Friday, December 22, 2017

Retail Theraphy

Kenapalah selalu sangat ada sale dekat area opis ni.
Aku memang pantang sket dgn sale ni.
Pantang tengok.hahaha

Semalam dah 1 round, beli baju kerja + baju kekanak.
Baju Nuha lah especiallynya.
Tshirt dari RM30 jadi RM10.
Tau-tau je aku tengah cari baju basahan budak-budak ni.
Belasah beberapa helai.

Hari niiiiii cam mana tah terpergi lagi.
Kahkahkah.
Alasan sangat.
Baju Raudhah & Rayyan pulak.

The damage?
Ala tak banyak ponngggg. (Sedapkan hati sendiri)

Tapi memang aku admit, aku suka belikan barang untuk orang-orang yang baik dengan aku, yang sayang kat aku dan aku sayang orang tu.
Family and friends especially.

Aku tak kaya tapi rezeki yang ALLAH bagi tu cukup.

The feeling of giving is PRICELESS.

Lagipon ALLAH dah cakap, lagi banyak kita memberi, lagi banyak ALLAH akan ganti.

Next retail theraphy mungkin untuk diri sendiri pula.

Berapa banyak theraphy lah kannn.mihmihmih

Oh minggu ni hujung minggu yang panjang.

Selamat bergumbira semua!


Wednesday, December 20, 2017

Friday, December 15, 2017

Rain Cats & Dogs


Oh. Teringat satu peristiwa dulu.
Kiteorang dalam kereta nak ke kenduri kahwin kalau tak silap.
Memang tengah hujan lebat macam hari ni.
Le husband pon cakap - lebat hujan, like cats & mouse.
Kembong-kembong pipi aku tahan gelak.
Haha.

Wednesday, December 13, 2017

Tuesday, December 12, 2017

One after Another

December started with Abah's health issue. Abah mentioned about his ulcer that's getting worse. Taklah worse mana cuma bila ada bleeding tu, Abah dah cuak. Eh dengan kiteorang adik-beradik jadi cuak.

Being Abah, his pain tolerance is HIGH. VERY HIGH.
Selagi boleh tahan, Abah tahan. Rupanya his tounge ulcer dah dekat 2 bulan! Oh Abah!

Since Abah's punya medical record ada di HUKM, so terus lah ke KL utk set appointment.

Alhamdulillah, few days after that dapat jumpa ENT Specialist.
The doctor suggested a biopsy procedure for Abah.
So Abah kena admitted on the 4th December.
On 5th, they did the MRI.
On 6th, they need to pulled out Abah's old teeth.
The biopsy procedure is postponed to another date - later to be confirmed.

Alhamdulillah, Doc said nothing to worry but the biopsy still need to be done.
But but but, Abah mungkin kena on ubat diabetic since sugar level Abah mencanak naik.huhu
No more Nescafe for you after this Abah.hehe

Abah is fine now. Sempat lagi berjalan ikut Along ke Bukit Tinggi.
Alhamdulillah.

Next is Mak.

Mak memang ada katarak.

Bulan 10 dulu dah checked dkt PCMC and confirmed the date untuk operation.
Tapi operation tak buat dekat PCMC. Buat dekat IIUM, Kuantan. Cheaper of course.hehe

Pagi tadi oepration-nya.
Alhamdulillah, everything went smoothly.
Ni baru buat untuk sebelah mata.
Lagi sebelah mata mungkin bulan 3 tahun depan.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Syukur ada kakak-kakak & abang yang membantu menguruskan Emak & Abah.
Kami adik beradik, ambil giliran.
Terlebih@terkurang - takde berkira.
Priority adalah Emak & Abah.

Moga ALLAH memanjangkan usia Emak & Abah agar kami masih lagi dapat menabur bakti, membalas budi kedua-dua mereka.

Amin.


Wednesday, December 6, 2017

Tuesday, December 5, 2017

Hello December

1st entry di bulan Disember.

Gile ah. How time flies.

Dah masuk the last month of 2017.

Beberapa hari lagi masuk 2018.

End of last year, boss suruh habiskan cuti.

Tahun ni punya cuti ada lagi tapi tak dann nak habiskan due to projet dekat Terengganu.

Bulan 1 nanti insyaALLAH habis dan mudah-mudahan ada rezeki di tempat lain pula.

Weekend baru ni balik Ipoh. Sampai Ipoh Jumaat malam, Ahad dah balik semula ke Melaka.

Tak dapat nak berlama-lama since kerja berlambak yang menanti.

Next time insyaALLAH boleh cuti lama-lama.

Ahad tu sebelum balik Ipoh singgah Kg.Gajah amik uuuudanggg.

Ateh kirim udang galah.

Sedappppnya la hai. Goreng pon sodap!



Lepas ni, tiap kali balik Ipoh memang wajibbb lah singgah dulu beli udang galah dulu. hehehe

Dekat Melaka tak dapat yang fresh gini.

Takde idea betul nak bercerita.

Banyak dalam kepala otak je.haha

Keletihan tak habis lagi kot. Kena minum ning xia red lebih lagi nampaknya ni.

Okehlah. Hari ni boss belanja McD. Alhamdulillah.

Jom makang!