Wednesday, May 30, 2018

Monday, May 28, 2018

Kueh Raya

Korang dah buat kueh raya ke?

Aku tiap tahun rasa - buat choc chip jelah tapi tetiba hari raya ada bermacam-macam jenis.

Tak boleh percaya betul dengan konsep - tak payah buat kueh raya macam-macam.

Macam weekend baru ni lah.

Tetibaaaa Ateh tanya - udang kering ada lagi tak?

Aku cakap ada lagi sebungkus kot yang beli kat Sabah hari tu.

Zassssss Ateh siapkan serunding udang kering.

Zassssss aku dah terjebak buat popial simpul.

Kawan aku cakap orang yang buat popia simpul ni seorang yang sabar dan rajin.

Hahaha.

Betul lah tu.

Kalau tak sabar, ada orang dah makan pelempang agaknya dulu.

Eh.

Fuhh.

Deep inhale.
Exhale.

Sabtu malam tu pulak ada bola - Liverpool vs Real Madrid.

The boys je lah melayan tengok.

Aku tak kuasa nak tengok. Tido lagi best.kakaka

Hari Ahad sesudah subuh Ateh dah ajak aku p pasar.

-Popia ni dah habes sebekas. Jomlah kita carik ikan, kita buat serunding ikan pula.

Vavava, seronok kome ye tengok bola sambil makan popia.

Aku dah agak dah kat pasar takde punya ikan selayang yang fresh.

So tunggu Family Store bukak, kiteorang gigih pergi carik.

Konon nak beli 4kg ikan, sekali sampai 6kg ikan dibelinya.

Bukan tamak okehhh. Konsepnya biar berlebih, jangan terkurang.

Dari pagi sampai ke malam mengerjakan popia simpul.

Sampai laki aku pon, aku minta tolong buat sekali.

Suka makan kan kan kan? Ha, moh buat sesama ye.

Tu pon tak habis lagi. Ada 2 bekas besar yang belum disimpulkan.

Korang macam mana?

Dah start buat kuih raya?

Friday, May 25, 2018

Entry Pukal

Fuhhh.
Lama tak update blog.

Rindu tak?
Rindu tak?
Rindu tak?

Macam-macam berlaku since last entry.

9hb Mei - Hari Mengundi.

MakAbah pagi-pagi lagi dah keluar mengundi.
Aku malas nak beratur pagi-pagi sebab kompem ramai.
So aku pergi jogging dulu.hehe

Dalam pukul 2 petang baru pergi pusat mengundi.
Sekali amik, panjanggg juga barisannya.
Dah lah panas leting.
Mujur bawak kipas & peppermint!
3.30 petang baru balik.


Malam tu, aku & Abah sama-sama tunggu keputusan.
1st yang tau Syed Saddiq menang kat Muo.
Walaupon keputusan tak rasmi tapi perasaan masa tu OMG - is this happening?

Tunggu sampai 3.30 pagi, keputusan rasmi tak keluar-keluar lagi walaupon dah boleh agak PH yang akan menang.

Slow nau nak announce.duhhh

Give up, terus masuk tido.
Abah pon masuk tido gak.

5.30 pagi terjaga, whatsapp berderet-deret.

THE PEOPLE HAS SPOKEN.
THE NEW GOVERNMENT HAS BEEN FORMED.

ALLAHUAKBAR!
ALHAMDULILLAH.
ALLAH JAWAP DAH DOA RAKYAT MALAYSIA.

Maka, sempena kemenangan PH, cuti lah Khamis & Jumaat.

Pergh, 5 hari straight cuti.
Mati kutu pon ada sebab tak ke mana-mana.
Kalau tau awal, kompem aku dah plan cuti-cuti Malaysia.
Eh tapi hari Sabtu kami ke MPO shopping.mihmihmih

17hb Mei - Hari Pertama Ramadhan - Cuti lagi

21hb hingga 23 Mei, outstation ke Johor Bahru.
Merasalah berpuasa di rantauan.haha

Terubat rindu nak pergi bazar ramadhan JB.
Dapat pula air kathira.
Sedap ya amat!


Hari ni dah 9 Ramadhan.
How time fliesssss!

Puasa korang macam mana?
Syaitan dah kena ikat.
Nafsu dalam diri tu?
Ok ke KO?

Oh last but not least,



WELCOME BACK TUN!

Wednesday, May 16, 2018

Tuesday, May 8, 2018

Choose Wisely!

Esok adalah hari mengundi bagi PRU ke-14.

Nak pangkah siapa, aku belum decide lagi.

Tunggu sampai betul-betul kertas undi ada depan mata kot.

Siapa je yang tak nak perubahan kan?

Dengan kos sara hidup yang makin meningkat.

Ni syukur aku ada pekerjaan.

Orang lain yang tak ada kerja?

Orang lain yang banyak tanggungan?

THE STRUGGLE IS REAL!

Semoga menteri-menteri yang bakal dilantik mentadbir Malaysia, pandang-pandang selalu golongan marhaen ni.

Oh.

2013, aku pregnantkan Rayyan, cepat je dapat turn mengundi tau.

Tahun 2018, tak pregnant pulak kan, maka mau jenuh beratur esok ni.huhu

Apa pon,

SELAMAT MENGUNDI!


Friday, May 4, 2018

Bali :: Hari Kedua

Marilah sambung cerita Bali sementara ia masih segar dalam limbic system.
Amboi sangat perumpamaan aku kan.
Tengah study pasal brain, tu yang keluar limbic system.haha

Kali ni perjalanan ke arah timur Bali.

Selepas sarapan, kami bergerak ke satu tempat untuk tengok Tarian Barong.
Ni macam tarian tradisional masyarakat Bali lah.
Ada group yang main alat-alat tradisional, ada orang berlakon, ada penari.
Jalan cerita dia berkisarkan tentang sejarah dewa-dewi Hindu.
Kena baca handsout yang dia bagi baru paham.
Kalau tak, ko melopong.hehe



Habis tengok tarian, diaroang bawa pergi tengok tempat pembuatan batik.
Tak berubah tempatnya.
Sama je macam 8 tahun yang dulu.

Next ke tempat kopi.
Kopi paling mahal di dunia, asalnya dari Bali.
Nama dia Kopi Luwak.



Walaupon aku memang peminat kopi yang tegar tapi aku tak sanggup nak cuba.
Korang boleh google sendiri macam mana cara nak dapatkan kopi luwak ni.
wiwiwiwiwi


Aku beli kopi kat sini.
500,000 rupiah harganya untuk 3 jenis kopi.
Kemain kopi ratus-ratus ribu reganya.hahahah



Lepas tu pergi lunch sambil menikmati Gunung Batur - gunung berapi yang masih aktif.
Tempat yang sama kami pergi 8 tahun dulu.
Tapi dah tak sesejuk macam dulu.

Siap solat semua, singgah Tegalalang Rice Terrace dekat Ubud. (Gambo macam dekat Wordless Wednesday)
Cantik sangat pemandangan sawah padi dia.
Padi ni ditanam di lereng-lereng bukit.
Padi yang menghijau memang cantik kan.
Dekat Malaysia pon cantik menghijauuuu.

Then singgah tempat shopping.
Gambo tak adalah sebab busy shopping.kahkahkah
Bali mostly banyak barang-barang kraf.
Pening gak fikir nak belikan apa.

Habis shopping, pergi dinner- masakan Padang &  terus balik hotel.
Since awal lagi sampai hotel, so husband bagi permission untuk aku berjimba-jimba sekejap.
Thank you husband.Muah ciked.haha
Dah duduk area Kuta, memang meriahlah.
Ada Balibeachwalk, Hard Rock & kedai-kedai kecik sepanjang jalan tu.

Tak sempat nak ke Legian sebab dah kepenatan.

Sampai hotel, bersihkan badan & terus ZzzzzZzZZZZ.

Wednesday, May 2, 2018