Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan

Rabu, 3 Disember 2025

Bila Badan Tak Sihat

 

Assalamualaikum...

Beberapa hari ni saya tak sehat, mengalami demam selsema dan batuk juga. Time hujan minggu lepas memang terkena sedikit hujan. Tak sangka pula akan jadi demam. 

Biasalah kalau demam, mesti akan merasa masalah tak lalu makan. Aduhai memang peritlah. Nampak makanan sedap je tapi tak boleh nak makan. Mulut akan terasa pahit. Air sahaja yang mampu ditelan.




Lihat ni dah macam-macam ubat dah saya telan. Tapi alhamdulillah hari ni dah semakin sihat. Dan dapat beraktiviti seperti biasa dah. Tapi masih lagi tak lalu makan. Ke pasar, nampak buah mangga terus beli.




Dapat makan buah yang ada rasa masam-masam, baru sedap rasa dilidah.

Didoakan juga kepada teman-teman yang tak sihat, sedang sakit. Rajin-rajinlah makan ubat, biar cepat sembuh.



Rabu, 26 November 2025

Majlis khatam Quran Bersama Sahabat Al Quran

 Assalamualaikum...

Selamat petang sahabat semua. Alhamdulillah... hari ni cuaca cerah sahaja berbanding dua hari yang lepas. 

Cerita kelmarin, group ngaji kami alhamdulillah dah tamat membaca Alquran, jadi Selasa kelmarin group kita mengadakan majlis khatam Al Quran kecil-kecilan.

Share disini kenangan majlis khatam Quran bersama sahabat quran.













Setiap orang bawa sedikit makanan, jadi sebelum balik dapatlah makan-makan bersama.




Jumaat, 26 September 2025

Majlis Solat Hajat Dan Bacaan Yasin Untuk Pelajar PSRA

 

Assalamualaikum...


Jumpa lagi kita di update kali ini. Oleh kerana saya sekarang sudah menjadi salah seorang tenaga pengajar di SRI Khaira, jadi kalau ada apa-apa majlis kena lah ikut serta.

Malam Jumaat kelmarin sekolah tersebut mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin serta solat Maghrib dan Isyak berjemaah bersama ibu bapa serta murid. Majlis ini diadakan khususnya untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan PSRA minggu hadapan.



Selepas solat Maghrib diadakan bacaan yasin, kemudian solat Isyak, serta solat hajat.
Sebelum persembahan nasyid, diadakan sedikit taklimat dari ajk peperiksaan.









Kemudian anak-anak mengadakan persembahan nasyid. 
Sebelum bersurai semua yang hadir menjamu selera dengan makanan yang dibawa oleh parent sendiri secara potluck.

                          





                                 


                                         



                                         


                                           




                                        


Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancarnya. Semoga majlis ini menjadi berkat, serta anak-anak yang menduduki peperiksaan akan menjawab peperiksaana dengan lancar dan tenang serta beroleh kejayaan dalam PSRA nanti.





Sabtu, 13 September 2025

Jalan-Jalan Ke Eco Shop, Rawang

 Assalamualaikum...

Cuti ni dah balik kampung ke kawan-kawan. Saya masih belum lagi, insyaallah besok petang baru boleh bertolak balik. Disebabkan si kakak Haida masih lagi ada kelas tambahan untuk murid-muridnya yang akan menduduki peperiksaan UPKK tahun ni. 

Jadi ambik kesempatan lah pergi ke Eco Shop dulu. Tujuan saya nak beli plastik beserta biji benih. Niatnya nak tanam sayur kangkung, salad dan pak choy.





Kalau pergi eco shop ni, kalau tak borong tak sah. Semua benda teringin nak dibeli. Sedar tak sedar satu raga diambilnya.

Tapi kali ni sabor je lah, beli apa yang perlu saja. Sebab lepas ni nak balik kampung, kena berjimat lah sikit.


  

Kita jalan-jalan cuci mata ja lah.
























Ni rak bahagian biji benih serta bajanya.


                                      


Akhirnya dapat juga beli barang yang dicari. Selain beli barang berkebun, saya juga beli sedikit makanan buat si bongsu. Petang nanti bolehlah start menyemai biji benih sayur.



Jumaat, 12 September 2025

Petik Pucuk Ubi Kayu Dan Ulaman Di Belakang Rumah

 

Assalamualaikum...

Salam Jumaat kawan-kawan semua, moga semuanya sihat dan bahagia selalu.

Hari ni hari Jumaat, hari yang tak sibuk sangat, melainkan hantar anak-anak ke sekolah. Tengok kebun mini kat belakang rumah pokok ubi dah banyak pucuknya. Kalau tak di petik ia akan jadi tua nanti. So, hari ni saya petikkan pucuk ubi kayu.









Pokok ubi ni hanya tanam kat dalam polybag je, kalau ubinya tu memang tak menjadi lah. Ini rasanya kali ke enam, saya petik pucuk ubi ni. Dah banyak kali jugak boleh makan pucuknya.



Pucuk ubi kayu ni kena selalu dipetik, kalau tidak ia akan jadi tua begitu saja,



                                     


Takda lah begitu banyak pucuk ubi, tapi kalau nak rebus buat ulam tu boleh dah.


Dah alang-alang petik pucuk ubi, petiklah juga ulaman lain seperti pucuk kaduk, ulam ginseng jawa dan juga ulam bayam brazil.

Alhamdulillah... rezeki hari ni. Pucuk ubi ni selain dibuat ulam, masak apa yang paling sedap.







Isnin, 11 Ogos 2025

Masak Sup Ayam Thai

 Assalamualaikum...

Jumpa lagi kita dia hari ini, hari Isnin. Biasalah dihari bekerja, pagi-pagi lagi dah kena hantar anak pergi sekolah, sorang bekerja dan sorang lagi belajaq kat sekolah rendah.

Balik tu terus sarapan, beli nasi lemak je pagi ni. Kemudian jengok tanaman di laman kejap. Kemudian terus masak untuk makan tengahari. Kenalah masak awal sebab petang nanti ada  tadarus Al Quran bersama kawan-kawan pula. Hari ni saya masak ringkas ja, sup ayam thai, goreng telur, ulam dan sambal belacan, tak best kalau takdak sambal belacan. Ulam macam biasalah kutip kat belakang dapur je, bayam brazil, daun ginseng jawa dan pucuk beluntas.



Resepi Sup Ayam Thai

Bahan-bahan:
ayam
karot
kentang
daun
 sup
serai
sedikit halia
daun limau purut
rempah 4 sekawan
bawang merah {dihiris}
bawang putih {dihiris}
rempah sup
daun ketumbar
garam serta serbuk perasa
limau
tomato
cili api

Cara masak:

1. Panaskan minyak, tumis bawang merah serta bawang putih, masukkan rempah 4 sekawan. 
2. Masukkan pula ayam, sambil di kacau dan biarkan sehingga ayam masak.
3. Masukkan pula karot, kentang, serai, daum limau purut dan halia. Kemudian baru masukkan air untuk kuahnya.
4. Masukkan juga cili api, daun sop. Perasakan dengan garam dan bahan perasa. Sebelum tutupkan api masukkan perahan limau nipis dan juga daun ketumbar.
Siap untuk dihidangkan.





Ulam macam biasalah kutip kat belakang dapur je, bayam brazil, daun ginseng jawa dan pucuk beluntas.





Alhamdulillah, petang pula ambil kesempatan pergi ngaji, tadarus al Quran bersama kawan-kawan. Hari ni tak ramai pula kawan yang datang setelah 3 minggu bercuti. Walaupun hanya tiga orang, tetap juga kita bertadarus.






Dalam seminggu 3 hari saja kita bertadarus. Sambil-sambil tu kita belajar hukum ilmu tajuid, sambil membetulkan bacaan masing-masing. Jika selalu kita praktik membaca alquran, apa yang telah kita pelajari insyaallah tak akan lupa.