Memaparkan catatan dengan label koleksi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label koleksi. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Julai 2019

Koleksi Tanaman Indoor Plant.


 Assalamualaikum...

Salam di pagi Sabtu yan indah, moga teman-teman pengunjung blog Diari Diela semuanya sihat2 selalu.

Kali ni bukan nak cerita tentang makanan, tapi nak cerita sikit tentang hobi saya yang suka menanam bunga. Tak cukup tanam kat luar, boleh juga kita tanam kat dalam rumah.

Sebenarnya ada pokok2 yang sangat sesuai ditanam kat dalam rumah kerana ianya boleh menapis udara kotor yg berada di dalam rumah kerana udara yang kotor mengandungi benzena, formaldehyde, ammonia dan sebagainya memberikan kesan buruk kepada kesihatan kita.

Inilah serba sikit koleksi indoor plant yang saya tanam.



Aloe vera, Tumbuhan yang turut dikenali dengan nama lidah buaya ini mampu membunuh kimia berbahaya di udara seperti benzena dan formaldehyde. Elok ditanam dalam pasu kecil dan diletakkan pada sudut-sudut bilik.



Yang ini tak tau pula namanya, tapi memang cantik jika ditanam didalam pasu yang kecil lagi comel.







Money plant (golden potos), tumbuhan yang turut dikenali dengan nama Devil’s Ivy ini sangat cantik ditanam dalam pasu kecil yang digantung. Ia menyerap formaldehyde dan toksin-toksin berbahaya lain.





Spider plant, Salah satu kelebihan spider plant ialah ia memiliki daya serap yang sangat tinggi terhadap racun-racun di udara. Dalam masa dua hari, tanaman ini mampu menyerap racun di udara sehingga 90%.






Ini pula namanya Singonium, ada macam2 jenis singonium, ada yang mempunyai daun berwarna sedikit kemerah-merahan. Tapi memang cantik ditanam untuk hiasan. 

Selain itu banyak lagi pokok lain yg sangat sesuai di tanam seperti english ivy, lidah mertua atau lidah jin dan macam2 lagi.


Khamis, 24 November 2011

My rose collection


              Assalamualaikum serta salam sejahtera kepada kawan2 semua. Semoga anda semua berada dlm keadaan  sihat sejahtera hendaknya. Entri kali ini saya ingin nak share lah dgn kawan- kawan semua tentang hoby saya . Sebenarnya saya baru berjinak-jinak mengumpul barangan yang bercorak english rose. Suka sangat melihat barangan seramik yg bercorak english vantage. Tapi tak de lah banyak koleksi saya.