Thursday, November 30, 2017

Selawat dan salama buat mu, kekasih.


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
'Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kurniakanlah syafa'atmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Allahumma sholli 'alaa Muhammad
Ya Robbi sholli 'alaihi wassalim 

*This  song can make me cry over and over again

Wednesday, November 29, 2017

Friday, November 24, 2017

Blisfful Friday

Panjang list syukur aku hari ni.
Alhamdulillah, semua perkara dipermudahkanNYA.

Janji ALLAH pasti.
Doa orang teranaiya, akan dimakbulkanNYA.


Wednesday, November 22, 2017

Tuesday, November 21, 2017

Husband's Convocation

Alhamdulillah, selepas dua tahun bertungkus-lumus, akhirnya 20 November 2017, dearest husband berjaya mengenggam segulung MASTER! (Background: letupan bunga api berwarna-warni.kah!).

As usual, orang lain yang konvo, orang lain yang terlebih excited.

Dari siapkan suit hinggalah photographer, husband aku redhaaaa je dengan arrangement bini dia ni.

Dah lah nak cari suit kemain susah.

Habis 1 Melaka ni kami  ronda.
Lastly jumpa dekat Dataran Pahlawan.

Walaupon pakai sekejap je tapi yang sekejap tu penting okeh!
Mestilah kena siapkan semacho yang boleh. kakaka

Husband pon kemain feeling ala-ala Aaron Aziz bila pakai formal suit.
Bagi cannn lah.haha

Konvo tahun ni buat masa weekdays.
Awal-awal dah apply cuti dekat boss.

Isnin tu pagi-pagi kami menuju ke Dewan Besar.
Kiteorang pergi berdua je.
Anak-anak tinggal.
Bukan depa boleh masok pon.
Better lah duduk kat rumah.

Acara mula dalam 9.30am, habis dalam 12.30am.

Dah masuk dewan baru teringat nak beli bunga.
Naseb baeklah dekat luar ada jual.
Pilih jelah mana yang nak.

Along pon suruh belikan 1 untuk bagi adik ipar dia, tapi aku kata tak payahhh.
1 cukup, tak yah membazir.haha

Duduk dalam dewan, bestlah ada air cond, dekat luar, panas leting hoiiii.

Panas tak panas, photoshoot diteruskan jua!

Habis outdoor photoshoot dalam pukul 3pm, terus balik rumah.

Solat, lunch & bergegas pulak ke Sam Rais's Studio untuk indoor photoshoot.

Masa kawen dulu, Sam Rais gak yang jadi wedding photographer kiteorang.

Ni dah ada 3, baru bertemu muka kembali.hehe

Ada dua backdrop, satu yang ada gambo buku-buku tu, satu lagi white background.

Tak zabarrrr nak tunggu hasilnya.

Kemain sangat kan sampai ada outdoor & indoor photoshoot.haha

Ala bukan selalu ada konvo ni, so ada peluang buat photoshoot ni, belasahhh.

Malam tu memang barulah terasa keletihannya.

Fuhh. Finally, u did it baby! :)

HubbyBaby,
Congratulations!
We are so proud of U!


Lepas ni boleh sambung PhD pula ye :)

Wednesday, November 15, 2017

Tuesday, November 14, 2017

Reunion : STF9600

Dua tiga hari ni memang matahari tak berapa nak nampak.
Dah masuk musim hujan agaknya.
Pagi tadi pon hujan lebat.
Sampai terbabas lah semua orang.
Nuha pon diberi cuti oleh abah dia.hahaha

4hb November haritu birthday Raudhah yang ke-2.
Alamak, mama lupa nak buat special entry.
Tapi tak apa, dekat facebook mama ada.

Oh cerita tertunggak adalah cerita reunion STF9600.
Agenda asal nak buat potluck suka-suka je tapi bila ramai nak join, jadi macam mini-reunion.
Dari 143 orang, ada kot 30 orang yang datang.
Not so bad lah kan.
Faham masing-masing ada komitmen.

Kali ni buat dekat Kg.Beca.
Nama je Kg.Beca tapi bukan dalam kampung.
Ni dekat tepi tasik area Putrajaya.
Husband dan anak-anak join sekali.
Gamat hoiii.
Gamat kejar anak-anak sebab dekat situ macam-macam aktiviti ada.

Boleh main bubbles, naik macam-macam ride (Aku & husband pon naik sekali.haha)
Moralnya, next time kalau nak buat lagi, husband & anak2 tak boleh ikut sebab kami tak sempat nak bertukar-tukar cerita (or you can read it as gossip.mihmihmih).

Foods memang sangatttttttttt banyak.
Pasta, nasi arab, sandwiches, kuih muih dll.
Eh memang banyaklah.
Kenyangggg yang amat!

Aku bawak bubur ayam & sambal ketuk.
Memasing kata sedap.
Eh.
Mestilah bukan aku yang masak.
Ateh yang tolong masakkan.
kihkihkih.
Thank you Ateh. Lebiu!

So main agenda actually to discuss our Back To School Programme yang akan dibuat pada tahun 2020.
InsyaALLAH.
Our plan nak kutip 1k per head.
Mudah-mudahan tercapailah target more than 100k nanti.
Macam-macam plan nak buat once dah secured 100k.
Harap-harap berjaya!

By 1pm, masing-masing dah terpaksa gerak sebab bapak2 dan cranky.hahaha
Anak-anak memang dah cranky.
Panas leting masa tu.

Aku stay lama sebab Kaydotte lambat sampai.
Lama borak dengan Kaydotte.
Walau jarang contact, but we know we've got each other's back.
Love you babe!
Aku & Kaydotte orang terakhir blah dari Kg.Beca tu.

Looking forward for our next gathering.
21 years of friendship and counting!
143, girls!




Monday, November 13, 2017

Magnificent Monday!





Twit paling WIN yang pernah aku jumpa.

ha.ha.ha

Thursday, November 9, 2017

.....



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ
مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ
 وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ
 وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ
 وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّار


“Ya Allah, ampunilah dia, 
dan kasihanilah dia, 
sejahterakan ia dan ampunilah dosa dan kesalahannya, 
hormatilah kedatangannya, 
dan luaskanlah tempat tinggalnya, 
bersihkanlah ia dengan air, salju dan embun. 
Bersihkanlah ia dari segala dosa sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran, 
dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya yang dahulu, 
dan gantikanlah baginya ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarganya yang dahulu, 
dan peliharalah ia dari siksa kubur dan azab api neraka."

Wednesday, November 8, 2017