Monday, October 30, 2017

Update! Update!

Projek di Terengganu sedang berlangsung.
Jauh rezeki kami kali ni.
Beberapa tahun di selatan, kali ni ke pantai timur pulak.

So minggu lepas (21-23 Oct) kiteorang buat site visit.
Besar juga tempat yang nak dibangunkan tu.
Terus semangat berkobar-kobar.haha

Bertolak hari Sabtu, meeting hati Ahad, Isnin balik Melaka semula.

Sempatlah singgah ke Pasar Payang & kedai keropok lekor di Seberang Takir.

Tak berubah Pasar Payang.
10 tahun lepas pon masih macam tu.hehe

Untuk mak, sepasang sutera crepe.
Boleh tahan juga nak memilih, siap buat video called.
Naseb baek mak sukaaaaa.

Untuk rakan taulan, aku belikan kain batik Terengganu.
Rupanya ada banyak kategori kain batik ni - 3 lapis, 4 lapis, 5 lapis.
Aku amik yang 5 lapis.

Di Seberang Takir pulak, beli keropok lekor & keropok keping.
Mujur lah naik keta besor.
Separuh bonet, penuh dengan baru aku jaaa.haha

Minggu tu memang aku tinggal berdua je dengan husband.
Anak-anak & parents semua ke KL.
Nuha pon extend cuti sekolah sampai 2 minggu.
Suke hati awak je kan Nuha.
5 tahun ni takpe lagi.
6 tahun nanti, no no no.

Dah tinggal berdua, macam-macam aktiviti lah kan boleh dibuat.
Ala-ala honeymoon gitu.mihmihmih
Sempat lah pergi tengok cerita THOR yang baru.
Tak berapa best sangat sebab stroryline agak meleret.
Dah tu ada budak yang memekak dalam wayang.
Boleh tak yah ulas cerita tu?
Bising.
Duduk jelah tengok dendiam.

Weekend baru ni -  join Potluck STF9600.
Nantilah buat next entry.
Ni pon dah panjang.

After all,
I am blessed.

Terima kasih Ya ALLAH!


Wednesday, October 25, 2017

Sunday, October 22, 2017

Sedar Diri

Nobody is perfect.
Aku faham itu sebab aku juga tak perfect.
Banyak kelemahan.
Banyak kekurangan.
Banyak dosa.

Aku belajar untuk tidak membuat kesalahan  yang sama, berulang kali.

Kesilapan yang sama untuk kali kedua, betul-betul silap atau DIRI SENDIRI YANG BODOH?

Kalau dah tahu apa akibatnya, atas faktor apa sanggup jadi BODOH lagi?

Umpama gunung sanggup didaki, lautan api sanggup direnangi.

Patut biar je berenang dalam lautan api, biar terbakar.haha

Ada yang insaf lepas tersedar dari KEBODOHAN diri.

Tapi tak perlu lah nak showed off.
Tengok, aku dah insaf - aku dah berubah - aku tak buat dah - aku baik sekarang - kau je yang buat aku macam musuh - kau je yang tak boleh terima apa yang berlaku tu ALLAH dah aturkan.

Kelakar betul.

Tapi, aku bersyukur ditemukan dengan orang macam ni.

Menjadi contoh sebagai seseorang yang TAK PATUT DICONTOHI.

By right, lebih elok eliminated orang perangai macam ni sebab orang macam ni lebih MENDATANGKAN KEBURUKAN DARI KEBAIKAN. I already did.

Depan, berlakon baik. Cakap sopan. Yelah lulusan kolej agama terkemuka. Ayat semua lembut gigi dari lidah.

Bila buat silap, nahhhh keluarlah hadis-hadis, petikan agama untuk melindungi diri. Tak sia-sia belajar agama kan. Boleh digunakan pada masa-masa kecemasan.

Time cemas baru nak ingat ALLAH.
Time sedap bermaksiat?
Ingat ALLAH juga tapi maksiat tetap diteruskan. Kan?

Minta jauh dari ada perangai macam ni dalam keluarga, keturunan dan rakan taulan.

Oh ya, sure ada belajar kan : Dosa dengan ALLAH, insyaALLAH diampunkanNYA kalau bertaubat bersungguh-sungguh.

Tapi takkan tak ada belajar, dosa sesama manusia, kena buat apa?

Selagi maaf secara nyata tak dipinta, berdoalah agar hidup aman sejahtera.

Sebab janji ALLAH, doa orang teraniaya, lebih makbul doanya. Kalau balasannya bukan di dunia, akhirat ada.

Kita bukan selamatnya hidup.
Moga cepat SEDAR DIRI.


221017
Kuala Terengganu.

Thursday, October 12, 2017

On this day : 12th October 2016

I've met the most manipulative person on this day last year.

A person who've made the same mistake TWICE and didn't feel guilty at all.

By twice, I believe the second time was not a mistake. It was a CHOICE.

I wish I never knew this person before.

I know what you did.

Sometimes I feel that I want to tell all the person that you loved of what you did.

Maybe I should tell them?

What do YOU think, ISYRAF ZAIN?


Monday, October 9, 2017

Huda dah kawen!

Sabtu baru ni, kami ke majlis kawen Huda di Nilai.
Nak dekat pukul 12 baru gerak and sampai sana around 1.45pm.

Memang tak rushing sebab kekonon nanti nak borak lama dengan kengkawan lain, tapi bila sampai, ramai rupanya yang dah balik.
Padan muka kiteorg.hahaha

Naseb baek Leed tunggu.
Tak lama lepas tu Pame pon sampai.

Borak-borak sambil makan (jangan tiru perangai ni ye anak-anak),
ambil gambar,
salam memuah then berangkat pulang.

Tapi sebelum tu, singgah dulu satay willy.
Wajibb okeh kalau ke Nilai.haha



We've known each other for 16 freaking years!

Huda lah yang jadi pengapit masa aku kawen dulu.
Bebudak Amandari kawen pon, kiteorang konvoi pergi.

Huda yang cantik manis,
Semoga ikatan perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.

Sayang kau sangattttttttttttttttt banyak!

Tuesday, October 3, 2017

On Hiatus

Hello readers (feeling ramai sgt reader nak baca blog engko kan.kahkahkah)

Tapi aku tau ada reader(s) dari  Southend-on-Sea.

Setiap masa ada "checked-in" dari situ.

Reader ke stalker? Almost setiap jam masuk blog ni.

Haha.

Takpelah.

Oh oh oh.

Lately ni busy yang amatttttt.

Pergi KL pon selalu lepas dinner baru balik Melaka, ni lepas breakfast - Ok semua siap kita kena balik Melaka.

Macam tu sekali busynya.

Tapi busy = rezeki.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Rezeki ALLAH tak salah alamat.

1 projek dah secured, berdoa semoga ada rezeki untuk 1 lagi projek.

Hari tu sempat ke IKEA.
Lama rasanya tak pergi.
Masih IKEA macam tahun-tahun yang dulu.haha
Orang pon tak pernah tak ramai.

Paling seronok mestilah kanak-kanak ribena ni.
Panjat katil, pusing-pusing kerusi.
Takpe nak, IKEA memang suruh buat macam rumah sendiri.
Sebab kalau berkenan, IKEA suruh beli.haha

Tapi tak ada beli apa sangat pon (mohon percaya)
Beli meatballs tu jelah yang banyaknya - sampai 50 biji.
Tapi habissss ok bila dah sampai rumah.
Chicken wing dia pulak beli 1 set.
Tu pon bebudak yang habis kan.

Ni tunggu clients sampai dari Terengganu.
Kejap lagi ada discussion.

Oklah nanti sambung lagi.

Bye!