Thursday, December 26, 2013

The arriving of our 2nd caliph (Part 2 & FINAL!)


Baru terhegeh-hegeh nak sambung part 2. Kira final part lah terus.
Percayalah, it's gonna be a longggggggggggggg entry.
Kejap-kejap edit dekat draft.

Selepas Dr dekat private hosp tu tak ada 'back up' plan untuk aku yang akan melebihi Expected Due Date,(selain dari suruh cser lagi sekali) so aku amik keputusan, kembali semula ke GH.

GH pon GH lah.
Bukan tak nak dekat GH tapi since husband punya tempat kerja cover utk kos bersalin, so why not guna kemudahan yang ada kan?

6hb August pergilah GH untuk dapat kan post date which is 11hb Ogos.
Orang lain sebok merendang daging, ayam (7hb kan raya), aku sebok lah ke hospital bagai.
Sebab tak puasa, sempat lagi pergi beli frappuccino@starbucks & coney burger dekat a&w.

Tunggu punya tunggu punya tunggu.
11hb Ogos pon si adik baby ni tak nak keluar lagi.
Oklah, let's go to the hospital.

My bad, 11 Ogos adalah hari ISNIN.
Punyalah ramaiiiiiiiiiiiii ibu-ibu mengandung ni dekat labour room tu.
Pukul 4pm datang hospital, pukul 2 pagi keesokann harinya(Selasa)baru dapat bilik.
Hazabedah weh menunggu.
Ada sorang kakak tu dah lebih EDD jugak.
Sampai hospital pon lebih kurang masa aku gak.
Dari takde opening langsung, sebab penat sangat menunggu, pukul 1am dah 5cm dilated.

Memula duduk dekat 3rd class.
Duduk beramai-ramai sebab bilik 2nd class lom ada kosong.
Doc datang checked-everything ok - ctg ok - dapat lagi post date untuk induce- hari khamis (15 Ogos).

Tgh hari tu, pindah wad.
Dapat wad 2nd class. yey!
Ada privacy sket.

Hari selasa & rabu tu memang kerja aku naik turun tangga & tawaf hospital.
Selagi larat, aku jalan jelah. Bila penat aku stop.
Tak pon naik tangga, turun pakai lif, then naik lagi.
Gigih tak?
Ni sebab nak suruh adik baby keluar tanpa kena induce.

Tapi, nan hado.
Adik baby masih lagi gumbira duduk dalam perut mama.

Hari Khamis, prosedur induce akan di buat.
Sebenarnya, it is not advisable untuk para ibu yang ada history cser untuk di-induce.
Failure of induction will lead to another csect.
Pagi tu aku yakin aku boleh bersalin induce sebab pagi tu mucus plug dah discharged.

Pukul 12 tgh hari, half tablet of pitocin was succesfully inserted.

Pukul 1pm-takde rasa apa-apa pon.
Pukul 2pm - mild contraction.boleh solat sambil berdiri lagi.

Pukul 3pm - more stronger contraction. masa ni tak duduk atas katil dah. aku squat, kneeling, all four. macam-macam position yang aku buat layan surge ni. laki ku masa ni dekat opis. gigih tak laki mak kerja lagi time ni?haha

Pukul 5pm - tak tahan dah. solat sambil duduk jek.

Pukul 6pm - doc datang utk VE. still 1cm, baby head still high. whatttt? seriously doctor? sakit macam ni masih 1 cm? aku tanya doctor - my chances for vbac? doc jawap - not sure, but we can try but kepala baby ni tinggi lagi.

Urghh..your answer is not convincing me!

Doctor tu gelak jek. "-________-

Then doc tu masukkan belon pulak, untuk bantu bukaan.

Masa ni mmg dah terasa sakitnya. Tak terkata sakitnya. 1st time kan rasa contraction. Sebelum ni kan, tak sakit lagi dah menyerah diri.

Husband dah ada dekat luar labour room. Request husband untuk masuk.

"Nurse, saya belum jumpa lagi husband saya dari pagi tadi. Saya nak jumpa dia".

Tak lama lepas tu, husband pon masuk. Memang sangat-sangat membantu lah. Aku suruh dia urut2 dekat tengah-tengah pinggang belakang. Legaaaa rasanya.

Tapi setengam jam jek hokeh husband boleh temankan masa tu. urghhhh...bertambah-tambah stress sebab kena layan surge ni sorang-sorang.

Whatsapp iza dgn ederq tanya macam mana nak speed up labour, nak handle breathing.
Breathing masa ni dah kelaut dah.
Ederq suruh calm.
Calm mama, calm baby.

Aku just make sure aku makan kurma & minum air zam zam.
Kurma tu memang sentiasa makan sebab takut masa nak push takde energy.

10 pm - Doc cabut belon, VE (lagi!). Ok 5cm, saya pecahkan air ketuban ye. Then dah boleh masuk labour room.

Doc, i nak my husband with me dalam labour room nanti.

Ok- jawap doc.

Oh yang ni tadi namanya bilik induce. Dalam labour room ni ada banyak lagi bilik rupanya. Ingatkan tadi bersalin dekat sini.

So, naiklah atas wheelchair ke labour room. Tak lah jauh mana pon. 5 meter jek. haha

Actually, husband kena pergi kursus kalau nak temankan isteri dalam labour room. Tapi laki mak tak pergi. Konon nak bersalin dekat private kannn. Naseb baek doc bagi masuk jugak.

Dah masuk labour room, kena strap utk CTG pulak. Adeh.
Bila request tak nak kena strap, nurse tak bagi.
Maka tangan suami lah menjadi mangsa bila contraction datang bertubi-tubi.

Bertubi-tubi ko.
Drama sangat.
Memang drama sebab nyaris surrender mintak cser...ye ke nyaris mintak?ke dah mintak?haha
Allahuakbar
Sakit contraction ni hanya yang mengalaminya sahaja yang tahu macam mana.
Bagaimana kita 'handle' contaction tu yang berbeza.
Tu yang aku request tak nak kena strap.
Boleh lah aku nak kneeling ke, tertonggeng ke bagi nak kurangkan rasa sakit.
Tapi, nurse tak bagi.
Kena baring terlentang katanya.
Sooobsssss.

Bila doctor datang aku request painkiller.

Saya nak epidural doc.
Pagi-pagi macam ni takde epidural. (masa tu 2 am kot)

Any pain killer?
Tak tahan lah doc.
Saya bagi pethidine lah.
Doc pon cucuk lah dkt peha.

Cheh tak kurang pon saket.

Nurse, bagi patient ethonox.

Aha. Laughing gas.

Aku tau ramai tak suka
Tapi aku suka.
Gas ni buat ko khayal.
So bila contraction tu datang, ko khayal.
Eh, apehal rasa sakit ni? Aku nak tdo lah - tu lah yang aku  terfikir masa tu.
Dengan laughing gas tu jugak, dapat lah laki aku tdo sekejap dekat kerusi.
Kalau tak dia berdiri jek kat sebelah katil urut2kan pinggang.

Nurse kata bila contraction datang baru tarik nafas & hembus.
Tapi aku bantai tarik&hembus setiap masa.
Ahahahahaha.
Mmg high.
Dapat lah lelaps sekejap.

Aku tersedar bila husband cakap nak pergi surau nak solat subuh.
Aku cakap tak yah.
Solat jek dekat sini.
Sejadah semua ada dalam bilik.

Lepas tu dengar husband bisik
-kalau rasa macam sakit perut nak teryakyak, bagitau tau.

Dan dan perut terasa memulas-mulas.
Husband terus pergi carik nurse.
Nurse buat VE.
8cm, ready for deliver utk room no 9
Macam tu lah kot dengarnya.

Aku masa tu wahh dah 8cm, macam takcaya jek.
Sambung lagi sedut gas. haha

Tak lama lepas tu terasa lagi sekali nak teryak-yak.

Kali ni doc pulak masuk.
VE lagi.
Patient dah ready utk bersalin.
Nurse mana nurse.
Tiba-tiba labour room jadik kecoh dengan panggilan doctor.
Tapi sorang nurse pon tak masuk.

Kak, dengar ni kak.
Baby akak nak keluar dah ni.
AKak nak  tengok baby akak kan?
Betulkan posisi akak.
Badan bagi straight!(masa ni aku posisi mengiring)
Nak baring terlentang pon sakittt sangat.

Bila dah terlentang,
Kak! Badan akak senget ni kak, betulkan dulu.

Dah ramai nurse masuk masa ni.

Eeee..masa ni dah tak tertahan nak teran.
Nak suruh betul-betulkan badan pulak.
T__________T

Masa tu kalau tak silap, dah terpush kot. Kepala baby dah keluar dah masa ni.
Jangan angkat bontot! Jangan angkat bontot!
Tangan pegang buku lali.

Tangan saya tak sampailah nurse!!
-sempat tu aku menjawap.

Kali kedua push, alhmadulillah baby selamat keluar.
Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar
Aku ulang kalimah tu jek
Sakit semua hilang
Husband terus azan dalam labour room.

Diaorang terus letak baby dekat badan.
Baby menangis tapi tak keluar suara.
Doc dok marah-marah nurse sebab tak buat suction betul-betul.
Agak chaos lah masa tu.
Lepas tu diaorang terus bawak baby keluar.
Aku suruh hubby ikut since baby tak menangis.

Now it's jahit time!
Since doc tak buat epi, and aku teran dalam position yang bontot terangkat so aku mengalami luka yang banyak.
Jahitan pon banyaklah jawapnya.

Sakit weh kena jahit.
Nanges aku.
Rasa nak  tendang-tendang jek.
Teran keluarkan baby pon tak sakit cam tu.
wuwuwuw

Aku siap request nak sedut ethonox.
Tong ecthonox yang 1st aku guna tu dah abes.
Mak aih. Aku terpk, aku guna gas tu sampai habes 1 tong ke?

Nurse tu pergi amik tong baru.
Bila dah sedut, baru rasa legaaaaaaa sikit.

Tak lama lepas tu dah boleh masuk wad sendiri.
6.50 am, 16 Ogos 2013,baby keluar, malam tu aku dah boleh balik.
See, bersalin normal cepat jek boleh balik. Kalau cser 3D2N okeh!

Alhamdulillah, impian nak bersalin normal tercapai.

Macam tu rasanya bersalin normal.
Patutlah syurga tu di bawah telapak kaki ibu.

Berat  baby?

Ha, ni pon aku terkejut gak.
Doc estimate 3.2 kg

Sekali keluar = 3.7kg!
Kussss semangat.
Seronok makan ketupat rendang agaknya.hehe


Hari ke tujuh, aku selamat botakkan kepala baby, & buat aqiqah seekor kambing melalui EZ QURBAN.

Nama juga telah selamat diputuskan:

    MUHAMMAD UMAR AR RAYYAN bin ANUAR

Ye aku tau, nama apak sejengkal jek.
Nama anak sedepa!haha

Nilah dia, budak yang duduk dalam perut 40 minggu 11 hari::






 Semoga menjadi anak yang soleh dunia akhirat <3 br="">