemu memakannya. Kawan2 bolehlah mencubanya sendiri...pasti tak mengecewakan.



Bahan-Bahan
  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
  • 2 cwn tepung naik sendiri
  • Mangkuk kertas
  • Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil
Cara-Cara
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15 minit.
  6. Biarkan sejuk di redai biskut.

Thursday, September 2, 2010

Biskut Badam Rangup

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam saya buat biskut badam rangup resepi dari Mat Gebu. Mulanya ternampak di rumah Ika dan ada juga di rumah Maz. Sempena perasmian oven baru, resepi dari Mat Gebu menjadi pilihan utama. Sebenarnya banyak resepi biskut dari kawan2 lain yg sememangnya sedap2 belaka, tapi biasalah resepi dari CMG memang tak mengecewakan. Biskut ni sedap dan rangup. Saya memang suka kalau biskut ada badam...sedap sangat. Kalau kawan2 nak tahu rasanya.....bolehlah mencubanya. Mat, izinkan akak letak resepinya di sini pula ya...terima kasih banyak2.


Bahan-Bahannya:-
150 g mentega
125 g gula aising
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)

Untuk Hiasan:-
1 kuning telur
Badam cincang secukupnya

Cara membuatnya:-

1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
2. Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit.
3. Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...
Related Posts with Thumbnails