Monday, February 28, 2011

Terima Kasih Ya Allah.

Alhamdulillah, hari ini masih di berikan kesempatan olehNya untuk bernafas di bumi yang bertuah ini.



Terima kasih Ya Allah untuk segala yang KAU berikan kepadaku selama 28 tahun ini.

Harga selautan syukurku hanyalah setitik rahmatMu di bumi.

Hanya redhaMu yang kuharapkan..

Terima kasih Ya Allah.

Thursday, February 24, 2011

Tak. Private Dah

Blog aku diserang katak. Eh. Bukan katak yang hidup tu. Ni katak yang jadi icon website imageshack.us. Website tu jd hosted to the most of the images yang ada dalam blog ni. Tapi aku tak tau kenapa aku bukak malam tadi, banyak katak kuning yang menempek. Geli pon ada tengok ada banyak katak dekat skrin. Ewwwww.

Semalam aku ke Tg.Malim & Ipoh. Ada shooting dekat Sekolah Latihan Wanita. Bagus juga ada sekolah tu sebab sekolah tu memang ajar pelajar dia kursus rumahtangga. Ada kursus memasak, menjahit, menyolek, menjahit sulaman & macam-macam lagilah. Tujuan asal untuk para pelajar yang dah tak mahu belajar lagi dah. Otak dah tak boleh terima pelajaran dekat sekolah. Maka diaorang boleh masuk sekolah ni sebab sekolah ni 100% hands on. Kelasa dari pukul 8.00 pagi - 4.00 ptg. Ha kalau hari tu belajar masak, dari pukul 8pg sampai 4 ptg lah pelajar akan memasak. Tapi hanya yang gegirl sahaja yang boleh masuk. Boboy tak boleh. hehe

Yang nak carik calon buat isteri pon boleh lah datang sini. Pelajar ni memang dah taulah serba serbi.Ok. Acah jek. Nak buat lawatan ilmiah, di alu-alukan. Nak buat lawatan rombongan merisik, aku takut pengetua tu hambat pulak korang nanti.

Daytrip kali ni tak penat sangatlah macam minggu lepas punya trip. Pukul 5 pagi dah drive ke Tg.Malim. Berhenti solat subuh dekat R&R Seremban dan sampai Tg.Malim dalam pukul 8pg. Alhamdulillah kali ni ada van yang disediakan. Last week takde van maka aku kena drive sorang-sorang sampai ke Kampar. Melaka-Tg.Malim-Kampar-Tg.Malim-Melaka. Penat sampai pengsan bila sampai rumah.haha

Minggu ni ada PC Fair & sepupu aku kawen. Hari Sabtu ingat nak buat makan-makan.

Oh. Banyaknya aktiviti.

Hujung minggu, sila panjangkan ke beberapa hari lagi, boleh? ^^

Sunday, February 20, 2011

Happy Birthday Love!



Happy birthday to my darling hubby!

Here's for you...

I.LOVE.YOU
and
I'll always DO!

Monday, February 14, 2011

Movie Review: Khurafat

Seperti yang di janjikan, hari ini aku nak review cerita melayu yang dengarnya dah mengutip juta-juta lemon.




Khurafat merupakan cerita melayu yang kelima yang aku tengok di panggung wayang. Empat cerita terdahulu: Embun (Puas hati), Waris Jari Hantu(Puas hati), Sepi (Ok lah) dan Jangan pandang belakang(Duhhh T_T).

Kami menonton pada hari kedua ia mula di tayangkan. Sungguh awal kan.

Tak perlulah aku cerita sinopsis. Google jek sinopsis khurafat sure keluar.

Overall aku bag dua setengah bintang. Sebelum pergi wayang tu aku tengok sikit-sikit preview dekat Youtube. Ada satu klip tu siap upload video 'Reaksi penonton yang menonton filem khurafat'. Teruja juga bila tengok tapi bila aku tengok movie tu,aku tak jadi macam tu pon masa tengok cerita tu. haha

Overall jalan cerita biasa je. Sound effect memainkan peranan 90% dalam menakutkan penonton. Tak mahu rasa takut? Tutup sahaja telinga. haha

Hantu dalam cerita melayu masih lagi disolekan secara menakutkan. Muka keluar darah sana sini. Mata merah & hantu yang biasa dipertontonkan tue lah. Apa salahnya kalau hantu tu disolek cantik ya? Adakah hantu yang cantik tak menakutkan? Ok. Meremang pula rasa sebab terfikir perempuan cantik itu sebenarnya hantu.

So bagi pendapat aku, tunggulah dekat Astro Fisrt tu, beli dan boleh tengok ramai-ramai. Kalau tengok dekat wayang, kurang berbaloi.

Adakah aku berasa puas menonton cerita ini? Tidak. Tapi dapat menghabiskan masa bersama hubby, priceless!

Cerita hantu yang betul-betul memberikan kesan yang menakutkan ialah The Ring (Versi Jepun) & Nang Nak.

Oh ya. Aku cadangkan korang tengok cerita The Maid.Cerita dari production Singapore. Cerita genre horror /thriller. Aku tengok dua kali cerita ni dekat wayang. Menakutkan yang amat!

Oh. Hubby kecewa sebab aku langsung tak menjerit. Konon nak dengar aku menjerit sebab aku memang penakut kalau tengok cerita hantu. Tapi hantu dalam cerita khurafat ni gagal membuatkan aku jerit.

Sorry Buibui, misi anda gagal untuk dengar saya menjerit.

Sila cuba di lain kali. ^^

Sunday, February 13, 2011

Berblogging sambil berbaring

Blogging is getting more fun each day. Contohnya hari ni, dapat ber-blogging sambil berbaring-baring di atas katil. Kedengaran menarik kan?

Ini sebab, notepad dari HP sudah selamat sampai ke tapak tangan aku yang comel ni

With 1.83GHz proseccor & 1G Ram,the perfomance is not so bad. Untuk berblogging and buat kerja-kerja yang berkaitan rasanya dah lebih dari ok. After all, it's FREE.

Not totally free lah, kena registered dengan streamyx & ada kontrak selama dua tahun.

Oleh sebab kecomelan notepad ni yang terlampau, maka ia boleh di selitkan kedalam handbag sahaja.

Oh.Adakah aku perlu membeli handbag baru?

Haha. Alasan terbaik!






Welcome aboard, bebeh!

Thursday, February 10, 2011

Random Khamis malam Jumaat

1. Sejak keracunan kopi ape tah namanya tu, perut menjadi sangat tak selesa. Asek nak meragam jek. Lepas tu memulas-mulas macam ada tornado dalam perut. T__T

2. Dah tengok cerita khurafat? Saya dah tengok masa hari kedua di tayangkan lagi. Saja tak nak buat review sebab kang takut terkutuk lebih-lebih. Tapi niat kat hati memang ingat nak buat review. Niat nak kutuk pulak memang dah ada tapi tak tahu nak kutuk ke tidak nanti. Kalau rajin, nanti saya buat entry.

3. Kenapa bulan dua ni tak ada movie yang best-best dekat wayang? Bosannnnnnnnnnnn

4. Bila notepad HP ni nak sampai. Malas dah nak guna PC ni. Nak main cityville pon tak boleh.huh

5. Saya tak merancang lah. Saya batul-betul nak baby. Kalau baby tu ada jual dekat market, mesti saya dah beli 5 terus. [Mode: Emo]

6. Bilik saya adalah tempat yang paling saya suka sekali. Walau di suruh duduk dalam bilik 24 jam sehari pon saya sanggup.

7. Hubby, bila kita nak duduk serumah ni? Kesian kamu kena masak dinner sendiri....

7. Sebelum merepek entah apa-apa, baik saya tidur.

8. Selamat malam!

Wednesday, February 9, 2011

Tuesday, February 8, 2011

Helo Februari

Ha.Dah masuk hari ke lapan di bulan Februari. Entry terakhir sewaktu di penghujung Januari. Berkapuk dah kamu wahai blog..

Perkara menarik yang berlaku di awal bulan Februari ialah cuti CNY yang panjang. 4 hari tue panjang lah bagi pekerja swasta macam aku. Ateh & Abang bestlah sebab dia cikgu, seminggu kau diaorang dapat cuti..jeles? Of cozlah jeles.. hehe

Maka seperti lazimnya, kalau cuti yang agak panjang Ma & Abah akan buat kenduri doa selamat. Majlis berlangsung pada hari Jumaat.

Kali ni bersempena potong jambul.

Ok. Acah je. Tak kelakar.

Kali ni sempena Ma & Abah yang akan pergi menunaikan umrah tak lama lagi.

Alhamdulillah ramai tetamu yang hadir. Tapi ada dua orang tetamu tu dah sampai tapi boleh patah balik sebab konon tak pakai baju melayu? Apa daaaa...

Itu perkara menarik, yang tak menarik nya keadaan aku yang lembik macam agar-agar akibat minum kopi apa entah masa sehari sebelum kenduri.

Kenduri hari Jumaat kan, aku minum kopi tu Khamis malam. Rasa ok jek, belasah sampai 2 gelas. Sekali tu amik perut memulas-mulas macam kena period pain. Pergi toilet tapi tak kurang gak. Sakit yang amat sampai nangis.huhu

Hubby dah tolong sapukan minyak pon tak ok gak. Last-last bila hubby urut, terkeluarlah segala isi perut. Baru rasa lega sikit

Pagi tu , makan apa pon tekak dah tak boleh terima.

Bayangkan ayam percik + daging black pepper + asam pedas ikan parang + kerabu mangga... semua hanya dapat di pandang sahaja.

Sadis bukan.

Maka hari Jumaat tu memang tak dapat nak mengerahkan tenaga bersama-sama.huhu

Sekian cerita awal di bulan februari.

Ok, jangan fikir yang bukan-bukan, aku masih belum pregnant.

Tolonglah doakan aku supaya cepat2 dapat baby ye..