Selasa. 24hb Sept 2019.
Dr bagitau pagi ni last untuk dia masukkan ubat sokongan untuk tekanan darah Abah. Result CT Scan memang dah menunjukkan Abah brain damaged. Andai lepas tempoh masa ubat tu habis, keadaan Abah stabil, Dr kata tu rezeki. Tapi tu unlikely to happen since otak Abah dah membengkak :(
Along, Angah dam Abang memang ada di hospital temankan Abah. Pukul 12 tgh hari, Anoi dan Ateh bawa Mak tengok Abah. Mak dengan Along sentiasa ada di samping Abah membaca ayat-ayat Al Quran untuk Abah.Abah nak tau, sejak hari Isnin Abah warded, sedara mara kita tak putus-putus datang. Boss, Puan Adillah and kawan-kawan office Anoi pon datang tengok Abah. Semua mendoakan Abah pulih seperti biasa. Anoi pon berdoa agar dipermudahkan segala urusan untuk apa jua yang ALLAh telah takdirkan untuk Abah. :(
Oleh sebab dalam HDW tak boleh ramai-ramai, dalam pukul 1.10 pm tu Anoi degan Ateh tunggu di luar. Tengah borak-borak dengan Ateh, ada whatsapp masuk daripada Ustaz Muawwidz. Ustaz Muawwidz minta diperdengarkan ayat-ayat Al-Quran yang dia bacakan di telinga Abah. Cepat-cepat Anoi masuk dan bagitau Angah tentang hal itu. Lepas tu Anoi kena duduk luar balik sebab HDW penuh.
Tak berapa lama, Angah datang dan terus panggil Anoi & Ateh. "Jom tengok Abah".
Berlari kami masuk ke dalam wad.
Anoi pandang mesin : - 1.30pm
ALLAH Ya ALLAH.
Abah sedang menghadapi sakaraul maut.
Dahi Abah berpeluh.
Kepala, tangan, kaki...seluruh badan Abah basah.
Along, Angah, Abang,Mak bergilir-gilir menghantar kalimah di telinga Abah.
Anoi berdiri di belah kanan Abah.
Anoi pegang tangan Abah.
Sejuknya peluh Abah tu masih teringat sampai ke hari ini.
"Ringankanlah kesakitan Abah menghadap sakaratul maut Ya ALLAH."
ALLAH je yang tau perasaan Anoi masa tu bah.
Tak bersedia diri ini dengan perpisahan hakiki tapi Abah bukan kepunyaan kami.
Semakin lama bacaan semakin menurun, nafas abah semakin perlahan.
1.37 pm, dengan tenang, dikelilingi Mak dan anak-anak Abah, Abah pergi bertemuNYA.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
Macam tak percaya Anoi kena hadap saat ni.
ALLAH
Kami terus hubungi saudara mara yang lain.
Urusan perpindahan Abah ke rumah baru Abah kalau boleh nak diselesaikan hari ini juga.
Anoi, Nuar & Mak balik ke rumah dulu.
Syukur sebab van jenazah polis sedia dah untuk bawa Abah balik ke rumah kita.
Dalam 3.30 petang Abah dah sampai. Ramai sanak saudara, kawan-kawan Abah yang menunggu Abah.
Muka Abah berseri-seri.
Manis Abah senyum.
Abah nampak kan, Ustaz Manaf, Ustaz Nizam, datang doakan & cium Abah?
Lepastu ramai lagi yang datang cium Abah. Sebaknya masa tu tak tau nak cakap macam mana.
Lepas Asar, baru kami mandikan Abah.
Mak, anak-anak, menantu-menantu, cucu-cucu dan adik beradik Abah yang mandikan Abah.
Bergilir-gilir kami bersihkan badan Abah dengan penuh kasih sayang.
Imam kampung, kawan Abah tu cakap kat kami "Janganlah nangis. Abah kan tengah senyum tengok anak-anak mandikan dia."
Rasanya inilah kali pertama & terakhir Anoi dapat mandikan Abah.
Kemudian, kami siapkan Abah dengan pakaian & pakaikan Abah minyak wangi kesukaan Abah.
Sampai sekarang, Anoi tak boleh bau minyak wangi tu. Sebab nanti Anoi nangis. Rindu!
Dah siap, ustaz bagi peluang untuk tatap & peluk untuk kali terakhir.
Ramaiiii sangat nak peluk cium Abah sampai Ustaz terpaksa bagitau yang Abah nak kena dibawa ke masjid dah.
Abah, alhamdulillah, anak lelaki abah sendiri yang menjadi imam solat jenazah untuk Abah.
6.30 petang Abah di bawa ke rumah baru Abah dan segala urusan perpindahan ke rumah baru Abah selesai dalam pukul 6.55 petang.
Abah,
151 dah Abah pindah ke rumah baru.
Semoga rumah Abah luas, wangi dan dihiasi bunga-bungan daripada taman syurga.
Lama Anoi karang cerita ni tapi baru hari ni Anoi ada kekuatan nak post.
Abah, Abah rehat ye.
Abah,
Anoi rindu Abah!